KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Tuesday, December 31, 2013

Welcome 2014

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Entri ni entri last untuk tahun 2013.. *sobs.sobs.* sayu tetiba. 

Selama lebih kurang 4 tahun aku berblogging (2009-2013), aku rasa tahun ni adalah tahun yang paling best aku kenal dunia blog!! sebab? sebab aku dapat raaaamai kawan yang sporting dalam dunia blog nie. Terima kasih sebab banyak bagi aku pendapat dan kata2 semangat. Kawan alam maya ni sangat best okkey! sayang uolls!!!  :) 

Alhamdulillah.. 

2013 banyak meninggalkan kenangan2 manis untuk aku ingat sampai bila2. Walaupun tak semua azam tahun 2013 aku tercapai, at least! ada sedikit sebanyak yang menggembirakan hati aku. Ya..., Allah itu sebaik2 perancang. :)

1) Our first Honeymoon.. KRABI with love, KRABI in love,, Pounsikou sawoku for everything *sobs,* tacing tetiba 

2) My first pregnancy!! Time ni happy tak hengat dunia. huhu. Syukur padaMU kerana memberiku peluang merasai nikmat2 indah sebegini 

3) Our first car. Selepas 3 tahun kerja,.. akhirnya kami dapat naik kereta kami sendiri. *sobs* Tq my family for everything 

4) Our first anniversary. makan kek dalam rumah jea. tiup lilin sesaja, bajet kanak2 hingusan. haha. TQ abang, sebab sayang saya. *erk* 

5) Antara kenangan termanis aku sepanjang setahun bergelar isteri, akhirnya kami dapat hidup sebumbung. siapa sangka kan. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA. 


Alhamdulillah :)

2013 kami hanya berdua, InsyaAllah 2014 nanti kami akan bertiga! Semoga dengan kehadiran si kecil nanti akan menyerikan lagi rumah tangga yang terbina :) 

Azam tahun baru? hehe. Banyak sangat azamnya. kalau aku list kang sampai esok tak habis. 

So...., nah! aiskrim untuk korang. dengan harapan, esok sempena cuti tahun baru ni, korang pergi cari aiskrim ni dekat Aeon kepong. seyes sedap weh! *haha, kejam*    

Selamat tahun baru 2014 buat semua! Semoga perjalanan hidup kita senantiasa dirahmati dan diberkati olehNYA!

Salam sayang dariku. :) 


*Alfatihah buat ayahandaku yang sangat2 aku cintai dan sayangi. 30.12.2014, setahun sudah pemergianmu.. namun, ingatan ini tetap kuat mengingatimu abah... Setiap semangat yang kau beri untuk anak2mu, akan aku ingat sampai bila2. YaAllah, ampunilah segala dosanya. Jauhilah dia dari siksa kubur dan api nerakaMu... Alfatihah"

TQ for reading! k bai~    




Ikan Kukus Asam Masin

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Sejak berumahtangga ni, semalam baru first time aku reti beli ikan besar. Selalunya ikan kembong jea yang aku reti beli, sampai kembong perut laki aku makan. hahaa. Apa nama ikan tu aku tak pasti, yang pasti ikan tu sedap kalau dibuat kukus. 

Biasa, aku beli bahan mentah dekat Pasaraya CS area Taman Tun perak sebab selalunya situ banyakk sangat pilihan. kalau datang pagi2, confirm sesak pening dengan orang. 

Tapi semalam frust sangat sebab NO CHOICE. stok bahan mentah dah habis dah. Ingat pergi malam tak ada orang.. rupa2nya, bukan setakat tak ada orang, stok bahan mentah pun habis licin, tinggal beberapa kerat jea. tu pun dia dah buat lelong nak licinkan semua. adeh~ nasib laa. 

So, hari ni aku ingat nak buat ikan kukus. yea laa, beli ikan besar kann semalam. *mata keatas*. tak ada lah besar mana sangat pun, boleh laa muat2 dalam bekas tu ha... 

Aku dah cakap awal2 kat abang semalam, buku resepi tertinggal kat kampung. So aku tak berapa nak ingat sangat apa yang nak kena letak dalam ikan kukus ni, yang confirm ingat asam masin. 

