KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Wednesday, April 28, 2010

Hormati Ibu.....~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Allah mempunyai maksud tertentu ketika menciptakan manusia, dan maksud tersebut menjadi Tugas bagi setiap Manusia yang dilahirkan di muka bumi. Agar masing-masing manusia dapat menjalankan tugas yang di beri. Allah tidak pernah lupa untuk memberikan "fasilitas" yang unik kepada masing-masing Orang yang kemudian dinamakan "Bakat". Kalau saja setiap manusia bisa menemukan "bakat"-nya masing-masing, berarti bahwa kita bisa menemukan "jalan" sukses masing-masing.
Dan untuk bisa mendapat tiket masuk ke jalan tersebut, dibutuhkan "Do'a Ibu", kerna Ibu memiliki kedudukan yang sangat tinggi di mata Allah. Semoga tampilan video berikut dapat mengingatkan diri kita masing-masing bahwa untuk mendapatkan tiket masuk ke jalan sukses, kita harus bisa menjaga perilaku, dengan cara memelihara silaturrachmi dengan Orangtua kita. Amiin.

Kenanglah Ibu yang menyayangimu...

Untuk ibu yang selalu menitiskan air mata ketika kita pergi...

Ingatkah engkau, ketika ibumu rela tidur tanpa selimut demi melihatmu, tidur nyenyak dengan dua selimut membalut tubuhmu...

Ingatkah engkau ketika jemari ibu mengusap lembut kepalamu..? Dan ingatkah engkau ketika air mata menitis dari mata ibumu ketika ia melihatmu terbaring sakit..?

Sesekali jenguklah ibumu yang selalu menantikan kepulanganmu di rumah tempat kau dilahirkan. Kembalilah memohon maaf pada ibumu yang selalu rindu akan senyumanmu.

Simpanlah sejenak kesibukan-kesibukan duniawi yang selalu membuatmu lupa untuk pulang.

Segeralah jenguk ibumu yang berdiri menantimu di depan pintu bahkan sampai malam pun kian larut.

Jangan biarkan engkau kehilangan saat yang akan kau rindukan di masa datang ketika ibu telah tiada...

Tak ada lagi yang berdiri di depan pintu menyambut kita...
Tak ada lagi senyuman indah tanda bahagia...
Yang ada hanyalah kamar yang kosong tiada penghuninya.
Yang ada hanyalah baju yang digantung di almari kamarnya.
Tak ada lagi yang menyiapkan sarapan pagi untukmu makan...
Tak ada lagi yang rela merawatmu sampai larut malam ketika engkau sakit...
Tak ada lagi dan tak ada lagi yang menitiskan air mata mendo'akanmu di setiap hembusan nafasnya...

Kembalilah segera...
Peluklah ibu yang selalu menyayangimu...

Ciumlah kaki ibu yang selalu merindukanmu dan berikanlah yang terbaik di akhir hayatnya.

Sahabat... berdo'alah untuk kesihatannya dan rasakanlah pelukan cinta dan kasih sayangnya.
Jangan biarkan engkau menyesal di masa datang, kembalilah pada ibu yang selalu menyayangimu...
Kenanglah semua cinta dan kasih sayangnya...
Ibu... maafkan aku...
Sampai bilapun jasamu tak akan terbalas.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sumber & video: http://www.facebook.com/video/video.php?v=1127303626088&oid=190633358796

Tuesday, April 27, 2010

GoOD LuCk 4 ur exam....

To my Love..,
GoOd LuCk 4 ur final exam..,
GOD Bless u Always..,,

"Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA"

27 April 2010 : KLKF (2:30pm)
28 April 2010 : Sport Psikologi (9:00am)
30 April 2010 : Kaedah Pengajaran (9:00am)
03 Mei 2010 : 4P (2:30pm)
04 Mei 2010 : Penyelidikan dalam sains sukan (9:00am)

All d Best my dear~..
Lupakan semua masalah buat masa ini..
d harapkan agar hatimu akan sentiasa tenang...
Doa ku akan selalu mengiringimu...



"Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"

Monday, April 26, 2010

INSAN TERPILIH


Kau insan terpilih
Menyinari dunia dengan caramu yang tersendiri
Walau sering rebah dan menyembah bumi
Kau terus bangun dan merangkak menuju kedewasaan itu
Tanpa erti penat dan jemu
Kau susuri jalan kehidupan yang penuh liku
Tanpa terdetik sekelumit ragu..dihatimu..

Kau insan terpilih
Tak pernah menyesali kurniaan Illahi
Kau berdiri dengan seribu keyakinan
Walau sering dihujani dengan kata kejian
Kau tetap berdiri
Berdiri di situ
Berdiri dan terus berdiri

Suatu ketika manusia terlupa dengan kehadiranmu
Dan suatu ketika juga manusia ingin melupai dirimu
Apa salahmu?apa dayamu?
Hanya kerana kau istimewa..
Istimewa yang bukan kaupinta
Istimewa yang kau tak daya menolaknya..
Namun kauterima dengan hati yang redha
Kerana apa?
Hanya kerana kau hambaNya
Hamba ciptaan Allah Yang Esa...

~Sekian utk sajak y terpilih pada hari ini.. jumpa lagi di masa2 y akan datang~
*B&N*

BERSALAHKAH AKU?

Bersalahkah aku?
andai aku bangun berdiri..
bilamana yang lainnya duduk..
tidak senang dengan tuturku..

Bersalahkah aku?
Menegakkan kebenaran..
mencari keAdilan..
merisik kebetulan..

Bersalahkah aku?
bila suara ku tinggikan..
nadanya sedikit keras..
dalam membenarkan tutur ikhlas..

Bersalahkah aku?
bila ku yakin akan tingkahku..
aku pasti akan tindakanku..
aku nekad dengan keputusanku..

Bersalahkah aku?
melukai hati yang dikasihi..
sedang niatku tiada yang negatif..

Bagaiman harus aku diadili?
salah atau benar?
patut atau tidak?
waras atau....................?

Semakin aku fikir..
semakin aku jauh..
semakin aku menyendiri..

Haruskah aku diam?
Duduk dan jadi pendengar..
Usah suarakan kebenaran..
Usah tegakkan keAdilan..
Usah lagi risik kebetulan..

Itu yang sebaik mungkin..?
Tapi..bersalahkah aku???

PERJALANAN SEORANG INSAN

Saat aku terbaring kaku
tanganku basah mengenggam bekalanku
kaki kerdilku sejuk membawa azimat bertahun lalu
aku akan melangkah ke dunia baru
dunia yang aku sendiri tak pasti keindahan atau keperitannya

Aku yang dulunya menjadi insan merantau
merasai nikmat Tuhan walaupun hanya untuk seketika
kadang-kadang aku jadi taksub
lupa,lalai
aku mula terkurung dalam kantung dosa
aku mencuba sesuatu yang membuatkan aku adalah insan yang hina
dimana aku terperangkap dalam penjara kemungkaran
aku melalui hari yang punah sebagai seorang insan

Perjalananku berliku
cabaranku umpama kerikil-kerikil tajam
namun suatu hari aku merasai balasanNya
aku merasa nikmatku ditarik kembali
aku merasai masaku hampir tiba
tapi...kemana destinasi insan sepertiku?
kemana?bagaimana?

Aku merenung jalan penghujung duniaku
ya..siapa aku?
"anakku masih sempat untukmu bertaubat"
mutiara yang keluar dari bibir ibu tua
aku sedar..

Aku merenung kembali kamar sepiku
dimana destinasiku selepas perjalanan ini?
moga aku menjadi insan terpilih selepas taubatku..
moga aku mengerti perjalanan seorang insan bukan mainan untuk aku persiakan.



