KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Thursday, August 21, 2014

Nak 3, dapat 1 jea. Ok lah dari tak de.

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Puas dipujuk dirayu. Bagi hint muka kelaparan. bagi hint bagitau beger sedap.beger sedap. Result dia still fail. Harap maaf, sila cuba lagi. haha. 

Setelah berminggu minggu berlalu. akhirnya!!!! tercapai jugak hasrat perut aku nak makan beger ni haaaaa,... dengan syarat, malam ni iolls kena workout! Hujung minggu ni 2x jogging, 3x pusing. okeh. *pengsan* 

Asalnya aku request benjo 1, beger double ayam 1, beger double daging satu. Tapi, ni jea yang dapat. kira bersyukurlah kita. mihmihmih. Mengidam tu macam kalahhh orang pegnent tahu! hahaha 



Okeh! kite makan dulu lah yea. hikhik.. 

**Bila nak kurus ni??? Lepas beranak, turun 14kilo haje! naiknya 22kilo. hadoiyaiiiii. pffftttt. benci diri sendiri. haha** 

TQ for reading!! K bai~ 



Pengurusan EBM: EBM Travel (Kelantan-Kuala Lumpur : 12jam)

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

90 hari cuti bersalin aku, aku habiskan dekat Kelantan. Kawe oghe kelate boh!! Ore jate smart2 tino-tino comei lote!! kahkahkah

Aku rasa, ini rekod paling lama aku duduk dirumah selepas cuti menganggur nak tunggu kerja beberapa tahun yang lalu. hehe. berpantang kat kelantan, so masa mengepam simpan stok sebelum masuk kerja pun mestilah 100% di kelantan. 

So, stok EBM (Expressed Breast Milk) masa dalam pantang haruslah ditravelkan sekali ke tempat asal, tempat dimana kawe mencari rezeki sesuap dua nasi (Kuala Lumpur) 

Memula, aku fikir, untuk memastikan kualiti ebm aku terjamin (tidak cair dan rosak), so aku plan nak cari colebox brand coleman sebab orang cakap bendalah brand ni power. Boleh kasi sejuk dan beku tahan lama. 

Sekali... pergh, aku bajet singgit dua jea bendalah tu. haha. Mahai rupanya. ok! reject. aku ni berkira kott. kihkihkih



Aku ada terbaca jugak yang diaorang just guna box putih polistrin tu jea untuk ebm travel. Tapi aku tak yakin + was3. Last2, bila kawan sendiri yang SHARE kat aku yang dia pernah guna box polistrin tu utk ebm travel, dan alhamdulillah semua ebm dia selamat. 

So aku terus dicide beli polistrin box tu jea lahhhhh. murah uolss. 11 hengget jea. Tak sampai 100 hengget pun. kihkihkih



Alhamdulillah. aku mempunyai ramai kawan yang prihatin yang banyak bagi pendapat/pengalaman diaorang pasal nak handle ebm ni. 

So, kat bawah ni aku akan share dengan korang macam mana aku packing stok ebm erk.erk.erk. :P 


CARA 'PACKING' FROZEN EBM 
(EBM+Kotak polistrin+Garam kasar+Ais+Ice Pack+Salotep+Plastik) 


1) Dalam polistrin box tu, bahagian bawah sekali aku letak plastik. motif aku tak pasti. adik aku yang suruh. heeee 

2) Lapisan pertama - masukkan ais (aku guna ais yang lobang2 tu, apa kenama entah- pastikan ais tu betul2 beku.) 

3) Lapisan kedua - masukkan stok susu (susun padat2, rapat2) 

4) Lapisan ketiga - Tabur garam kasar 

5) Lapisan keempat - Letak Ice Pack (Better beli ice pack yang jenis GEL. contoh yang power: Autumnz) - aku letak satu jea kot setiap lapisan. sebab time tu hanya ada 4 ketul ice pack jea 

6) Ulang semula step lapisan pertama tadi. Sampai habis korang punya stok susu tu 

7) Pastikan lapisan atas sekali adalah lapisan ais. Kalau ada lebih ice pack pun boleh la letak. macam aku hari tu tak lebih. atas tu semua ais. bubuh padat2. 