Pastu dia cakap, tak apa... hentam jea, bedal jea. *hurm, macam perli jea.* haha, kesian aku kan. tiap kali nak masak, kena bukak buku. gitulah gamaknya. 

Pernah sekali tu, terkantoi dengan abang. Syok2 duk google cari resepi, aku kena hendap dari belakang.. Sampai laaa ni kalau nak masak, mesti dia cakap, *Alaaaa... google kan ada.. google kan ada..* hurm. motif sangat taw! 

Pagi tadi baru aku teringat yang aku pernah share resepi ayam kukus dalam belog ni. fuh! nasib baik. nyaris2 nak call mak aku dah tadi. motif call, tanya resepi. haha. gitulaaa selalu, asal nak masak pelik2 sikit mesti tanya mak. mak. mak. mak. bilaa la nak hidup berdikari nih. huuuuu~ 

Bahan2 nak buat ikan kukus ni sama jea dengan ayam stim rendah kalori yang aku share sebelum ni. Bezanya cuma ikan dan ayam jea. Tapi hari ni aku letak cili sikit, sebab semalam terbanyak pula beli cili. hihii 

Bahan-bahan: 

Ikan
Halia 
Bawang Putih 
Bawang besar 
Serai 
Sos tiram - Cap Maggi, sedap :) 
Garam 
Asam Limau 
Asam masin 
Cili 
Air (patutnya tak payah letak, tapi aku nak hirup kuah, so.. taruk la sikit air

Cara-cara nak buat, korang boleh KLIK SINI yea. sama jea cara dia :)

Ikan besarku.. Apa nama ikan ni erk? heeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~

Nampak macam terlebih air jea ni. Ikan kukus banjir namanya ni. hakhak

Selamat mencuba! 

Okeh! tu jea lah cerita IKAN BESAR aku.... 

TQ for reading!! K bai~        




Almond Crunchies Caramelo

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Dah lama dah aku terliur dengan benda alah ni sebenarnya. Masa bulan puasa hari tu lagi. Nampak orang jual kat FB, kita PM dia, tapi dia tak layan kita. kita sedih taw. *sobs. Tapi tak pe, nok wak guana, tak de rezeki kita time tu.. lupakan seketika.


Nak dijadikan cerita, adalah rezeki kita dihujung tahun.. dapatlah jugak aku rasa benda alah yang sekeping kurus sepapan nih. haihhh! akhirnya kan.  

Memula konon2 nak try sebotol dulu, sebab ingat mahal taw. yeala, tengoklah dia punya ingredients tu, dengan almondnya, sunflower seedsnya, melon seedsnya, pumpkin seedsnya, segala bagai seeds ada.. dengan harga RM23, kira murahlah kann,, so, aku try lah 2 botol. *try ok. try..... 

Sekali ngap jea, aku dah feeling in love gittew! sekali hadap jea wei, habis sebotol. haha. nasib baik aku try beli dua botol *Ahaks! kalau tak, confirm nyesal!

Serius benda alah ni sedap sangat!!! Setiap gigitan caramelo ni melambangkan kecintaan kita kepada kesihatan diri kita, juga keluarga kita! hahaha. motif sangat ayat aku ni kan. Promote giler baik punya. Kalau korang tak terpengaruh lagi tak tahu lahh nak cakap apa. hahaha.

Makan sekeping dua, macam tak puas hati. Makan sebotol, baru puas separuh hati. hikhik

Aku beli dengan officemate aku jea, dia duduk area Putrajaya, kalau korang nak suruh dia COD area tu aku rasa boleh jea, kalau korang luar kawasan, abang posmen kan ada! hehehe 

Selamat mencuba lah yea! cuba sekali, pasti nak dua tiga kali. XoXo!!~ 

For order, PM/WhatsApp : 
FB: Nasiha 
H/P: 0179351158 (WhatsApp/SMS only) 

*Tastiness that makes you forget its healthiness* 

TQ for reading! k bai~      




Sunday, December 29, 2013

Doa untuk Anak Ibu & Daddy

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Doa untuk anakku 

Ya Allah, 
Peliharakanlah anakku ini selama dia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. 

Ya Allah, 
Rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu. 

Ya Allah, 
Keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. 

Ya Allah, 
Panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam... 

