KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Wednesday, January 30, 2013

100% wholegrain. Roti jerrrr...

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Alkisah... azam aku tahun ni konon2nya nak ubah menu kudapan aku di petang hari. Yea la, aku kan kerja sesi petang. Sampai sekolah terus ngadap kafe untuk lunch (kalau rajin, lunch kat rumah jea). Petang2 pulak, lepas budak3 rehat. Aku mula lah rasa nak mengunyah. Selalunya aku makan keropok lekor. Kalau bukan singgit, dua hinggit aku beli. Tuu diaaa. Tak ke dasyat tuu..

Aku tahu, benda tu tak de khasiat pun untuk badan aku. Dah la tinggi kalori. Dah memang padan dengan muka aku ni. Patutla percent body fat tak turun2. Petang2 makan keropok. Kalau bukan keropok, kerepek yang aku baham. Hahaha.. 

So, awal tahun 2013 aku dah start tukar menu kudapan aku dari keropok bagai kepada roti. Haha. Tapi yang silapnyaaa. Aku lupa nak check kalori roti yang aku ambik tue. 

3 minggu berlalu, aku turun dalam 2kg jea. Tapi body fat range still degil, turun 0.9% jea kot... stress. Haha.. 

So, minggu ni aku tukar plan lain. Aku tukar roti putih kepada roti wholegrain. Haha. Lepas ni kalau still degil lagi, nampak gaya aku kena ambik shake 3 kali sehari. Orang yang tak disiplin macam aku ni susah. Mulut nak mengunyah jea kerjanyaaa. Nafsu makan membuak2. Haha.

Tadaaa... my new meal for kudapan petang. Hakhak ( baru beli semalam) - dua keping = 133 kalori

Hari ni aku beli lagi roti untuk simpanan. Sebab hari ni aku free. Hikhik. So singgah giant cari roti. Survey punya survey. Aku jumpa roti yang paling rendah nilai kalorinya untuk dua keping. 

2 keping roti = 109 kalori jeaaa. Warghhh. Exciteddddd!!!!!! Ok. 

Jom tukar pemakanan anda. Kurangkan minyak. Kurangkan kolestrol. Kurangkan lemak. Kurangkan nafsu makan. Opsssss!!!!

K bai!!












Wordless Wednesday: Roti Wholegrain lagi baik dari Roti Putih. Betul ke Bohong???

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???




Tuesday, January 29, 2013

Total Control Formula

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Yahooooo... TC Formula dah masuk Malaysia!!!!

Lets burn Fat Fast!!!!!





Nak order? pm aku lelaju - 0193190117




Monday, January 28, 2013

Sarapan 123 sihat dan cepat!!!!

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Hai uolssssss!!! Hari ni cuti umum kan? i loikeeeeeeee~~~

Semalam hari last kami training dekat Stadium Putra Bukit Jalil. Amazing training with herbalife!!!!!! best giler! excited sangat!!!!!! hikhik

Hari ni aku nak show off sikit apa yang aku makan untuk sarapan hari ni..

Sarapan sihatt!!!! dah lama aku tak makan nasi goreng, mihun goreng, nasi lemak, kuih muih as my breakfast. aku minum ni jeaaa. dah la senang nak serve. nutrisi full pulak tu. kau ada? hahaha. 

Last spectacular semalam, aku duduk tepi TEAM PERLIS. best sangat dapat sharing dari mereka. orang2 herbalife sangat2 peramah! aku dapat tips baru cara macam mana nak serve air for more amazing result!!!!!!!

Dia ajar aku minum air masak 2 Liter + satu sudu kecil tea mix + tiga tudung botol Aloe Concentrated + dua sudu NW Formula! warghhhh! amazing giler!

So, my breakfast today! vanilla shake yang aku campur dengan air soya dan juga my new campuran air dengan tea, aloe dan NW!!! excited!!! jom sarapan yok!

*first time aku tengok rupa air aku macam ni, selalunya aku letak tea + aloe jea. ahaks!

k bai!