8) Tutup box dan silkan dengan salotep yang sesuai 

Masa dalam perjalanan balik hari tu, hati memang tak tenang. asyik duk pikirrr jea pasal susu kat belakang. Dan2 pulak otw tu singgah rumah pakcik. borak2. makan2. Lepastu keluar dari Bentong, dan2 pulakkk jem. lagilah parah aku punya perasaan... risau sangat takut ebm rosak. 

Sampai rumah. apalagi. benda pertama yang nak ditengok. keadaan susu dalam polistrin box tu. 

Alhamdulillah. stok EBM aku time tu 100% berada dalam keadaan yang selamat. masih lagi BEKU weh. wow! kotak polistrin hebat! hikhikhik.



Semua tu dah selamat masuk dalam perut baby daffa dahhh. kikiki 

Ok uolsss. Selamat berTRAVEL bersama EBM. Semoga semuanya selamat. GOOD LUCK! 

TQ for reading!! K bai~       



Wednesday, August 20, 2014

Pengurusan EBM: Cara kawe simpan stok EBM

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Ekceli. aku ni tak de pengalaman sangat bab2 ebm ni. first time ada anak uolss. sebelum ni pun aku banyak mengugel kumpul ilmu dari rakan blogger yang lain. Ada juga aku pergi kursus cara nak handle susu ibu ni. 

Masa dalam pantang. aku rasa leceh sangat nak buat stok EBM. Masa awal2 mengepam hari tu (hari ke-20 berpantang) sekali pam dapat 2oz jea. Punya laa down. jenuh pujuk diri sendiri. hahaha. yela. masa tu baby baru besar mana perutnya. tak kan laa sekali ko pam terus nak dapat 10oz. yea idok. 

Orang kata jumlah susu yang kita dapat masa mengepam adalah bersesuaian dengan saiz perut anak kita. aku pun tak tahu betul ke tak. 

So, i keep on pumping.pumping and pumping. Alhamdulillah. makin lama makin bertambah ebm tu. 

Walaupun tak semeriah mana. bagi aku, cukuplah susu itu cukup dan mengenyangkan anak aku. :) 


SIMPAN STOK EBM MASA DALAM PANTANG 


1) Aku berpantang dirumah mak kat Kelantan. Awal2 mengepam. sekali pam aku just dapat around 2-4oz sahaja. Kadang2 jea dapat 10oz. tak selalu. So, aku memang kerap mengepam time tu. Kalau boleh setiap masa aku nak pam. haha. tamak. bukan tamak. Tapi gigih nak mengumpul stok EBM banyak2. haha 

2) Aku buat jadual mengepam siap2. kononnya bermula dari jam 6 pagi. selang 2jam aku akan pam buat stok.. CONTOH: 

6 pagi - 2oz 
8 pagi - 2oz 
10 pagi - 20z 
12 tengah hari - 20z 
2 petang - 2oz 
4 petang - 2oz 
6 petang - 2oz 
8 malam - 2oz 
10 malam - 2oz 
12 pagi - 2oz 
2 pagi - 2oz 
4 pagi - 2oz 

So total dalam masa 24 jam tu aku akan dapat lebih kurang 24oz. WOW! hahaha. walaupun setiap kali pam aku dapat 2oz jer, tapi bila dah kerap pam. total dia akan jadi WOW kan??? hehe.

Kalau korang pam, susu dapat sikit jea. Jangan down erk. keep on pumping. pumping and pumping

Tapi ko rasa aku ikut kea jadual mengepam tu?? Mestilah tak kannnn. skema sangat kotttt kalau aku follow. kihkihkih. 

