Assalamualaikum... Halo readers!!! have you had your SHAKE today??
Antara 10 celaan ALLAH berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia ialah:
1) GELOJOH KETIKA MAKAN : Sikap ini meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan yang akhirnya membawa kepada pembaziran.
2) BANYAK BERCAKAP: Bercakap yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.
3) SUKA MARAH-MARAH: Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.
4) HASAD DENGKI: Sabda Rasulullah "Dengki itu memakan segala kebaikan" (riwayat muslim)
5) KEDEKUT DAN BAKHIL: Sifat kedekut menutup seseorang dari membelanjakan sebahagian daripada hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerukan.
6) BERMEGAH-MEGAH
7) CINTAKAN DUNIA: Sabda Rasulullah " Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari" (riwayat Bukhari dan Muslim)
8) EGO ATAU SOMBONG: sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara daripada orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat Maha Besar.
9) UJUB DAN SUKA BANGGA DIRI: Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.
10) GEMARKAN PUJIAN ATAU RIAK: Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jas dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.
Credit to: WHOLESALE-MART BUSINESS POINT SDN BHD dalam PERANCANGAN EKSEKUTIF ISLAM 2013 1434-1435H
No comments:
Post a Comment
Hai silent readers and lovely followers. Tq for your comments. Hikhik. Moshi2