Saturday, December 8, 2012

Hadiah untuk MA & ABAH: Samsung Galaxy Note 10.1

Assalamualaikum... Halo readers!!! Have your had your SHAKE today???

Cikgu-cikgu zaman sekarang ni banyak kena pakai internet untuk buat kerja sekolah. Nak key-in markah la, itu lah, inilah...

Sejak timbul PBS, memang haru sikit lah. Sistem agak tak berapa nak laju macam Facebook, nak kena masuk hari2 untuk keyin markah pelajar. Mama aku jugak cikgu, dia lah yang jadi mangsa keadaan. Cikgu zaman sekarang ni, tak kira tua ke muda ke, cikgu bandar ke cikgu kampung ke... semuaaa kena celik IT. kena ikut arus dunia la kannn..

Masa aku balik raya haji hari tu.. mama duk berbebel pasal tak boleh nak keyin markah PBS. sebab Broadband ada tapi hilang, kalau broadband ada sekalipun, laptop pulak hilang. komputer pulak rosak. hadoiii.. aku tukang dengar jea time tu. sebab aku duk fokus untuk persiapan kawin. bebelan mama tu bak masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Abah pulak suka baca paper *** secara online. Abah ni jenis yang suka kaji selidik paper sikit. Dia tahu paper mana yang cakap betul, paper mana yang putar belit, paper mana yang tak boleh pakai. tu kelebihan abah. hahaha. Asal aku bawak balik laptop, mesti dia duk ngadap paper ***, google cari maklumat, kemudian mula laa duk mengomen bagai. hehehe..

After wedding kami hari tu.. Kami berbincang untuk belikan sesuatu untuk ma dan abah. Untuk kemudahan yang dapat mereka pakai bersama. Kalau dari segi makanan kesihatan, kami dah bagi Herbalife untuk mereka, cuma Abah jea yang degil tak nak makan sangat. Biasalah lelaki, 

So, kami buat keputusan untuk belikan mereka Galaxy Note ni. Ma ada cakap dia nak beli Galaxy note tu supaya senang dia nak keyin PBS, SAPS, dan macam2 lagi lah. Aku iaakan jea lah.. Tapi dalam hati, aku jea tahu. seprise mama! seprise! mama tak payah beli! aku yang belikan nanti! hikhikhik

Kami buat survery kat KB MALL jea.. harga masih lagi tak turun2. Last2 kami jumpa DIGI CENTRE. saje masuk sebab diaorang ada letak Note ni dekat showroom. Kami usha dia punya rege, lagi murah berbanding kedai2 kat luar tu. then bila dicampur sekali dengan internet, sama mahal dengan harga note yang kami survey tadi. hurm. UNTUNG JUGAK NI!.. HARGA SAMA, TAPI YANG BEZA, DENGAN DIGI SMART PLAN, boleh terus pakai internet. kontrak selama 24 bulan tanpa bayaran. menarik!

So, kami buat keputusan untuk beli Samsung galaxy note dengan digi smart plan :)

yeah!!! dapat pegang nih walaupun sekejap.hikhik


Alhamdulillah. Genap setahun lebih kami buat Herbalife, kami dapat beri kesihatan kepada orang tua kami, kami dapat tengok mereka tersenyum di hari perkahwinan kami... dan Alhamdulillah, Allah murahkan lagi rezeki kami dengan hadiah yang kami bagi ni untuk mama dan abah guna nanti. Aku bahagia bila tengok ma dan abah tersenyum bila dapat sentuh tab ni. hikhik


Jasa ma dan Abah membesarkan aku tidak akan terbalas walaupun aku bagi mereka sejuta ringgit sekalipun. Biarlah ALLAH yang membalas Jasa dan pengorbanan mereka berdua selama ini. Cuma, apa yang aku inginkan, mereka di berkati, diberi kesihatan yang baik dan tersenyum gembira dan bahagia dihadapan kami.

Terima kasih ma & abah... we love you!

k bai!


No comments:

Post a Comment

Hai silent readers and lovely followers. Tq for your comments. Hikhik. Moshi2