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin


Hey baby.. 
Assalamualaikummm.. 
Anak ibu buat apa tuuu??? 
Paling baby suka, SENDAWA & TENDANG ibu kann.. 
Hikhikhik.





Friday, December 27, 2013

Beli rumah, Buat rumah, Sewa rumah

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Tadi kawan aku ada cakap kat aku, ada rumah yang nak dijual, sederet jea dengan rumah aku, tapi belah2 hujung sikit, tak de lah corner lot, tapi rumah sebelum corner lot. Tuan rumah tu letak harga dalam 220K. GULP! aku mampu telan air liur jea. 

Lepas tu aku tanya la dia balik, Memang harga macam tu eh? Mahalnya aku cakap... 

Dia cakap memang rate rumah sekarang harga cam tu. jangan harap laaa nak jumpa yang bawah 200K area KL ni. memang rezekiiii sangat la kalau jumpa. kalau nak yang bawah 200K, sila jangan perasan nak duduk rumah jenis teres/bawah. HAIH! cenggitu kea weh? 

Aku kann, kadang2 pernah gak terpikir. kot laaa tetiba tuan rumah SMS : 

1)PUAN NINA, SAYA NAK JUAL RUMAH YANG AWAK DUDUK SEKARANG NI, DENGAN HARGA 400K, KALAU PUAN TIDAK MAMPU, ADA ORANG LAIN YANG MENUNGGU. 

2) PUAN NINA, RUMAH YANG AWAK DUDUK SEKARANG SUDAH ADA ORANG BELI, SO, BOLEH LA KELUAR DARI RUMAH SAYA NI MULAI BULAN DEPAN 

Seyes! pengsan aku kalau tetiba tuan rumah buat bala sms aku macam ni. Mana aku nak cekau kalau dia letak harga rumah 400k. Hahah. 

Lagi satu, kalau dia suruh aku keluar bulan depan, mana aku nak cari rumah senang2 weh. Ingat senang kea nak pindah rumah. dah la barang belambak2, lepastu kemain susah kott nak jumpa rumah teres yang mampu untuk aku bayar sewa area KL ni. Kalau nak cari rumah teres yang rate sewa 1K keatas tu belambak. 

Hurm.. namun itu semua ilusi. hakikatnya.. aku selalu pikir macam tu taw!!!

 *tapikan, aku pernah termimpi tuan rumah nak jual rumah dia kat aku dengan harga 90K! perghh!! giler ahh rumah teres 90K area KL. hahah. kan bagus kalau bukan mimpi

Hari tu aku ada jumpa rumah yang baru siap taw, area Hulu Langat. Bagi aku, rumah tu not bad laahh, cantik. Adalahh aku suruh abang call tanya berapa dia letak harga, memandangkan tu area HULU (hulu langat kann), so aku bajet mesti dalam range 200K-300K jea kottt. JEA?



Sekali ko tahu berapa? 600K wehhh!! tanjat akuuu. haih! rumah dalam hulu pun mahai jugak kaa?? Terus punah impian aku. hahaha 

Balik kampung hari tu pulak, mak aku dah bukak mulut pasal buat rumah. Aku dengan abang jeling-jeling sesama sendiri jea. Mama aku siap cakap lagi, muda-muda ni elok laaahh buat rumah tu haaa. Biarlah tak maw duduk punn, buat jea duluu,, nanti-nanti ada laaa rezeki boleh duduk rumah tuu... 

Nak jaga hati mak punya pasal, habis hutan tebal dekat tanah tu abang tebas, siap pakej bakar + tanam pokok pisang lagi. Kononnya biarlah nampak, niat nak buat rumah tu ada. huhuhu.



Sapa yang tak nak balik duduk kat kampung wei.... Sapa yang tak nak buat rumah depan rumah mak wei. cer cakap sapa. meh sini aku tarik telinga dia. huhuu. Tapi hakikatnya, aku disini, rumahku disana. haha. cenggitu lah lebih kurang.  

Aku ada jugak cakap kat mak aku, aku nak beli rumah kat KL, nak cari rumah yang lagi selesa dari sekarang. lagi besarlah kononya *padahal sengkek orangnya. berangan*. Lepas tu ko tahu apa yang mak aku cakap? 

