KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Monday, October 31, 2011

Terkenang Zaman MATRIKULASI

Assalamualaikum... Halo readers!!

Malam-malam cenggini, syok jugak layan jiwang. Pasang lagu sentimental slow, otak ligat berputar. Mencari kenangan-kenangan yang indah selama hidup atas muka bumi ni.

Sambil jari leka picit-picit tetikus hitam yang diberi nama VAIO. Aku terrrklik pada group yang dah agak lama aku tak klik.

Lagu sentimental slow yang beralun merdu, memang sesuai dengan jiwa aku pada waktu ini. FUH! rindu pulak kat kawan-kawan zaman MATRIKULASI dulu. Zaman muka comot, zaman budak-budak hingusan tak tahu pekebenda. Zaman muka skema, jalan straight tak tengok kiri kanan. Dalam kepala otak., belajar.belajar.belajar.

Gaya hidup kat matrik bukan macam gaya hidup kat Universiti. Kuliah dalam dewan besar, tutorial dalam bilik macam bilik darjah masa aku darjah 1-tingkatan 5. sama.seyes tak ubah. melainkan cara pembelajaran dan juga kerusi dan meja yang kembar siam.

Hidup di matrik. PERGI KULIAH, PERGI TUTORIAL, QUIZ, EXAM, MAKAN, TIDO, <--ni aku la ni..skema giler kotttt...

Pernah sekali, aku ponteng tutorial. Bukan ponteng sebab membuta dalam bilik. Tapi, aku pergi main SQUASH dengan roomate. time tu tengah giler bangang main squash. sampai boleh menggigil kalau aku tak main squash time tu. HADUSH.. tu lah benda yang mereng skit aku buat. rela skip tutorial.

Rasa macam nak pergi belajar balik kat sana. betul kata orang. time belajar paling menyeronokkan. walaupun otak letih terbeban dan tertekan, tapi bila masa itu dikenang, SEYES! masa tu la masa yang TERRBBEESSTT!! =D

Ni laa budak2 kelas aku dulu. 4F26 [yang kat tengah tu, barisan hadapan pakai tie biru ialah pensyarah FIZIK kami]. F tu stand for fizik. ambik fizik time tu. tapi ntah apa2 aku belajar aku pun tak tahu. hahahaha.. kalau ambik aliran hayat, aku rasa, sebulan aku terus OUT. Alhamdulillah. . aku berjaya habiskan masa dimatrikulasi selama setahun.







Hehe..budak-budak sengal =D

Dah maju dah semua kawan-kawan aku ni.. Ada yang dah kawin, ada yang baru nak kawin, ada yang dah ada baby dah pun. ada yang sampai sambung master. woo..respect laaa... Tahniah2 buat semua kengkawan aku yang giler cool!!

Budak laki dalam kelas aku ni majoriti sengal. bila lawak diorang menjadi, sah-sah senak perut. tapi, cover gelak tu wajib. control ayu la katakan. CEH!

yang paling best dapat kenal diorang, semua yang jenis sporting..ting..ting.. Ni antara kenangan masa sambut Hari kelahiran Kuyah + Siti.. hehe..so sweet =) tepuk.tepuk.





COMEL + HENSEM kan kawan-kawan aku ni..hehehe =P

weh korang! biler kita nak buat REUNION erk?? lama giler kottt tak jumpa.. JUMPA dalam FB jea. . MANA syokk... sekali sekala jom laaa hAng out sesama. PASTU belanja aku. OK tak? hahhaa.. -> boleh blah~

Hargai setiap zaman yang korang ada. Zaman muda remaja, zaman dewasa, alam persekolahan, alam pengajian tinggi..alam pekerjaan. Setiap apa yang kita lalui pasti akan meninggalkan kenangan yang tak mungkin luput dari ingatan. =D

Saaaaayyaannngg korang semuaa.

Papai!!


Sunday, October 30, 2011

What I'm Most Excited About

Assalamualaikum..Halo readers!!!!

Eksaited giler aku hari ni.. First time nak join CUSTOMER DAY by HERBALIFE.. teruja kottttt... Nak tengok sendiri depan mata macam mana Herbalife terbukti berkesan.


