KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Tuesday, May 31, 2011

Wedding Ceremony ~Aziha & Sabar~

Bermulanya cuti penggal 1, hari ni bermulalah hari yang pertama bagi aku menjejakkan kaki ke majlis kenduri kawin..muahahahaha!!! ramai bebenor sahabat2 aku yang nikah cuti2 ni, jeles weh! bila turn aku ni?? adoii...sabar2!! hahaha...

Seronok bila dapat hadir kenduri kengkawan ni, lagi seronok bila dapat jumpa member2 lama zaman budak hingusan dulu..muaahhaahhaa..sampaikan aku tak kenal kawan aku dulu,, makin meletop cun melecun depa sekarang ni.. aku jugak laa style lama, style kampung la katakan.. kampung gunong, bukan atas gunong, tapi tepi gunong..muahahahahaha!!!!

Kad kawin belambak sampai kat rumah aku.. Alhamdulillah..ingat jugak kawan2 aku kat aku ni yea.. yang tag kat FB tak kira la ramainya..tapi, aku rasa, aku hadir tuk yang ada kad jea la gamaknya.. tak sempat pergi semua.. tarikh sama jea aku tengok...kalau sempat aku pergi yea kawan2.. =)

Kawan aku ni aku panggil dia g-ha, kawan masa belajar kat Wataniah dulu, last jumpa masa ambik result SPM la. pastu masing2 bawak haluan sendiri, dan pada hari bersejarah ni, maka aku dengan bangganya menghadirkan diri..muahahhahaha....

Cantik dia punya tema warna, oren+putih! mak suka Nyah!! =)
Ni la kawan aku,, Aziha@g-ha | wei mak cik, mana ko tengok tu.. tu haa,, kamera depan tu =PNi la husband sehidup sematinya..en. Sabar, orang jauh ni., orang Pahang!Sempat gak aku curik masuk bilik g-ha, snap pic tempat beradu, muahahaha!Lama tak jumpa kawan2 lama, time kenduri ni la dapat jumpa, macam reunion la pulak, semua dah bekerjaya, Alhamdulillah.. dan semua masih single kecuali g-ha! Muahahahaha!!
ni setiausaha peribadi aku a.k.a drebar aku,,, muahaha! bergambar bersama pengantin!

Selamat Pengantin baru G-ha, semoga cepat2 dapat baby yang comel macam aku,, hahhaa,, semoga kekal selamanya, bahagia dan diberkati yang Maha ESA! Amin~

Papai!


Monday, May 30, 2011

Apam Polka Dot NinaAz

Pergh! kemain panjang namanye.. Nak jugak selit NinaAz tu.. Bajet glamour le tew.. kuikuikui..
Second day at Home!!! suker2 dapat balik rumah setelah 2 bulan berada diperantauan..
Bilik aku tak dikemas lagi.. Bengang giler tengok bilik aku bersepah2!! Bodoh punya pencuri.. Ingat aku simpan harta karun ker dalam bilik tu??? haaiiikkkk tui!!! sila kemas semula bilik aku setelah kau sepahkan! tak kuasa aku nak mengemas..huahuahua.. Nasib adik aku no. 5 masuk Matrik, so, aku lepak ah bilik dia cuti ni.. =)

Dah lama aku simpan niat nak buat Apam ni.. Hari ni baru berkesempatan untuk aku menyepahkan dapur mama buat apam polka dot ninaAz nie..hehehehe.. First time buat,, rasa sangat sedap, but rupa jea la tak boleh blah..huahua..biasalah, baru nak belajar buat dot-dot.. hehehe...

Apam Polka Dot NinaAz.. =) | Apam ni gebu, lembut, sodap,, mabe sebab adunan nya ditaruk Susu Segar dan juga ovellate.. | Rupa tak boleh tahan, tapi rasa boleh tahan.. =P
Dalam satu adunan apam ni, dapat la lebih kurang 30 biji.. mabe aku punya mangkuk kertas saiz XXL kot.. kalau saiz M mabe banyak lagi dapat..

Resepi Apam ni, tak de la susah sangat, tak payah pergi kedai bahan2 kuih muih tuk beli bahan2 ni, supermarket pun ade.. Korang tak nak cuba try test ke apam ni?? meh sini aku nak kongsi share sikit resepi apam ni.. Ni pun aku dapat dari blogger yang lain..

