KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Sunday, February 27, 2011

Bukit BroGa

Yeah!! Akhirnya berjaya jugak aku *rungkas* Bukit Broga..!!!! Sampai puncak tu! Lebih Kurang 1 Jam perjalanan yang berliku dan beronak duri ini.. =D But!! sangat2 seronak bila dah sampai kat atas.. penat time daki tu dah tak igt dah..yang igt! SNAP! SNAP! jgn xSNAP!! =P

Bukit Broga ni terletak di Semenyih.. KM dari rumah aku kurang pasti la pulak, cuma yang pasti, xsampai pun 45minit dah smpai kat tempat parking kereta utk daki broga ni.. RM2 per entry =D -> Free??? parking tepi jalan free!~

Dengan ketinggian 400 meter, 1279 kaki atas paras laut, pemandangan dari atas puncak broga sangat cantik!! dan aku pulak tidak melepaskan peluang utk jejak sampai atas... boleh tahan jugak aku ni yea...pas ni dah tak kena buli lagi, ,,, It's an easy hiking. =P tak caye aku sampai puncak broga??? sila lihat pic dibawah =D

6:30 pagi8:oo pagiGunung Tok Wan??? lain kali la daki..tak sempat ari ni..ekekeke ~ pic bajet sampai atasNice VIEW!!
Layan~Tips~Barang2 keperluan utk mendaki bukit :
1) Torch Light (bawak yea! tapi ada jugak tu dijual sebelum mulakan pengmbaraan)
2) Pakaian ikut kesesuain..jan la pakai skirt plak yea..elakkan jeans,,track suit y terbaik!
3) Kasut yang ada grip dan tak licin.. lagi bagus kalau ada hiking shoes =P
4) Makanan + air = Utk tenaga..penting ni!
5) Kekuatan mental dan fizikal.. BUt., Kekuatan Mental adalah yang paling penting! =D
6) Bawak beg yang tidak terlalu berat dan tidak menyusahkan diri sendiri utk hiking!

~Selamat mendaki! FallS in love oredy ..~



Tuesday, February 22, 2011

Premium Gold Slimming Foot Detox Patch

Hi Readers!! Malam ni aku nak kongsi tentang cara2 utk membuang toksin semudah 1,2,3 ->tido.. hehehehhee....

Caranya mudah saja... hanya dengan menggunakan Detox Foot Patch!!! :P lekatkan di kaki 4-8 Jam...Korang akan rasa keberkesannya...

Sekarang ni aku tengah cuba Gold Slimming Foot Detox Patch.. So far aku rasa OK la..not bad.. kepala pun da kureng skit peningnya (sebelum ni berat je kepale aku ni).. hari 1st aku pakai.. aku pakai kedua2 belah kaki,, bila aku bukak masA bangun tido, aku tengok detox yang belah kanan hitam pekat macam ***, but yang belah kiri ciput je hitam.. then 2nd day aku pakai kat kaki belah kanan je.. BOley ke macam tu??? adei~ Banyak jenis detox yang korang bleh cuba..dan order..kesannya berbaloi3333333....

**Untuk maklumat lanjut tentang jenis2 detox, kesan penggunaan detox dan cara macam mana nak order, Sila Terjah Belog Winda -> Klik SINI!**

Ok ! Selamat Mencuba~ =)


Monday, February 21, 2011

Rahsia Bulan Kelahiran -SepTemBer

Mowning...Selamat Hari Isnin =) Pagi ni nak kongsi sikit tentang rahsia bulan kelahiran oleh Dato' Fadzilah Kamsah.

Credits to Facebook.com

Rahsia Bulan Kelahiran September... Kenapa Aku fokus SEPTEMBER? sebab september adalah bulan kelahiran aku..ngeh3 - 9 September... ramai yang cakap tarikh kelahiran aku cantek.. terima kasih =)Antara rahsia2 yang di utarakan oleh Dato', aku rasa banyak yang kena dengan diri aku..sedar tak sedar.. ANtaranya :

-Kurang menunjukkan perasaan | Totally Correct.. aku sgt2 tak reti mcm mana cara nak tunjuk perasaan ni.. kadang2, kelakuan yang aku buat sebenarnya tak menunjukkan hati dan perasaan aku yang sebenar.. xbest kan macam ni... Berubah OK!