Buat apa nak duduk rumah besar2, bukannya nak duduk situ sampai ke tua pun..  *nampak sangat nak suruh aku buat jugak rumah kat kampung* rumah yang long duduk sekarang ni dah bagus dah. Besar tak penting yang penting suasana rumah tu. Jiran yang baik. 100% melayu, Masjid depan rumah. setiap kali azan, mesti dengar. Tu yang kita nak. 

Erkk. Insaf kejap aku. huhuhu... 

Kawan aku ada cakap tadi, dia suruh aku tanya tuan rumah cepat2, sebelum dia jual dekat orang lain. sebab dengar2 rumah yang aku duduk ni dah ada orang mintak beli dengan tuan rumah setahun yang lepas. tu cerita SETAHUN yang lalu. orang tu letak harga 200K. Hurm. nampak sangat tak de cann aku nak dapat murah lagi dari tu kann. 

Entahlah. aku dalam dilema. buat rumah.. beli rumah.. sewa rumah.. 

Dalam hati.. aku nak buat rumah + beli rumah. hahaha. giler. Kalau aku kayaaaaaaaa~~ kalau aku kayaaa.. uwwwooooo!~ 

*Ada tak sesapa yang nak jual rumah murah2, PM me yea. kihkih* 

TQ for reading! k bai~      

   




Wednesday, December 25, 2013

Tadi beli Air Kelapa Muda, Tanjat Mak Jemah!!

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Dasyat sungguh kalau Adijuma ni buat Sale. Sesak2 Central Market (CM). Aku rasa aku dah awal kot sampai sana, rupa2nya ada yang lagi awal dari aku. Dah rupa Warehouse Pureen Sale dah aku nengoknya. Dekat kaki lima bersepah orang duk lambak tudung adijuma. Dalam butik penuh, luar pun penuh.


Tak adil betul lah diaorang nie, satu peluk tudung diambiknya, pastu bawak keluar butik, duk tabur atas kaki lima. pilih.pilih mana yang berkenan dihati. aish! Tapi, tulah cara nak jimat masa kan.. dari duk berpeluh ketiak memilih dalam butik yang penuh dengan manusia tu. Agagaa~ 

Aku tak masuk pun dalam tu, tak kuasa aku nak layan bawal2 nie, ececece. berlagak. Hahaha. Aku teman adik aku jea pun tadi. Sayang adik punya pasai, bawaklah dia kat sini haa..

Lunch kami tadi. Dah lama teringin nak makan putu bamboooo. RM2.80 satu bekas (5 ketul)

Aku sebenarnya nak cerita pasal aku beli air kelapa dekat luar CM tadi.... 

Hurm..Balik kampung hari tu, kelapa muda nenek aku yang jadi mangsa aku, berbiji2 paksa abang pergi kait,. hehe. Kelapa muda tu arwah abah aku yang tanam. sedap sangat. manis tak payah letak gula., tapi dah macam minum air gula. hehe 

Sebelum cuti sekolah, hari2 aku singgah dekat kedai buah area rumah aku., semata2 nak beli air kelapa muda. Balik kerja mesti singgah. Tak de lah singgah hari2, cuma masa beli tu aku pastikan beli air kelapa untuk dua biji. Satu untuk hari ni, satu lagi untuk esok. So lusa tu baru aku singgah balik beli. konon nak minum secara konsisten laa kan. Sebiji RM2.50 jea pun. Dua bijik RM5. tak delah mahal sangat. fresshh lagi! 

So, nak dijadikan cerita kenapa mak jemah tanjat ssangat tadi.. Sebelum balik dari CM tadi, aku ada laaa nampak booth kecik2 yang jual buah, air, baju segala bagai mak nenek kat luar CM tu.. 

Bila dah nampak kelapa muda berlonggok2 dekat salah satu kedai kecik tu.. terus aku teringin nak minum air kelapa. Aku order la dua bijik kelapa muda fresh, bungkus ikat penuh takmo ikat tepi, hikhik. 

Pastu masa nak bayar, aku tanya la akak tu berapa. Ko tahu dia cakap berapa? teka. teka. Hahah. 

Sekali dia cakap RM12 kooo. 12 hengget dua bijik kelapa. gittew. tanjaatttt aku taww. haha. 