Bahan-Bahan:1) 3 biji telur dari peti sejuk
2) 275gm tepung gandum + 3 sudu serbuk penaik
3) 1 sudu kecil Ovellate
4) 220gm gula halus
5) 150ml Susu Segar
6) Filling -strawberry ker, blueberry ke, durian ke..suka hati (aku guna jem biasa, serius tak sedap sebab ianya berat dah akan jatuh di dasar apam, filling kat kedai pastry lagi bagus, dia akan duduk diam kat tengah-tengah)
7) 1 sudu esen vanilla
8) pewarna pilihan sendiri

Cara-caranya:
1) Pukul telur putih sampai kembang
2) Masukkan ovellate,kuning telur dan esen vanilla.. kemudian pukul lagi
3) Masukkan gula kemudian pukul sampai sebati
4) Masukkan tepung gandum+serbuk penaik di selangselikan dengan susu segar - Kacau dengan senduk sahaja
5) bahagikan adunan tadi dengan warna pilihan anda, Ambik mangkuk kertas, masukkan sedikit adunan tadi ke dalam mangkuk kertas tu6) masukkan inti di tengah2 adunan ni7) masukkan semula adunan warna pink tadi-kalau rasa nak kembang sampai kembong, masukkan la sampai penuh.. =)8) last sekali, dot-dotkan dengan piping bag dengan warna yang berbeza.. suka hati la korang nak dot yang macam mana9) Kukus selama lebih kurang 10-15minit
10) Tadaaaa!!! Siap~Merah,biru,purple..tak cukup adunan nak letak warna hijau..Ok tak??

Credit to : Hanafzuan! Thanx for the recipe~

~SELAMAT MENCUBA~



Friday, May 27, 2011

Yang Ku Tahu, Cinta Itu Indah

"Kalau benar cintakan keamanan dan keharmonian .. maka tidak perlulah untuk memulakan persengketaan dan permusuhan yang sebenarnya datang dari diri sendiri"

"Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna .. banyak yang perlu dikorbankan .. banyak juga yang perlu dilepaskan .. sesekali langkah tersadung .. rebah menyembah .. sesekali melangkah gagah tersenyum megah .. dan .. semua itu memerlukan pengorbanan .. menentukan kesabaran .. dan .. air mata .. Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul .. usah gusar pada anugerah ILLAHI .. anggaplah sesekali di duga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan"

Kita kena bijak berfikir mengapa orang yang kita sayang menyayangi orang lain dalam diam .. mungkin kerana ada beberapa sikap kita yang tidak disukai oleh pasangan kita .. tidak perlu untuk memarahi insan yang disayangi oleh pasangan kita itu .. namun tanyalah pada diri anda ..

kadang-kala cinta tidak bermakna kita memiliki..bagilah peluang untuk pasangan kita mengecapi kebahagiaan walaupun bukan dengan diri kita dan meskipun hati kita terluka .. namun pengorbanan itu baik untuk melihat orang yang kita sayang bahagia dan gembira daripada terus dengan kita tetapi menjadi beban untuk dirinya dan membuatkan orang yang kita sayang itu terseksa jiwanya untuk mendapatkan kebahagiaan dengan orang lain ..

Credit to: Qaseh Arrianni

Dugaan silih berganti, pengorbanan kian lama kian menggunung tinggi, sedar tak sedar dari hari berganti bulan, dari bulan berganti tahun.. Namun, masih sukar lagikah untuk melupakan? masih payah lagikah untuk menerima kenyataan? Dalam kepiluan, dalam kegusaran, masih lagi kuat berdiri, masih lagi mampu menerima ujian Ilahi...

Dari kejauhan, hanya satu yang ku mohon.. "Ya Allah.. lembutkanlah hati mereka...."


Thursday, May 26, 2011

Sambutan Hari Guru!

Khamis! esok?? Jumaat.. Apa maknanya ni bila esok hari JUMAAT??? ini bermakna,, esok adalah hari terakhir Persekolahan sebelum Cuti Persekolahan bermula!! warghhh!! gembiranya aku... seronok2!! hepi mengalahkan pelajar.. Rasa bahagia jea nak pergi esok! Tak sabar!

Semalam adalah hari terakhir Peperiksaan Pertengahan Tahun.. Hari ni pulak ada Majlis Sambutan Hari Guru dan Esok ada Jogathon peringkat sekolah.. hari ni dan esok pagi2 buta kena pergi sekolah. kalau lambat sikit alamaknya jem la aku tengah jalan2.. lepas tol Batu 9 teros sesak. Biasala pagi2 orang pergi kerja. Biasa pergi sekolah jam 12, tapi hari ni dan esok jam 6.30 pagi dah kena start kereta.. muaaahhhaaahhaa...!!!

