KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Tuesday, April 30, 2013

Beryl's Chocolate SALE 50% MEI 2013!!!!

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Esok Cuti kan?? ahaks! happy sungguh kalau cuti ni kan... Walaupun sehari 24jam jea, cukup2 bermakna untuk membuatkan diri kita tenang dan mendamaikan. Sambil2 tu,, boleh laah urut2 urat muka yang tegang dek kerana tempias bermuka bengis di dalam kelas. hahaha. 

Sempena Hari Buruh esok, marilah kita beramai-ramai ke kilang coklat Beryl's yang terletak di Sri Kembangan. Berdekatan dengan villa kediaman aku nih. heeeee. Orang kata, makan coklat boleh hilang STRESS. yea kea? orang kata makan coklat bukan penyebab gemuk. YEA KEA? aku pun tak tahu sejauh mana kebenaran itu. Malam ni confirm tido lena. sebab esok nak menjamu mata dalam gudang coklat. coklat beryls sedap woooooo... 

Esok promosi dah mula. lai..lai..lai... 50% wooooo. rugi. rugi. rugi sapa tak pergi beli coklat. haha


 ** oh ya! esok dah last Giveaway yang aku buat. tak sabar nak cabut undi. sebelum PRU mula, aku yang mula undi dulu kay! sapa yang menang? TUNGGUUUUU~~~~, Aha! jangan lupa cekidout nama uolls kat SINI ok!** 

TQ for reading! k bai



Senarai Peserta Giveaway #1

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

~Sticky post until 30 April 2013~ 

Vavavavaaa!!! Tak sangka ada jugak yang join GA pertama yang i buat. sob.sob.sob. Sungguh terharu! Mekasih taw!! ada blogger yang siap buat entri pasal GA aku nih. lagilahhh aku terharu ok. sob.sob. sayunkkkk korang! hikhik. TERIMA KASIH YEA!

Actually, aku tak skema sangat pun. syarat2 yang aku letak sampai 4 SYARAT PENYERTAAN tu sebenarnya sekadar di pinggiran jea. Yang penting, kalau korang tinggal jejak dekat ENTRI GA #1 pun aku kira korang join jugak. boleh tak gitu? haha. tak delah. tipu jea. Ok, memandangkan komen yang ada dekat entri GA tu dah nak dekat 30 komen (baru 29 kottt), so. aku belek satu2 komen tu...

Untuk tidak berlaku ketidakadilan, Sesiapa jea yang tinggal jejak kat entri GA #1 (means: post a comment) dan komen berkaitan dengan gambar dalam GA tu (tak kisahlah apa2 komen sekalipun), akan dikira peserta. ok tak? ok tak? hahaha. Untuk entri ini, aku akan listkan senarai nama peserta Giveaway #1: Ole  Thailand mari. Cekidouttt :) 

3) Nabila 
4) Eyra 
12) Dedeq 
19) Nea Lopah 
22) Batrish  
23) Nureen 
24) Izyan 
25) Blog Usang 
26) Anies 
27) Remy Hazza 
28) Sweetmama 
30) Alia Ali 
31) Zahirah 
32) Uteq 
33) Masya 
34) Cik Pia 
35) Cho Zila 
36) Kak Intan 
37) Mia Kassim 
38) Tihara 
39) Jaa 
41) Nafira 
42) Deqla 
43) Nur Amiera 
44) Dedetz 
45) Atiera 
47) Uni 
48) Atie 
49) Aien 
50) NM03 
57) Hana Maroo 
58) Amanina 
60) Lady Hanna 
62) Mamarey 
63) Cik Ila 
65) Zura Lee 
69) Bunda 
71) JunAina 
73) Acik 
74) Nurul Aini 
75) Sya Abdull 
76) Cik Sal 

SILA Klik pada gambar dibawah untuk ke ENTRI GIVEAWAY #1: OLE-OLE THAILAND MARI. 


join jangan tak join. join jangan tak join. haha. 

