KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Wednesday, November 16, 2011

JOM cantik dengan HERBALIFE SKINCARE PRODUCT

Assalamualaikum..Halo readers!!

Ingat lagi tak entri yang lepas berkaitan dengan MY NEW SKIN CARE PRODUCT?

yAA...bagusla kalau readers yang cun-cun + kacak-kacak yang tengah baca ni ingat, itu menunjukkan, daya ingatan anda sangat HEBAT! tahniah . tepuk untuk diri sendiri =)

Lama giler nak update pasal ni. Ramai readers yang duk tanya. Sori yea. Maklumlah hujung2 tahun ni, kerja belambak, banyak benda yang nak kena settle, dah la minggu depan dah kena pergi kursus induksi, tapi assigment belum buat lagi. HADEH!! ade sesape yang nak tolong aku buat tak? senang jea. Karangan yang tidak melebihi 5000 patah perkataan. AHAKS!

oK.. DAH.DAH.. Berbalik kepada tajuk entry di atas.

Mesti korang ingat Herbalife ni just untuk KURUS MURUS jea kan? macam first2 aku kenal herbalife dulu, ingat nak kurus jea. tapi HERBALIFE ni jugak sebenarnya ada produk untuk penjagaan kulit muka TAW.. tu diiaaaaaaaa.... mai aku nak habaq mai!

Ok, ni adalah set penjagaan wajah untuk kulit normal-kering. sebab aku ni jenis kulit kering, aku pakai la set ni. ada PENCUCI, PENYEGAR, PELEMBAP. [ tidak kira umur atau jenis kulit anda, membersih, menyegar dan melembap adalah tiga langkah mudah untuk kulit yang sihat]

HERBALIFE NOURIFUSION MULTIVITAMIN CLEANSER

Pencuci muka ni....sangat2 luar biasa hebat!. kulit muka aku ni jenis yang sensitif sikit, cepat rasa bahang dan cepat rasa pedih dan cepat sangat menggelupas yang ntah apa2. SEKSA tul.

Korang pakai pencuci muka yang jenis macam mana sekarang? masa korang picit atas tapak tangan, then letak air sikit pastu gosok2, ada tak kuar BUIH2 ? Apa korang rasa lepas korang guna pencuci muka ?

OK. SERIUS aku cakap. sebelum ni, dah bagai2 pencuci muka aku guna. jenis yang dari AMERIKA LATIN sampai la ke SIAM, semua jenis produk. tapi semua tak kena. Bayangkan, lepas pakai, kulit rasa tegang giler, macam pelik jea, pastu masa nak gosok kat tapak tangan pulak berbuih bagai,.. tapi nak buat macam mana kan? hentam saja laa... itu jea yang jumpa.

TAPI, pencuci muka HERBALIFE ni sangat2 caring and loving! masa nak picit atas tapak tangan, then gosok2 sebelum apply kat muka, SERIUS tak tipu, TAK ADA BUIH LANGSUNG!!! lepas apply kat muka, cuci ngn air, kulit tak rasa tegang pun! tak de rasa pelik2.. rasa macam kulit muka baby adalah. hehehe..

Nak tahu kenapa..sebab herbalife skincare produk ni NO CHEMICAL!,. NO CHEMICAL.. Alhamdulillah, kulit muka aku dapat terima skincare produk ni. TERBAIK!

Selain mencuci sehingga ke dalam bahaguan kulit luar, menanggalkan kotoran dan mekap, pencuci ni juga dapat melembap dan mengembalikan khasiat pada kulit dengan adanya vitamin, nutrien dan botani yang akan melembutkan kulit anda bak sutera! =)

Lepas cuci muka, kita pakai ni pulak NOURIFUSION MULTIVITAMIN TONER

Toner ni memang terbaik lah... setakat aku hidup ni, segala bagai toner yang aku guna, semua jenis yang menyakitkan kulit dan memedihkan kulit. tapi, toner ni sangat2 friendly, tak rasa panas mahupun pedih. SEBAB APA? SEBAB TONER NI BEBAS ALKOHOL OK. BEBAS ALKOHOL!. NO CHEMICAL!.

lepas pakai toner ni kat muka, korang akan rasa ringan dan menyegarkan. segar dengan lembut, TANPA MENGERINGKAN.

toner ni mengandungi WITCH HAZEL yang merawat dan vitamin antioksidan yang akan menjadikan kulit berasa bersih, lembap dan segar! ALHAMDULILLAH

ha, yang ni paling BEST! BEST GILER2 KOT!! RADIANT DAILY SKIN BOOSTER

aku suka giler pakai benda ni.serius best! kalau boleh maw telan jea, tak payah sapu2..hahahahahahah....SOFT GILER.. seriuS soft...huhuhu... bestnya rasa sampai nak nangis! huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

Ianya dalam bentuk GEL. gel yang sangat ringan dan halus bak baldu. Apa yang luar biasa hebat tentang gel ni adalah, ianya kaya dengan emolien yang dapat membaiki tekstur kulit dan menjaga kulit daripada radikal bebas.

