KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Saturday, February 25, 2012

DIET anda GAGAL??? oh nooooo!!!! (^_^)

Assalamualaikum... Halo readers!!!

Pernah tak korang FRUST tertonggeng2 sebab dah berusaha bermacam2 usaha kononnya berDIET sakan, berJOGGING sakan, berSUKAN sakan dan bla.bla.bla.. TAPI, Result? GAGAL. pernah tak? pernah tak? pernah tak?? apa perasaan anda??

Aku 5 tahun dahulu, pernah laaa berdiet sakan, kononnya.. makan nasi dengan sayur jea, makan roti jea, makan biskut jea (tak sedar pun pasal kalori2 ni).. pernah laa jugak tiap-tiap petang turun jogging keliling track.. pernah laa jugak cuba main tennis nak bagi kecilkan lengan, tapi tak pasal2 sakit lengan.. adeh~ macam2 aku cuba.. tapi HAMPEH! ... nak tahu kenapa?? mana tak gagalnya.. SEHARI DIET, 10 KALI MELANTAK, SEHARI JOGGING + KUARKAN PELUH, 100 HARI TIDUR... hahahahahaha... gelak.gelak.. gelak kat aku yea? korang pun sama jugak laaa.. AHAKS!


JOM baca kesalahan-kesalahan umum yang selalu dilakukan oleh orang yang sedang berdiet


1) KURANG PEKA


Kurang peka terhadap kandungan kalori yang ada dalam makanan. Aku pun tak pandai jugak nak kira kalori2 ni.. aku reti ajar tambah tolak darab bahagi jea.. kalau bab2 sains ni, memang FAIL lah kan..


Tapi, sekarang ni, di setiap bungkusan makanan, memang dah ada label nilai kalori,protein, bla.bla.bla.. so, ambil masa seminit untuk baca label tu... haa.. kata nak diet kan.. hahaha.. macam aku, dalam sehari aku hanya boleh makan dalam 1400 kalori jea, so, kalau aku terlebih kalori tu.. bersedialah untuk menambahkan lagi lemak dalam badan.. macam mana nak bakar kalori?? haaa.. ASK ME HOW K!

2) MENGHABISKAN MAKANAN

Haaa... ni salah satu faktor.. Meh sini aku nak kasi cerita rahsia punya.. Aku ni tukang perabis makanan.. Kalau makanan yang tak habis tu, nampak gaya, masuk dalam perut aku laa.. Memang susah giler aku nak kawal perangai buruk aku ni...

Masa tengah berdiet pun sempat lagi habiskan lauk-pauk yang tak habis tu... kononnya... ala.. lauk je pun, bukannya aku tambah nasik!.. OH! AKU SILAP RUPANYA.. PATUTLA GAGAL!.. ingat yea,.. jangan jadi tukang perabis makanan.. bila dah kenyang tu, sila bangun dan basuh tangan anda.. :)

3) Teruja dengan hidangan 'BUFFET'
'BUFFET' - all you can eat!... perghhhh! tang ni memang godaan yang sangat besar... Mana taknya, makanan dah terhidang bagai nak rak.. rezeki jangan ditolak.. yea.. betul, anda bijak! :)Namun, anda kena ingat,,, anda sedang berdiet OK!...

Pandai2 laa korang pilih makanan yang sihat dan seimbang dan dalam jumlah yang kecil seperti salad, sayuran, buah-buahan, daging panggang dan sewaktu dengannya. JAUHI pasta, roti dan makanan yang berlemak.. kata nak diet sangat kan..? AHAKS!

kalau korang boleh pilih makanan yang sihat dan seimbang.. TAHNIAH aku ucapkan.. anda menjamni masa depan yang sihat,gemilang,terbilang :)

4) Gagal menyingkirkan MAKANAN SEGERA
Masa lunch, terkejar-kejar waktu maka, takut masuk ofis lambat.. pastu mula laa cari makanan segera.. burger double,triple..kentang goreng dua plastik pergh! percayalah cakap aku.. kalau korang dalam seminggu berkali2 baham makanan segera yang macam ni, tok sah kata nak lose weight laa.. haram tak jadi.. bah kan gainweight + unhealthy.. huuuuuuuu......

