KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Thursday, March 31, 2011

Posing With Ur Love One - Giveaway

Klik pada gambar untuk ke Link tuan tanah =)

dAH Lama rasanya aku tak join Giveaway ni...
Tetiba malam ni ternampak dalam blog mamaRifqy pasal GA ni,,,terus teruja untuk join..
Aku masih adalagi masa 2jam sebelum GA ni ditutup!
Hopefully aku adalah insan terakhir join GA ni,,sebab..
orang pertama dan terakhir akan dapat hadiah misteri..ekekeke..
So..
Pic inilah yang aku pertaruhkan..dengan slogan kata (yang ditetapkan oleh pihak penganjur)

" I love Chentry Danish Dumpong so so much "

Best of LUCK!!



Wednesday, March 30, 2011

Poco-poco Haram?

Morning!!!!~ Salam Sejahtera~Credit: Pakar How To

Bagi penggemar tarian poco-poco., mungkin anda dah tahu macam mana bentuk dan cara tarian ini di jalankan.. bagi yang baru nak berjinak dengan poco-poco, AWAS!.. =)

Hari ni, aku ada terbaca dalam KOSMO online yang tajuk besarnya berbunyi begini "Perak haramkan poco-poco"..adeideidei....baru je tiga minggu yang lepas aku jadi instruktur untuk tarian poco-poco ni semasa Latihan Dalam Perkhidmatan SMKTC di Port Dickson..~ habislah.. Masa tu aku tengok ramai yang cuba untuk menigkuti dan ada yang nampak seronok dan cuba untuk belajar tarian ni..

Sebelum ni aku pernah jugaklah dengar-dengar desas-desus yang mengatakan tarian poco-poco ni haram..tapi aku buat-buat tak dengar jea..but hari ni,,lagi terang, lagi bersuluh dah masuk paper Kosmo pun..Kat Perak pulak tu.. Teringat pulak kenangan selama 3 tahun aku kat Perak, setiap kali latihan Suksis, kami akan buat tarian poco-poco ni sebagai asas senaman kami, memang enjoy giler..

Ingat lagi masa kawalan kehormatan di UITM Perak, geng-geng kamilah antara geng yang paling ramai yang sememangnya arif untuk tarian ni, semua orang enjoy tengok kami (perasan sendiri)..hehehe..~windunya time 'kegelapan' dulu-dulu..kihkih..Ingat lagi masa Pelantikan Pegawai di UPM,,geng-geng kami jugalah yang menampakan ketereran dalam tarian ni..kemas pulak tu(perasan lagi..adeideidei~)..bila semua bekerjasama, bersatu hati..semuanya akan menjadi..inilah yang diterapkan oleh jurulatih-jurulatih kami...Ok, berbalik kepada pengharaman tarian poco-poco ni... Menurut Mufti Perak, Tan Sri Hussani Zakaria, Tarian poco-poco ni diharamkan kerana mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan Roh., Kajian mendapati tarian ini di amalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. ianya kenyataan itu mendapat sokongan sebulat suara semasa Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186, dan kita sedia maklum, bila sesuatu perkara itu mempunyai unsur-unsur keagamaan lain selain Islam, Maka secara automatiknya, HARAM bagi umat Islam melaksanakannya...

Untuk itu, Tepuk dada,Tanya Selera,
Selamat Tinggal Poco-poco, aku akan merindui saat manis ketika berpoco-poco ~ =)
~CUba untuk mempelajari tarian lain,,~