Lagi terujaaa dan ketidaksabaran nak dating dengan Fashionista yang cun melecun. >aku? cun tak? < **muntah

Untuk kedua kalinya.. jejak kaki kat butik yang gorgeous ni.. wuuuuu..... Shea!! seyes berdebar nak dating dengan you.. hahahaha =D

LET'S GO!!!!! =D

Papai!!


Friday, October 28, 2011

JOM HEBOH datang KELATE terrrr.....

Assalamualaikum..haloo readers!!!

Sedut nafas dalam-dalam..hembus.. tarik nafas..hembus...tarik.hembus.tarik.hembus. OK, dah.

Amacam? korang ada rasa lega tak? itu namanya terapi STRESS. Kalau rasa tertekan, bagus tarik nafas dalam-dalam, akan rasa ada ketenangan disitu =D

Aku masih lagi berada dalam zon kekejutan. Masih lagi tidak percaya. kenapa? percaya? ya.. aku percaya. Ya..betul. memang tepat dan memang benar sekali. tadi aku ketemu dia. Walaupun tidak sempat untuk beramah mesra kerana 'kegelewatan' manusia-manusia yang menghujani dirinya, tapi aku cukup gembira. CEWAHH...AYAT. KEMAIN JIWANGNYA

Baru semalam masa aku duk pulun buat TIRAMISU aku duk teringat kat dia. Hari ni macam mimpi pulak jumpa dia.. Hahahahaa... Melalut dah aku ni.

Tadi aku membuang masa untuk melilau di sekitar stadium Kota Bharu sempena Karnival Jom Heboh. Berlegar-legar di kawasan karnival dekat setengah jam untuk mencari parking. Jenuh. Parking penuh. Sesak. memang menyesakkan. Owh! ramai sungguh rakyat Cik Siti Wan Kembang.

Melangkah masuk ke pintu gerbang karnival. Manusia memenuhi kepadatan ruang yang ada. Nak bernafas pun kena pikir dua kali. boleh ke aku bernafas ni? Boleh ke aku jejak tanah ni..

Tiba-tiba..nun jauh disana aku nampak! ha! itu..itu...ABANG BOTAK!! euwwwww... SUKA_SUKA (tepuk-tepuk tangan). Aku pun apa lagi, langkah 1000 aku bukak. kalau boleh semua orang aku nak tolak.. Kemain ramai manusia yang serbu ABANG BOTAK.

Bergambar sambil beramal. bak kata abang botak : 'Menderma ni biar ikhlas ekkk.. jangan sebab nak bergambar jea taw - terngiang-ngiang di benakku (hehehhee >tersipu-sipu malu<)

EHEM! Tetiba aku jeles =\

Aku nak snap jugak! tepi-tepi~ Walaupun cuaca HOT.. tapi aku still giler cool.

Dan..akhirnya.. OHH yeah!!! sempat jugak sekali shoot.. yeah! tengok ibu jari tu.. TERBAIKKKKK..
>Pengsan sekejap<

Jalan sesak. Tak de mood nak jalan =''=


Antara artis-artis yang hadir untuk karnival kali ni. Aku tercari-cari Fasha Sandha. Tak jumpa pulak. Dah balik kowt. =D

Memula Aku tak cam sapa ni ha. Aku cam suara dia jea. Sweet berhijab. Kelas kau Maria =D




Kuasa 36X zoom. Cayalah! SEYES tak menyesal .


Model CHIPSMORE 2020

Dah banyak kalori aku bakar hari ni. Cukup dengan berjalan tawaf kawasan stadium ni. berpeluh-peluh sakan. Dengan harapan, dapat loose 2kg sebelum HERBALIFE Customer Day Ahad ni. kalo tak, tak dapatla aku merasa FREE GIFT. hakhakhak..

Sebelum tido. Meh aku nak habaq kat hangpa semua. Sesapa yang suka pakai MAXI SKIRT yang tengah hot sekarang ni., Moh ke Karnival Jom Heboh kat kelate ni. Tadi aku jumpa barang baikkkk punyaaa.... MENYESAL giler aku tak rembat semua. wawawa... SEYES lawa. Balik rumah aku try pakai, guling-guling depan cermin. Tetiba terasa diri macam CINDERELLA.