~B&N~

Friday, April 23, 2010

semoga perjalanan ini dalam keredhaanMU...

Saat yang ditunggu-tunggu selama ini hampir tiba..
semakin dekat...
semakin hampir...
semoga..
apa yang dirancang...
akan berjalan dgn sempurna...
semuanya sudah tersurat..
semuanya sudah tertulis..
kita hny mampu merancang..
TUHAN sekalian alam yang menentukan..
ku pohon padaMU ya Rabbi...
permudahkanlah perjalanan hidup ini..
utk mendekatiMU...

Thursday, April 22, 2010

Lega...fuh~

Syukur alhamdulillah....
,,Selamat sudah diobserve oleh Dr Azali..utk kali kedua...
Semalam,,21 April 2010 adalah hari yang paling mendebarkan..
Mana tak nya..
kelas jam 1pm, tahu nak kena observe jam 10am..
tp,, nasib baik..segala2nya sudah ada..
Abm da ada..lesson plan pown da ada...
huhuhu... 2pun kawan yang bagitaw..bukannya dr yang bagitahu..
memg dia dah plan.. nak dtg secara mengejut..
3 sekolah sehari dia dtg observe..hebat2,,
but..
syukur..dapat penyelia mcm dr..
...S.M.I.L.E....
semalam jugak berlangsung hari sains dan matematik..
aku kena handle game SUDOKU...
dah la xreti main sudoku..,,
kena handle plak dah,, hihhi..
layan je la... apapun..berjalan dgn lancar..
dapat la jugak yang menang.. hebat betul pelajar sekolah ni..
xsmpai 10 minit dapat jawap,,
apapown..skg..
dah hepi sgt2..
da habis diobserve penyelia..
tinggal sekali observe utk guru pembimbing..
sukanya..sukanya..sukanya...
semoga dapat menghabiskan pengajian ini dengan jayanya. InsyaALLAH..

babai..
~bond&naa~

...aku dah tembam...adeiii....

Monday, April 19, 2010

rilex..still cool..

Still cool bebeh...
No need 2be menegakkan benda y ntah hape2 2la...
hmm..
memg aku xd hak 2k semua 2..
but,,
no need 2say somethin dat kamu jugak tak taw sejauh mana kebenarannya..
sooooooooo..., kesian..
MasyaALLAH...
hope..
akal yang diberi TUHAN, kamu gunakan sebaik yang mungkin...,,,
aku ok je..xmelatah pown,, cuma..
pa yang aku boleh buat skg..
Berdoa..semoga pintu hati kamu mampu lagi terbuka,,
I-ALLAH..,amin~ (◕‿◕✿)

Sunday, April 18, 2010

Batu Caves & I-City- April memory-(◕‿◕✿)


.....Empat kanak2 riang....

tanggal 17April 2010..:)

empat orang budak nakal,,
y berjaya keluar dari sarang kebosanan,,
telah pun bersepakat utk pergi meronda2..

ketua kepala: chen3 @ lebih dikenali sbg gibbon..
pen. ketua : Norham ja @ lebih dikenali sbg mc ja
Bendahari : Mc nor @ eta
Ajk goyang kaki : Nina

Objektif perjalanan : menghilangkan kebosanan dan keboringan serta ketensionan sbg seorang guru matematik & juga sbg seorg pelajar psikologi sukan..

masa: 2:00pm-11:30 pm

perjalanan bermula tepat jam 2:30pm lebih kurg,,
traffic berjalan dgn lancar sekali,,
teda ada y tersekat...:)
ni adalah kali ke2 kami sampai d batu caves,,
saje jalan2,,
objektif utama: nak naik tangga..
lebey kurg jam 3:30pm..sampai la d batu caves..
huahuahua..
kanak2 riang amat riangla sekali ...
senyum sampat ke telinga...
jom..kita terjah..


....muka2 seposen....


...pahlawan merah...