Thursday, January 24, 2013

Bersedia untuk SPECTACULAR!!!!

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Yuhuuuuuu... aku dah register untuk spectacular 2013!!! anda? bagaimana?

excited! tak sabarnyaaa nak join spectacular aku yang ke-2 nih!... mesti gempaqqq punyaa lah! 15000 orang kottt yang akan membanjiri stadium putra bukit jalil! giler ramaiiiiiiiiiii....

ni spectacular kami yang pertama. dekat the mines. kami berdua jeaa.. tak de team lagi waktu nih.

dan ini spectacular aku yang keduaaaa... yeehoooo... abang tak dapat join sama. hukhuk..sob..sob.. tapi tak pe.. kali ni aku bersama dengan team aku. dua tiga orang jea kot. hikhik

Hari ni aku baru register. esok baru start training. sampai ahad okkey!. Hari ni kemain ramainya herbalifers yang datang untuk register.. esok lusa tak tauu la macam mana gayanyaaa.


Banyak doorgift yang dapat. tq herbalife!!!! bendera Kelantan dah habis.. ramai betul orang kelantan nih!.so, ambik bendera Malaysia jea lah! (dapat tag oren + biru.. hikhik. PRIORITY ACCESS!)

Dapat dua tag. general training (sob.sob.) dan tag graduate with honors!

Dapat diari Herbalife Freshman Class of 2013!

Dapat selipar herbalife weh! excited!

Dapat majalah spectacular, pen, button.. dalam kotak tu kipas kot. xsempat bukak

Sape2 yang tak register lagi tuu... cepat2 eh. kang tak dapat selipar pulak. hikhik. okeh, ni registration operation hour

President Team jeaa ok! ko jangan nak lebih.. kena jadi press team dulu.. aiyokk!

Posing sat depan main entrance. hikhik (ok, abaikan aku yang dah macam mak budak ni.. fokus belakang ok!.. haha)

Herbalife kat belakang aku tuuu... sangat AWESOME!

Esok masih lagi bersekolah... Mood dah tak de kat sekolah. mood dah ada kat spectacular Bukit Jalil.. haha. 

k bai!



JERAGAT, pigmentasi.. warghhhh! STRESS?

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Hari ni cuti umum! hoyehh! seperti yang sedia maklum, hari tu aku ada cakap yang aku nak buat treatment jeragat dekat kepong kan. tapi cancel sebab sensorang. Kali ni baru dapat lampu hijau pegi kepong sebab ada orang nak teman. hoyeh! Jauhhh kauuu pergi buat treatment. macam dah tak de tempat lain kea kat area CHERAS ni? hakhakhak.

Appoinment jam 10 pagi. Tapi aku keluar rumah dalam jam 8.30 pagi. Excited punya pasal la ni. keluar awal. pastu takut tak jumpa tempatnya. aku bukan biasa sangat dengan kepong ni. Alhamdulillah aku tak sesat. Klinik ni betul2 depan JUSCO KEPONG, so senang la nak cari kan.. sebaris dengan STANDARD CHARTERED. 

tadaaaaa..... aku dah sampai Poliklinik medi-kulit kepong!!!! *excited*

Awal sangat kami sampai. doktor pun tak sampai lagi. appoinment jam 10pagi kan. so, kami lepak dulu dekat papa rich, teman kawan aku breakfast. aku dah sarapan dalam kereta. minum SHAKE jerrr. :P

ok. serius aku berdebar. takut koottt... first time nak buat treatment jeragat magat nih. dah makin teruk naiknya kat muka aku. tu laa, malas sangat nak pakai sunblock. kalau pakai pun yang spf15. memang laah.. mana nak tahan spf15 dengan cuaca kat Malaysia nih. haha. Apa yang aku risau. takut doktor tu toreh2 kat muka aku pakai pisau. tak pun laser sampai berlubang. adeh. logik ka? *sengal*

Pukul 10 pagi, aku pergi semula ke klinik tu. duduk kejap, lepas tu terus nama dipanggil. adeh! baru nak tarik nafas rilex. 