Rujukan: Kosmo 30 Mac 2011


Monday, March 28, 2011

Basikal 'Lasak' di Bukit Cerakah

Sorok papan tarik papan
Buah kerdas dalam pinggan
Hari ini adalah kenangan
Esok mesti rindu-rinduan
Dari jauh datang mencari
datang mencari si jantung hati
Jalan-jalan hobi kami
Kaki melilau kemana saja nak pergi
Bukit Broga sudah di daki
Bukit Tinggi belum lagi
Basikal 'Lasak' aktiviti hari ini
Bukit Cerakah destinasi kami
Makan nasi dengan kicap
Lemak diternak setiap hari
Bila dah 'bam' 'bam' cepat tercungap
Sabar sajalah bila di buli
Memang teruk aku di buli
xpe..xpe..pasni DIET lagi
Sejam sudah kami mendaki
Buatlah U-Turn balik ke Jeti (hikhikhik)
Anak kera suka melompat
Terlompat-lompat sampai cerah
Seronoknya hari ni sampai terlompat-lompat
Jumpa lagi yea..Bukit Cerakah!!


Saturday, March 26, 2011

Nur Aim Catering | Kelantan

Segmen iklan Percuma :

Sedang mencari juadah yang enak untuk santapan rakan dan taulan anda sempena majlis (tak kirala majlis apa pun)..?? NinaAz ada jawapannya....Mari10000x... =)

NUR AIM CATERING atau lebih dikenali sebagai NUR AIM NIAGA.. adalah satu perniagaan usaha sama oleh Hj. Azahar dan isteri beliau Hjh. Zunaidah dan juga putera puteri kesayangan mereka.. =) NUR AIM NIAGA menyediakan khidmat katering untuk pelbagai majlis seperti :

Majlis Luaran - BBQ, khidmat masakan di tempat-tempat perkhemahan dan sewaktu dengannya

Majlis Perkahwinan - Pakej yang sangat menarik, pakej makanan pengantin dan sewaktu dengannya

Majlis di rumah - Cukur Jambul, akikah, bertunang, merisik, sambutan hari lahir, tahlil dan sewaktu dengannya

Majlis Korporat - apa-apa saja yang berkaitan.. =)

NUR AIM NIAGA juga ada menyediakan khidmat menyewa barang-barang 'buffet', pinggan mangkuk, periuk belanga, sudu garpu dan sewaktu dengannya...dengan harga yang sangat-sangat berpatutan.. =)

Selain daripada itu... NUR AIM NIAGA juga ada menyediakan HOMESTAY untuk menjadikan malam anda indah dibuai mimpi yang tersangat2 indah..kehkehkeh..

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, sila hubungi:

HJ. AZAHAR ABDULLAH (lebih dikenali sebagai pak aji /aji)
012-9637878
Lorong Pak SU, Kg. Bukit Bator, Gunung 16090 Bachok, Kelantan.
~GOD BLESS~



Friday, March 25, 2011

Fish Spa at Berjaya Times Square

Fish = Ikan (^_^)

Ikan biasanya kita makan.. ikan kukus, ikan berlada, gulai tempoyak ikan dan sewaktu dengannya... Ikan jugak ada banyak spesiesnya.. ikan keli, ikan sepat, ikan kembung dan bermacam-macam jenis ikan.. tetapi dalam banyak-banyak ikan di dunia ni,,terdapat dua jenis ikan (yang aku tahu la) iaitu Doctor Fish (Garra Rufa) dan Cyprinion Macrostomus (Kangal Fish) yang di gunakan untuk rawatan kecantikan atau lebih di kenali sebagai Spa Ikan.. wow! spa ayam ader??? kehkehkeh

Rawatan di lakukan dengan merendamkan kaki di dalam kolam yang mengandungi beratus-ratus dan mungkin juga berpuluh-puluh ikan tersebut.. bayangkan.. =)
sebelum rawatan, kaki perlulah di bersihkan dahulu kemudian barulah di masukkan ke dalam kolam.. Masa mula-mula kaki direndam,, adeideidei...geli jugaklah..takut pun ader,,walhal ikan ni xder gigi..=) kejap rendam, kejap angkat..rasa macam ader orang garu-garu nakal kat kaki..kehkehkeh..bila dah stabil sikit..barulah rasa ok.. seronok!