Boleh sebenarnya korang nak makanan makanan yang macam ni.. tapi, timing betul2 laa.. jadikan makanan itu sebagai hadiah kepada korang bila korang dah berjaya lalui suka duka untuk turunkan berat badan... nak saya bantu tak tolong korang supaya dapat makan makanan kegemaran korang walaupun tengah berdiet sakan? ASK ME HOW! ..ahaks :)

5) Membiarkan Perut terlalu lapar

Aku kesian betul dengan orang yang sanggup ikat perut ni,, bukan tak de duit nak beli makanan, tapi sebab takut GEMUK bila makan.. huhuhu.. kesiannya kat tubuh badan korang tu.. tak cukup nutrisi. :)

Berdiet bukan bermakna kamu perlu ikat perut dan makan seminimun yang boleh. Sebaliknya kamu harus memastikan makanan yang diambil cukup dan boleh memberikan kamu tenaga... Bila korang buat macam ni.. sehari dua hari boleh lagi laa kot.. masuk hari seterusnya.. aku gerenti laa.. korang akan hilang pertimbangan dan lupa tujuan asal!.

Last2,..erm.. tak pelah, esok laa aku diet semula..lepas esok, esok lagi,, pastu esok lagi.. sedar tak sedar, dah besar tempayan..HAHAHAHAH.. ops! sori.. tergelak pulak.. huhuhu..

6) Putus Asa

Haaa... ni memang banyak berlaku kat insan2 yang tak de motivasi diri dan tak de impian yang nak dituju. .. Diet separuh jalan... pastu banyak buat kesalahan dalam berdiet,, bila timbang, berat tak turun2.. pastu mula laa STRESS giler.. hentak-hentak kaki.. mula berfikiran negatif.. dan last2 teriak.. " WARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH... AKU TAK NAK DIET LAGI!!!"..

Aduiii..~ jangan lah macam tu.. jangan putus asa.. tolonglah jangan putus asa ok!.. Masa korang dah buat kesalahan dalam berdiet tu.. cepat2 laa korang insaf, sedar diri dan kembali ke program diet kamu tu.. Janganlah berkecil hati bila usaha kamu tu tak de hasil., kamu mesti usaha!usaha!usaha!.. pasti akan berbaloi2 akhirnya... betul aku cakap!

7) Faktor sekeliling

Jangan dekati ORANG YANG NEGATIF!!! Biasalah.. negative people ada dimana2.. pedulikan bila diorang ejek tentang diet kamu.. "ala, ko apa hal diet beb? nak kawin kea?".. "Tak payah laa ajak dia makan sama, dia kan sedang dietttt... mana makan nasik"..(sori yea..diet boleh makan nasi ok :) "hah? ko tengah diet..hahahaha (guling2), tak payah laa wei.. tak de can laa nak slim punyaaaa" bla.bla.bla..

Biarkan jea.. tutup telinga, buat bodoh.. senyum jea.. cakap dalam hati : "terima kasih, saya perlukan insan seperti anda, kerana andalah saya makin bersemangat untuk teruskan program diet saya!".. haaa.. macam tu laa baru positive people.. hehehe..

INILAH INSAN-INSAN YANG POSITIF :)

Dekati orang yang positif.. Kalau korang perlukan coach untuk support korang dalam program diet yang luar biasa + nutrisi yang luar biasa.. SAYA BOLEH BANTU ANDA... jika anda serius.. ASK ME HOW! - 0199594525 :)

GOOD LUCK!

Papai!




Sunday, February 12, 2012

Terima Kasih Alif Ismail

Assalamualaikum.. Halo readers!!!

wah3.. dah sekian lama aku menanti.. hehe, akhirnya dapat jugak dodol yang cantik ni..