3) So, untuk pastikan STOK EBM aku ada time aku berpantang. Apa yang aku buat adalah: 

1) Kerap mengepam - yea. tak kira masa. aku rasa nak pam. aku pam (Masa yang paling best, diantara waktu sebelum dan selepas subuh. Susu meriah time tu InsyaAllah) 

2) Power Pumping - Aku ada praktikkan kaedah ini. (aku guna double pam - pam 10 minit, berhenti 10 minit kemudian pam lagi 10minit dan seterusnya) 

3) Tandem nursing - Aku selalu buat kaedah ini. dan aku suka sangat buat tandem nursing ni. Baby menyusu sebelah, sebelah lagi aku pam. hehe. 

4)

Labelling. sebelum dicampur dan bekukan

Susu yang berada di dalam suhu yang sama BOLEH dicampur dalam masa 24jam

So, lepas pam, aku masukkan susu dalam chiller, sebelum 24jam aku akan campurkan semua susu hasil mengepam tadi. 

Kalau dalam botol - aku akan isikan 4/5oz. 
Storage bag (5oz - ameda) aku akan isikan ngam2 5oz. 
Storage bag autumnz & eve love (12oz) aku akan isikan 10-12oz mengikut hasil yang aku dapat. 
*Ikut keperluan baby anda

Pastikan tarikh dan masa dilabel. Then, terus aku masukkan dalam deep freezer.


hasil dalam pantang


SIMPAN STOK EBM SEMASA KERJA 


1) Bila dah start masuk kerja. Sehari kadang2 hanya 1 sesi mengepam sahaja. Jarang2 2 sesi. awesome 3@4 sesi (dirumah). tandem nursing + power pumping keLAUT sudah. huhuhu. 

Inilah kelengkapan pumping mama ke tempat kerja. "Handbag" baru uolsss. Brand ni mahal sangat. Kalah LV. kahkahkah.

2in1 bag : Breastpump + Cooler bag 
(boleh usha Fabulous MOM untuk handbag kalah LV nih)

Cooler bag : 2 pack ice pack + bottle + corong mengepam. hehe 
*Corong mengepam tu korang tak perlu basuh setiap kali nak guna (dalam masa 24jam), lepas guna masuk dalam peti ais @ cooler bag yang ada ice pack. bila nak pam lagi, just guna balik jea. tapi dalam masa 24jam taw 
(susu ibu mengandungi agen antibakteria. so bakteria takkan cepat merebak lebih2 lagi kalo disimpan ditempat sejuk-petiais @ coolerbag)*

2) Selepas setiap sesi mengepam, hasil tadi terus ditransferkan kedalam storage bag (jimat botol). Kalau banyak botol yang tak digunakan, aku terus simpan hasil tadi dalam cooler bag

Rezeki pumping ditempat kerja - masa bulan puasa yang lepas

Transfer terus ke dalam storage bag : TULIS TARIKH

3) Balik rumah - Aku masukkan terus kedalam deep freezer untuk proses pembekuan. (aku bagi semua susu yang frozen untuk anak aku minum masa dirumah pengasuh. sebab tu aku terus bekukan ebm. huuuu) 

*frozen ebm yang dicairkan boleh dicampur walaupun stok itu pada hari yang berbeza. contoh: stok beku bertarikh 1 julai (7oz) dan stok bertarikh 1 ogos (5oz) boleh dicampur dan menjadikan ia sebanyak 4botol x 4oz *

Untuk effect KURUS, baringkan storage bag anda :)

4) Hujung minggu - Aku kemaskini stok. Packing dalam plastik wrap atau clear plastik. Sekali lagi TULIS TARIKH siap2

Motif packing: Nak tahu berapa stok yang ada dan senang nak handle untuk setiap minggu bagi proses penghantaran ke rumah pengasuh. heeeee

Ok. itu sajalah kot yang dapat aku share. Cara kawe simpan stok EBM. hehe. Mungkin berbelit2 sikit cara aku nih. Tapi aku follow the flow. yang penting aku hepi. AHAKS!!!

My Baby now. 100% susu ibu. Alhamdulillah rezeki ko nak... 
TQ GOD for this opportunity





YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 
- Bacalah setiap hari (aku baca time aku nak direct feeding & Pumping)


GOOD LUCK MOMS!!!!