- Suka Sukan, Hiburan & Melancong | dalam ketiga2 aspek ni..yang paling tepat sekali adalah melancong! aku ni jenis kaki jalan, xkesahla pegi mana2 pun, asalkan xduk terperap dalam rumah..mungkin sebab family aku jenis kaki jalan...dah terbawa2 dalam diri aku ni kaki berjalan sampai sekaranG!-Suka mencari maklumat | Yeah! totally right!! bukan sahaja maklumat utk buat assigment, tetapi maklumat dalam perjalanan hidup aku.. =) utk mem'proof'kan sesuatu situasi, diam2 aku akan mencari serta meneliti apa saja perkara, kelakuan, sifat dan sebagainya,,utk aku jadikan panduan serta pedoman dan maklumat yang terbaik utk Aku! (biarlah aku saja yang tahu =P )-Terlalu Memilih Pasangan | erm...yang ni kejap aku rasa setuju, kejap rasa tak setuju..aku pun kurang pasti... tapi, my mom selalu cakap,, aku ni terlalu memilih.. hurm...terpulanglah =)
**Dah jumpa pun my Mr. Right, how sweet you are! ALhamdulillah**-Sikap sgt cool, sgt baik dan mudah simpati | dalam ketiga2 situasi ni,,yang paling tepat dengan aku adalah mudah simpati.. aku pun tak paham ngn jiwa aku ni..terlalu mudah simpati..kadang2 sampai mengalir air mata bila tengok sesuatu yang menyentuh kalbuku..hehehe

- Setia & Jujur | mabe aku perasan sendiri la ni kot..tapi aku rasa,, aku ni jenis setia & Jujur.. =P
aku rasa tu saja yang kena dengan jiwa aku .. yang lain tu,, kurang pasti..mungkin orang lain lebih kenal aku dari diri aku sendiri.. orang kata | orang yang selalu rapat ngn kita akan kenal kita lebih jauh berbanding kita kenal diri kita sendiri - betul ke ni??

Macam mana pula dengan Rahsia Bulan Kelahiran anda??

**All pictures credits to GOOGLE.com. Thanx google**


WeiGht ManaGement PrograMMe

Guest what??? aku sekarang ni sedang mengalami proses denda...Denda?? hehehe.. tak lah.. Juz Simple Programme... -> WEIGHT MANAGEMENT PROGRAMME... yang di taja oleh Chentry Danish DUmpong...adeii~

Ader sape2 yang nak join aku sekali tak??? jom la...sama2 kita mengikuti program ni... sangat2 bagus untuk kesihatan... tanpa kedekutnya..aku nak kongsi dengan readers semua yang rajin terjah belog aku ni..jadual yang telah pun di reka khas untuk aku setiap hari... apa yang penting??? JUJUR yea!! jan tipu2!! kih3..

sebelum aku pamer jadual yang hangat tu....ader dua benda yang korang perlu ada taw...

Dumbbell & Skipping ( Thanx Mr. Danish for d presents..)


Sila baca dengan Teliti..Pastikan ikut jadual dengan betul..jangan tipu2 ar..:P Aktiviti Dubell tak ada dalam list ni..DUmbbell mestilah di buat setiap hari dengan kiraan 6 set - 1set=10 ulangan
Pesanan Penaja

So, apa lagi? Mulakan Hari Ini... Kekal sihat,segar dan cantik setiap hari..

GOOD LUCK!!~



Sunday, February 20, 2011

Fast Food!! -Oh! NOoooo-

Hai readers~ As Salam :)

Di pagi yang indah, nyaman dan damai ni..NinaAz nak kongsi sikit pasal info kesihatan.. :)
Sapa yang tak suka makan Fast Food???? Sila mengaku sekarang..nak bagi tabik springggg ni... hehehehe....terbaik laa sape yang tak suka makan...Rugi la korang...best woo...pizza, kentang goreng, burger, drumstick celup tepung yang fast food punyer, potato wedges...nugget..megi tomyam...fuh~ Sedap doe!!~ kalau aku la kan..every month mesti makan punya..xpernah miss!!! sape setuju???dan aku pasti ..kita semua sedar..yang fast food tidak baik untuk kesihatan..tapi..still nak makan jugak kan??? hurm..nak buat macam mana..nafsu makan lagi kuat dari nafsu utk menjaga kesihatan..betul tak? ya..aku setuju..~

Percaya atau tidak?? kita akan CEPAT TUA kerana FAST FOOD!!! OMG~ oh! NOoooooooooooo!! Para ilmuwan dari Universitas Glasgow telah membuktikan dengan melakukan eksperiman kepada beberapa ekor unggas... kesian unggas tu, jadi mangsa dan bahan ujikaji..hehehe :)

Unggas tersebut dibahagikan kepada dua kelompok. Pertama diberi makanan yang berkualiti tinggi..yang baik utk kesihatan..contohnya..buah2an segar, sayur2an, dan yang sewaktu dengannya. Sementara kelompok kedua pula diberi makanan sepertimana junk food @ fast food..

