KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Friday, November 29, 2013

Resepi Smoothie yang sedap dan sihat!

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Entri hari ni aku nak share dengan kawan2 dan pengunjung belog aku ni pasal resepi smoothie yang pernah aku minum sebelum ni. 

Bagi yang baru berjinak2 untuk pilih jalan diet dengan cara sihat tu, wajarlah kamu mencuba resepi ini yak! Bagi yang tak diet pun, boleh cuba jugak! :) 

Oh ya! resepi aku ni, aku taruk protein herbalife, dan tak letak ais! abaikan sajalah yea protein herbalife tu, tapi kalo rasa nak cuba herbalife, boleh la contact aku! hehe - 0193190117 (bisness number *iklan kejap*) 

1) Banana Peanut Butter Smoothie 


- Air masak 
- 2 sudu besar natural yogurt 
- 2 sudu besar instant oatmeal 
- 1 sudu besar whey protein herbalife 
- 2 sudu kecil natural peanut butter 
- sebiji pisang 
- 5-7 biji strawberi sejuk 

*Blend semua diatas* 

2) Strawberi Oatmeal Smoothie


- Air masak 
- 2 sudu besar natural yogurt 
- 2 sudu besar strawberi soy powder herbalife 
- 1 sudu besar oatmeal 
- satu sudu kecil ekstrak vanila 
- sebiji pisang 
- 5-7 biji strawberi sejuk 

*Blend semua diatas* 

3) Mango and Banana Smoothies


-  Air masak 
- sebiji pisang 
- sebiji mangga masak ranum 
- 2 sudu besar natural yogurt 
- 2 sudu besar instant oatmeal 

*Blend semua diatas* 

4) Cappucino Banana Smoothie


- sebiji pisang 
- 2 sudu besar instant oatmeal 
- satu sudu kecil natural peanut butter 
- 2 sudu besar cappucino soy powder herbalife 
- satu sudu besar whey protein herbalife 

*Blend semua diatas* 

Okeh! amacam? mengancam tak aku punya smoothie?  

Ahaks? 

Padahal lebih kurang jea resepinya kan. taruk oat, yogurt dan buah2 pilihan jea. 

Aku suka blend dengan yogurt. At least, kalau ada yogurt, ada buah., tu pun dah cukup lazat taw!! 

BTW, aku paling suka smoothie mangga! serius best! 

Selamat mencuba yea! 

Tq for reading. K bai!    




Tuesday, November 26, 2013

Wooden Baby Cot & Meatball IKEA

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Masa balik kampung cuti Raya Haji bulan 10 lepas, kami ada singgah gudang perabot dekat area Kota Bharu. Masa tu mama nak cari katil untuk masukkan ke dalam homestay keduanya yang baru di bukak.  

Survey punya survey, aku terpandangla dekat satu benda alah nih. Biasalah, bila dah nak jadi mak-mak ni, asyik duk fikir dekat anak yang ada dalam perut ni jea lah. haha.

Ehsan google. Ni la benda alah tu lebih kurang. Cuma yang dekat kedai perabut tu lagi OK kot. lagi lebar, besar dan jenis kayu pun rasanya lagi terbaik. hikhik

Memula aku berkenan yang biasa jea, means yang tak de laci, sebab harga dia lagi murah laa dari yang ada laci tu, yang ada laci tu harga dia dalam 900++ kottt. haha. pengsan kejap. 

Tetiba mama aku datang menyampuk. "Haaaa, ma berkenan yang ni.. cantik2, bagus ni. nanti boleh letak anak dalam ni, jangan ajar tido pakai buai, suruh dia tido dalam ni jea. Laci ni boleh letak baju2 dia

Hamboihhh. kemain mama aku nih. haha. Aku cakap la balik, mahal la maaa. Ingat nak cari kat Ikea lah. kot2 lagi murah. Ma aku cakap, dekat Ikea kayu tak ok. tak kukuh katanya. hurm? pandai2 jea mama. padahal Ikea pun dia tak pernah jejak. AHAKS! 