Terima Kasih banyak2 yea Alif Ismail..hekhek.. Susah2 jea.. Comel jea dodol yang dia buat ni, tang mata tu yang tak bleh tahan..heee

Terima kasih daun keladi, lain kali nak suruh buat lagi..heee

papai!




Monday, February 6, 2012

Success Training Seminar Seri Pacific Hotel, KL [05 Feb 2012]

Assalamualaikum... Halo readers!!

Salam Maulidur Rasul. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

Selamat bercuti kepada yang masih lagi bercuti sampai esok. yeay!

STS seri pacific datang lagi semalam! Semalam ada invite seorang guest, dah beli tiket dah pun, tapi kita hanya merancang. Dia tak dapat datang semalam. No matter. Ingat kata-kata Upline, dia pun pernah invite sampai 5 orang guest, tapi sorang pun tak datang. :) . Pasni, kena invite ramai lagi guest. OK!. teringat jugak kata2 Pn. Kamilah, Press team, Hj. Allen datang STS sorang2 jea selama setahun. but now! Beliau adalah mill team!.. apa yang penting? DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN :)

Dugaan semalam. Jam dah pukul 9.30 pagi, tapi kami masih lagi kat rumah!. wolaa~ sedangkan event start jam 10 pagi. Dalam kekalutan, akhirnya sampai jugak kat Ser Pacific Hotel. Alhamdulillah. Tuhan permudahkan perjalanan kami. Time tu, aku bawak dua orang adik aku, dua2 aku ajak pergi STS, siap nak bagi dua tiket free lagi. tapi diorang cakap TAK NAK!. heee.. tak pe. it's ok :)

Masa aku masuk ballroom, penuh giler dengan orang2 yang positif. sit pun tinggal yang nunnnn jauh di belakang. so, terpaksalah kami duduk corot sikit. time ni, testimoni produk tengah berkongsi pengalaman mereka dengan herbalife! wow~ amazing!

Teruja giler dengan pak cik ni. Siap bawak seluar beliau time dulu2 lagi (sebelum herbalife). Size seluar ni 60 inchi kalau tak silap. dan beliau lost 37 kg in 135 days! cayalah pakcik!!!

Tajuk Inner & Outer Product. Amazing story dari seorang yang luar biasa. Lost 62 kg in 11 months. Nak tahu macam mana dia buat. kena dengar sendiri, baru korang boleh dapat rasa apa yang dia rasa - adeh~ betul kea apa yang aku cakap ni ;)


wow~ President team Malaysia. Puan Kamilah. Sharing yang luar biasa. Sikit-sikit aku dah mula faham dalam bidang ini, yang sikit pun tak pernah aku bayangkan. :) - ok boss!! Jika Pn. Kamilah boleh buat. yes! why not us?


Get team members

Mill team members

perkongsian luar biasa! dari guest speaker yang luar biasa!

Kenapa ramai orang asyik duk cakap, asyik duk fikir... "Bagaimana nak jimatkan perbelanjaan???" Sanggup duduk berhimpit2 dalam satu bilik kerana nak berjimat dari segi tempat tinggal, sanggup bawa anak bini naik motor kena hujan, panas semata2 nak jimat minyak dan tol!... tapi? berapa ramaikah yang fikir... "bagaimana nak tambah pendapatan??".. Kalaulah semua orang berfikiran macam ni.. saya yakin, orang Melayu akan maju kehadapan!!

Kami mahu berubah!

Kak Nadia sebelum Herbalife (dalam slide), kak nadia sekarang! ( atas stage :) )

Group meeting after event :)

INSPIRASI KAMI :)



NAK KENAL HERBALIFE DENGAN LEBIH JAUH LAGI? MAHU UBAH KEHIDUPAN ANDA! JOM IKUT KAMI KE SPECTACULAR!!!!!!! - kalau berminat boleh pm saya ~0199594525

Papai!