#StopCensoringMotherhood 
#StopCensoringBreastMilk 
#BreastfeedWithoutFear

TQ for reading! K bai!!~                



Tuesday, August 19, 2014

Pengurusan EBM: Pengendalian EBM ke rumah PENGASUH

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Awal2 pembabitan anak aku ke rumah pengasuh dulu, memang susah sangat nak handle dia punya mood. Totally reject botol. Langsung tak mau minum. melalak2 habis satu taman dengar suara dia. 

Aku ingat lagi masa first time hantar dia di rumah kak nor (babysitter), akak tu call aku cakap daffa menangis, tak mau minum susu. Aku pulak blur. tak tahu nak jawap apa. yang aku reti jawap, hah? yeke kakk... macam mana ekkk.. last2 akak tu cakap, nanti akak try guna sudu bagi dia minum. Aku pun iakan jealah. asal anak aku minum, kenyang sudah. 

Hari pertama aku bagi fresh EBM, 3 botol. total dalam 12oz kalau tak silap. ko bayangkan? satu botol jea daffa minum. tu pun aku tak pasti adakah satu botol tu semua masuk dalam perut dia, atau banyak yang meleleh2 keluar. ye la, budak reject botol paham2 jealah. Punyalah sadis hati aku. Nasib baik aku hantar fresh ebm, boleh la masuk freezer. Kalau tak. buang saja la jawapnya. 

Kesian daffa time tu. mesti kelaparan jea dia. Tapi nak buat macam mana. aku tawakkal jealah. Dia memang menunggu aku balik. benda pertama yang aku buat bila balik dari kerja, direct BF anak aku. punyalah rakus, memang lapar la tu. 

Next day, aku letak jea 2 botol fresh EBM. seperti biasa, 1 botol jea dia minum. 1 botol lagi aku bekukan. Last2, aku bagi jea 1 botol fresh ebm x 4/50z. Aku bagi semua yang fresh sebab anak aku time tu masih lagi reject botol. Kalau bagi yang frozen kang.. bazir pulaks! 

Dah kalau bagi jea yang fresh/chiller. bila nak bagi yang frozen heh? 

Aku dapat idea dari kawan satu tempat kerja, dia hantar ebm ke pengasuh untuk anak dia semua yang frozen. So, aku rasa idea dia bernas. Aku pun cedok lahh dia punya idea tu. hantar semua yang frozen. 

Alhamdulillah. sekarang anak aku dah nak masuk 6 bulan. Dia dah tak reject botol masa umur 5 bulan. sekarang ni nampak botol jea berebut nak. Dah tak maw orang pegang2 botol tu, dia yang nak pegang sendiri time minum. hikhik. Good Boy daffa.! 

Sekarang ni pun aku dah paham sangat dah anak aku punya timer. time minum dan tidur. 

Kebiasaannya pukul 5/6 pagi dia akan bangun dari tidur. 
Jam 8 pagi tidur. 
9 pagi bangun. 
11 pagi tidur. 
11.30 aku kejutkan dia untuk last direct bf sebelum pergi kerja. 
12pm hantar rumah pengasuh. 
12 lebih dia akan sambung tidur balik. 
Jam 2 baru bangun. bottle feeding. Pastu tidur balik. 
Jam 5 bottle feeding. 
5.30 suami dah ambik baby. bottle feeding on demand. kalau daffa nak, suami akan cairkan sendiri. kalau tak, tunggu jea aku sampai rumah jam 7.15malam. 

Biasa dalam 6 lebih daffa akan tidur. bunyi jea kereta masuk parking. otomatik dia akan sedar. nunggu ibu lettew. nak susu yea nakkk... bijak anak ibu nih! hihi 

So, setakat hari ni sehari aku akan tinggalkan paling banyak 10oz , paling sikit 80z frozen ebm untuk daffa di rumah pengasuh. Alhamdulillah. walaupun ramai yang cakap anak aku minum sikit jea, tapi tumbesaran baby daffa baik, bam3 lagi uolls. hehe. Tak pe. ON DEMAND ok. :)

Daffa Ezra. 22hb ogos, genap 6 bulan. bam3 kan saye!!!!