Lepas tu kan, lepas tu kan. nak tahu mama aku cakap apa?, "Tak apalah, biar ma yang belikan, ma sponser. ma dah berkenan yang ni, nanti tahun depan ma beli

Hohohoho. menggelupur aku dengar. macam tak caye jea, macam tak caye jea. hahaha. Untung baby yea, nenek nak bagi baby cot. haha. 

Ada orang cakap, baby cot ni langsung tak berguna. pakai kejap jea, dan kadang2 beli tak pakai langsung. hurm. 

Tapi bagi aku personally, motif aku nak ada baby cot ni, sebab awal2 dulu aku pikir, akukan berjauhan dengan suami, dah la duduk sorang2 kat rumah, time aku nak mandi, time aku nak solat, time aku nak iron baju, dan apa2 jea lah lagi selamat aku letak anak aku dalam baby cot time tu.. hurm, tu jea lah motif aku nak ada baby cot. Lagi satu motif gedik, sebab aku suka tengok baby cot yang comel dan cute tu.. haha

Tapi, bila suami dah dapat tukar balik semenanjung ni, dalam dua lagi nak ada baby cot ataupun tidak. erm, Minta ehsan mama sponser stroller baby lah dari baby cot kan? haha *kejam*. 

Hari ni punya cerita, kami saja jalan2 dekat IKEA, konon nak tengok2 baby cot versi Ikea, lepastu makan meatball kat situ. Lama giler kot aku mengidam nak makan meatball Ikea. hehe

Kami :)
OOTD IbuNina kejap yea. : Maxi Dress by zeetaaze, Wide Shawl by sg_house. Sila terjah instagram, diaorang. Beli dalam instagram jerk. :P

Benda first yang aku paling excited tengok bila masuk dalam IKEA, off course BABY COT. hehehe 

Baby Cot yang ada laci + meja 3 tingkat untuk tukar lampin bayi dan letak barang2 dia lebih kurang 900++ jea wei. seyes lagi murah gile dari baby coat yang aku jumpa hari tu. Aku try la ketuk2 dia punya kayu tu, kan mama cakap tak ok. hurm. bagi aku lebih kurang sama jea kayunya. haha. entah le


Comel sangatttt... huhuhu. Suka.suka.suka


Baby cot yang macam ni, suami aku tak berapa berkenan. tak cantik katanya. Ngeeee~




Yang ini aku tak tahu baby coat ke menda. macam katil jea. macam tak selamat nak letak dalam ni, senang baby nak golek2 bummm jatuh terus. hukhuk


Daun tu comel sangatttttt!!!!!


Yang ni aku suka. Katil yang comel2. eiiiii. serius geram tengok weh. 



Suami aku cakap, kalau katil ada khemah macam ni, confirm anak kami suka. hamboih, macam duduk dalam hutan la pulak. haha

Fuh, mengidam nak bilik anak macam ni.... Agagagagga~


Memandangkan villa kami sempit dan kecik jea, kami bersetuju nak buat bilik macam ni, katil kat atas, bawah tu bolehlah buat apa2. Jimat ruang katanya. haha. Mimpi jea lah. *sigh*


Kalau datang IKEA, tak sah kalau tak berkhayal kan? betul tak? Berangan tak habis. semua yang ada dalam tu nak, lepastu, setiap sudut yang ada dalam tu jadi inspirasi untuk rumah sendiri. haha. sabo jea lah nina oiiiii. Makan lagi bagus!

Lunch kami hari ni :D

20 biji Meatball. 17 biji aku yang sapu, lagi 3 biji abang yang ngap. Melampau tak aku? hohohoho

SO? baby cot or NOT? hurm. Versi IKEA or Versi Kota Bharu Kelantan? hehehe. Tengoklah macam mana yea. 

Ibu2 yang dah ada pengalaman macam mana? Share2 la sikit pasal baby cot korang.. UHUKSS! 

TQ for reading. K bai!



Monday, November 25, 2013

Akhirnya.... ♥ Alhamdulillah Ala kulli haal ♥

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Kawan2. Aku ada berita gembira nak share dengan korang. Terlalu gembira bagi aku dan suami sampai tak lalu nak makan. Hehehe 

Guess what???? 