Aku bukannya kedekut berkira kea apa, Tapi sebab aku dah biasa dengan dua biji kelapa RM5, so bila dah kena dua bijik kelapa RM12 nii, maw tak tanjat akuu.. hahaha. nasib tak keluar biji mata mak jemah taw! 

Tu laa.. lain kali, tanya dulu, sebiji kelapa ni berapa hengget kann. tak de la terkejut sangat bila nak bayornyaaa. Hahahaha. 

Tue je lah cerita beli air kelapa aku hari ni. Haha. nampak sangat tak de kerja nak post entri gak kann. kikiki


Air kelapa Muda versi CM

*ok, fine. sewa tapak mahal, so kelapa pun kena mahal laaaa mak cik nina oiiiiii

TQ for reading! k bai~     




Tuesday, December 24, 2013

Pakej Internet mana yang Power??

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Sakit hati betul aku dengan line celcom sekarang. Kalau nak dibandingkan naik kuda dengan naik siput sedut, baik aku naik siput sedut lagi laju. huh! hurm, aku pun tak paham apa perumpamaan yang aku nak cakap nih. 

Yea, aku tahu. aku memang laa ambik line internet yang rendah jea, sebulan bayar RM38 untuk 1G line internet, RM50 untuk monthly fee. So total tambah tolak semua bulan2 aku kena bayar lebih kurang RM97. ok fine. Tapi masalahnya sekarang, data internet yang aku guna sekarang ni tak sampai pun lagi 200MB, internet dah tersedut2, nak bukak google pun nazak, apatah lagi nak berCIMB Clicks. adoiii. 

Hari tu aku try call celcom centre, kot2 laa tengah ada masalah line sekarang ni. Dia cakap takde, dia suruh aku bukak handphone, buang bateri, buang simkad then masukkan balik. ok fine. Aku cuba buat apa yang disuruh, tapi hampeh. sama jugak. kahkahkah


Suami aku pulak ambik pakej celcom first prime. dia punya data yang 3G punya, tapi line pun hampeh jugak. APTB    

Bincang punya bincang, kami ingat nak say good bye lah dekat celcom. tak pun ambik pakej yang paling rendah sekali untuk handphone, 500MB kea, 250MB kea. kannn. 

So, kami nak bertukar kepada line internet yang terlaju didunia. senang nak buat kerja, nak keyin PBS pun senang (konon2), alang-alang dua2 orang dah satu rumah sekarang ni, boleh laa suami aku main game DOTAnya dengan nyaman sekali, tak perlu ke CC lagi! 

AHaaa~ Korang ada idea tak? 

Kami tengah berfikir2 lagi ni sekarang. Dah macam cendawan tumbuh pulak aku tengok pakej internet yang ada sekarang ni. tak tahu mana nak pilih. macam2 hadoo. Dengan YES lah, UNIFI lah, P1 lah.. bla..bla..blaa.. 

Korang rasa yang mana lagi better? Murah, laju berdesup!, baikkk punyaa! hah, satu lagi.. UNLIMITED punya data.. haha. gittew! 

Any idea? 

TQ for reading!... K bai~   




Monday, December 23, 2013

BE/CPUV - INTI Cycle 1 Degree, TQ NUFFNANG!!

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Hujung-hujung tahun niii, baik hatiii pulak nuffnang ni yeaa. Bonus hujung tahun kot kann. hehe... 

Ramai jugak aku tengok blogger2 yang lain dapat BE INTI 1 nih. Ada yang dapat dua BE sekaligus,.. waa. jeles iolls taw. Aku dapat satu jea. hukhuk.. Ish, menjeles pulak aku ni kan, tak baik.. rezeki tuuuu... Tahniah yea kawan2, tentu korang terharu dengan nuffnang kan? kan... hikhik 

Aku ingat, BE bulan 8 yang kredit dulu, sebab dah lama sangat dahh duk ON GOING situu jea, tak kredit2 pun lagi. kea nuffnang dah lupa nak kreditkan? Last2, timbul pulak BE yang baru hari sabtu lepas.. hihihi. 