Bila masuk dalam bilik doktor. doktor suruh duduk. macam biasalah. doktor akan tanya kita kan. 

Doktor: Yea? apa masalah 

aku : doktor, saya ada masalah sikit laah... muka saya ni dah makin lama makin banyak pulak naik jeragat magat ni. dah hodoh dah.( bajet dulu lawa la kan.. haha)

Doktor: ok. Tutup mata yaaa.. saya nak tengok sikijap. mata mesti tutup. lampu ini sangat kuat wooo..

aku: ok2.. (sambil2 doktor belek2 muka aku)

Doktor : you pernah buat treatment ka?

aku: pernah jugak lah.. selalu buat treament. yang kasi wap2 tu, lepastu cucuk2 jerawat..

Doktor: ooo.. itu facial biasa lorrrr... dekat sini kita buat treatment maa

aku: oo.. lain ka pula? (dalam hati: facial "treatment" jugakkk kot)

Doktor: ok, saya tengok awak punya muka laa.. ada ituu,, aaa.. itu macam kulit mati woo.. lepastu ada lebihan minyak yang bijik2 ituu.. kalau mau buang kena kasi laser lahh.. Dekat kawasan sini pula (hidung) banyak pigmentasi lorr... sudah ada itu jeragat. you mau buang yang mana dulu??

aku: erk? bijik minyak ah? peduli la itu dulu doktor. saya mahu kasi hilang saya punya jeragat nih (stress!)

doktor: oww.. ok2.. itu macam.. kita sini ada kasi you tiga treatment. first: you boleh sapu cream saja lorr.. tapi jeragat akan naik semula laa. memang kena jaga betul2. cream itu ada... (apa ntah aku lupa dia cakap apa)... kalau you maw pregnant, tak boleh pakai ahh... Second: you boleh buat peeling treatment. ini ahh.. memang kekal punya. jeragat tak akan naik lagi lorr.. Third: kita guna mesin punya. tapi itu mahal sikit. better you tak payah ambik dulu treatment tu.. itu treatment untuk yang teruk punya

aku: oooo... erm.. kalau yang peeling treatment tu saya kena buat seumur hidup ka doktor?

Doktor: tidakkk.. you buat 2-4x treatment, you sudah dapat kesan lorr.. kalau maw buat selalu pun laagi bagusss... baguss untuk kulit maaa.. 

aku: oowww.. itu macam kaa.. saya maw buat peeling treatment lah!

Doktor: ok arrr...

hahah.. kemain gigih aku taip perbualan aku dengan doktor. last2 aku pilih peeling treatment...

Masalah betul dengan orang perempuan ni kan. jeragat naik pun nak bising. treatment bagai. haish. perempuan. perempuan.

ni bilik tempat aku buat treatment tu. dalam satu bilik ni ada 3 katil. kat luar ada lagi dua katil. kat sebelah ada lagi 1 katil kot. pembantu doktor tu cakap, kat sini memang ramai orang. yang datang dari singapore pun ada semata2 nak buat treatment. kalau nak datang hujung2 minggu, kena buat appoinment dulu lah.. kalau tak.. berjanggut laaa menunggu jawabnya.


pembantu doktor tu peramah. sempat lagi berborak2 dengan dia masa dia buat treatment kat aku. siap bagi tips lagi. dia cakap, kalau nak buang jerawat, picit jerawat tuu.. habiskan semua benda yang ada dalam jerawat tu. lepas tu tekapkan toner dekat jerawat yang dipicit then last sekali sapu gel untuk mengecutkan kulit. tips untuk jeragat pula dia cakap kena pakai sunblock spf50. kalau pakai yang spf15, tahan sampai 1-2jam jea. lepastu kena sapu balik. tapi kalau yang spf50, kalau pakai pukul 7pagi. pukul 12 kena cuci muka, pakai lagi sekali. sebab dia tahan sampai 5 jam. better laa dari yang spf15.