Back to the main topic. hehe 


Cara aku handle EBM (Express Breast Milk) ke rumah pengasuh simple jea. 

Pagi2 lepas subuh aku akan keluarkan frozen EBM untuk dicairkan.



Masukkan frozen EBM dalam bekas, bubuh air siap2 (memudahkan proses pencairan), lepas tu masuk balik dalam peti ais (chiller). Supaya suhu susu tu tak berubah. Means aku cairkan susu dalam peti. bukan luar peti (suhu bilik). :)



Next, masukkan ebm yang cair tadi dalam botol. Lepastu simpan dalam peti balik. Aku tak de tanda2 yang mana patut minum dulu, yang mana minum kemudian. sebab dua2 botol tu frozen EBM. Lepas dicairkan, kena guna dalam masa 24jam. TAK BOLEH dibekukan semula.


  

Jam 12 tengah hari sebelum kerumah pengasuh baru aku keluarkan ebm, masukkan dalam cooler bag + 2 ketul ice pack




Aku ada bagi pengasuh daffa tu warmer. supaya senang dia nak panaskan EBM. Aku bagitau dia siap2, lepas panaskan susu, susu tu kena habiskan dalam masa 1-2jam. oh ya! bottle feeding pulak dah sedia ada di rumah pengasuh. nanti sebelum panaskan susu, pengasuh akan transfer dulu susu dalam storage bottle ni kedalam bottle feeding. :) hehehe. 

Alhamdulillah. Kak Nor sangat memberikan kerjasama yang AWESOME! :) 

Ok uollss.. Selamat mengendalikan EBM yeah! 

TQ for reading! K bai!!     



Monday, August 18, 2014

Fabulous Mom : 10th Anniversary special products

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Tahu tak sekarang ni fabulous mom ada special sale sempena ulangtahun mereka yang ke-10? 10 barang dengan harga RM10 setiap satu! Wow tak???



Semalam aku sempat singgah di fabulous mom cheras. Punya la gigih singgah sebab nak beli dia punya tote cooler bag tu. sebab nampak hot mama sangat! Ngam3 tinggal 1 piece jea! rezeki kot!



Nyesal pulak beli 1 jea nursing bra tu. Harga retail RM39.90 kotttt. warghhhhh.. tak pe.tak pe. sale ni sampai 1 september uollss. So sempat laa lagi kalau korang pun nak sambar se dua nursing bra tu. IHIKS!



Produk details ada dalam web ni. korang KLIK SINI yea. 

TQ for reading! K bai~  



Sunday, August 17, 2014

Buah Hutan: Buah Pugi (dusun) / Buah Ngeke (kelate)

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

4 tahun berlalu, hari ni dapat jumpa pulakkk buah hutan ni.... Suami aku panggil buah ni buah Pugi, kalau ore kelate pulok panggil buah ngeke. Dalam bahasa rasminya aku tak pasti pulak apa kenama buah ni...



First time aku makan buah ni masa OTW balik UPSI dari Kelantan (2010). Kami sesaja lalu jalan Cameron kenkonon nak feel dia punya adventure tu. jalan cameron kan bersimpang siur berliku2. hehe. 

Suami aku (masa tu kengkawan jea *mata keatas*) tersinggahla kat gerai orang asli jual buah ni. kemain bersungguh2 dia nak berhenti beli buah ni nak bagi aku cuba. sedap katanya!..

*Pic 2010* 
- Mengimbau kenangan lalu. ewah3. Time tu rela pakai PINK uollss. nak bagi sama dengan tudung aweks la katakan. eh! tudung kawan hokkey!!.
Nampak tak dekat tangan sawo aku tu. haaa. tu la buah pugi yang first time aku tengok. hahaha. masa ni depan gerai jualan orang asli. Kawasan tanah rata Cameron 

Buah ni senang jea nak bukak. Tak sesusah buah durian yang nak kena berjaga2 dengan durinya. Tak sesusah buah cempedak yang ada getahnya. Sekali tekan, kulit dia terus terbelah.. Ngap terus. 