GOOD LUCK SEMUA~~~




Sunday, April 28, 2013

KEK COKLAT MELELEH yang Sedap by RICH CAKE

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Minggu lepas kan. aku kecur giler bila tengok gambar kek coklat dalam bekas yang comel yang kawan aku LIKE kat Facebook. Facebook ni kann, memang suka buat kita ngidam kan? kan?.. Disebabkan nafsu aku yang tak dapat dikawal lagi, terus aku PM page RICH CAKE. tanya pasal harga, tanya pasal tempat jual kat mana. Alang-alang hari ni aku nak keluar ambik rumpai laut dan jalan-jalan tanpa hala tuju, terus aku deal untuk jumpa kat Amcorp Mall untuk pick up kek coklat meleleh ni. hahaha.
Muka Happy dapat beli kek. Akhirnyaaa kan. facebook punya pasal lah ni!.. haha. BTW, yang sebelah aku ni namanya Ana. Kawan peneman dikala duka dan lara. Ahaks! TQ Ana..... muaaahhhxxx!

cuba korang tengok ni..... apa yang korang rasa? terliur tak? bahaha. kejam sungguh aku kan...
Coklat diaaa... sangat.sangat.sangat. sedap ok! waaa.stress kejap aku. Apasal sedap sangat ni? MINTAK RESEPI boleh?

Makan sampai habis. Bekas boleh simpan. boleh letak garam kat dapur. tak pun. tempat kumpul kerongsang :P

Sedap sungguh kek ni taw! sungguh aku tak tipu...coklat diaaa...meleleh2.. perghhh! super duper awesome!.. Kek Coklat ni sedia di makan. sudu dah sedia ada. bekas berbentuk hati lagi taw. Lambang cinta akan Negara.
Bekas yang berbentuk hati. sangat sesuai diberikan kepada orang yang tersayang. tanda cinta setia hujung nyawa. haha

Selain coklat kek, RED VELVET CAKE pun ada jugak. tengok ni. dia punya krim. perghhh. sedap sungguh. 
Flawless giler. glowing2 gitu. siap ada lipstik pinky2 lagi.. hehehe

Ini Kalilaahhhhh.... soo. yummy. sangat nyesal kalau tak cuba ok!

Kalau korang berada di luar kawasan, boleh jea suruh team rich cake ni pos. abang posmen kan ada! ahaks! Aku pun suruh diaorang pos jugak untuk abang yang berada di Sarawak sekarang. RM10 jea postage untuk 10 bekas kek. hikhik. murahkan?. 

So, untuk tempahan dan maklumat lanjut, korang boleh terjah page RICH CAKE ni yea.. sungguh! apa jea yang korang tanya, team diaorang sangat gigih melayan kerenah setiap pertanyaan customer dia. TQ yea team rich cake. pasni confirm i order lagi ok. 

Actually, dulu, aku rajin jugak buat kek2 bagai ni. Sekarang ni pun rajin jugak. cuma. erm. cuma. hehehehe. Kalau korang penggemar kek coklat, dan nak try buat sendiri, boleh la klik pada gambar-gambar di bawah ni yea. resepi dan cara nak buat ada aku listkan. cayok! Kalau korang buat menjadik dan sedap, jangan lupa bagitau aku yea. haha.

MUFFIN CHOCOLATE
KEK COKLAT SACHER
DARK MOIST CAKE

Tq for reading. k bai!