...jom tgk sape plg hebat...


...rest lu tgu hujan berhenti..:)

perjalanan dteruskan lagi utk ke..SHAH ALAM..
traffic tidak berapa lancar
memandangkan hujan turun dgn lebat...
oleh kerana masing2 tidak ade kerja,,
perjalanan yang sepatutnya dekat..
menjadi jauh..\kerana,, sengaja ambik jalan jauh...(padahal xtaw jalan)
hahahahahahahaha... :D

namun..
apa yang dicari.
akhrnya ditemui..
tepat jam 7:00pm..
tibalah kami di destinasi seterusnya,,
I-city..... :D

jom tinjau apa yang berlaku disana (xcited terlebey)...


..muka xcited kanak2 berumur 15tahun kebawah..


..Istana impian kami...


....sengih sokmo dio...


...Grrr...sejuk2..,


...bila la nak sampai korea ney,,..:P


...merak kayangan...


..eii..apa tu..??


..berenti rehat jAp..pak cik penat..:)


...hoho..apa y bertanduk 2..


...Muhang oku dika....


...Muka penat,,nak balik..


..Last pose,,be4 goin back 2 tjg malim..:)


...fuh,, penat tapi hepi...

last destination,, rumah adik eta,, at seksyen 7,,
berenti solat,,then makan2..

.....10:30 malam....
BALIK RUMAH....~kesian pakcik drebar sowg2..hihhi
tido...kroh3..kkroh..kroh..

~bond&naa~
~abadikan kenangan kita bersama..,(◕‿◕✿)

Wednesday, April 14, 2010

Selamanya kawan~


"SAHABAT........
..Andai hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah
..Andai ku bersedih tanpa kata,pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta
..Andai ku lemah tak berdaya,ingatkanlah aku dgn kehebatan syurga
...andai antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera...
....Andai pernah hatimu terluka, luahkanlah agar aku berubah...
& ...Andai esok ku lena tanpa terjaga...iringilah lenaku dengan kalungan doa n fatihah...berjanjilah SAHABAT..
Ukkhuwwah kita utk selamanya......Insya'Allah "

..jua Al-Fatihah..buat sahabatku yg telah menemui pencipta..mg rohmu tenang disana....

Monday, April 12, 2010

Meniti ke alam bahagia... coming soon~


~chen3NinaAz~

pejam celik..pejam celik...
dah masuk 1/2 tahun aku memilih jalan hidupku utk bersama dia..
mungkin bagi insan2 lain..
ianya satu masa yang cukup singkat & pendek..
tp bagiku...
6bulan adalah satu masa yang agak lama...
kurasakan bertahun2 lamanya..
suka duka..
gelak ketawa..
pahit manis...
dan air mata..
semacam sebati dalam ikatan ini...
terlalu banyak dugaan dan cabaran yang kami lalui..
benarlah kata sahabatku..
aku perlu kuat jika aku memilih utk hidup bersamanya...
aku begitu kagum dgnnya...
walau apapun halangan..
dia tetap cool dan sentiasa
memberikanku senyuman yang cukup
membuatkanku lega..tp lain pula aku...
huhuhu... aku seorg wanita yang cukup lemah..
tp dia tetap setia menyokongku..
memberiku kekuatan..memberiku kata2 semangat...
terima kasih sayang..
akanku hargai setiap saat kita bersama...
abadikan kenangan kita bersama...
kotakan janji2 kita...
akhiri hubungan ini dengan ikatan yang suci dan murni..
bercinta sampai syurga...
semoga tuhan memberkati kita...
semoga tuhan memberikan kita peluang utk hidup bersama..
aku meredhai dirimu menjadi suamiku...
I-ALLAH.. ade rezeki.., ada jodoh.. kita tetap akan bersama..
aku akan tetap setia menantimu..sehinggalah..dirimu benar2 bersedia...
G.B.U

Keluhan seorang insan...

