KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Wednesday, December 24, 2014

#SayaJual: Flora Mask by Dian Pixy

Assalamualaikum... 

Flora Mask Made in Malaysia ini adalah dibawah syarikat DianPixy Ent. 
Masker Peel-Off yang PERTAMA di Malaysia berwarna purple dengan harumah lavender.












Fungsi utama masker ini adalah untuk: 

Menghapuskan Whiteheads/Blackheads 
Melindungi kulit dari pencemaran 
Melembut tanpa menipiskan kulit 
Mengawal kulit muka berminyak 
Menyahtoksik wajah yang menjadi punca jerawat 
SANGAT DIGALAKKAN untuk kulit muka yang sensitif dan berjerawat 

Harga Promosi sekarang: RM39.9 
FREE POSTAGE 
TEMPAH SEKARANG!!!! :) 
0193190117 
Instagram: DENinaAz 

TQ for reading! K bai~ 



Friday, December 19, 2014

Year End Sale: 25% 5in1 Set Kaylena Beaute by Leuniey Natasha

Assalamualaikum... 

YES! YES! YES!!! 

Buat pertama kalinya! Kaylena Beaute Year End Sale bagi tahun 2014!!! yeay!! 

ANDA SUKA??? KAMI LAAAAAGGGGIIIII SUKAAA!! hehe.



5IN1 SET: 2IN1 GEL CLEANSER + TONER + TREATMENT MOISTURIZER + DAY CREAM + NIGHT CREAM

So,! Apa tunggu lagii. tempahlah sekarang!!! 


Harga Asal: RM183 
Harga YES: RM138 
Postage RM6 
NO COD :) 
Whatsaap/Telegram: 0193190117 
Instagram: DENinaAz 

TQ darlings!  



Sunday, December 7, 2014

Farm In The City (Petting Zoo) | Sri Kembangan

Assalamualaikum... 


Kesian adik-adik aku semalam. Gigih semua datang berkumpul rumah aku semata-mata nak ke sunway lagoon. Last2 hajat tak kesampaian, pagi-pagi lagi dah hujan. lebat. hujan rahmat di pagi sabtu. hehe. Plan A failed. So kami proceed to plan B. Bersunway bersama haiwan-haiwan kecintaan. hikhikhok. 

Nak ke Zoo Negara jauh sangat dari rumah, nak kena tempuh jem bagai lagi, so memang idok le teman nak kesana. Alang-alang ada petting zoo dekat rumah (Sri Kembangan) so kami dicide ke sana sajalah. Lagipun konsep petting zoo di sri kembangan tu berbeza dengan zoo biasa. Dah namanya pun petting zoo kann. So weolls boleh lah bermesra-mesra alam dengan haiwan-haiwan kecintaan yang ada dalam tu, siap boleh tunggang poney lagi... tapi sayang, keberatan dan ketinggian aku untuk menunggang poney tidak mendapat kelulusan. waaaaa... sedih hangat!!!! 

Harga tiket untuk masuk petting zoo ni RM30 untuk dewasa, kanak-kanak rm25 kot. bayi pulak F.O.C. hehe... Kalau nak tiket murah sikit, uolls boleh beli melalui groupon. RM28. tolak 2 hengget dari harga asal. hikhik. Parking kereta pun F.O.C :)





First2 masuk, terus bagi makan kura-kura besar gabak ni. syokk jea dia tersadai atas jalan. Patutlah besar, orang tak putus-putus bagi makan. haha. Kitaorang pulak yang over excited tengok kura-kura. Anak aku macam tak de perasaan pulak. haha. kesian mak dia. hahaha





Leher jinjang. (>_<)

Lepas bagi makan kura-kura, bagi makan itik pulak. haha. Itik ni lebih kurang itik kat kampung aku jea ni haaa. itik ni memang mengada. duck.duck.duck. bising jea mulut dia. sumbat makanan diam terus.




Dalam tempat itik ni ada burung jugak. Burung yang sangat peramah dan overkiut. hehe. 

Masuk kandang harimau mengaummmm, masuk kandang rusa berbauuuu. haha. Tapi kat petting zoo ni tak de harimau taw. nak tengok harimau sila ke zoo negara.




Kat petting zoo ni pun korang boleh tangkap ikan. tangkap ikan versi longkang. kikiki.. excited sungguh aku tengok budak-budak tangkap ikan guna pengaut tu. apa kenama entah yang jaring-jaring tu. Aku pun tak pasti ikan yang kena tangkap tu boleh bawak balik rumah ke idak. tak ambik port. cuma ambik gambar sign board jea. hikhok. Longkang fishing ni jadik macam pagar untuk kawasan arnab. hehe. arnab dalam tu cute sangat! sampai tak tergamak nak masuk kandang arnab. haha.





