KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Saturday, September 17, 2011

Terima Kasih dan POUNSIKOU!!

Assalamualaikum.. hai readers!!!!

Dalam hati ada taman
Taman berbunga dari semalam
kembang mekar menghiasi taman
Aku gembira tidak tertawan....

Tidak di sangka rezeki semalam
rezeki tergolek kata orang
sengih aku sampai demam
Mana tak nya, special gift dari seseorang!!!!

Terima kasih aku ucapkan
dapat jugak merasa bergaya sakan
KLCC menjadi saksi kejadian
terlompat-lompat macam tikus terkena renjatan

Walaupun sudah seminggu tarikh kelahiran
tak pe.tak pe..tak de gift pun aku tak heran
tapi kalau ade boleh laa kan..
tetiba terasa macam mata duitan..hahahaha

Maaf laaa kalau terover sakan
tak pasal-pasal di cop pisau cukur pulak kan
aku sekadar pisau buah-buahan
ahaks! mana2 pisau pun boleh laa kan????

Terima kasih sekali lagi
kalau boleh, tahun depan nak mintak LV
Sila bersedia, kumpul yen dari hari ni
harap-harap ada rezeki lagi..hekhekhek (gelak jahat)

at Menara Condong Teluk Intan with Sawo Kalangadanku



Friday, September 9, 2011

Apa ada pada usia..

Assalamualaikum....

Hai readers!! Selamat pagi semua..

Dah berkurun rasanya aku tak intip belog aku ni, dah bersawang dah. bukan setakat labah-labah, lebah pun datang buat sarang kat sini. Tapi kalau lebah, ok jugak, boleh jugak rasa manisnya madu lebah, lagi bagus burung layang-layang. kalau layang-layang buat sarang, boleh buat sup untuk kesihatan... hekhekhek

Kecoh betul, padahal baru semalam post pasal Wordless Wednesday.. adeh~ Actually, entry semalam aku dah buat seminggu yang lepas, tunggu masa tuk publish jea..sebab aku tahu aku akan jarang online sebab komputer aku dah jahanam...berapa banyak sebab daaaa..so, aku buat entry wordless siap-siap.. =D

Ok... Perasan tak? cantik betul date hari ni kan.. 09.09.11

Setiap tahun kalau masuk jea bulan September, bertarikh 9 september, mesti tarikh tu cun kan?? apa ada di sebalik tarikh itu??

Alhamdulillah...9 september adalah tarikh kelahiran seorang bayi perempuan yang sangat comel oleh sepasang suami isteri yang berasal dari bachok, Kelantan. kelahiran bayi comel itu sangat menggembirakan hati pasangan tersebut kerana itulah kelahiran yang pertama dalam keluarga mereka dan kerana baby itu sangat comel dan sihat.

Bayi itu di jaga dengan penuh kasih sayang.. sehinggalah sekarang, membesar menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan negara... ceeeeewaaaaaahhhhhhh!!!! =D

Nak tahu sapa bayi itu???? hehehehe.. cuba teka.. Sapa yang sedang menaip entri ini?.. kalau dapat jawapan.. itulah jawapannya... ahaks!! Aku laaa nii...taraaaa -)

Terima kasih kepada yang maha Esa, kerana masih lagi memberi peluang untuk aku berusaha menjadi hamba yang solehah. Terima kasih kepada Ma dan Abah kerana menjaga aku dari kecil sehingga sekarang...Terima kasih tidak terhingga..

Semoga, dengan usia yang meningkat ini, menjadikan diriku semakin matang dalam menempuh setiap dugaan serta cabaran yang mendatang...

Harapan di masa hadapan, Aku inginkan kebahagiaan. Bahagia yang diredhai oleh ALLAH. semoga, dengan usia yang telah pun ditambah oleh ALLAH ini, aku dapat mengejar kebahagiaan itu..

Di pagi ini, aku menadah kedua-dua tangan ku.. memohon doa dari yang Esa, meminta pada yang Maha Kuasa..

Ya Allah, panjangkanlah umurku dalam keimanan,
Angkatlah segala apa masalahku,
Permudahkanlah segala urusanku,
Bukakanlah seluas-luas pintu rezekiku,
Berikankan kepadaku istiqamah dalam setiap amalanku,
Berikan aku kekuatan untuk menempuh segala dugaan yang Engkau berikan,
Golongkan aku dalam kumpulan hambaMU yang beroleh Jannah...

Amin....
Buat kawan-kawan yang memberikan ucapan beserta doa buatku dihari usiaku bertambah ini, terima kasih. Semoga ALLAH merahmati hidup kalian..

Papai!!!