Rumpai laut 10 hengget jerrrrr

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Semalam aku ada cakap yang aku nak pegi pick up rumpai laut yang aku order kan... 10 hengget jea weii. Murah gilerr kott bagi aku. Dah laa bekas dia besar. berbaloi2lah kannn. Hihi. Hari ni kami janji nak jumpa kat Aeon Big puchong utama. Janji jam 12.30pm. Tapi aku keluar awal dalam jam 11.30am sebab nak try test jalan baru. Selalunya aku pegi puchong ikut jalan kuchai lama. Tapi hari ni aku ikut sri kembangan. Lepastu terus keluar tol puchong. Lepas tu terus masuk aeon big puchong utama. Tak sampai setengah jam punnn. Kalau tak. Wajib bersesak2 depan ioi mall kalo ikut jalan kuchai lama.. sejam lebih baru sampai. Yahooo. Berjaya jumpa jalan baruuuu. Excited sssangat ok!!!!

Memula jumpa dengan akak yang jual rumpai laut ni. Aku ingat dia anak dara lagi taw. Tapi bila aku intai2 dalam kereta. Ada dua orang gegirl. Rupa2nyaaa. Dah ada dua orang anak kak liana ni yea. Kulit muka bersih jea. Tak payah tempek bedak tebal2 kat muka. Flawless semula jadi ok.. penangan rumpai laut lettewww!!!. Auuwww. Suka.suka. 


Ahaaaa. 5 botol rumpai laut in the housee!! 

Uollsss. Tak nak try test kea rumpai laut niii. Kalau malas macam aku. Boleh la beli yang dah siap. Ahaks. Jom laaa sama2 meningkatkan lagi ekonomi negara dengan memakan rumpai laut pure dari negara kita sendiri. Haha. Motif sangatlaah aku ni. 

Nanti boleh order dengan kak liana yea. Boleh ke blog beliau. KLIK SINI. Kalau jauh tak dapat nak pick up, postage punnn boleeehhh. abang posmen kan adeeee :)

Tq for reading. K bai!!



Saturday, April 27, 2013

Keep Calm and Hari ni sekolah ganti. hahaha

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Baru aku perasan setelah berkurun lama dalam peti ais. Ada lagi separuh rumpai laut yang dah siap masak yang kawan aku bagi sebelum cuti tahun baru cina ritu. Adoyainyeee. Lama kot. Korang rasa boleh makan lagi tak kalau lama cenggitu? Aku try hidu. Ummmppp. Bau semacam. Rumpai laut pepahamlah bau dia cane. Tak tahu aku nak beza. Gulp. Itu yang aku tak pasti tu ok lagi ke tak. Haha. 

So, hari ni hari ketiga. Aku gigih nak habiskan rumpai laut ni. Tempek kat muka. Selam dalam soya pastu telan.. memula bajet boleh telan macam tu jea. Sekali aku suap masuk mulut satu sudu. Ntah kenapa tak boleh nak masuk kat trakea aku nih. So keluar balik. Adeh. Rugi.rugi. haha. 

Best jugak yea tempek kat muka. Sejuk2 jea. Hehe. Rasa macam serasi pulak dengan mende alah ni. Tetiba jatuh cinta pulak kannnnnn. Haha. Esok aku nak pegi pickup rumpai laut yang dah siap masak. Haha. Nampak sangat rajin disitu. Order yang dah siap terus. Bukan yang mentah. Haha. aku pun tak taw nape aku order. Mabe sebab murah kot. 10 hengget satu bekas. lagi satu, mungkin aku memang dah jatuh cinta dengan benda alah ni.

Walaupun sekarang ni benda alah ni duk femes cakap tak de kolagen la, itu la ini la. Aku tak heran pun. Aku makan pun sebagai junkfood aku jea. Sebab aku suka sangat potato chips dengan chipster. So. Bagus aku tukar dengan rumpai laut ni. Hehehehehehehe. 
Makan dengan soya punnnn sedaaapppp. Sambil tengok tv. Nyum3

Oh ya! Hari ni aku kerja lagi. Sekolah ganti. Ouuuhhh. Suuuuka ssangat * esok baru boleh enjoy kay!!!!!. 

Jangan lupa workout pagi2 yea. keluarkan peluh sebelum pergi kerja. otak pun cergas.badan pun sihat.:)

Tq for reading. Kbai!