Menurut Profesor Pat Monaghan dan Profesor Neil Metcalfe dalam laporan Natural Environment Research Council, Unggas yang mendapat makanan junk food sejak lahir hanya mendapat anti oksidan yang jumlahnya sedikit berbanding dengan makanan yang seimbang. Dari ujikaji tersebut, para ilmuwan menemukan bahawa unggas yang diberi makanan sejenis junk food pada usia dua minggu pertama dalam hidupnya lebih cepat mati. Hal ini kerana zat anti penuaan dan antioksidan yang diproduksi tubuhnya hanya bertambah sedikit.

so, moral of d story...mulai hari ni..kurangkanlah makan fast food yea..kalau tak makan terus lagi bagus..dan janganlah ajar anak2 yang masik kecil makan benda2 macam ni..sebab aku selalu tengok budak2 makan..bayi yang baru reti makan pun di suap fast food jugak....kesian itu budak..Tukarkan FAST food kepada SLOW food!!! caiyok!!


**All picture credits to GOOGLE.com. Thanx Google!**



JangaN BiaRkan EGO JaDi PemiSaH


Charlie Rich | I'll Wake You Up When I Get Home
Credits to Hiburan Kompasiana -> Click HERE!


“Dan di antara tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah al-Rum, ayat 21)


Life is an opportunity, benefit from it.
Life is beauty, admire it.
Life is bliss, taste it.
Life is a dream, realize it.
Life is a challenge, meet it.
Life is a duty, complete it.
Life is a game, play it.
Life is a promise, fulfill it.
Life is sorrow, overcome it.
Life is a song, sing it.
Life is a struggle, accept it.
Life is a tragedy, confront it.
Life is an adventure, dare it.
Life is luck, make it.
Life is too precious, do not destroy it.
Life is life, fight for it

Credits To Adyla Azhar ->Click HERE!

~Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya~
Bersyukur~Berusaha! hargai Apa yang Di miliki! =)


Saturday, February 19, 2011

I'm On DIET????

I'm On DIET????? Ahaks! boleh percaya ker ni??? sejak bila plak aku reti diet ni???

Minggu lepas aku dah start latihan Karate... as a Guru Penasihat Karate.. maka secara automatiknya..terjoinla sekali aku berkarate dengan bebudak ni..wakakaka...setelah sekian lama aku menternak lemak2 kat seluruh badan aku ni..dan sekian lama aku tak keluarkan peluh..maka pada hari kejadian..aku semput doe!! malu kat budak2..hahahhaa... warm up pun dah berpeluh sakan... start jam 8.30 sampai jam 10 aku hiah! hiah!...baju pun lencun..muka pun merah..:P

Start dari hari tu lah...aku dah pandai buat push up dan sit up kat rumah... tu pun sebab sifu blackbelt yang pesan...rajin plak aku ni...dan ari ni baru aku perasan,, aku rasa macam nafsu makan aku ni tak menggila sangat seperti sebelum3 ni... macam teratur je plak rutin 'MAKAN' dalam hidup aku dalam masa seminggu ni...:) Aku nak teruskan lah cara makan macam ni..best jer...xlah boyot sgt ni..kalau sebelum,,,fuh~ makan tak igt dunia,, dah la peluh tak keluar langsung, naik tangga pun dah semput..tapi sekarang ok SIKIT la... Ala.. baru seminggu.. Tu pun nak KECOH??? :P

Percaya atau Tidak?? ni lah rutin aku setiap hari..
(perunding : Chentry Danish Dumpong)


Setiap hari selepas bangun tido, aku akan on laptop.. kemudian.. dengan rajinnya aku akan buat warm up yang ringkas...push up 20 kali dan sit up 20 kali... :)

Utk sarapan pulak aku akan minum satu kotak Anlene sahaja.. :)Utk makan tengah hari pula (dalam jam 11am)..biasanya aku akan masak sendiri (rumet aku rajin masak..aku?? rajin la jugak) - aku akan makan nasi seperti biasa... ->fevret aku adalah tempe..sedap weh!lepas makan nasi, aku akan bersiap2 utk ke sekolah...seharian aku di sekolah dari jam 1pm-7pm aku hanya minum air dan makan kuih sahaja.. tu pun kalau sempat...yang wajib hanya air masak sahaja...:) -> ni la kuih yang aku akan makan kalau sempat... sebab ni jea kuih yang aku berkenan kat kantin sekolah ni.. :Pmalam pulak, aku akan makan buns / roti sandwich / biskut sebelum jam 8pm :)sebelum aku lena diulit mimpi yang indah pulak...aku akan sit up lagi 20 kali...dan makanan yang terakhir akan masuk ke dalam perut aku ialah......OK...amacam..agak2 kalau aku maintan makan macam ni..apa akan jadi 5 bulan akan datang ek?? hahaha..bajet betul... wait and see sajalah...entah2 minggu depan dah NGAP semua benda tanpa had..haha.. tapi, jangan jeles la yea kalau ada apa2 perubahan..arap2 ...erm..
**sudah mula berangan**

**All d picture credits to GOOGLE..thanx google**