SYukur...
masih lagi diberi peluang..
utk bernafas di bumi ini..
masih lagi diberi peluang utk menjalani kehidupan sbg..manusia biasa..
terima kasih Tuhan...
memberiku kekuatan..,
sekali lagi memberiku ketabahan..
aku pun tidak mengerti kenapa dan mengapa aku yang dipilih olehMU utk diuji..
mungkin terlalu byk dosa y telah aku lakukan selama ini..sehingga aku diuji sebegini..
Aku pun tidak tahu sampai bila aku mampu berdiri sebegini..
sampai bila aku mampu bertahan..
sampai bila aku mampu utk mengharunginya..
ku lepaskan segalanya...
biarlah ia berlalu begitu saja..
biarlah jiwa meronta..
biarlah nafsu menggila..
apa yang berlaku padaku kini..
aku yakin.., ada hikmah yang tersembunyi..
akan ku coba utk terus melangkah..dan kuharapkan..
setiap langkah yang kubuka ini, mendapat berkat dan rahmat dariMU..
Ya ALLAH.. bukakanlah pintu hatinya,,
lembutkanlah hatinya..
permudahkanlah baginya..
utk melupakan segala2nya..
sucikanlah hatinya..
sucikanlah jiwanya..
semoga masih ada sinar utknya ya ALLAH..
semoga.. aku sempat utk melihatnya memuji2 kebesaranMU ya ALLAH..
semoga saat e2.. AKU BERADA DISISINYA....
ya ALLAH...permudahkanlah urusan dia ya ALLAH....



~Bond&Naa~

Ke Gereja Untuk ke Masjid

“Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah!” saya melafazkan syahadah.

Laura mengulang bilah-bilah kesaksian itu dengan penuh kesungguhan.

“Alhamdulillah. Welcome back, sister!”, saya menadah tangan mengucap syukur.

Laura menangis.

Bukan sedih.

Tetapi riak wajahnya menampaknya suatu kelegaan yang besar.

Pagi itu Laura telah mengisytiharkan keIslamannya di hadapan saya dan beberapa warga masjid, termasuk beberapa muslimat yang saya jemput untuk meraikan Laura.

“Thank you, Imam. I feel so blessed that no word can describe my feeling right now. I can’t believe that I am now a Muslim. Finally!” kata Laura.

Saya sendiri berasa sebak dan terharu.

Selepas beberapa kali berutus soal jawab melalui telefon, pagi itu Laura nekad untuk melafazkan syahadahnya. Saya mengalu-alukan ‘kepulangan’ beliau dengan ucapan ‘Welcome back‘, kerana mahu mengangkat hakikat yang diterangkan oleh Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam bahawa setiap insan itu dilahirkan fitrah.

Muslim by nature.

JALAN DATANG KEPADA ISLAM

“Izinkan saya bertanya, apakah yang mengundang nekad kamu untuk memeluk Islam pagi ini?” saya cuba mendapatkan cerita. Ia perkara biasa setiap kali ada saudara baru yang memeluk Islam. Saya suka meneliti kisah-kisah mereka kerana ia berguna untuk muhasabah dakwah saya.

“Imam pun tahu yang saya memang sudah agak lama cenderung kepada Islam, bukan?” tanya Laura kepada saya.

Saya mengangguk.

Semenjak lebih 6 bulan, Laura sudah berhubung dengan saya. Beliau merupakan pelajar Biologi di universiti berdekatan. Kajian-kajian Laura tentang hal-hal berkaitan evolusi membawa beliau dekat kepada Islam. Beliau terperangkap di antara peperangan Creationist Christian dan Evolutionist yang sering bernada Atheist.

Tetapi Laura tidak punya kekuatan untuk melakukan hijrah.

Banyak perkara yang dipertimbangkannya, terutamanya aspek sosial. Sanggupkan dirinya melakukan perubahan dan bagaimanakah penerimaan keluarga dan rakan… ini merupakan isu besar buat Laura.