Sekarang ni aku hanya pakai pelembap yang ada spf15 jea. so, aku try beli sunblock yang doktor jual. uv protection spf50 from MK formulation. satu ni rm95. tapi dia bagi aku rm75. Peeling treatment tu pulak rm160 jea. ok la kan. kalau sebelum ni buat facial biasa harga lebih kurang jeaa... baik aku buat treatment untuk jeragat kan? hahaha

Ni kad bisness klinik. kalau terasa nak buat treatment jerawat keaa, jeragat keaa.., nak buang tahi lalat kea, nak buang kutil lemak kat muka kea.. nak buat botox kea. ahaks! cer buat appoinment kat nombor dibawah yea!

ok! next treatment aku akan buat lagi pada bulan Februari! hoyehhh!

k bai!















Salam Maulidur Rasul 1434H

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

Maulidur Rasul...

Kelahiran seorang Rasul dan Nabi, watak dan akhlaknya sentiasa disegani.

Maulidur Rasul...

Sambutan kelahiran seorang insan, Kekasih Allah sepanjang perjuangan, menegakkan agama ditangga kemuliaan.

Kecintaan Nabi kepada ummahnya tidak berbelah bagi. sehingga ajal menjemput,yang meniti dibibir baginda hanyalah.. "ummatku...ummatku...ummatku"..

Marilah sama2 kita berselawat kepada baginda, bermuhasabah diri dan memperbanyakkan ibadah kepada Ilahi...

SALAM MAULIDUR RASUL..





Wednesday, January 23, 2013

Hari gaji dan bonus. NOTHING...

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Hari ni adalah hari gaji yang pertama pembuka tahun 2013.. bonus pun dapat jugak. Hukhuk. Alhamdulillah. Terima kasih. Rezeki.rezeki.

Seperti biasa, kalau hari gaji, aku akan sebok dengan checklist pengaliran gaji aku. Memang every month aku akan buat. Dan benda tu berulang2 saban bulan saban tahun. Benda yang sama.

Hari gaji jea. Aku akan buat segala bagai pembayaran secepat mungkin. Kalau dah settle, aku akan potong checklist aku tu. Korang pun mesti cam tu kan? Kan? Huhuhu


Hari ni.., tahun ketiga aku bekerja dan juga selama2nya... Tak akan ada lagi nama *abah* dalam checklist gaji aku..... automatik aku terasa... rasaaaa sangat222.. ya Allah....aku rindu.. Alfatihah.

Rindu nak belanja makan dengan duit gaji. Rindu nak transfer duit kat akaun arwah abah dengan duit gaji..walaupun ciputtt jea aku bagi. Tapi aku rasa happy sangat2. Rasa puasss... yeaaa betul.. jasa dan pengorbanan ibu bapa tak mungkin dapat dibalas dengan wang ringgit. Tapi, itulah tanggungjawab aku sebagai seorang anak. Aku nak ma dan abah aku rasa.. yang aku ni sudah bekerjaya dan sudah pandai pegang duit sendiri. Kalau dulu reti pegang duit ptptn dan duit pa&ma jeaaa. Sekarang! Ini adalah duit hasil titik peluh aku sendiri.

Yang lepas tu.. biarkanlah kann.. yang akan berlaku dimasa hadapan aku kena lalui jugaaa... Alhamdulillah... aku sempat berbakti kepada arwah abah... Selama dua tahun aku kerjaaa... kami banyak berkongsi masalah. Time abah memerlukan. Aku hulurkan bantuan. Time aku memerlukan, Arwah abah pantas hulurkan tangan.

Nasihat untuk diri sendiri.. Janganlah kita menjadi anak yang kedekut dengan keluarga sendiri. Anak yang berkira dengan keluarga sendiri. sampai nak call tanya khabar ibu bapa punn takut kredit habis, nak balik kampung jenguk ibu bapa pun berkira2 duit minyak tol bagai.. Nauzubillah.. 

Hargailah mereka selagi mereka ada. Hulurkan bantuan ketika jasa kita diperlukan. Jangan pandang mereka sebelah mata. Jangan langsung tidak pedulikan mereka mentang2 kita sudah bekerja. 