Saturday, February 4, 2012

Jumpa Esok! STS Pan Pacific Hotel :)

Assalamualaikum... Halo readers!

Walaupun hari ni hari sabtu, aku tetap rajin pergi sekolah. haha. yea la, kalau bukan sebab tanggungjawab sebagai seorang guru penasihat karate, sah2 aku tak pergi.

Kerja yang perlu dibereskan pun banyak, sampai aku pun tak tahu yang mana satu aku nak buat dulu.. haih! ! Alang-alang dah sampai sekolah, aku settlekan sikit2 mana yang patut, . bawak balik kerja sekolah kerumah??? oh! tidak. itu bukan aku. Aku lagi suka buat kat sekolah daripada aku bawak balik, buat kat rumah. sebab aku tahu, SAH2 aku takkan buat punya kat rumah ni.. muahaha :D

Kat rumah, aku banyak menghabiskan masa dengan internet.internet.internet. online.onlie.online. tu jea la kot kerja aku. maklumlaaa, bujang katakan.. Tapi sekarang, ada kelainan sikit dengan dulu-dulu. sekarang ni aku banyak menghabiskan masa di FB dengan segala bagai input berkaitan dengan HERBALIFE! tiap kali aku online, tiap kali tuuu laaa pasal herbalife jea dekat wall aku.. kalau dulu, merapu entah apa-apa status, ahaks!

Aku suka dengan hidup aku sekarang. Ada sesuatu yang aku inginkan dalam setiap tindakan yang aku lakukan. Aku akan berusaha, berusaha dan terus berusaha sehingga apa yang aku rancang menjadi kenyataan.. :)

Dah setahun aku kerja, dan sepanjang itulah, entah kemana-mana aku laburkan wang yang aku dapat tiap-tipa bulan. YES! aku memang boros. sangat2 boros. dalam seminggu, sebulan gaji aku boleh habiskan. bahkan, NEGATIF kottt!! gile laaa..

Aku ingat lagi kata-kata kawan mama time mama cakap kat dia yang aku ni boros,

"biasalah tu long, mula-mula kerja memang macam tu, semua nak, itu ini nak. Keinginan yang disimpan selama ni, semuanya nak direalisasikan" - lebih kurang macam ni la ayat dia

Aku dengan bangganya senyum dekat mama aku.. hahaha. Hampeh punya anak

Tapi, time tu, baru dalam 4 bulan kerja, boleh laa dia cakap mula2 kerja. Tapi, sampai nak hujung tahun pun, tak reti2 nak menyimpan, tak reti2 nak berjimat cermat. Aku tabur macam tu jea duit kat kedai makan, kat petronas, kat shopping mall, bla..bla..blaa..

Sampai pernah satu ketika, akibat keborosanku, sampai abah aku yang kena bayarkan ANSURAN KERETA pada bulan tersebut. adeh! hampeh punya anak

hahaha.. tapi tu suma cerita tahun 2011.. Tahun ni? hehe,, aku dah berubah OK!! Nasib baik aku jumpa dengan Herbalife. Kalau tak, tak tahu laa bila aku nak insaf.

Sejak aku kenal herbalife 4 bulan yang lalu.. banyak perubahan yang aku dapat rasa dalam hidup aku. Aku dah tak banyak merapu benda2 yang entah hapa2.. Aku banyak fokus pada komitmen aku sebagai seorang guru, komitmen aku sebagai seorang anak, komitmen aku sebagai seorang pengedar bebas herbalife dan banyak memikirkan tentang masa depan aku.

Kalau dulu, tiap kali balik kampung, aku banyak lepak kat rumah, habiskan makanan kat dapur, tercongak depan TV, support family utk tambahkan lemak,gula, dalam badan (buat kek bagai, kadang2 sehari dua biji kek aku buat)..