Saya mengambil inisiatif menemukan Laura dengan Hannan, iaitu isteri kepada majikan saya yang juga merupakan seorang Irish Muslim. Lanjutan daripada itu, Laura ditemukan dengan beberapa orang lagi Irish Muslim, yang meyakinkan beliau bahawa beliau tidak bersendirian dengan hijrah yang bakal dilakukannya nanti.

“Tetapi, saya mendapat kekuatan itu akibat peristiwa malam tadi!” kata Laura.

“Apa yang berlaku?” saya ingin tahu.

“Malam tadi kami sekeluarga ke gereja untuk menghadiri mass bersempena dengan Hari Ibu. Ajaib sekali, ceramah yang disampaikan oleh paderi di gereja itu sungguh mengesankan. Saya asyik mendengarnya malah ahli gereja yang lain juga begitu mengaguminya” cerita Laura.

“Selepas selesai majlis, seperti biasa paderi berdiri di pintu gereja, bersalaman dengan kami semua. Apabila tiba giliran, saya mengucapkan tahniah kepadanya atas ceramah beliau yang sungguh hebat” sambung Laura.

“Wah bagus begitu. Jarang sekali Imam masjid menghargai mereka yang hadir ke masjid sedemikian rupa. Saya juga harus mengamalkannya!” saya mencelah.

Laura dan hadirin yang lain ketawa.

“Apa isi ceramahnya?” saya mahukan kepastian.

“Oh, ceramah malam tadi ialah tentang hubungan ibu dengan anak, dari kandungan hingga penyusuan dan kepentingan menyusukan anak sendiri” kata Laura.

Saya mengangguk. Jemaah yang lain juga khusyuk mendengar.

“Lalu saya beritahu paderi tersebut: tahniah, kerana ceramah awak yang sangat bagus. Cuma, saya ingin tahu, pernahkah tuan membaca apa-apa dari Quran, buku orang Islam, tentang tajuk yang dibentangkan tadi?” cerita Laura lagi.

Saya khusyuk mendengar cerita Laura. Beliau memang pengunjung setia gereja. Tetapi aturan Allah sedikit berbeza. Setiap kehadirannya ke gereja, menjadikan beliau semakin hampir kepada masjid.

“Paderi itu membisikkan ke telinga saya bahawa sebenarnya beliau mengambil keseluruhan inti ceramahnya daripada al-Quran! Beliau tidak bertemu dengan keterangan sebaik keterangan al-Quran tentang topik tersebut” tegas Laura.

“Allah!” saya mengurut dada.

alanaam114.jpg

“Dan orang-orang yang Kami berikan kitab, mengetahui bahawa al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi (salah seorang) dari golongan yang ragu-ragu” [Al-An'aam 6: 114]

“Saya sangat terkejut dengan statement beliau. Hampir rebah saya dibuatnya. Apabila saya kembali ke rumah, emak dan ayah masih lagi bercerita tentang kehebatan ceramah paderi di gereja tadi. Saya beritahu mereka apa yang paderi itu sendiri nyatakan kepada saya” sambung Laura.

“Bagaimana reaksi keluarga anda?” saya bertanya.

“Mereka sangat terkejut dan emak saya ketakutan kerana dia tahu kecenderungan saya kepada Islam” jawab Laura.

“Saya sudah lama meyakini kebenaran Islam. Kata-kata paderi itu malam tadi telah memberikan satu-satunya yang saya perlukan untuk menjadi Muslim, iaitu kekuatan. That’s it. I am now a Muslim and I will declare my faith tomorrow!” kata Laura dengan penuh yakin.

Beliau menganggap dirinya telah menjadi Muslim semenjak malam tadi. Tetapi beliau datang ke masjid agar keIslamannya disaksikan oleh pihak masjid untuk maslahah-maslahah yang sedia maklum.

sumber:
Saifulislam.Com