Muka geli~
untuk rawatan ni, tak de lah mahal sangat, RM5 untuk 15 minit.., kalau 1/2jam RM10 la kan.. kira OK la..dah tak mampu pergi SPa yang hebat2..Cari ikan je la..kehkehkeh.. +)
Kaki yang ikan suker~ =P
Kebaikan Spa IkAN:

* MELANCARKAN PERJALANAN DARAH
* MERAWAT MASALAH KULIT TAPAK KAKI
* MEMBUANG SEL KULIT MATI DI PERMUKAAN KULIT
* REFLEKSIOLOGI TUBUH/KAKI SECARA SEMULAJADI
* TERAPI MINDA
* SEBAGAI PEDICURE
* RELAXING
* MENGAWAL DARAH TINGGI DAN KENCING MANIS
* SELAMAT & TIADA KESAN SAMPINGAN

Kesan awal2 lepas rawatan ni,, aku rasa kaki macam kebas sikit..adei~ lama-lama OK balik.. KaLau rajin buat selalu,, InsyAllah.. kita akan dapat feedback yang Baik~ (aku pun selalu jugak...selalu tengok=) ) CUBALAH!! =P



Thursday, March 17, 2011

Buah Kerdas

Halo guys! Selamat Petang~ Sedar tak sedar..lagi 3 hari nak bukak sekolah... apa maknanya tuh??? maknanya...lagi sehari la aku duduk di kampung ni...wawawawa..... belum puas lagi aku menghirup udara yang segar di kampungku..belum puas lagi rasanya aku memakan masakan ibu.. =(

Selama 4 hari aku di kampung... setiap hari menu yang terhidang WAJIB ada buah kerdas.. sebab mama tahu itu adalah ulam kegemaranku..dan memandangkan sekarang ni musim kerdas..memang berkilo2 la mama beli... bayangkan..sekali Lunch.. tanpa sedar aku boleh habiskan semangkuk kerdas...Nasi putih +buah Kerdas + budu = sedap dow!! .. ayam golek,ayam panggang..terubuk bakar, asam lemak, asam pedas..semua aku tolak tepi!~hehehe.. hantu kerdas rupanya aku ni..~

kepada peminat ulam-ulaman..sudah tentu kenal dengan buah kerdas ni kan?? kalau orang kelantan..kami panggil ulam ni dengan nama "Woh Keddah", nama saintifiknya ialah bubalinum dan dalam Bahasa melayu yang betul..aku rasa buah kerdas la kot..betul tak?

**credit to Azhar**

Buah kerdas ni biasanya di jadikan pembuka selera apabila di makan bersama nasi. Walaupun bau buah kerdas ni agak kuat sehingga melekat pada nafas.. bagi peminat setia buah kerdas..semua itu bukan halangan untuk makan buah ini... =) bagi yang tak pernah merasa..dan ingin mencuba..jadi, jika ada buah kerdas di depan mata...apa lagi..jangan lepaskan peluang! cubalah..sedap.rangup, lemak manis..dan..tak tau dah nak describe macam mana...=)

Buah kerdas ni mempunyai kulit yang agak tebal dan keras... bila kita bukak kulit buah kerdas ni...kita boleh tengok ada banyak ulas kerdas dalamnya..macam petai juga la...satu tangkai petai tu mempunyai beberapa biji petai.. kulit buah kerdas aku tak tau la boleh makan ke tak..setakat ni tak pernah pulak aku cuba makan kulitnya.. warna buah kerdas pulak bergantung ketuaannya..kalau baru petik@masih mudah..warna dia macam cerah sikit, kuning2..kalau dah tua dan disimpan lama..warna nya kehitaman..dan aku suka makan yang dah tua..yang muda2 kureng sikit.. tapi, lain orang lain rasanya..=)

AKu kalau bab makan..semua aku bedal..dan aku jarang tolak..(hehehe,,,) kadang2 kita sendiri tak sedar apa yang kita makan tu berguna ataupun tidak untuk tubuh badan kita.. walaupun kerdas ni bau dia "WANGI" mengalahkan perfume yang kawan aku pakai.. tapi khasiat dia.. banyakla jugak..