Alhamdulillah.  Syukurrrrr sangat2!!!!! 

Cukup setahun kami PJJ, akhirnya Allah makbulkan doa kami. Hehhee. 

Sawoku dapat tukar wehhh. Hehhe. Pasni dah tak payah naik belon ulang alik SIBU-KL lagi. Hehee.



Ok. 

Tu jea yang aku nak cakap. Haha. 


♥Terima kasih kepada yang mendoakan kami ♥ 

Tq for reading. K bai!  




Sunday, November 24, 2013

Scan baby 3D/4D - Poliklinik An-Nisa' Sri Kembangan

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Akhirnya, CONFIRM 100% jantina baby lepas buat scan 3d4d. wink3. i is happy. 

Sebenarnya, masa aku check up 16weeks hari tu, doc dah bagitahu jantina baby sebab dah nampak masa tengah scan 2d tu. Baby dalam tummy aku ni agak ganas sikit, terkangkang2 jea dia. tak malu sungguh dia, macam excited jea dia bagi tunjuk kat ibu dia. hehe. 

Another check up masa 20 weeks kot, sekali lagi doc cakap jantina yang sama. sekali lagi baby terkangkang2 masa scan. hehehe. baby oh baby. 

Last sekali, bila dah buat 3d scan khamis lalu (21 Nov 2013) doc sekali lagi cakap jantina yang sama. sangat jelas uolls. mana tak jelasnya., dah baby asyik gerak kaki, kangkang2 lepastu buat gaya kuak lentang, gaya kayuh basikal olimpik, haha. nakal baby ibu nih. 

Alhamdulillah, senang ibu nak cari-cari barang yang sesuai dengan kamu. :) 

Sebelum ni, aku ada buat research pasal 3d4d scan nih. research konon. hehe. tak ada lah research sangat pun, cuma aku suka google dan baca pengalaman ibu-ibu yang dah buat scan 3d4d nih. Ada la jugak aku cari tempat mana yang ada pakej yang murah. Banyak la jugak, ada aku jumpa pakej scan RM180, ada yang RM80 ada yang RM100 dan macam2 jenis lagi lah. 

Tup-tup hati aku tertarik menarik dengan satu web ni. Banyak la jugak yang aku jumpa review dari customer2 yang dah buat scan dari appointment melalui web ni, hari2 aku stalk FB Bayi-Ibu.com

First ilmu yang aku dapat dari web tu. PERBEZAAN antara 2D, 3D dan 4D. Gigih aku baca segala bagai input2 yang ada dalam web bayi-ibu.com . Last2, aku terus booking dan buat appointment untuk scan 3D/4D (untuk booking, uolls boleh terus ke link ni : APPOINTMENT.)


Teringin nak buat 2D details, tapi 2D details hanya untuk kandungan 18weks - 24weeks sahaja :( . So, aku pilih pakej 3D/4D sahaja. Ada 6 tempat kita boleh pilih kat mana kita nak buat scan (Ampang, Shah Alam, Cheras, Bangi, Sri Kembangan, Puchong Jaya). Antara 3 sonographer yang ada tu, aku teringin nak buat dengan Miss Jezzlyn. Sebab aku pernah baca review pasal dia dan dia femes dikalangan bloggers2. hehe. So, aku pilih Sri kembangan dan my sonographer is Miss Jezzlyn. wink3 :) 

Tadaaa, inilah dia Poliklinik An-Nisa' Sri Kembangan. Tak susah pun nak cari. Pakai Waze jea, confirm terus jumpa. 



Agak neves jugaklah nak jumpa si anak ni. for the first time nak tengok muka dia. selalu tengok masa scan 2D jea, hehee. neves + happy + tak sabar. 

Miss Jezzlyn ni peramah orangnya. sangat bersopan. hehe. Bila dah start dia scan perut aku, terharu pulak tetiba bila tengok dekat skrin my baby!! macam terngiang2 dalam telinga anak tu menjerit : "Mommy! mommy! watch me grow!!" hehee. 