Thursday, April 25, 2013

Giveaway #1: 7 hari lagi

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Listen! listen! listen! Giveaway #1 by NinaAz tinggal lagi 7 hari. 

Entry ni adalah untuk peringatan buat semua samaada yang telah terlibat mahupun tidak terlibat atau baru nak melibatkan diri dalam segmen giveaway #1 ni. hehehe. 

So, kalau yang baru jea nak join, bolek klik SINI yea kawan2 sekalian. 

bagi yang dah join, sila semak senarai nama dalam entry INI yea darling2. hehehe. mana tahu, iolss terlepas pandang, nama tercicir kea apa. tak pun. uolss tak ikut etika syarat2 giveaway keaaa.. ngeeee~ maap yea kawan2. :D 

GOOD LUCK YEA!!!
alamak! tertempek gambar ni pulak. ngehngehngeh. ikan jaket sumbat sambal yang paling simple di dunia. sedap pun sedap.





Sunday, April 21, 2013

Perfect365: Perfect mekap by NinaAz

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Sentuhan mekap dari mak andam ninaAz. Inginkan tempahan untuk photoshoot? Wedding atau apa2 saja? Pm me for details. Hakhakhak. 

Actually. Hari ni aku tak de keje sangat. So. Layan apps perfect365 ni. Nak gojes. Flawless. Marbeles. Sekelip mata jea. Semuanya ada di jari telunjuk anda. 


Amacam? Comei kannn semuaaaaa. Hehehe.

K bai!



Saturday, April 20, 2013

Inginkan muka yang bolat jadi bujur?

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Minggu lepas aku ada beli inner medina dengan blogger femes irene nadia. Sungguh aku nyesal sebab beli dua jea. Patutnya aku borong semua warna. Haha. Tamak sungguh aku ni. Susahh wooo muka aku nak matching bila pakai inner taw. Kalau muka yang jenis bujur sireh tuu no wonder laaa. Pakai apa pun sesuai dan cun. Tapi kalo muka yang sikitt jea lagi nak macam bola yang cute tu acaner? So, kita kena pandai kenakan teknik menutup lebihan2 pada muka agar ia menjadi bujur  seakan sireh gitu. Haha. Sireh lah sangat.

Tq medina. Dah macam bujur sikit muka aku ni. Kahkahkah.... Impikan wajah yang bujur sireh? gunalah inner neck medina! awesome! :)
hai.hai.cermin rumah sape lah ni. berhabuk.nampak sangat rajin .auwww!

Crinkle Shawl by Oldblossom box. Btw, aku suka sangat shawl ni sebab lebar dan panjang. senang nak belit2, part yang paling best, tak perlu gigih untuk iron. yes! aku memang tak suka pegang seterika. ahaks! 

Aku beli shawl ni kat oldblossom boutique. time tu sis jezmine ada buat sale. Kalau harga asal rm35, harga sale rm30. but! kalau beli 3 helai dapat rm80. heeee. Next week (28 April) oldblossom ada buat prelove party. Moh kita ke sana. Teringin nak jumpa Shea. ngehngehngeh. Aku ingat nak cari lagi crinckle shawl ni. warna lain pulak. ahaks! 

Oh ya! korang tahu tak sekarang ni ada apps perfect365? alamak. kea aku jea yang baru tahu? haha. tak payah dahh pakai mak andam sekarang ni, pakai perfect365 pun dah meletop kot. free2 jea dapat blusher ngan lipstik merah, siap bulu mata palsu lagi. hihihi. 
ahaks! hasil tangan kak rina. 

Seperti biasa, pic ni aku forward ke abang.


Abang cakap tak lawa. So, yang ori lagi lawa la kan bang? kahkah. 

Tq for reading. k bai!