Apa yang aku perasan lah kan. binatang dalam petting zoo ni semua sihat-sihat belaka. Tengok ikan-ikan ni. besar wehhh! buncit. obesity tahap melampau dah ni. hehe. dah namanya petting zoo kann.. haiwan dalam ni punn dah overdose makanan. konfirm tak kebulur punya.






Dalam jungle walk ni aku jumpa sekor binatang yang unik. comel giler dia makan pisang. hehe.



hai. my name is COMMON MARMOSET

Sempat berposing dengan iguana. Anak aku still buat muka blur. mak dia jea yang eksaited sampai ternganga-nganga. tak reti2 nak tutup mulut. haha




Biawak ni jadi mangsa Daffa semalam. Kitaorang tak perasan bila masa tangan dia meraba biawak ni, siap CEKIK lagi. terkejut tukang jaga biawak ni. hhaa. Khusyuk sangat mak nya tengok orang duk test pijak telur burung unta kat situ.


Dalam petting zoo ni pun ada vegetables and fruit farm. So korang boleh le tengok2 kebun2 buah. sayur. fefeeling duduk kat kampung.gitu. hehe. 


      

Haaaaa... kat sini laa pony ride. Tapi malang. tak boleh aku nak merasa menunggang pony. hehe. untuk budak2 jea. LOL!!




So far, bagi aku.. seronok jugaklah masuk dalam petting zoo ni. RM30 tu agak berbaloi. Dapat tengok haiwan2 yang tak dapat dibela sendiri. kikiki. Tunggu daffa paham sikit erti haiwan2 kesayangan baru kami datang lagi kat sini. haha. sekarang ni mak dia jea paham. kahkahkah. Anak besar sikit baru seronok. ye idokkk?? 

Ahaaa~ Ini map untuk korang terjah ke farm in the city ni erk! senang jea. waze pun boleh. parking free. tu penting. AHAKS!!



TQ for reading! K bai~ 



Friday, December 5, 2014

Adidas Year End Bazaar 2014 | Viva Home Cheras

Assalamualaikum... 


Ini dikira kali pertama aku join adidas year end bazaar. Kalau bukan sebab suami aku nak cari kasut bola untuk dia punya game minggu depan, memang tak lah kot kami serang viva home semalam. hikhok. Tapi tak beli pun kasut bola. Alasan, sebab tak ada yang berkenan dimata juga dihati. kihkihkih. 

Aku suka cara team-team adidas uruskan diaorang punya bazaar ni. Bagi aku, sangat sistematik (pilih-sort-bayar). Sebab semalam hari pertama bazaar, manusia memang tak hengatlah. memangg ramai.. beratur panjang berapa meter ntah. Tapi sebab sale punya pasal, mak giant dengan pak kundur pun sanggup beratur walaupun berbatu2. hikhok. 

Pintu masuk bazaar ni memang diaorang jaga. Bukan semua orang boleh terus masuk melulu jea. Kalau dah ramai orang dalam hall bazaar tu, pintu akan ditutup, so kita kena beratur sebelum masuk. Tunggu la berapa lama yang kena tunggu. Motif? sebab diaorang tak nak orang bersesak-sesak dalam hall tu. Yea la. nama lagi sale kan. year end pulak tu. ofkos la semua orang menggelupur. termasuk aku. kahkah. 

Dekat pintu hall bazaar tu diaorang dah sedia bagi kita plastik bag. So bila dah tiba turn kita untuk masuk hall, AMBIK PLASTIK BAG - SERANG HALL - TINGGAL ANAK/BINI/LAKI kat belakang sebab yang nampak kat depan hanyalah kasut yang berlambak2. haha. pastu baru teringat. eh. bini kat mana? bini kat mana? laki kat mana? laki kat mana? haha. gitulah kekdahnya!! 

Dalam bazaar ni, kaedah yang diaorang guna, kalau dah berkenan, sumbat masuk dalam plastik bag terus. tak kesah berpuluh-puluh pasang kasut yang korang masukkan dalam bag *walaupun korang nak beli satu jea*, Tshir/seluar pun sama. Korang ambik jea masuk plastik yang mana berkenan, tok sah le duk belek2 kat situ, nak try pakai kat kaki ke, nak try muat kat badan ke apa kea. Sebab nanti bazaar ni ada hall khas untuk korang sorting semua yang berkenan. Kat situlah korang boleh try kat kaki kat badan bagai. hehe. 

Diaorang dah memang ada team khas untuk items yang korang reject. Letak jea kat tempat diaorang, diaorang akan handle. Ambik 10 kasut, yang nak beli 1 jea, dalam sorting hall tu renung2kanlah yang mana satu nak pilih. bila dah berkenan, 9 kasut lagi tu bagi pada team reject, pastu korang boleh terus ke cashier. hehe. gitu. 