Betul2 aku terharu dengan nuffnang kali ni, kalau sebelum ni susah bebenor nak dapat BE. Masa bulan Oktober langsung tak ada CPUV taw! nangis maks~ 

Hari ni aku tengok amount untuk CPUV INTI dah bergerak jadi 1.30, sebelum ni 0.00,  lagi laju dari BE bulan ogos, yang bulan ogos tu baru jea 1.03, AHaks!!


Alhamdulillah. harap2 amount tu makin bertambah laah yea sebelum status On Going bertukar menjadi Credited!!! 

Oh ya!! terima kasih banyak2 jugak la yea untuk sapa-sapa yang sudi singgah belog the Beauty of Life dan sudi KLIK tabung honeymoon kami.. Time kasih banyak2!!  

TQ for reading! k bai~   




Result minum air gula (MGTT) & Dos pertama suntikan ATT - Diari kehamilan

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Lega sikit rasa hati aku ni bila dah tahu result minum air gula bulan lepas. Lama kott baru dapat tahu. Dah sebulan aku minum air gula, hari ni baru aku tahu result, tu pun sebab next appoinment aku hari ni. Ginilah gamaknya. Sabor jea lah! ~ *sigh*  

Masa aku tengah syok2 bercuti kat kampung hari tu, tiga kali KK call aku, tapi tiga2 aku tak angkat. Bila aku call balik, diaorang tak de respon. tak tahu sapa yang call aku, dan kenapa call aku. Aku time tu mahu tak nerves wei. Risau gakkk kot2 diaorang call sebab nak bagitahu result MGTT aku, kot2 bad result. huhuhu. risau tak boleh cakap lah, risau tahap maksimum. Risau tu risau gak, tapi makan aku tetap layan. tak pantang langsung. huhuhu :( 

Pagi tadi bangun, seram sejuk aku rasa nak pergi KK hari ni, risau dengan keputusan MGTT aku. debor weh debor! bawak kereta pun tak berapa nak betul dahh. pergi pulak sorang2, husby ada kat sarawak. nampak tak berdikarinya aku disitu? hakhak.. Aku dah biasa dahh hidup berdikari cenggini. ceeeehh! 

Berbekalkan 1 liter tea mix herbalife, debor punya pasal nak habis separuh air aku telan, lepas minum, minum, lepas minum, minum.. sampailahh nama aku kena panggil. 

Ko tahu, tanjat gilers aku bila dia cakap buku merah aku tak ada, diaorang ingat aku terbawak balik. Lepastu nurse tu cakap mabe ada orang pegang buku aku, dan maybe keputusan MGTT aku tinggi. maw pitam gua! seyes.


Bila aku dah buat muka toyo, nurse tu pergi check buku log diaorang, then belek2 balik keputusan MGTT 22 November lepas.. cari-cari nama aku.. Alhamdulillah, jumpa pun nama aku dalam buku log tu.. sengih kejap aku bila dia cakap result aku OK. fuh! saje tawww diaorang ni!


Next macam biasa, check urin dengan HB. Alhamdulillah, HB aku ok. dari awal sampai laaa ni duk 11.5 situ jeaa. teringin jugak aku nak tengok sampai 12 kea, 13 kea, 14 keaa. okeh, pasni aku berazam nak makan bayam dengan kerang banyak2.,, *makan laaagii!!!* 

Masa check perut, aku kena ceramah dengan nurse.. dia marah2 manja sebab aku tak baca apa yang ada dalam buku merah kat belakang tuu. pasal kencing manis dan darah tinggi. bebelan dia aku dengar dengan hati yang terbuka. Membebel dia pasal aku dah naik over 10kg, patutnya 10 kilo ni bila dah 8bulan kea, 9 bulan kea. tapi aku ni, tercepat pulak. kikikikiki :) 

Sebab nurse tak puas hati, dia suruh aku buat GM selepas ambik suntikan ATT (Anti Tetanus @ kancing gigi), ambik darah sekali lagi untuk check gula dalam darah. dua kali aku kena ambik darah hari ni. Adoiii!!! dan2 nerves aku datang balikkkk!!! 
*pesanan untuk ibu mengandung yang lain: jaga makan yea, jangan over2. huhuhu

Suntikan ATT ni kena ambik dua kali, So, hari ni first time aku kena suntik. Masa dia masukkan jarum tu, tak de rasa apa pun, tapi bila dia dah tekan picagari tuuu, barulah rasa sakit sikit. sikit jeaa, lebih kurang macam kena gigit 100 ekor semut. Hahaha


Okeh! jari aku kena stapler lagi, untuk ambik darah, check gula dalam darah. Maw tak debar aku.. huhuhu.. Tapi alhamdulillah lahh... 

result gula dalam darah hari ni (23/12/13) : 4.6  

nurse cakap OK. ngeeeee~ wink3.. yabedabedooooo!! 