Wednesday, April 17, 2013

Wordless Wednesday: Galeri Kasut

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 





Cer teka sapa punya kasut tu.. tu baru separuh kotttt. aku pun tak paham time bile nak pakai. 
aku punya kasut satu ni jea. tu pun berhabuk kat dalam stor. hahaha. Maklumlah. workout dalam rumah jea. malas nak pakai2 kasut nih. =_='

Wordless Wednesday memang sesuai untuk entry yang tak de idea macam aku ni. kahkah. k bai!


Tuesday, April 16, 2013

KUCING DAN TIKUS

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Sebenarnya, aku adalah pencinta tikus. eh! pencinta kucing. Aku suka sangat ngan kucing ni. suka belai2 bulu kucing, suka geletek2 perut kucing sampai tangan aku kena cakar, tapi aku tak marah pun. kucing kannnn. lagi satu, aku suka kuis2 kucing dengan kaki. kuis2 lembut laah, tak de lah kasar sangat pun. aha. lagi satu, aku suka kacau anak kucing menyusu. tengah2 syok kucing2 aku tu menyusu, aku tarik cepat2, lepas tu letak tempat lain. ahaks! saje2 jea. nak tengok sejauh mana tahap kelaparan kucing tue, kalo lapar sangat, mesti dia terkedek2 cari ibunya. hahahaha. 

hai! nama saya GEBU. sebab dulu masa kecik2 bulu saya sangat cantik dan gebu. auuwwww!
Tapi kan, semenjak dua menjak ni, aku memang menyirap bila tengok kucing. rasa nak sepak2 jea. Mana taknya... suka hati jea bagi hadiah TIKUS kat aku. huh. ok. memula diletaknya tikus yang tak bernyawa (kalo aku cakap yang dah mampos ok tak?) depan pagar rumah aku. ok fine. Next, dengan perut terburai, diletaknya depan pintu rumah aku. dua tiga kali kot! memang darah tinggi betul la aku... 

Habis Ajax fabuloso aku taw! nak simbah2 bagai. huh. Next, suka hati jea diletaknya kepala tikus dan sewaktu dengannya betul2 depan enjin kereta aku. kesian kereta aku taw! nak kena tahan bau yang nyaman tu. Latest! tikus dengan perut terburai kepala tercabut betul2 diletak belakang kereta aku. tadi depan kereta, sekarang ni belakang kereta. MOTIF? akuuu pun tak tahu lahh.. sapa punya kucing daaaaaaaaa... 

Semalam kan. time aku balik kerja, lebih kurang jam 7.30 malam gittew. sampai jea depan pagar rumah. aku tengok ada sekor kucing hitam. tengah ngap2 kat tempat biasa aku parking kereta, depan pintu rumah. ok. sah.sah.sah. tanpa soal selidik, aku terus fitnah kucing tuu yang selalu letak tikus mampos dalam kawasan rumah aku. 

BESAR KECIK BESAR KECIK jea aku tengok kucing tu. kalau ada senapang, time tu jugak aku tembak. serius sakit hati wooooo. dan2, time tu jugak aku masuk parking, keluar dan hambik penyapu. memang nyaris2 ah nak kena hentam. nasib masih ada lagi sifat kasih sayang kepada FAUNA (SEBAB SEMALAM AKU BARU MENGAJAR UNIT 9: NILAI KASIH SAYANG, PENDIDIKAN MORAL) terpikir jugak, kalau orang pukul kucing aku kat kampung, mesti aku marah. nasib ko kucing. terselamat semalam. Aku rasa tu kucing jiran aku kot, sebab ada loceng kat lehernya. euwwww. korang tahu tak kucing tu tengah NGAP apa masa aku balik?? TENGAH NGAP TIKUS WEHHHH!!!!!!!!!! kebulur sungguh. lapar kot. So, kepada kawan2 yang ada kucing, silalah bagi kucing anda makan ok. makanan yang sihat lagi bernutrisi tinggi! huh 

Aku ingat nak tukar pagar baru lah. pagar elektrik kea, biar kena karen kalau kucing tu nak masuk laman rumah aku. hahaha. kea aku patut tabur racun kucing? hurm. bunyi macam kejam jea. hahah. racun tikus? hurm. memang tak lah tikus nak datang sini. tikus dari mana ntah diambilnya. kea kucing tu nak gurau2 dengan aku? maklumlahhhh. aku kan orang baru dalam taman ni. hahahha. apa patut aku buat hah?  

