Assalamualaikum.. Halo readers! Have you had your SHAKE today???
Sekadar berkongsi pengalaman untuk bakal-bakal pengantin yang akan menempuhi Hari Raja Sehari mereka. Mesti korang tak sabar kan? Ada rasa berdebar2 tak? Rasa nak nangis? Rasa nak lompat tinggi2? Aku dulu, rasa biasa2 jea. Tak de lah sampai nak lompat tinggi3 tu. Over ssangat taw! Haha.
Tips yang aku nak kongsi ni berdasarkan pengalaman aku sendiri. Buat pedoman bakal-bakal Raja sehari. Mana taw tips2 aku ni berguna untuk korang. Sangat kannn. Haha *bajet*
1) Bertenang di hari kejadian - sila jangan terlalu kalut macam aku. Haha. Pagi3 bangun lepas subuh duk kalut check benda apa yang tak siap. Semua benda aku nampak tak betul. Aku betulkan karpet, kerusi meja. Intai3 kat dapur. Nampak sangat gabra disitu. Tak tahannya tuu. Siap nak buat makanan untuk pengantin.padahal akulah pengantin itu. Pffffft. Berpeluh2 kauuu. Mak andam dah nak datang baru aku nak mandi. Kesannya? Berpeluh2 time kena mekap. Jenuh mak andam nak mekap. Haha.
2)Berwuduk sebelum bermekap - Ini penting kalau mekap sebelum Zohor ok. Sebelum muka kita bertukar jadi mak jemah bersiri. Sila berwuduk sedia. Tapi kalau yang jenis banyak angin. Kuat kentut opps! Acaner? Aku hari tu Alhamdulillahhh. Tak sempat nak kentut. Nerbes sangat kot. Hihi. Tapi sangat sadis, sebab rombongan datang awal. Belum Zohor dah sampai. Haha. Silap timing pulak. =_='
*Solat ada Mekap, Sah*
3) Mekap - Pastikan mak andam korang jenis yang tak paksa2. Contoh: tak nak mekap kalo tak nak cukur kening. Hoho. Sangat vavava disitu. Aku hari tu diberi dua pilihan samaada nak cantas atau nak gam. So. Aku pilih gam. Heeeee ♥ Lagi satu, kalau nak nampak neutral, carilah mak andam yang pandai buat muka korang nampak neutral jea. Tak hover.
4) Rombongan pihak lelaki - Selalunya rombongan pihak lelaki datang jam 2 atau 3 petang kan. So sempatlah kita solat Zohor dulu. Macam aku hari tu terrawal pulak. So, pastikan masa sesuai dengan situasi korang. Kalau korang tengah bendera merah time tuu.. tak de masalah laa kan.
5) Mekap removal - Perlu ada untuk proses membuang mekap dengan jayanya. Nyesal giler tak prepare sedia. Memang jenuh ahhh aku nak hakis mekap tebal hari tu. Guna air. Guna pencuci muka. Still lagi melekat sikit. Tawakkal jea lah. Janji kita yakin. Pastikan mekap removal yang korang beli tu removal yang terpower di dunia. Nampak tak keanehan muka pengantin disitu? *selepas berusaha hakis mekap tebal* Hahaha. Ni pun aku touch up sikit2. Kalau tak. Memang lagi teruk ahhh. Dah macam hantu kak limah balik sawah daaaa. Ngeri haku nak tengok muka sendiri. haha
6) Stoking atau sarung kaki - Selain menutup aurat. Sarung kaki ini perlu agar menampakkan lagi kekemasan pengantin. Tak de la nampak kaki kita yang sebayam tu. Ahaks!
7) Outdoor photoshoot - Bagi aku la kan. Secara peribadi. Lebih baik kita jangan ambik outdoor photoshoot pada hari yang sama big day kita. Sebabnya.. kawan2 dan tetamu yang hadir mestilahh datang semata nak meraikan kita kann. Kita pulak menghilang sebab duk berposing tepi bendang. Tak ke gigit jari tetamu sebab tak dapat bergambar dengan kita yang cun habis pada hari tu. Hehehe. Aku hari tu pun rasa sedih giler sebab tak terlayan kawan3 yang datang sebabnya duk bergambar sakan depan pelamin. Arwah abah aku berkali2 tanya bila nak siap. Bila nak siap. Sedara mara nak jumpa. Ngeeeee~
8) Busana pengantin - Pilihlah yang selesa untuk di pakai. Kalau rasa nak jadi cleaner kawasan rumah pada hari kejadian. Bolehlah pakai wedding dress macam aku ni.