Tapi sekarang, asal balik rumah.. mesti fokus untuk tolong family (mama dan abah buat katering, so aku sbg anak kena tolong) - rajin sangat aku tolong (sebab dah cukup nutrisi kot, perasaan malas tu dah terbang melayang) , fokus untuk cari customer, pernah SEHARI aku kuar jam 8 pagi, jam 11 malam baru balik rumah, dan income aku untuk satu hari tu dapat cecah 1k! wow~ luar biasa. Alhamdulillah. , dan yang paling penting, aku lebih fokus untuk membantu orang untuk jadi lebih sihat. :)

Energy tahun ni, lebih power kalau dibandingkan dengan tahun sebelumnya :)

Ok. dah habis cakap pasal perubahan aku. Aku nak wish Ulangtahun kelahiran buat insan yang cukup bermakna dalam hidup ni.. cewah! *jiwang tetiba*

Selamat Hari lahir yang ke-25. Orang herbalife, walaupun umur meningkat, tapi still maintain muda. am i right?? AHAKS! Tq herbalife kerana membuatkan kami sentiasa muda dan ceria!

Semoga DIA makbulkan impian kita tahun ni. Semoga apa yang dirancang, akan terlaksana. AMIN~

~JUMPA esok! STS pan pacific hotel KL. Nak tengok dan jumpa ramai orang positif, jumpa esok ok! ~

papai!




Wednesday, February 1, 2012

Success Training Seminar Pullman Hotel,PUTRAJAYA [29 Jan 2012]

Assalamualaikum... Halo readers!!!!!

phiuuuuhhh... (tiup habuk), dah bersawang giler kottttt aku punya belog ni.. dianaktirikan, dah lama giler tak jenguk,.. hahaha ... HAI! HAI! HAI! kengkawan semua....

Sempena hari cuti wilayah hari ni, aku nak hupdate siket pasal Success Training Seminar (STS) yang aku hadir AHAD yang lalu... besssssttt wooo,,, rugi sape tak ikut aku join... (^_^)

Supervisor Workshop jam 9 pagi. STS start jam 11pg. kesian guest aku tunggu 2 jam. Semangat betul dia.. dua jam pun tungguuu.. heeee :) CEPAT2 QUALIFY SUPERVISOR ok! nanti boleh masuk sama,..

Guest Speaker yang sgt luar biasa.. Banyak perkongsian yang dikongsi oleh beliau.. :)

Bersama fatanah. NEXT SUPERVISOR!.. go!go! hehe
Speaker yang luar biasa.. dulu seorang jurutera, sekarang FULLTIME HERBALIFE! wow~ misi nutrisi herbalife sangat2 luar biasa :)

NO PROBLEM ATTITUDE... Alhamdulillah.. aku masih lagi bertahan dalam Herbalife. Masih lagi bersama-sama dengan distributor2 yang ada di dunia ni untuk mengembangkan misi yang sama... misi nutrisi herbalife..

Dalam setiap apa yang kita buat... kita harus FOKUS! jangan suka menunda, dan.. setiap orang yang berjaya... mesti ada USAHA, dan mesti BEKERJA KERAS untuk mendapatkan sesuatu yang luar biasa.. Tidak ada apa yang datang bergolek tanpa USAHA.. am i right??


Alhamdulillah.. bersyukur sangat2 dapat jumpa herbalife.. dapat consume produk yang sangat2 hebat.. tq my sponsor!!

SEE!! jumpa testimoni depan mata! kehidupan mereka benar-benar berubah, kerana mereka benar2 mahu berubah dan serius nak berubah! :)

Alhamdulillah... rezeki ada dimana2.. yang penting kita mesti berusaha.. BUKAN GOYANG KAKI SAJA :)

Doakan kami semua berjaya... :) Next STS 5 Februari 2012, berminat untuk mengenali HERBALIFE ? ask me how! - 0199594525

~ALL THE BEST~

shawl : TESCO KOTA BHARU
eliana tops: MODISH MODE HOUSE
skirt: PENGKALAN KUBOR

Papai!!