Dengan hanya RM45, korang boleh dapat 3 Maxi Skirt! kalau bijak MATEMATIK, ce kira berapa korang boleh beli dengan hanya 1 Maxi Skirt. TERBAIK tak?? Pattern lawa, kain pun puas hati. Bukan Secondhand punyer yer..no..no..no.. ORI gitu.

Warna yang hot tak restock lagi. Warna yang tak hot jea ade. LAKU giler...

Ok. Selamat malam. Esok kena bangun awal. Nak gerak ke KL. >malam ni nak mimpi berebut abang botak dengan kak Fasha<

Papai!!



Gorgeous TRIFLE!!!

Assalamualaikum.. Halo readers!!!

Tatkala adik beradik aku yang lain sedang berhempas pulas membungkus nasi lemak untuk memenuhi tempahan hari ini, aku pulak berhempas pulas menyiapkan dessert yang agak gorgeous nie. Rajinnya adik aku, rajin lagi aku. hakhak. Rajin sangat-sangat =D

Hajat hati nak makan buah kiwi + strawberi, tapi bila aku merayap semalam, hanya ada buah anggur saja. Aku sedih, pilu rasa hati. Nak buat macam mana, tak de rezeki. Tu la, orang suruh cari kat TESCO, aku terbang pergi kat MYDIN. Nasib.nasib

Gorgeous trifle yang aku buat kali ni memang yang paling laris laa kat dunia sekarang ni. Sebut saja trifle, semua orang boleh bayang kelazatannya. Mana tak lazatnya, bila kastard, swiss roll, buah-buahan, jeli dan whip cream diadun bersama dalam bentuk LAYERS... PERGH! Gajah lalu depan mata pun tak sedar.

Terima kasih PETER BEARDSLEY kerana telah memperkenalkan dessert yang gorgeos ni seawal tahun 1596 dalam buku beliau yang bertajuk 'The Good Huswife's Jewell' di England.

Sebelum buat kerja, mood mesti ada. Bila lagu Ashiteru berkumandang, automatik kaki tangan terus jalan.. semangat.semangat.

GORGEOUS TRIFLE

Bahan-bahan:

Satu ketul Swiss Roll
5 sudu kastard
1 tin susu cair
1 tin air koktail (sukat guna tin susu cair)
5 sudu gula
Satu kotak jeli cap nona
Whipping cream (aku guna cap softblend )
1 tin koktail
Buah-buahan untuk hiasan (strawberi ke, oren ke, kiwi ke, durian ke..)

Cara-caranya:

1) Ambik mangkuk lutsinar, kalau tak de mangkuk lutsinar, apa-apa pun boleh laa..tapi mangkuk lutsinar lagi hot!

2) Potong swiss roll dan susun dalam mangkuk mengikut citrasa anda

3) Siram sedikit air koktail diatas kek tadi (nak bagi lembap)

4) Taburkan buah koktail di atas kek, kalau nak buah lagi banyak, letak banyak-banyak

5) Ambik periuk, masukkan 5 sudu gula+1 tin air koktail+1 tin susu cair+ 5 sudu kastard kacau sebati, letak atas api, kacau sehingga pekat dan likat + menggelegak

6) Masukkan kastard yang telah di masak kedalam mangkuk yang telah disusun kek+buah tadi

7) Susun buah anggur atau apa-apa buah di atas lapisan kastard (aku belah dua dan buang biji)

8) Masakkan jeli (ikut cara di belakang kotak, aku lebihkan 200ml air)

9) Masukkan jeli tadi di atas lapisan anggur

10) Simpan di dalam peti sejuk sehingga keras jelinya. Bila dah ok, keluarkan

11) Putar Whip cream sehingga gebu dan kental. Kalau korang nak lagi cepat, guna whip cream yang SPRAY (macam ridset tu) tak payah putar-putar, tapi TAK SEDAP. Lagi marbeles PUTAR sendiri

12) Jadikan Whip cream sebagai layer terakhir. Hiaskan mengikut kesenian anda. Kalau tak de seni, jadilah macam TRIFLE aku ni haa... MUAHAHAHA =D

SIAP! apa lagi.. Makan JOM~



GORGEOUS TRIFLE TUUU...wakluuuuu..OPS!

SELAMAT MENCUBA!!

Papai!!