Semoga Allah murahkan rezeki kita.... love your family.. and i love my family. FOREVER!

**sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah abah saya. Azahar Abdullah**








Sunday, January 20, 2013

Wedding Reception Review: Shawl & Baju Pengantin

Assalamualaikum..  halo readers! Have you had your SHAKE today???

Hai uolls!! Happy Sunday! winkwink..Selamat berhujung minggu kengkawan. Hari ni pergi jalan-jalan kat mana yuk?

Ok! wedding aku actually dah berlalu dua bulan lebih. Tapi aku ni tak habis2 nak ngepost pasal wedding review. Motif sangat ngepost benda alah ni.. hahaha. Oleh kerana ramai yang PM aku kat FB, bersalah sangka pasal shawl yang aku pakai time wedding aku hari tu, meh aku sharing is caring macam mana rupa bentuk shawls tu yang sebenar hokkey!

Ok. first, meh aku show off sikit pasal busana pengantin a.k.a dress yang aku pakai 15 November yang lalu. Tema aku light grey. sebab aku rasa warna grey sesuai dengan kulit aku yang hitam ni. tiap kali aku pakai grey, tak kesahlah pergi pasar malam kea, pergi beli ayam ker, pergi kerja kea, aku rasa confident sikit. ecececeh.. memang poyooo..poyooo... (nada suara johan)

Busana ni bukan direka khas untuk aku. busana ni jugak bukannya direka khas dari designer terkenal meletop2 gitewww.oppssss. Tapi, busana ni aku just pilih dari BUTIK KAK SU, including pakej pelamin. pakej yang aku ambik tue termasuk 3 persalinan, but aku hanya ambik dua persalinan saje. satu untuk akad nikah, satu untuk resepsi. 

Ok. nie lah busana pengantin yang aku pakai tue. simple but nice kan? nice dimata aku laa.. hahaha. ok. sila FOKUS pada veil busana ni. veil ada kat atas sekali.

Dengan ketinggian aku yang melebihi 170cm ni (nah kauuu... terlebih sudaaaa!!), so... meleret-leret laa bila aku pakai.. hahaha.. Ni gambar penuh aku dengan busana pengantin dari butik kak sue.. macam cinderella pulak aku tengokkk (*sila muntah!)... hahahhaa... sekali seumur hidup kot aku pakai macam ni. muka pulak macam opera cina dah aku rasa.. lalalaala~

Aku ni cerewet sikit bab2 memilih tudung. bukan cerewet sikit, tapi cerewet banyakkkk... shawl yang aku pakai time wedding reception hari tu adalah shawl pilihan aku yang ke-4. first shawl halfmoon manik2 pink yang mama beli kat jalan TAR, lepastu shawl panjang yang aku beli online kat shawl ayucinta , next tudung bawal yang hari2 aku pakai pergi sekolah. last2, last minit kottt... aku beli online dengan Butik Qoma. Time tu dah nak dekattt sangat dengan wedding aku. qoma keluarkan shawl baru, aku terus order. siap merayu mintak tolong dia hantar cepat. takut tak sempat majlis. hahaha. kesiannn..

Ni lah rupa sebenar shawl pengantin aku. SHAWL CHIFFON ADELE. hikhik. Model ni pakai memang gojes laaah. sebab tu aku tertarik nak beli kottt.. Shawl ni dalam rm65 kalau tak silap aku. sekali dengan inner neck pink. sama macam model qoma ni pakai. cunnn kan??

Ada orang PM aku... "sis, mana beli shawl sekali dengan net tu? cantiklah". Ok. nett yang melekap kat kepala aku tu, bukan sekali dengan tudung taw. asing2. nett tu adalah VEIL. bukan inner nett atau shawl tapi VEIL. hikhikhik. Inner yang aku pakai hari tu, aku beli online dengan kak jue, inner neck Anati. memang selesa giler. sebelum mak andam a.k.a kak sue mekap, aku dah pakai inner siap2. serius selesa!. 

Pandangan dari hadapan. shawl chiffon adele.