Saturday, September 3, 2011

Wedding Ceremony ~ ila & Amir~

Assalamualaikum.. Salam 5 Syawal!!!!

hai readers! Dah lama rasanya aku tak buat entri pasal kawin-kawin ni kan?..

Pertama sekali, aku nak minta maaf banyak-banyak kat kawan-kawan aku yang telah pun selamat diijabkabulkan. maaf sebab aku tak dapat menghadirkan diri. kekangan masa yang menyebabkan hal sedemikian berlaku.. maaf yea kawan-kawan.. jangan pulak merajuk sampai turn aku korang tak nak datang yea..hekhekhek (gelak nakal)

Mak aiiiii.... Hari ni aku tak berapa sehat. kesakitan perut yang melampau. Sakit tak de la sampai terguling-guling macam tenggiling, tapi agak penat jugaklah aku ulang alik ke tandas. Sampai terhidrasi. kekurangan air yang boleh menyebabkan kulit aku yang gebu ni menjadi kering kontang... Ahaks! Elok sangatla kalau time-time raya macam ni, pil chikitteaaun(entah betul kea aku eja) sentiasa ada sebagai stok!

Kalau dah macam-macam masuk dalam perut, bercampur aduk tak tentu hala, kesannya sangat membahagiakan.. betul tak? =D

Alhamdulillah.. hari ni, sempurna sudah majlis perkahwinan sedaraku. Seronok,seronok,seronok! seharian aku di rumahnya, tolong apa yang patut, sambil-sambil berposing sakan. Jarang dapat peluang berlama-lama di majlis perkahwinan.

Yea la, kalau setakat rumah kawan tu, tak pasal-pasal jadi tukang sibuk pulak, orang tengok pun tak senang..bila laa budak ni nak balik..hahahaha.. kalau rumah sedara sendiri tak pea. nak tunggang terbalik kea, hape kea.. line clear... Aku tak kesah hape pun~ kalau diorang nak kesah, ada aku kesah? hahahahaha (gelak jahat)

Dari baju warna ungu, warna merah, warna pink, aku jadik tukang photo yang tak bertauliah dan tak ditempah khas dengan hanya menggunakan kamera capuk sahaja. Time pengantin potong kek aku tak sempat nak snap. masa tu aku balik rumah serbu tandas. perut dah tak boleh tahan.. kacau betul!

Memandangkan dah tengah malam buta ni, mata pun dah ngantuk, otak pun dah blur, bagus aku bagi korang review gambar-gambar yang ada ni, segar sikit kan...

Debaran seorang pengantin yang sedang menanti pengantin lelakinya =D

Pelamin yang indah permai lagi mengasyikkan

Hiasan dalaman bilik pengantin~ Hijau itu harmoni

Barang-barang hantaran dari pihak perempuan

Makanan untuk makan beradap. Santapan yang cukup menyelerakan
Sebelum rombongan lelaki sampai, bagus bergambar dulu.. lepas ni, mekap pun dah cair, bulu mata pun tertanggal, gigi pelesu pun mungkin akan tercabut.. Gegar!!!!! =D

baby Zahirah... Anak kakak pengantin.. comel budak ni, dengan semua orang dia layan., tak macam setengah baby tu, kalau bertukar tangan, confirm melalak..uwaaa...uwaaa..

My Cousin, kalau cakap pakwe pun boleh gak ni. walaupun umur beza 6 tahun muda dari aku. Biasalah, aku kan awet muda..haiiiikkkk~

Ini kebulur kea apa ni?

With my younger Sister.. Esok aku ke KL dia ke Perak... hukhukhuk

Baru siap mekap terus snap. Cun betul sedara aku ni..

My MOM!! mama layan stail Dato' CT.. lawa kan tudung tu..aku yang beli.. yes!


Kumpulan boria dari Sri Permai

With hajar

With Rosniza~ Geng sekolah rendah =P - Alamak, selipar jepun tu..kacau betol
Cuba teka ni sape? Alone~ kasiaaannnn ni sumandak, tak dea teman!

Rombongan lelaki sudah sampai. Tiada dalam aturcara yang aku kena pegang payung masa pengantin jalan naik ke rumah.. hehe., orang cakap, kalau dah iring pengantin pegang payung tu.. dah tak lama dah tuuu..hurm..apa yang tak lama?? aku pun tak tahu! hahaha

Majlis di mulakan dengan bacaan doa oleh Ayahandaku

Makan beradap/beradat? entah, aku pun tak tahu

Raja sehari~
Alamak! macam hero hindustan laa pulaaaakk..,


Kenangan bersama pengantin =)

Aku suka dress yang warna merah hitam... cun sesangat... pengantin lelaki pun tak kurang segaknya dengan suit uniform PDRM... Tabik springggg =)

Ok lah kengkawan.. Esok aku dah nak pulang ke KL yang tak best tu... dalam jam 8pg aku bertolak. Dengar-dengar, hari ni ada yang bertolak ke KL lepas subuh, sampai sana jam 8mlm. Aku pulak bertolak esok jam 8pg entah jam berapa sampai. Yang penting!! Selamat sampai!! doakan aku yea kengkawan..