Antara khasiat kerdas yang aku dapat info dari nenek2 dan mama aku ialah dapat membersihkan buah pinggang, melawaskan kencing, menjauhkan diri dari penyakit kencing manis..dan yang paling penting..dan paling aku suka ialah..awet muda..kuikuikui... InsyaAllah..

Babai.... =)

**All pictures credit to google**



Asas Pemakanan Sihat

Haloooo....Salam Sejahtera semua...Teringin amalkan pemakanan sihat, tetapi tidak tahu bagaimana hendak mulakan??? jangan risau..hehe..Ikut saja tip-tip asas berikut untuk menikmati khasiat pemakanan...walaupun sekarang ni musim orang kenduri kendara...Asas pemakanan yang sihat adalah yang paling penting... Jom~

1) KUNYAH MAKANAN ANDA
Kunyah makanan dengan baik..bukan sahaja dapat menikmati makanan, kunyahan yang sempurna juga baik untuk sistem penghadaman

2) MAKAN SECARA SEDERHANA
Makan secara perlahan. dengan ini, kita akan menyedari amaun makanan yang diambil. Elakkan menambah makanan yea..berhentilah sebelum kenyang!

3) MULAKAN HARI DENGAN SARAPAN
Sarapan sangat10x penting!! Selepas berehat semalaman, sarapan mengembalikan tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk memulakan hari anda. Jadi, cuba bangun 10minit lebih awal untuk bersarapan... tapi..kalau yang jenis jam 12 tengah hari baru bangun macam mana yea..adei~ hehehe =)

4) MINUM LEBIH SUSU
Susu baik untuk kesihatan! dulu i xsuka susu taw..sekarang ni..cuba berjinak2 dengan susu..dan Alhamdulillah..tekak ni dah boleh terima susu seadanya...

5) SNEK DENGAN SIHAT
Jika terasa lapar, pilihlah snek yang berkhasiat. Tetapi, pastikan hidangannya kecil supaya selera tidak terganggu apabila tiba waktu makan yang seterusnya.. Snek Pilihan! -> minuman Yogurt Nestle Bliss 0% Lemak =)

6) KURANGKAN GULA
Awasi makanan yang mengandungi gula tersembunyi seperti kek, donat dan dot..dot..dot.. =)
Mintalah yang kurang manis bila memesan minuman kegemaran anda..contohnya -> milo kosong, tea o kosong.. (semua kosong..hehehe)

**Sumber: Nutrisi Nestle**
~So, Apalagi..Amalkannya hari ini!!~


Wednesday, March 16, 2011

Terus aktif untuk kekal sihat

Morning guys!!.. hari ni aku nak share pasal kalori .. mesti korang suka kan kalau bab2 'kurus & sihat' ni..hehehe...

Apakah itu kalori? Kalori adalah ukuran untuk tenaga dan tubuh anda yang memerlukannya. Namun, pengambilan kalori yang berlebihan pula boleh menyebabkan penambahan berat badan. Jadi, anda harus sentiasa aktif untuk membakar kalori yang tidak diperlukan itu.. Jom kita bakar kalori dengan cara yang MUDAH!!! =)

1) MENGELAP@MENGEMOP LANTAI
senang kan...ada jugak faedah untuk kita dan rumah kita..pertama, rumah bersih kedua kita juga sihat! dengan mengelap lantai selama 20minit, kita dapat membakar 62 kalori (1 epal merah saiz sederhana).. Awesome! =p2) MENARI
bagi yang pandai menari dan sememangnya suka menari.. gud job! tanpa sedar anda telah membakar kalori 155 kalori (1 keping talam ubi) jika menari selama 30 minit. Aku pun suka menari,, belajar sendiri dalam youtube..but tangan keras macam batu ah.. ada aku kesah? hehehe3) BERJALAN PANTAS
Jika korang malas nak jogging (aku rajin) berjalan pantas pun memadai.. berjalan pantas selama 60 minit boleh membakar kalori sebanyak 222 kalori (6 cucuk sate ayam).. so, apalagi, jangan melenggang yea,,silalah berjalan pantas!