Zoommmm sikittt... ok, nampak tak disitu. shawl dan veil. pakai inner dulu, then belit2kan shawl, lepas tu baru pakai veil. simple. senang pun senang. senang sebab mak andam yang tolong pakaikan. hahaha. (kening tak dicukur ok. kak su guna TEKNIK GAM!. tq kak sue. kak sue memang kerlasss)

Pandangan dari belakang. (abaikan adegan suapmenyuap kek. fokus pada belakang shawl.)

Baju pengantin lelaki. juga dari butik kak sue. 1 set sekali dengan busana pengantin perempuan.

oraittt... terima kasih kepada orang2 yang PM aku kat FB tanya pasal shawl ni. aku harap korang jelas ek dengan entri aku ni. hehe. jangan pulak PM tanya macam mana nak belit shawl ekk. sebab mak andam aku yang pakaikan. aku jadi patung jea hari tu. ikut jea apa yang dia buat.

Tq kepada my photographer RASYDAN ISHAK. gambar2 kawin diatas, aku ambik terus dari CD yang dia bagi. TANPA DI EDIT OK. aku juz letak border hitam jea. KAMERA KERLASS gitu. tak payah edit2. hahaha.

k bai!


Saturday, January 19, 2013

Karipap Gergasi kukus

Assalamualaikum..  halo readers! Have you had your SHAKE today???


Hari ni aku lepak kat rumah jea. Asalnya nak pergi kepong, jumpa pakar kulit. Kononya nak buang jeragat yang makin gembira naik kat muka aku nih. Tapi abg tak bagi aku pergi sorang2. So, aku postpone next week. Appoinment hari khamis depan. 24hb. Hikhik. Minggu depan bff a.k a cik phia nak teman. Tq cik phia nak teman aku. Nanti aku share kat belog eh pasal treatment jeragat tu ekkkkk.. Doakan aku selamat menjalani treatment jeragat nanti. Ecececeh.



Dari pagi sampai petang. Aku duk depan tv jea.. Layan movies TWILIGHT. Nampak sangat tak ada kerja kan?..

First time aku tengok twilight masa dekat GSC jusco melaka tahun lepas. Tu pun twilight saga 2 kot. Rupa2nya dah ada tiga episod yang sebelumnya. so. Hari ni aku dah khatam semua episod. Baru lah aku tahu jalan cerita dari awal. Cerita yang sangat menarik. Thumbs up!!!

Sebenarnya aku nak show off sikit pasal menu lunch aku hari ni. Hikhik. Dah lama dapur tak berasap. So, hari ni aku asapkan.

Hari ni aku kukus dua ketul pau kacang dan seketul karipap gergasi (bajet nak kurangkan jumlah kalori intake, so aku kukus karipap. Motif sangat!*). Sobsobsob. Ni jea menu lunch aku hari ni. Sebab ni jea yang ada dalam fridge. ; (


Mesti tertanya2kan? Best tak karipap kukus? Best tak? Heeee.. actually ni karipap segera. Kalau kita beli yang segera tu, aku rasa dia dah sedia goreng sikitlaa sebelum dibekukan. Betul tak? Sejujurnyaaa... sedap sangat bila dikukus!!! Serius ok! Lembut jea.



Cukuplah dengan seketul karipap dah buat aku kenyang sangat3. Kesian pau. Terpaksa aku buang sebab dah tak boleh nak masuk. Jamah secoet jea. Gulp!

Karipap ni aku order dengan kawan kat sekolah. Kakak dia yang handmade. Karipap ni berintikan sosej, pastu ada macam fishball kot. Ntahh. Apa lagi dia letak aku tak taw. Yang penting soodappop. Tak pernah aku makan karipap inti macam tu. Seketul rm2.50. Aku order 4 ketul jea. Cukup 4 kali makan. Hahaha


Kalau terasa macam teringin nak order jugak. Boleh cuba PM kat link NIE erk. Heheh. Pandai2 jea aku nih ambik order. Bahaha  larikkkkkkkkkkkkkk ....


K bai!!!