Tahniah buat Ila dan Suami. SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA DIBERKATI YANG MAHA ESA... AMIN~

p/s: mood kerja masih lagi 0%

Papai!!



Thursday, September 1, 2011

Selamat Jalan Tanakwaguku, Semoga perjalananmu dipermudahkan. AMIN!!

Assalamualaikum, Salam 3 syawal...

hai readers!! selamat malam. malam-malam buta ni aku masih lagi mengadap laptop ni haa.. mata tak dapat lelap. tak tahu laa sebab perut penuh ataupun sebab kerisauan dan kegusaran yang sedang melanda diriku saat ini..

Petang tadi korang pergi mana? tentu pergi makan gulai kawah, tak pun gulai darat. betul tak??

Aku hari ni ada dua undangan Majlis Perkahwinan. Tapi dua-dua tak sempat pergi.. Rumah makcik pun tak sempat jelajah habis, lepas Asar terus pergi Kota Bharu, tadi Sawoku naik bas balik KL, so awal-awal lagi kena jalan. Takut tersekat atas jalan, tak pasal-pasal Bas mahligai jalan dulu baru kita orang sampai.

Tapi, kemain awal sampai stesen bas. Dalam tiket, bas akan bertolak jam 9:30 malam, tapi jam 11:30 malam baru sampai, waduh3x. kesian budak tu. esok dah kerja. harap-harap sampai dengan selamat hendaknya.

Baru 2 bulan tak balik kelantan, dah nampak ada kemajuan di bandar kelantan. kalau KL ada jalan bertingkat-tingkat.. kelantan pun sekarang dah maju woohh!! dah ada jalan bertingkat-tingkat!! hekhekhek.. Tapi, Rakyat kelantan memang ramai! tiap kali raya, kalau ada highway 14 tingkat sekalipun, JEM tetap JEM, jalan atas dengan jalan bawah jea yang tak jem =(

Hari ni aku singgah tepi sungai kelantan kejap...


Menghirup udara yang segar sambil melihat keindahan alam ciptaan TUHAN.. sambil melihat pembangunan yang kian pesat membangun... terdetik di hati..sememangnya..Aku bangga menjadi anak kelantan! hehehehe =)


Tak sangka pulak hari ni rezeki kami adik beradik murah sikit. mungkin tadi keluar rumah langkah kanan kot.. Ada orang belanja makan.. kenny Rogers lagii tu.. apa lagii... hantam terus!!

Tapikan, cara serve kat sini dengan kat tempat yang aku makan sebelum ni memang berbeza lah.. sangat-sangat berbeza.. pelik jugak aku.. macam mana layanan diorang tak sama erk? padahal bawah satu bumbung tu.. tempat jea lain-lain.. hurm..

AAahhh! pedulik! yang penting, perut aku kenyang,, harap-harap lain kali bila aku datang lagi makan situ, ada pembaharuan lah yea..

Budak-budak ni baham nasik..

Aku makan spageti jea, bajet western..muahahaha XD

Muffin ni best.. rasanya seakan rasa muffin yang aku buat <- perasan tahap gaban

Dua orang manusia ni memang kuat melahap.. makan sampai tak ingat aku dan adik aku lagi sorang ada kat tepi..


Haa...yang dua orang ni memang calon menantu yang terbaik.. Ayu + sopan lagi tuu.. memang sangat-sangat beradap ketika makan


Terima kasih yea wak. belanja kami makan. lain kali belanja laaa lagi =D

Saat yang paling aku tak suka sudah hampir tiba.. berat sungguh rasa hati.. berat sampai aku tak dapat nak lelapkan mata sampai laaaa ni...hukhukhuk.. kosusa ginawoku..

Dalam jam 9:15pm kami terus ke hentian bas, dalam tiket, bas akan bertolak jam 9:30 malam, tapi setelah 2 jam menunggu, jam 11:30 baru nampak asap bas. sempat laa jugak kami bergosip sakan.. nasib bas datang awal, kalau lambat sikit jea lagi,, terburai tong sampah tepi aku ni.. =D

(T____T), babai tanakwaguku... aku doakan, dirimu selamat sampai. mudah-mudahan perjalananmu di permudahkan. Jumpa lagi... ;(

p/s: jam menunjukkan pukul 3:10 pagi.. mata aku masih lagi segar bugar. tiada tanda-tanda mengantuk disitu...

papai!!