First time dapat rasa sambutan hari guru sebagai seorang pendidik.. bila nyanyi lagu Guru Malaysia, rasa terharu semacam,, sebelum ni selalu nyanyi kat UPSI, tapi hari ni, nyanyi depan2 anak didik sendiri! terharu wei.. tapi cover la sikit, tak kan nak buat drama sentimental jiwang pulak atas pentas tu.. kikikiki...

perarakan guru masuk ke dalam dewan~Layan pulak bila tengok persembahan2 pelajar2, berbakat jugak diorang ni.. bagus la,, kalau gilap ni, boleh meletop! yang paling best bila sesi makan memakan!! hehee.. memiara lunok hobi aku.. kek ada, char kueh tiow ada, Rojak ada, ABC ada, buah2an ada, macam2 jenis pencuci mulut ada! yang paling best.. Satay~ muaahhaahhaa... aku rasa 3 kali kot meja kitaorang tambah satay.. ni bukan makan ni, melantak!!!

Ni time rewang, sebelum majlis,, =)Bersama PK Ko SMKTCHaaa... ni time mentekedarah! =PKek ni best! -> sponser by PIBG SMKTCSelamat Hari Guru buat semua Guru di Malaysia! Ok~ Papai!!



Wednesday, May 25, 2011

Positive.. CAN I ??

Macam mana nak jadi orang yang selalu berfikiran positif yerk??? kenapala kepala hotak aku ni lebih gemar kepada sesuatu yang negatif.. adooiyaaiii....

Tapi, fikir sesuatu yang negatif kadang2 bagus jugak. Betul tak. Cuma jangan ter'over' dah la. Aku sebenarnya tak suka fikir benda2 yang remeh temeh dan menyakitkan hati ni, tapi keadaan yang mendesak aku untuk semua tu. Bukan ada faedah pun untuk aku pikir benda-benda yang tak elok ni.. tapi, kekangan keadaan dan tekanan persekitaran yang menyebabkan aku bertindak macam tu..

Bila la semua ni akan berakhir. Aku da fed-up dah!! FED-UP!! U KNOW???? dari awal sampai akhir, macam ni jea keadaan. pusing kanan, pusing kiri, pusing depan, pusing belakang.. pi mai pi mai tang tuuuuuuuuuuu jugak!...Sabow je la..

Aku sebenarnya malas nak bertekak, malas nak ambil pusing, malas nak ambik peduli..lantak kau laa...ada aku kesah?? ko nak terjun bangunan kea, ko nak bunuh diri ker, ko nak fly ke bulan ke..ada aku kesah?? Tapi, Kalau sampai sekarang ko masih sama seperti dulu.. INI yang buatkan aku jadi MARAH!! wahaahaha... (emosional la pulak..adeh! saje je ni.. kasi gempaq2 sikit)

Please la wei... Rimau bintang ngn rimau kumbang lebih kurang jea.. spesies yang sama.. nama jea beza.. aku tahu aku ni spesies kucing parsi.. lawa kan?? bulu pun lebat,, bukan calang-calang orang buleh sentuh, kalau silap orang, gugur bulu yang lebat lagi gebu tu.. hahahaha.. kucing parsi makan whiskes jea.. tak main la ikan rebus dengan nasi cap serindit.. tapi kalau spesies rimau, ganas, semua benda nak bedal..(adeh! apa yang aku melalut ni)

Apa lagi yang kau nak buat lepas ni... lantak laa.. yang penting jangan sakitkan hati aku lagi..hehehe... sakitkan hati orang lain buleh, hati aku jangan.. Nyah kau dari sini! menyampah aku tengok,, bajet segala2nya.. padahal, kalau jual harga 10sen pun tak laku..haha.. (adeh.. tak baik aku ni...Astagfirullah hal azim)

~I Loikkeee Choki-choki~
Papai!



Tuesday, May 24, 2011

Wira Tomyam Seksyen 11 Shah Alam

Cerita ni dah basi., but aku tak kira, nak cerita jugak,, Hujung minggu lalu, aku ada pergi berkelah kat Taman Tasik Shah Alam, ada dalam entry NIE!<-- Klik la untuk terjah.

Malam tu, Tak cukup denga nasi goreng bodoh yang aku buat tu, kami pun melilau la cari makanan..lapar doe.. tanakwaguku nak bedal SUP.. So, tempat yang paling best.. kat mana lagi kalau bukan Sup Ayam Halia lebih di Wira Tomyam seksyen 11.. Aku pernah citer pasal kedai makan ni kat entry NIE!<-- Klik la untuk terjah

Kalau sebelum ni aku bedal habis otak-otak.. tapi malam tu, aku nampak benda baru..hehe,, baru la bagi aku sebab aku tak pernah rasa, mabe dah berkurun bagi korang,,

Ni dia..Snack Ayam.. best wei! rasa sekali pasti nak berkali2.. =PComel kan cara bungkusannya.. isinya pun kiut.. kalau satu tak puas makan ni..Bagi memastikan kandungan gula dalam badan aku berada pada tahap yang selamat, aku hanya mengorder air suam saja!, bagus untuk suara merdu juga~Ni aku punya - Kueh tiow gorenghaaa...yang ni sawoku punya.. Sup ayam, nasi putih, satay.. adei! punyala banyak dia bedal.. aku jeles..sebanyak mana pun dia makan, tetap maintain! wargh!! mak jeles you!!Saat yang paling indah adalah...apabila dapat makan bersama insan yang tersayang..hehee.. <-- Jiwang karat aku nie..OK! kalau korang rasa nak sup sedap, satay sedap, otak-otak sedap dan juga snek ayam yang sedap, terjah la FoodCourt Seksyen 11 Shah Alam! Macam2 ada... hehee...Lai chi Kang kat sana pun sedap.. kalau ada masa, aku buat entry pasal Lai Chi Kang yea.. Papai!!