4) BERJALAN PERLAHAN
Kalau malas jugak nak berjalan pantas...berjalan perlahan pun OK jugak.. berjalan perlahan selama 30 minit dapat membakar 87 kalori (100g jeruk mangga).. tapi kalaua korang malas jugak nak berjalan perlahan..fuh! memang PEMALAS giler ah!! =P

5) BERKEBUN
Berjebun adalah cara yang baik untuk menggerakkan semua otot! berkebun selama 45 minit dapat membakar 284 kalori (1 keping apam balik)! wah! lebih banyak dari berjalan pantas~6) MEMBELI KEPERLUAN DAPUR
Tahukah kamu, membeli belah barang keperluan dapur juga adalah satu senaman? =) membeli belah selama 45 minit dapat membakar 140 kalori (1 Keping tose) ! =)

7) BERBASIKAL
Masukkan aktiviti berbasikal dalam aktiviti mingguan anda.. naik la basikal kalau nak ke mana-mana.. jimat pun jimat..betul tak? dengan berbasikal selama 60 minit, dapat membakar192 kalori ( 1 keping kuih seri muka) =)8) MEMASAK
Siapa sangka memasak juga boleh membakar kalori!!! memasak selama 30 minit dapat membakar 68 kalori (1 sandwic sardin) OK la tu! =P

sumber: Nutriweb (Kiraan berdasarkan kajian ke atas wanita 50kg)


Tuesday, March 15, 2011

Majlis Menghantar Menantu ~Mak Su & Ayah Su~

Alhamdulillah...akhirnya mak cik kesayanganku sudah pun menjadi milik orang..uwaaa... =)
Hari ni adalah hari yang terindah buat mereka berdua.. Tahniah mak su.. Cinta yang terjalin ketika di bangku sekolah lagi..akhirnya menjadi cinta yang sejati selama2nya.. Mudah2an di berkati..Amin~

Majlis di adakan di rumah pihak lelaki... hari ni aku teruja giler sebab hari ahad lalu aku tak sempat untuk hadir di majlis persandingan mereka... walaupun majlis ni simple, but begitu bermakna buat mereka berdua..TAHNIAH mak su & ayah su...

Tema~Kelabu~ =POrang lain yang kawin..aku plak yang OVER! =)
~GOD BLESS MY MAK SU & AYAH SU..Amin~



Monday, March 14, 2011

Sunset at Le Paris Hotel Port Dickson

Oh My God... i rely2 love SUNSET... so beautiful & nice!! Subhanallah..Indah sungguh ciptaanMu Ya Rabb... ~

pic ni aku snap semasa keluar bersiar2 dengan kawan2 dalam jam 6:45pm-7:30pm di lokasi belakang Le Paris Hotel.. dan time ni jugak..tanpa aku sedari..aku telah pun merendam Handset aku sendiri..tak sedar wei.. fokus ambik pic punya pasal la nie~adeiiiii!!!~

gambar2 yang aku ambik ni aku juz tambah border dan juga watermark jea..tak edit pun..cantik kan??? (puji la sikit) hahahahahah~

Shoot dari belakang Le Paris~kanak2 riang~meriangkan diri selepas seharian di Ballroom

Lovely one~ Sangat suka pic yang ni...suker!! betul3x!!! =)

~Ok..itu saja...suda tidak ada mood maw snap pic selepas handset aku minum air masin...wawawaw~

...CANTIK kan?????............ (^_^) TQ!