Benda yang paling aku nak pengsannn semalam bila masuk tempat pakaian/kasut kanak2. wawawawawa.. punyalah rambang mata nak pilih. Sandal baby!! kasut baby!! Tshirt baby!! Semua benda aku nampak untuk Daffa jea. Hahaha. gitulah nasib seorang ibu kot. Kalau keluar shopping jea, barang daffa jea yang aku nampak. haha. Tshirt, sweater pun banyak yang cantik2 dan ngam dengan daffa. memang puas hati. Brand Adidas, harga 25 hengget, 30 hengget. memang rugi kalau tak rembat. Kualiti tok sah cakap lah, Ahaks!!

Dalam Sorting Hall


Sepasang RM99!! Worth sampai 3, 4 ratus kot sepasang. fuh. pengsangggg!!! 
Picture credit to RUNWITME


Kaunter pembayaran 


So far! aku bagi 10* untuk bazaar ni. sangat best dan teratur!! Hurm. kan best kalau Baby Expo pun diaorang buat macam ni kan. kan? kan?



Bazaar ni 4 hari jea taw!!! 4-7 Disember! So. cepatcepatcepat seranggggg!!~

Ibu, cara daffa pegang bola ni, ada gaya APEK daddy Kayla tu tak?? 

TQ for reading! K bai~        





Tuesday, December 2, 2014

#SayaJual: BB Cream Terlajak Cantik by Seqy Beauty

Assalamualaikum... 


Kali ni aku jual bb cream pulak haaa.. Teruja plus excited tengok testimoni-testimoni meletup dari pengguna bb cream ni, terus sign up jadi agent seqy beauty. kikikiki. 

Asalnya, aku ni silent reader si sepet ni haaa. dari jaman berjaman lagi. korang pun mesti kenal sepet kan. gile tak kenal. blogger femes kot! hihihi. 

Dulu aku kagum sangat tengok dia berbizness. Resign dari kerja, buat fulltime bisness, online bisness jeapun tapi dia punya aura, pergh pergh.. customer berlambak2, berduyun2.. Alhamdulillah. rezeki dia. Sekarang niiihaaa pulak! dah ada produk sendiri uolls!!! Produk kecantikan terlajak cantik lagi!! tak lain tak bukan BB Cream by Seqy Beauty! 

Kali ni, Bukan setakat customer berduyun2, dia punya agent pun almost 60++ agent kot. hehe. termasuklah aku. tadaaa~ hehe. Betul-betul aku kagum dengan sepet. (^_^). Tahniah my bos for your new product! dulu aku ni silent reader blog sepet, sekarang dah jadi agent under sepet!! tu diaaa.. tuu diaaa!!. hehehe. Aku pun dah terjebak sama dengan bb cream terlajak cantik nih. 

Serius aku cakap, aku paling tak suka dengan bb cream. dulu siap kutuk menyampah bagai bila dengar nama bb cream, sekarang ni?? bukan setakat love.love dengan bbcream, siap jual lagi bb cream. haha. tu la. betul kata orang. Jangan terlampau membenci seseorang. nanti mana tahu depan-depan hari orang yang dibenci tuuulahh orang yang paling kita sayang. eh? pekaitan?? 

Kali pertama aku cuba bbcream seqybeauty, terus aku melompat suka. best woo. Dengan bbcream seqy beauty, anda tidak perlu memakai bedak lagi *ayat gempaq skema*. 

Apa yang aku suka dengan bbcream seqy beauty ni, senang nak ratakan kat muka, bbcream ni jenis lembut dan ringan, so tak de masalah tompok-tompok kat muka. tu yang paling aku suka. Lagi satu, bbcream ni tak perlu pakai bedak compact ke hapa kea. senang kerja. save duit beli bedak. hehe... dannnn yang paling best sekali, kulit aku langsung tak berminyak pakai bendalah bb cream ni. waaa.. hebat betul sepet cipta formula bbcream yang best ni!!! *tepuktangan*    



Keistimewaan BB Cream by Seqy Beauty: 

-Sesuai untuk semua jenis kulit 
-Menutupi cela di muka 
-Sebagai bedak asas 
-Lebih ringan dari foundation 
-Sebagai essential krim, menutrisi kulit, menegang dan menghaluskan kulit 
-Melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh menyebabkan bintik hitam muncul di wajah (SPF30+) 
-Memperbaiki masalah kulit dan melindungi kulit dari bahan-bahan kimia berbahaya 
-Wajah tidak berminyak sepanjang hari 
-Berfungsi melawan sinar Ultra Violet dan pencemaran udara sehingga kulit menjadi tetap sihat 
-Melambatkan penuaan 
-Tekstur yang ringan dan sesuai untuk orang Asia 
-Mencegah bintik-bintik hitam





Apa tunggu lagi! Tempahlah bbcream Seqy Beauty sekarang! :) 
0193190117 
Insta Online shop: @deninaaz 


TQ for reading. K bai~