Gel ini jugak dapat mengurangkan kesan pengaruh luaran [matahari, angin, pencemaran, PC]. kulit yang KUSAM dan SURAM jugak dapat diatasi! ALHAMDULILLAH

NEXT!.. NOURIFUSION MULTIVITAMIN MOISTURIZER SPF 15

yang ni aku pakai lepas pakai gel dan jugak WAJIB pakai bila nak kuar dari rumah. Aku suka losyen ni sebab dia bukan jenis krim2 muka yang berSPF yang aku pakai sebelum ni yang jenis, pakai sikit, bila sapu bedak, mak aiii.. mcm tepung gomak jawabnya..huuuuuu...

Losyen ni menawarkan perlindungan sinar UV, melembapkan kulit dan yang paling penting, menjaga kulit kita dari cahaya matahari berspektrum lebar dengan Parsol.

Kalau sayang pada kulit wajah, kalau takut pada jeragat, JANGAN LUPA PAKAI NI YEA! best sangat2.

yang ni untuk di pakai sebelum tido yang lena NOURIFUSION MULTIVITAMIN NIGHT CREAM

haaa...yang ni kalau korang rasa tak nak cepat nampak tua..CUBA LA night cream yang best ni. Bangun pagi2, korang akan rasa keajaibannya. =)

night cream ini akan menyokong pembaharuan kulit sihat, menyediakan hidrasi jauh ke dalam, melembut dan melicinkan kulit. ianya juga mengandungi minyak biji bunga matahari, minyak zaitun dan pantenol.

ok, yang ni boleh pakai bila2 masa, dimana saja yang anda suka HERBAL ALOE EVERYDAY SOOTHING GEL
Aloe ni sangat2 sesuai dengan kulit muka aku yang berparut seribu ni. Aloe ni dapat menenangkan kulit lekit dan semestinya melembutkan kulit.

Kalau terkena air panas kea apa kea, cepat2 sapu menda ni yea!

Ok! itu saja untuk skincare produk aku sekarang. tak sangka aku dapat guna INTERNATIONAL SKINCARE PRODUCT, macam tak pernah mimpi.

Ada lagi 5 jenis skincare produk yang aku belum cuba. InsyaAllah, ada rezeki SEMUA aku nak try. nanti aku SHARE dengan korang. bukan apa, HERBALIFE punya produk semua2 bagus2.. ALhamdulillah... terima kasih kepada insan yang bertanggungJawab mengajak aku mengenali herbalife..

Korang pulak? bila lagi nak cuba. .

JOM SERLAHKAN YANG TERBAIK TENTANG DIRI ANDA DENGAN PENJAGAAN PERIBADI YANG BERKHASIAT DARI HERBALIFE, PRODUK NUTRISI LUARAN!


ask me how! =)

Papai!!


8 comments:

_kAk mAh_ said...

range harga berape?

_kAk mAh_ said...

range harga berape?

NinaAz said...

hai kak mah..berminat dengan skincare herbalife ek? bagus2..

range harga utk satu set : RM254

best sangat produk ni..rugi law awak tak cuba..sy jamin awak akan berpuas hati. saya sendiri pakai, kesan jerawat bekas bekam lintah yang membiak2 kat muka dah kurang..serius!..

produk ni tahan dalam lingkungan 6 bulan. nanti sy ajar macam mana cara nak pakai.

Anonymous said...

akak..dalam 1 set ada product yg mna ae??

QasehSuci said...

Dgn harga 254 dan produk ni blh thn 6 bln..sgt2 ok la mcm tu...tp comfirm ke muka blh ok mcm pakai produk afira af tu...

fatin eyn said...

Sis..nk oder kat mne eh..? one set ade ape je

Anonymous said...

HI,
Can I please know,how much the whole set of Herbalife skin products costs and from where I can get it?

renny huang said...

254 1 set apa saja kak? saya tertarik