Sunday, June 9, 2013

Katering Kelantan : Az Amnie Katering

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Hari ni aku nak promote pasal katering kelantan. Memandangkan aku tengok ramai yang duk google pasal katering kelantan, so.. aku pun nak mengexposekan diriku. mihmihmih.. 

Dulu NUR AIM KATERING. Sekarang dah tukar nama AZ AMNIE KATERING. Aku ada pernah buat entry pasal Nur Aim katering. korang boleh jejak kat sini eh! NUR AIM KATERING KELANTAN.



Arwah abah aku yang usahakan bisness ni. Walaupun katering ni tak termasyur seperti ketering2 orang lain, tapi tempahan still tak menang tangan. Kalau dah sedap dan lazat, orang mesti cari kan. gittew. Alhamdulillah. rezeki. 

Sekarang ni adik aku yang ambik alih bisness ni. Umor baru 24 tahun. muda bergetah lagi. Tapi memasak mengalahkan orang tua oit. Kalau setakat ayam masak merah untuk 100 orang, dia buat sorang2 jea weh. Kalau aku, maw pengsan dulu. Setakat blend bawang untuk makan 500 orang, aku boleh lahhh. lalalalaa~

Pengusaha Az Amnie Katering
Ros Aini Azahar
24 Tahun
Kelulusan Diploma Diagnostic in Radiograpghy KIST


Sekarang ni adik aku tengah ambik tender kantin untuk staf-staf Hotel Grand Riverview Kelantan. Start bulan 12 hari tu, sampai la hari ni Hari2 masak weh. mampu? hohohoho. aku memang tak ah. 

Sekarang ni pun, staf-staf Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pun suka tempah makanan dengan Az Amnie. Dari arwah abah aku ada lagi, diaorang dah suka dengan masakan kami. Alhamdulillah. Berkat masakan mama aku yang sedap, rezeki pun melimpah ruah. ilmu masakan tu turun pada adik aku. Aku? hehehe. hehehe...  

Ada sapa2 nak bagi tender kantin sekolah tak? adik aku tengah usha-usha ni sekarang. kalau ada gtaw eh! :). 

Kat bawah ni, aku ada listkan beberapa perkhidmatan yang boleh Az Amnie berikan   

Az Aminie Enterprise ada menyediakan khidmat katering untuk: 

Majlis Perkahwinan  ( FULL PACKAGE : Khemah, Pinggan gelas, menu makanan (kira ikut kepala), pekerja, *nak pakej pelamin pun boleh*) 

Majlis luaran ( BBQ dan sebagainya) 

Majlis Karporat (Menu untuk mesyuarat, minum pagi, minum petang, makan tengah hari - Biasanya untuk program-program yang dijalankan.) 

Majlis Akikah, cukur jambul, Tahlil dan sewaktu dengannya 

Selain khidmat katering, kami juga menyediakan khidmat sewa barang buffet, pinggan, gelas dan segala benda yang boleh di sewa. :) 

UNTUK TEMPAHAN dan PERTANYAAN LANJUT boleh la menghubungi:





TQ for reading. K bai!  



22 comments:

  1. Wah menarik ni... Giorgio punye wedding blehla usyar2 C'ni... (^_^)
    Adik Nina student KIST ek? Kt Bachok 2 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. Boleh2222. Aah. Kist kat bachok. Kenal eh????

      Delete
  2. wow buss family ni...harap terus success + maju

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..seronok dengar bisnes makin maju nih.

    ReplyDelete
  4. respect kat dia.. muda lagi tapi boleh handle bisnes ni

    hana umur 24 gak. tapi masak xpandai.. hehe apatah lagi nak handle2 mcm ni

    ReplyDelete
  5. hebatnya adik nina.. umur baru 24 tahun dah ada perniagaan sendiri.. semoga terus maju.. :D

    ReplyDelete
  6. Akak Giorgio Instructor Nursing kt KIST 2... (^_^)

    ReplyDelete
  7. wahh.. skng adik pulak yg urus? alhamdulillah bisnes arwah diwarisinya dgn baik sekali.. ;)

    ReplyDelete
  8. wah bagusnya muda muda dah take over business ni u. salute la kat adik u. kalau dia usaha betul2 mesti one day boleh lebih berjaya. good luck :)

    ReplyDelete
  9. hebatnya..masak2 ni letih dan bkn sng kan.

    ReplyDelete
  10. betul tu zoey. hehe. kembang lubang hidung retis singgah sini :)

    ReplyDelete
  11. muda2 lg dh jdk usahawan berjaya, menyambung perniagaan arwah abah...tahniah utk adik nina...

    ReplyDelete
  12. Seronok ada bisness sendiri cm nih....best yer

    ReplyDelete
  13. moga terus maju jaya yer

    ReplyDelete
  14. hebat tu.kalau gini. nanti adik sis kwen boleh sis tempah k. agak2 dapat diskaun tak..haha

    ReplyDelete
  15. wah .kagum.muda belia. in shaa ALLAH muda2 dah jadi bisneswoman. satu hari mesti jadi macam lin da onn .aamiin

    ReplyDelete
  16. Harga tk majlis aqu

    ReplyDelete
  17. Brape hg tuk akikah dan pakej yg ditawarkan

    ReplyDelete
  18. Untuk majlis jamuan hari raya terima x

    ReplyDelete
  19. Kami Menyediakan Perkhidmatan P.A Sistem Dengan Kadar Yang Sangat Berpatutan. Kemeriahan Majlis Anda Menjadi Keutamaan Kami. Seperti Majlis Berikut: 

    1. Pertunangan 
    2. Pernikahan 
    3. Persandingan 
    4. Majlis Makan Malam 
    5. Sukaneka 
    6. Hari Keluarga 
    7. Majlis Hari Lahir
    8. Karaoke
    9. Lain - Lain 

    Kami beroperasi di seluruh Kelantan. Bagi Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi Dj Gmiey 012-982 5403 @ 012-982 5409
    http://soo.gd/DjGmiey

    ReplyDelete

Hai silent readers and lovely followers. Tq for your comments. Hikhik. Moshi2