Isi dia putih melepak macam kulit leuniey, hehe. jangan marah ah leuniey.., manis2 masam. euwwww. kecur air liur kejap, sambil taip sambil teringat makan buah ni, haha. 

Biji dia pulak kalau korang berani boleh la telan terus. macam suami aku. makan buah ni, semua biji dia telan. kalao aku, tak mampu lagi nak telan. hihihi



*pic 2010* - Muka jakun 2saat sebab first time try buah ni. hahaha

So, kalau korang nak cuba buah ni. boleh la try usha2 kat area HULU LANGAT. sebab tadi sawo aku beli kat sana. Kalau kat Kelantan pulak kawan aku cakap ada jual di JELI. hehe.. kalau korang tak mo cuba pun tak pe. kang kalo tak sedap kang marah kat hakak pulak. auwwww! larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk~~~ 

TQ for reading! K bai!        



Friday, August 15, 2014

NEW PACKAGING KAYLENA BEAUTE

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Hari ni aku nak show off kat korang new packaging kaylena beaute!!! aummmmmm.... HAVOC sangat packaging baru ni taw!!!!!! iollsss as a user ni sangat2 rasa bangga dan kembang lubang hidung 50inci bila tengok new packaging yang sangat cantik ni. macam cantik jer. macam comel jea. haha



Apa yang menarik untuk new packaging kaylena beaute ni? 

NIGHT CREAM baru uolssss!!! wahaaaa.. best! 

Testimoni by Leuniey Natasha (pengasas kaylena beaute):



"Uolls tak perlu risau yer, night cream ni 100% based on fruity extract dan paling penting iaitu ROSE Hip Oil menjadi bahan utama dalam produk kaylena beaute nie. Perbezaan ini kita nak cakap YANG LAMA MEMANG DAH BEST, tapi yang BARU LAGI BEST KEBABOMMMM cik kak cik kak semua tauu. cik abang kalau nak pakai pun boleh tak de masalah uolsss. So nak terangkan kat sini, so next yang mana baru nak start pakai kaylena beaute new packaging, pastu cakap kenapa tak de effect ke apa jangan risau, kadang2 skincare nak suite dengan kulit masing2. ambil masa tau!!! Tengok2 2weeks-1months tadaaaaaaaaa. waa gitu cik nonn. hehee." 

Haaa. amacam? meletup tak testomoni leuniey natasha? hehehe.. 

So? apa tunggu lagi. tak nak keeeee kaylena beaute new packaging??? AHAKS!



0193190117 

TQ for reading!!! K bai! 



Tuesday, August 12, 2014

Baby Wearing Review : i-angle Hip Seat Carrier

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Awal2 dulu aku bajet, babywearing ni tak de kepentingan sangat. Pakai stroller jea, Senang nak handle, baby nak tido pun senang, boleh la tido dengan lena. Tapi rupa2nya babywearing ni ada kepentingannya jugak. 

Contoh, melalui pengalaman aku sendiri. Kalau nak melilau di tempat2 yang padat (like jalan TAR, pasar malam, SOGO) kekdah nak guna stroller tu sangatlah tak praktikal bagi aku. yela. sekali tolak kena bontot orang, sekali tolak jem satu jalan. haha. Nak beratur tunggu lift satu hal. sekali lift bukak, penuh dengan orang. next lift. pun sama penuh. so, menunggu lah jawabnya. nak naik escalator, kang tak selamat pulak. risau takut apa2 yang berlaku. yela, dekat escalator tu dah warning siap2, bendalah macam stroller ni tak dibenarkan. Last2 dukung jealah anak tu senang. 15 minit daya lagi nak dukungnya. kalau dah 5jam shopping. Dari Sogo ke Jalan TAR pastu masjid jamek. 5jam dukung anak ko mampu? haha. Patah pinggang gua. dah la berat baby daffa 7kilo plus2. bayangkannnn~~~ 

Last2 kami dicide nak beli babywearing yang baru. memandangkan first babywearing yang kami beli tak berapa nak family friendly. pakai setengah jam pun dah sakit pinggang + bahu. Pastu baby pulak tak berapa nak selesa duduk dalam tu. kesian baby daffa. hihihi.