Bersih licin sangat lantai rumah aku *mata keatas*. Sangat tak selesa ok. Aku angkat kain sampai terselak3. Nasib aku pakai seluar panjang. Lepas Zohor, aku terus tukar pakai baju kurung biasa. Laaagi selesa. Siap boleh kuis2 tanah lagi.
9) Hadiah - Yea. Aku paham. Motif sangat nak susun hadiah cantik2 time orang bertalu2 datang. Tak sempat haih! Walhal aku dah amanatkan tugas bahagian hadiah ni kat adik aku. Tapi aku silap. Tempat untuk letak benda2 yang tetamu bagi patutnya tersorok sikit. Bukannya takut orang curi. Apakah? Tapi... kalo bertaburan dan terbuka macam ni, lagi2 betul2 depan pelamin. Orang duk lalu lalang, kang tak pasal2 ada yang jadi superman terbang ke bawah. Kesian pulak tetamu aku. Free2 dapat mekap benjol kat dahi. Ahaks!
10) Hadiahkan senyuman yang cukup manis dan ikhlas untuk semua tetamu yang hadir - Jangan lupa senyum sokmo sepanjang majlis yea. senaman gigi dan mulut. hah.
Ok. ni jea lah kot tips yang dapat aku share dengan bakal-bakal pengantin. hehe. Selamat menempuhi alam rumah tangga.
TQ for reading! k bai!
bagus tips2 ni. tetiba rasa berdebar. kikiki..
ReplyDeletenice tips. i masa outdoor tu pg time tetamu dh tak ramai lgpun malas buat 2,3 kali baik sekali jalan je huhu
ReplyDeletewaaaa... bagus2 tips ni.. :D
ReplyDeletenice tip.... hadiah tu remy jeles...... byk nyer.......he3
ReplyDeleteini baguihni.. tapoi ramai alpakan... akak ni walaupun tak perlu baca tipsni tapi duk baca sampai habis.. sebab syiok baca cerita nina...
ReplyDeleteseronok baca..especially tang mekap dan air sembahyang..hehe.... =)
ReplyDeleteWahhh..mak aihh..banyaknye hadiah..saya punya hadiah tak sebanyak ni..hehe
Kaki kita yg sebayam? Hehehehehehehe...btw tq 4 sharing♡♡♡
ReplyDeletebagus tips yang Nina beri ni..suka tips Nina beri ni
ReplyDeletetips yg bagus sgt2 ni. mmg kena sediakan make up removal la kan. byk lapis diorg tempek foudation..huhu
ReplyDeletewaahhhh.. tips yg sgt2 berguna... rasa debaran nya..............
ReplyDeleteassalamualaikum ... pengantin ! saya akan jadi raja dalam sehari ... semua kakak abg urus ... saya cuma dok senyum jer ...
ReplyDeletetips yg sangat berguna...:)
ReplyDeletebagus info ni..tq
ReplyDeleteTip2 yg berguna...
ReplyDeletethanks for sharing...hehhehe...
ReplyDeleteokay tips yang sangat berguna.akan share entri ni dekat kakak yang bakal kahwin.thanks sebab bagitau!btw,saya baca entri ni siap duk gelak sesorang sebab cara akak describe semua benda tu nampak kelakar dan comel. :)
ReplyDeletewahh... thanks bgi tips~~~
ReplyDeleteYang untuk wudhu sebelum bermake up tu..xperlu la sampai kena tahan kentut..sebabnya akad nikah tetap sah walaupun tiada wudhu...sebab wudhu takde dalam syarat sah nikah... dan tiada dalam mana2 suruhan agaman pun yang mewajibkan...sekadar perkongsian..sebab kite pernah tanya ustaz masa kursus kahwin ari tu..sebab kite kan make up lama..kadang2 nak kencing, nak kentut semua..tu yang tanya...so bila ustaz dah bagi penjelasan baru faham...
ReplyDeleteDia mksd kn org yg nk solat ler
DeleteTq sharing. Actually wuduk sblm mekap ni sebab untuk solat zohor. Mekapkan kdg3 awal. Jam 11 dh mekap. Hehehe. Akad nikah memang sahlah kan walaupun tanpa wuduk. Hehe. Tq taw ♥♡
ReplyDeletethank u!!! x pernah terpikir nk beli stokin.. huuu naseb baik.. ok g beli nanti... hheeeee
ReplyDelete