Ayat pertama keluar dari mulut Miss Jezzlyn masa tengah scan : "Wahh. dah tembam dia yea.. baru 26 weeks dah tembam yea. hehe" Aku jawab la aku makan banyak, sebab tu tembam tu baby. hihihi 

Susah sungguh nak tengok muka baby. dia asyik tutup dengan tangan la, tutup dengan tali pusat laa. berkali2 doc pujuk dia suruh alih sikit tangan ngan tali pusat tu. doc ketuk2 manja sikit perut aku, tapi si baby siap bagi kick lagi dekat doc. hamboih, kemain dia yea. hehe. Time scan kat bawah pulak, nak tengok jantina, doc cakap : "haa, tak malu pula dia yea tunjuk jantina, kaki siap kat atas lagi, muka malu pula tutup2 yea". hehe. nakal baby ibu nih :P 


video
Tengok, baby tak mo tunjuk muka, tutup dengan tangan lagi, siap duk jilat dia punya tali pusat. Doc cakap baby lapar, ibu tak bagi makan. haha [VIDEO]


Last2, Miss Jezzlyn suruh aku bangun dan keluar dulu jalan2 nak suruh baby bangun dari tidur dan pujuk dia tunjuk muka sikit. hehe 

Kali kedua scan, baby still lagi malu2.. lama jugaklah kena usik, aku golek kiri, aku golek kanan, usap2 sikit perut, cakap2 dengan baby. last2, dapatlah jugak tengok muka baby.. hehehe. Doc cakap hidung macam ibu dia.. Agagaga. comel anak ibu nih. :)

Mulut gerak2 macam nak bercakap pula. hehe

Dengan pakej 3D4D aku dapat sekeping print gambar 3D dan sekeping CD yang ada video 4D baby dan juga gambar2 yang lain. Semua tu dengan harga RM120. ok la kan. hehe. 

Miss Jezzlyn sangat best! Seronok rasa dapat tengok si kecik nih. Memandangkan baby masih kecik, so kami boleh tengok the whole baby, seluruh pergerakan baby, kalau dah besar sikit lagi, dapat tengok muka dia yang bambam jea lah. hihi. 

Rasa macam nak buat lagilah 3d4d nih. hehe. melampau tak? haha

Tq for reading! k bai! 



Persiapan sambut baby - Part 1

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Hey baby! mommy here! hikhik. Rasa macam baru semalam-semalam mommy tahu yang kamu ada dalam perut mommy yang comel ni. tup-tup, dah nak buat persiapan untuk kamu pulak sehari dua nih. wow! feeling wonderful & awesome sangat!. hehehe. 

Alhamdulillah. sekarang kandungan aku dah masuk 6 bulan ++. dah tak lama dah nak habis 2nd trimester. kejap jea kan? macam mimpi jea? macam tak caye jea? - nah, mula dah jea.jea. trend sekarang ni. haha.


Halooo. aku sikalang ooo. manyak demuk. demuk. demuk. *sigh*

Baby dalam tummy aku ni pun makin hari makin membesar. dan besar. hukhuk. makin hari makin ligat menendang, makin ligat berputar, kejap kiri, kejap kanan. guess what? masa kandungan aku 16 weeks aku dah mula rasa kick2 dari dia tahu. hehe. happy giler kot masa tu. sekarang ni laaagiiilaaaahhh. tersangatlah aktif si kecik ni, sampai doc cakap anak awak ni kaki selalu kat atas, tak reti duduk diam. hehe. btw, aku dah buat 3D4D taw. excited kan aku ni? padahal baru 6 bulan ++. hahaha. Nanti2lah aku share dengan korang eh pasal 3d4d tuh. :) 

Entri kali ni, entri mak-mak sikit. hehe. awal2 tahun hari tu, mood menaip review pasal WEDDING, mood hujung2 tahun ni, pasal mak-mak la pulak kan. hihihi 

Bagi yang tengah jadi mak buyung mahupun yang dah jadi mak-mak, mesti korang tahu kan sekarang midvalley ada buat maternity & children expo kan? start 22hb hari tu sampailah hari ni - last day. Bagi aku yang baru first time nih, mestilah excited nak survey tengok apa yang ada dalam expo tuh. Dah lama sebenarnya aku usha expo2 hujung tahun ni, dan, yang ni aku rasa expo last untuk tahun ni, Disember aku tak pasti ada tak, kalau ada pun, luar dari KL lah. 