Next appoinment, dua minggu lagi. kena minum air gula lagi.. eh.eh. memang kena dua kali minum kea??? kea macam mana? hurm. 

Aku ingat pasni aku nak pergi minum air gula dekat Klinik Alam Damai jea lah, serik dah minum kat KK hari tu, separuh hari aku menunggu *pengsan*. 

TQ for reading! k bai~        




Sunday, December 22, 2013

Wedding Ceremony: Fatimah Azzahra' & Muiz

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Akhirnya!! dapat jugak aku makan sambal goreng hari ni. Puas hati aku. Hohoho. 

Aku kenal sambal goreng ni 3 tahun lepas, masa mula2 kerja, duduk serumah dengan pn. pengantin ni. Dia orang jawa, so segala mak nenek masakan jawa dia bagi aku makan. Paling aku suka, sambal goreng dengan babap. eh? betul kea ejaan tu? haha. aku pun tak pasti. babap tu sejenis makanan laa, bahan asas perut lembu. Masak macam mana, itu aku tak tahu. kena PM pn. pengantin untuk maklumat lanjut. 

Memula aku pelik jugak, apaaalaa sambal goreng ni, aku ingat macam sambal belacan yang mak aku buat tu, sambal belacan bubuh dalam kuali yang ada minyak panas, then goreng2. Rupa2nya sambal goreng versi jawa ni ialah tempe + suhun + bahan2 lain aku tak pasti, pastu goreng macam hitam gitu. pastu makan sedap yaa amat! haha. gitulah ceritanya. 

Ex-housemate aku ni baru jea menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hatinya. Hari khamis lepas akad nikah, hari ni hari resepsi diaorang. Aku selaku bekas rakan serumah haruslah berada dihari bersejarah beliau. Terima kasih atas jemputan yea Tim! :)

Ibu Nina today! Warna hari ni agak lemau sedikit. Selemau hati yang merindukan suami. haikk. pffftttt....~!! 
*30 weeks, my baby inside* 
OOTD Ibu Nina:
 Azalea Cotton Maxi dress by Cattleya 
Sleeveless Cardigan by Diesel 
Shawl & Bling2 Handbag from Makkah, Paw yang mama punya. hakhak

Cantik sangatttt kawan aku hari. Aku suka tengok veil dia! sooo stunning!! i loike 1jutakali.  Veil ala2 shawl halfmoon gitu, kalo hari ni pakai jadi veil, depan2 hari boleh pakai jadi shawl pulak. Sangat tidak membazir kan!!



Okeh, meh aku tunjuk kat korang apa itu sambal goreng. bukak mata luas2 eh! ada setompok kat atas pinggan tu, aku dah highlight pakai marker pen warna kuning. hehe. Pinggan full, sampai tak nampak nasi. Lepas makan nasi, makan apam balik pulak. Kat tempat kenduri kawin pun ada apam balik hengkau, panas2 lagi, siap kena beratur panjang tunggu giliran, berpeluh abang apam balik nak berapam.. hakhak. first time aku jumpa. hikhik


Sebelum balik, aktiviti wajib, bergambar kenangan bersama pengantin. Teruja aku tengok kek pengantin. nampak ssangat cikgu BMnya disitu. Bangga kejap aku... IHIKS!

Lepas makan kek ni, konfirm satu kamus ada dalam kepala. hehe



Buat Fatimah Azzahra' dan Muiz: Selamat pengantin baru, tiada ucapan yang terbaik untuk sahabatku melainkan dengan ucapan Semoga ALLAH memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu, dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan dan kepada kebaikan. Aminnnnnn!!!~   

TQ for reading! k bai~      




30 Weeks - Diari kehamilan

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Bila dah masuk 3 series ni, rasa lain macam pulak. Nak kata nerves tuu, ada la sikit2, excited? ada jugakk, seram?? pun hadooo. Semua tu campur gaul menjadi satu, lebih kurang nak buat cekodok gamaknya.. Gaul2 then goreng, pun sodap. huuu. motif cekodok? 