Amacam??? RARE tak babywearing cenggini?? AHAKS!!

Nak pilih babywearing pulak satu hal. pening kepala nak mengugel review2 dari insan2 yang prihatin yang sudi buat review tentang babywearing. hehe. Last2 aku dicide sendiri nak beli baby wearing brand ___ tu. memandangkan melalui review dari blogger2 yang lain. brand tu quit OK. Aku bukan nak beli brand sangat taw. cukup setakat OK. Ok dengan baby. OK dengan kami. means baby and family friendly. 

Dua bulan lepas. kami ada merayap dekat Great Eastern Mall Ampang. kenkonon nak bagi reward kat baby daffa, bawaklah baby swim dekat hippopo baby spa tu. Tetiba pulak ada amoi tarik laki aku suruh try diaorang punya produk. kebetulan pulak bendalah tu babywearing... 

First try, teruuussss suami aku jatuh cinta dengan babywearing tuuu..



First impression! Wow! ringannya. tak rasa pun baby berat. Katanya. Aku hanggukkan saje. memandangkan aku dah ada pilihan tersendiri. hahaha. layankan hajelahhh~ Baby daffa pulak nampak macam seronok jea duduk dalam tu. haih. sama taste nampak dengan daddynya... 

Bincang punya bincang. kami pun dicide lah nak beli hipseater nih. Memandangkan tu pilihan suami aku. Dia dah betul2 suka yang tu. hari2 duk ulang benda sama jea. best la iangle. best la iangle. berkulat dah telinga aku dengar. So, aku setuju jealah apa yang dia suka. Lagipun, bendalah ni dia yang akan pakai. hahaha. Sejujurnya, dah sebulan lebih beli i-angle ni, sekali pun aku tak pernah try dan guna. 100% suami aku yang pakai. AHAKS! 

Next try. Fabulous Mom Shah Alam.



We got it. i-angle Hip Seat Carrier.

Kami pilih yang Irene Floral sebab corak dia cantik. dan depan tu ada zip. Boleh bukak untuk effect angin masuk. hehe

Kenapa kami pilih i-angle Irene Hipseat Floral Carrier: 

1) Kedudukan baby dalam keadaan yang baik. bersesuaian dengan kajian yang dibuat. ececece. bukan aku yang kaji. diaorang la kaji kot. Aku gugel jea. haha



2) Boleh guna Hipseat sahaja (not full wearing). Baby daffa ni awal2 dulu jenis nak duduk atas dukung jea. So, hipseat ni sangat membantu. baby pun ok duduk atas ni. seat dia lembut. tak keras. so bontot baby takkan sakit. pendukung pun laaagi ok. boleh jaga tulang belakang sekali. hehe.



Sampai sekarang kami still lagi guna hipseat ni. So, ini dinamakan KEPERLUAN bagi kami. haha



3) Boleh face in, face out. Ada pernah aku baca yang baby ni tak elok sangat nak face out. better face in. Tapi baby daffa ni jenis yang suka duduk dalam keadaan face out. So, kami redho jealah. tawakkal jea, harap2 baby kami OK. uhuksss!! 

Face out time dia sedang aktif dan nak tengok kiri kanan



  
Face in time dia nak tido. memang lena baby daffa tido



4) Boleh juga guna untuk back wearing - setakat ni kami tak pernah cuba lagi. memandangkan baby baru 5bulan. hehe 

Itu jealah kot. Untuk review yang superduper awesome lagi best. Korang Boleh tengok blog Tee's Little Corner. Siap buat 3 entri lagi untuk review bendalah ni. PART 1, PART 2, PART 3.  

So far, kami berpuas hati dengan babywearing ni. Hakak bagi 10 ********. hahahaha 

TQ for reading! K bai!!