So, nak tak nak.. aku pun terjoin lah sekali untuk expo nie. Ada orang cakap awal lagi kalau nak membeli, hurm... awal sangat eh? hehe. ok kottttttt.... :P 

Excited punya pasal, semalam kami keluar awal, dalam jam 8 pagi kot kami dah ready bersiap. sampai MID, tanjat kami bila tengok ada lagi yang awal dari kami. hohoho. Gate expo tak bukak lagi orang dah penuh kat pintu gate. Macam nak masuk event besar herbalife pulak. haha

Daddy baby, merangkap Bank Negara dan tukang angkut barang. hikhik. *jange mare yea*

Actually, aku ada buat list benda apa yang nak kena beli, tapikan, bila dah berada dalam expo tu, kiri kanan depan belakang booth merata-rata, hilang segala idea. So semalam, ikut kata hati jea lahh. 

Ada yang tanya aku, BEST TAK? MURAH TAK?. hurm. bagi aku yang first time nih... ikhlas dari hati, best giler kottttt... best siap pakej excited lompat2 lagi, tak nampak dah laki kat belakang, nampak anak jea kat depan. hahaha, fuh. speechless. rasa nak nangis pun ada bila tengok barang-barang baby. hahaha. over sangat kan. 

Murah? hurm. seperti yang aku cakap, as a first timer, aku tak tahu la murah kea tak. yang aku tahu, barang banyak sangat, segala benda ada dan manusia pun tersangatlah ramai. Aku tak tahulaaa kalau perut dah memboyot 8 bulan ++ masuk dalam expo cenggini. hikhik. Tapi satu lah yang aku nampak murah dan berbaloi aku beli sekotak lebih. PAMPERS. hahaha. Mamy Poko!! beli dua pek = RM50. dapat bib baby, dapat teddy bear mamy poko lagi, comelsss sangat! 

Benda yang paling seronok sekali nak borong, adalah baju baby. hehee. macam terbau2 wangian newborn tahu. Walaupun abang cakap dah cukup dah beli baju, tapi aku still rasa tak cukup. banyak sangat rompers yang cantik2. menggelupur aku tengok. hihihi. yeah!! terapi minda yang paling menenangkan jiwa raga.. SHOPPING BARANG BABY. betul tak mak-mak? ibu sayang kamu anak!!!! :P 

Okeh. ni baru persiapan part 1. Mabe akan ada lagi part 2 atau part 3 mabe part 4? ohh. sungguh melampau aku nih. haha. Semalam aku banyak beli barang keperluan baby jea. tak termasuk lagi barang keperluan untuk mengenyangkan perut baby - barang2 breast feeding (pum, botol and whatever). Semalam aku beli satu jea untuk barang aku - breast pad. haha. tu jea yang aku nampak. :D

Checklist Done!

-Baju lengan panjang 
-Baju lengan pendek 
-Baju lubang - lubang 
-Seluar panjang dan pendek 
-Romper 
- Sarung tangan dan kaki 
-Topi 
-Barut perut 
-Blanket 
-Kelengkapan mandi dan penjagaan diri baby (Mandian head to toe, baby oil, baby lotion, bedak, minyak telon, manicure set, baby wipes) 
-Diaper pin 
-Tuala mandi dan muka 
-Pampers newborn dan S size 
-Detergent baju 

Tadaaaaa.... hehehe

Alhamdulillah. rasa lega bila dah ada sikit-sikit barang untuk si anak. Terapi untuk mata ibu setiap hari bila tengok barang-barang kamu dalam bilik kamu ni baby oiiii. Tenang jiwa raga. senyum sorang2 lagi. haha 

Ok uolls. Terima kasih kerana sudi bertanyakan kabar diriku ini yang kian menyepi. hehe. pembawakan budaklah kononya akibat kemalasan membuka akaun blog apatah lagi blogwalking. terharu mak ok!. hehe. 

Doakan kami sentiasa. Hanya Allah yang akan membalasnya. Assalamualaikum :) 

TQ for reading!