Kalau nak dihitung hari, tak sampai pun 80 hari, kalau nak dihitung minggu, lebih kurang 10 minggu lagi, kalau nak dihitung bulan, dalam 2 bulan jea lagiii, so!!! untuk meng'cool'kan diri, better aku hitung hari... baru rasa macam panjanggggg lagiii. 

Persediaan? hurm. dari segi mental, aku rasa aku masih belum bersedia lagi, bila baca kisah2 kawan2 lain dalam labour room, fikiran tu tiba2 melayang tak tahu pergi mana. dari segi fizikal pulak, aku rasa aku perlu bersedia dari sekarang.. contoh yang aku nampak persediaan fizikal, macam selalu buat aktiviti2, jangan duduk diam jeaa supaya mudah beranak, lepastu badan jangan besar sangat, kalau badan naik banyak, susah nak teran. hurm. betul kea weh cenggitu?? bab badan naik tu aku kena start jagalah kot mulai sekarang, risau teman haih! Lagi2lahhh bila mak aku cerita sesuatu yang menakutkan pasal badan naik & bersalin ni. waaaaaa *nangis* 

Persediaan barang keperluan pulak, masih lagi dalam progress, baru 20% kot. Yea laaa, lambat lagi kannn. Baru masuk 30 minggu kot! Tapi, masa balik kampung hari tu, makcik2 duk sebuk tanya dah siap kea beg hospital. dah basuh kea baju2 baby? beg hospital tu boleh dah kalo nak letak dalam kereta sekarang, katanya!. dalam kepala aku, ERK???  haha. aku tak ready apa2 pun lagi. beg hospital pun tak ada lagi dalam rumah ni, yang ada beg galas, handbag dan beg troli jea. Agak2 sesuai tak kalo aku pakai beg troli jea? KAHKAHKAH. 

Sekarang ni, my baby inside dah makin membesar dahh. cepat sungguh tumbesarannya kan. Kalau dulu, seronok jea bila baby goyang2 belakang, tendang2 kaki, rasa macam kena geletek jea. Tapi sekarangggggg... fuh! agak terasa sedikit kesakitannya. Si anak ni sangat2lahh aktiffff. goyang sana, goyang sini, lepastu aku rasa macam dia garu2 kat ari2, lepastu rasa pulak macam dia sendawa sebab lama sangat 'tup' 'tup'.. hihi, sweet moment as a mom to be. kan?? 

Setakat hari ni, aku masih lagi lena di ulit mimpi, letak jea kepala atas bantal, terus lena. cuma kekerapan pergi ketandas malam2 buta tu agak menaik graf kekerapannya. Tidur pulak aku dah tak boleh mengiring ke kanan, sebabnya my baby tak suka. Dengan segala kuasa yang dia ada, berombak2 perut aku di karatenya. So, aku lebih suka tidur melentang, dan mengiring ke kiri kadang2. hehe 

Bab makan pulak, aku tak ada masalah, kalau orang lain nurse suruh naikkan berat badan, aku pulak nurse suruh turunkan berat badan. kahkah. kesian aku kan.. Bab Alahan., sampai sekarang aku tak rasa ada alahan kot. kea aku yang tak tahu alahan tu cam mana? mihmihmih. Bab mengidam? haaa. yang ni memang hari2 aku mengidam. Segala benda aku mengidam. haha 

Alhamdulillah, dah 30 minggu journey aku dalam dunia kehamilan.. Aku hargai setiap saat aku bersama baby dalam perut ni... Kalau aku plan nak ada 2,3,4,5,6 anak, so, sepanjang hidup aku ni, aku hanya akan merasa 6 kali saat2 manis macam ni. kan? 

THAT'S WHY i'm really enjoy my pregnancy.... my journey.. MOM TO BE :)

Hey baby! your ibu and your daddy really miss you. :)

Speechless...
  
TQ for reading! K bai~