TQ for reading! kbai


Monday, April 15, 2013

Sunday Blues. ★

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Tanda protes pada diri sendiri, semalam perut aku kena denda.. Semalam, seharian belajar baking dengan Anna Olson, so perasaan keibuan aku membuak2. Takde kaitan ok. Tetiba teringin nak makan macam2. Haha. Nak tak nak. Aku gigih keluar ronda2 Bandar Damai Perdana.  

Teringat baju batik sekolah belum dijahit lagi. So, sambil2 nak keluar cari makanan. Aku singgah kat butik apa ntah namanya. Sederet dengan klinik pakar wanita suria, Alam damai. Teruja tengok peplum kurung yang ada riben kat belakang. Aku cuba usha berapa hengget. Pergh. Maw tersembul mata aku. Dia cakap tak sampai 500 hengget. Mak aiii. Ok. Fine. Memang tak lahh aku nak try pakai. 

Memandangkan baju batik sekolah nak pakai pada sambutan hari guru next month, aku saje2 jea tanya range harga yang butik tu ambik. First time ok aku survey harga kat KL ni. Selalu aku jahit kat kampung jea. Tukang jahit fevret aku, ibu kepada kawan aku sendiri ♥.Tanya punya tanya... untuk baju kurung biasa dia ambik rm50, baju kurung pahang rm65. Gulp. Rm65? Biasa aku jahit 3 helai baju kurung pahang + sepasang baju kurung moden. Rm120 jea kottttt. Ni sepasang dah rm65. Agak sentap disitu. Ok fine. Ini KAy-L ok. Sila sedar dimana bumi berpijak. *tak jadi jahit lagi. Kena survey tempat lain* 

Aku pusing balik menuju ke tempat motif utama.  Lama sungguh tak enjoy makan kat sini. Kalau tak silap aku, last 2008 kot. Pergh. Kalau dah beranak, maw 4 orang dah kot anak aku. Ahaks. Guess what.? 

Gulp! Maafkan aku perut. 


Makan sorang3 pun jadilahhh. Bila dah teringin kannnn. Aku fokus jea pada makanan. Tak pandang kiri kanan pun.
  
OTW balik. Aku rasa macam tak kenyang jea. Berkira2 nak beli sesuatu untuk dibawa balik. Guess what? 

Ohhh maiii. Nafsu apakah ini?

Aku wassap pic kat abang. Konon nak kasi terliur laa. Maklumlah. Kat pulau Song tu, manalah ada makanan best2 macam ni. Haha. Sekali kena smash kat abang. Wawawawa. 

Huh. Nyesal aku tunjuk pic makanan kat dia. Haha. I buat 6 weeks 6 pack by Jillian ok. Mana sempat nak tebal. Haha. Burger otai ni aku beli dekat STALL tepi Giant Cheras. Umpph. Biasa2 jea rasa burgernya. Teringin nak makan burger bakar kaw-kaw. Ahhhh. Sudah! 

Macam tak cukup jea cuti 2 hari. Hari ni dah isnin dah. Ohhh. Minggu ni I kena observe. Tatutnyaaaaaaa... doakan aku bertenang yea. Huh. Tiap kali nak kena observe. Mesti hala tuju hidupku tak menentu. 

Tq for reading. K bai



Sunday, April 14, 2013

Diet Kalori

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Semalam kan. Aku lunch nasi kerabu dekat cafe mama presint 9 Putrajaya. First time jumpa nasi kerabu yang ada kuah yang macam mama aku buat. Kuah tumis namanya. Ahaks. 