Monday, May 23, 2011

Antan Batura Seksyen 14 Shah Alam

Lepas jogging, memiara lunok.. Ok la kan?? but tak de la dasyat sangat. biasa2 jea. Port kali ni ialah di Antan Batura seksyen 14 Shah Alam.. Tempat ni di kawasan Taman Tasik Shah Alam, berhadapan dengan PKNS dan juga di pusat rekreasi.. kalau korang nak tengok cara-cara orang yang reti berkayak dan tak reti berkayak, korang boleh intai la di restoran ni..hehehe (bajet aku reti kayak la ni).

Aku juz order air teo o suam, dan sawoku membedal mihun sup dan juga milo kosong panas. Best jugak la mihun sup dia. macam2 ada kat tempat ni..kalau korang mengidam nak makan bakso, boleh la cuba bakso kat sini. nampak macam best jugak ni.Telur Penyet pun ado wei!!pemandangan kat kedai ni menarik sebab berlatar belakangkan tasik, orang2 yang berkayak dan juga kapal ke sampan ke apa ntah nama dia, aku pun tak tahu - benda alah tu korang boleh naik untuk mengelilingi tasik yang agak luas ni..

Muka bajet Cun yang sedang menanti tea o suamMuka kebulur yang masih mampu lagi tersenyumYeay air dah sampai, mihun sup dah sampaiApa lagi, jum kita NGAP! jangan lupa baca bismillah OK!
Ok, kalau korang pergi Shah Alam, jangan lupa singgah kat sini taw! Rasai sendiri keunikan dan kehebatannya! =) papai~


Sunday, May 22, 2011

Layan Paper Moral @ McD sek. 2 Shah Alam

Hari ni semangat aku pelik sikit.. lain dari sebelum2 ni.. semangat untuk marking paper berkobar2.. seawal jam 6 dah bangun.. mana tak nya., semalam tak dapat tidur dengan nyenyak gara-gara nyamuk besar dan juga gara-gara paper moral yang tak mark lagi.. semalam ada orang tu ada janji ngn kita nak tolong tanda paper, tapi awal2 lagi dah mengampai..adoooii....

hehehe...aku ambik kesempatan yang ada ni untuk gunakan kerahan tenaga yang FREE supaya paper pendidikan moral aku ditanda sepenuhnya!! hahahaha...dah la 4 kelas semuanya, satu kelas 40 students, kalau aku sorang yang tanda, aku rasa lama2 paper yang tanda aku..hahaha..

Baik punya port la kami cari.. KFC @ McD.. aku pilih McD sebab McD kat Shah Alam ni besar, cantik, menarik dan ada set Breakfast yang ada coffe yang best. gerenti kalo minum coffe tu, mata yang kuyu bertukar menjadi segar bugar.. Haa.. lihat mata aku ni..segar kan? keh3
Sebelum kerahan tenaga, jum kita memiara lunok dulu...Aummm!! nyum3...
Kasian ni budak, muka ngantuk lagi dipaksa datang kerja..hahaha
Let's start the weork! yiihahahaha~ Habis jea makan terus mula kerja,,, bagus2,, ni nama dia senaman tangan dan juga emosi... (layan internet sambil buat kerja~ nak kena potong gaji ni..ahah)
Emosi tertekan bila kosong jea jawapan...wargh! Aku rasa dah bagus dah aku mengajar (perasan!)
Ambil mood~ ni la Blackberak aku..hehe... mahal ni.. dah 6 Tahun baaa
Ok2..dah2..sambung semula.. tengok ni..tekun giler tanakwagu ni tanda paper
Tanda paper sampai hangus bontot aku..hahahaa... kan best kalau lengan aku ni jadi slim lepas tanda paper.. hari2 aku nak tanda paper kalau macam tu... dekat 8jam jugak la baru siap tanda semua paper..yeehhha!! aku berjaya.. so, tinggal lagi satu paper aku iaitu matematik. Esok baru budak2 start exam.. harap2, ada lagi la tanakwagu yang comel tolong aku mark paper maths! Amin~..hehehe.. Ok! babai!

Pounsikoun Tanakwaguku! Muhang Oku Dika Sogigisom!!~