Ok. Aku bukan nak cerita pasal cara nak masak nasi kerabu. Tapi aku nak share tips yang aku dapat dalam majalah Wanita yang aku baru jea beli semalam kat Kedai runcit tepi cafe mama. Heeee.  

Tips ni sesuai untuk insan2 yang tengah berdiet dan ingin kurus.

Actually. Aku sendiri pun tak pasti sejauh mana keberkesanannya. So, kalo sesape yang mencuba dan berjaya, jangan lupa kongsi dengan aku yaw!!! Hehe. 

Tq for reading. K bai 



Saturday, April 13, 2013

We ♥ You

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Minggu lepas kann, motif sangatt taw adik beradik aku wassap gambar kek kat aku. Indulgence kot. Pepaham jeaalaa. Aku kalo bab2 makanan bagai ni memang meleleh tak tentu pasal2. Food lover lah katakan. 

Rupa2nYa. Diaorang duk celebrate birthday mama kami. Oh. Damn. Aku sorang jea duk kat KL. Sungguh aku touching gilerrr kottt. (T___T) 

Actually. Hari ni 13 April adalah hari lahir mama. Tapi adik2 celebrate awal. Saje gedix2. Jeles aku. BerBBQ sakan tuuuu. Oh! Tak sabarnyaaaa aku nak balik kampung. 


Ehem. Selamat hari lahir yang ke-52 maaaa... semoga mama dikurniakan kesihatan yang baik. Tabah hadapi dugaan Tuhan. Murah rezeki. Panjang umur dan dikurniakan cucu yang comelsss. Ahaks! Doakan mama aku yeaaaa. Aminnnn ♥ 

Tq for reading. K bai



Thursday, April 11, 2013

Tips untuk bakal pengantin di hari Perkahwinan

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Sekadar berkongsi pengalaman untuk bakal-bakal pengantin yang akan menempuhi Hari Raja Sehari mereka. Mesti korang tak sabar kan? Ada rasa berdebar2 tak? Rasa nak nangis? Rasa nak lompat tinggi2? Aku dulu, rasa biasa2 jea. Tak de lah sampai nak lompat tinggi3 tu. Over ssangat taw! Haha. 

Tips yang aku nak kongsi ni berdasarkan pengalaman aku sendiri. Buat pedoman bakal-bakal Raja sehari. Mana taw tips2 aku ni berguna untuk korang. Sangat kannn. Haha *bajet*

1) Bertenang di hari kejadian - sila jangan terlalu kalut macam aku. Haha. Pagi3 bangun lepas subuh duk kalut check benda apa yang tak siap. Semua benda aku nampak tak betul. Aku betulkan karpet, kerusi meja. Intai3 kat dapur. Nampak sangat gabra disitu. Tak tahannya tuu. Siap nak buat makanan untuk pengantin.padahal akulah pengantin itu. Pffffft. Berpeluh2 kauuu. Mak andam dah nak datang baru aku nak mandi. Kesannya? Berpeluh2 time kena mekap. Jenuh mak andam nak mekap. Haha. 

2)Berwuduk sebelum bermekap - Ini penting kalau mekap sebelum Zohor ok. Sebelum muka kita bertukar jadi mak jemah bersiri. Sila berwuduk sedia. Tapi kalau yang jenis banyak angin. Kuat kentut opps! Acaner? Aku hari tu Alhamdulillahhh.  Tak sempat nak kentut. Nerbes sangat kot. Hihi. Tapi sangat sadis, sebab rombongan datang awal. Belum Zohor dah sampai. Haha. Silap timing pulak. =_='  

*Solat ada Mekap, Sah*


3) Mekap - Pastikan mak andam korang jenis yang tak paksa2. Contoh: tak  nak mekap kalo tak nak cukur kening. Hoho. Sangat vavava disitu. Aku hari tu diberi dua pilihan samaada nak cantas atau nak gam. So. Aku pilih gam. Heeeee ♥ Lagi satu, kalau nak nampak neutral, carilah mak andam yang pandai buat muka korang nampak neutral jea. Tak hover. 

4) Rombongan pihak lelaki - Selalunya rombongan pihak lelaki datang jam 2 atau 3 petang kan. So sempatlah kita solat Zohor dulu. Macam aku hari tu terrawal pulak. So, pastikan masa sesuai dengan situasi korang. Kalau korang tengah bendera merah time tuu.. tak de masalah laa kan. 

5) Mekap removal - Perlu ada untuk proses membuang mekap dengan jayanya. Nyesal giler tak prepare sedia. Memang jenuh ahhh aku nak hakis mekap tebal hari tu. Guna air. Guna pencuci muka. Still lagi melekat sikit. Tawakkal jea lah. Janji kita yakin. Pastikan mekap removal yang korang beli tu removal yang terpower di dunia. Nampak tak keanehan muka pengantin disitu? *selepas berusaha hakis mekap tebal* Hahaha. Ni pun aku touch up sikit2. Kalau tak. Memang lagi teruk ahhh. Dah macam hantu kak limah balik sawah daaaa. Ngeri haku nak tengok muka sendiri. haha

6) Stoking atau sarung kaki - Selain menutup aurat. Sarung kaki ini perlu agar menampakkan lagi kekemasan pengantin. Tak de la nampak kaki kita yang sebayam tu. Ahaks!

7) Outdoor photoshoot - Bagi aku la kan. Secara peribadi. Lebih baik kita jangan ambik outdoor photoshoot pada hari yang sama big day kita. Sebabnya.. kawan2 dan tetamu yang hadir mestilahh datang semata nak meraikan kita kann. Kita pulak menghilang sebab duk berposing tepi bendang. Tak ke gigit jari tetamu sebab tak dapat bergambar dengan kita yang cun habis pada hari tu. Hehehe. Aku hari tu pun rasa sedih giler sebab tak terlayan kawan3 yang datang sebabnya duk bergambar  sakan depan pelamin. Arwah abah aku berkali2 tanya bila nak siap. Bila nak siap. Sedara mara nak jumpa. Ngeeeee~ 

8) Busana pengantin - Pilihlah yang selesa untuk di pakai. Kalau rasa nak jadi cleaner kawasan rumah pada hari kejadian. Bolehlah pakai wedding dress macam aku ni. 

Bersih licin sangat lantai rumah aku *mata keatas*. Sangat tak selesa ok. Aku angkat kain sampai terselak3. Nasib aku pakai seluar panjang. Lepas Zohor, aku terus tukar pakai baju kurung biasa. Laaagi selesa. Siap boleh kuis2 tanah lagi.
  
9) Hadiah - Yea. Aku paham. Motif sangat nak susun hadiah cantik2 time orang bertalu2 datang. Tak sempat haih! Walhal aku dah amanatkan tugas bahagian hadiah ni kat adik aku. Tapi aku silap. Tempat untuk letak benda2 yang tetamu bagi patutnya tersorok sikit. Bukannya takut orang curi. Apakah? Tapi... kalo bertaburan dan terbuka macam ni, lagi2 betul2 depan pelamin. Orang duk lalu lalang, kang tak pasal2 ada yang jadi superman terbang ke bawah. Kesian pulak tetamu aku. Free2 dapat mekap benjol kat dahi. Ahaks! 

10) Hadiahkan senyuman yang cukup manis dan ikhlas untuk semua tetamu yang hadir - Jangan lupa senyum sokmo sepanjang majlis yea. senaman gigi dan mulut. hah. 

Ok. ni jea lah kot tips yang dapat aku share dengan bakal-bakal pengantin. hehe. Selamat menempuhi alam rumah tangga. 

TQ for reading! k bai!