Friday, August 23, 2013

Kek Coklat Lembap yang SEDAP versi kukus sempena Syawal 1434H

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Salam Syawal buat semua rakan-rakan blogger, dan semua yang mengenali daku. hikhik. Lambat betul keretapi aku jalan kan. orang lain dah sakan update pasal raya, aku agak keterlambatan. tak pe, tak pe. raya sebulan kannnn. :) 

First entri aku dalam bulan syawal ni, aku nak share dengan korang satu resepi kek coklat lembap yang sangat2 sedap bagi aku. Ya ampun.. memang sedap sangat. bukan nak puji sedap sebab aku yang buat, tapi sedap sebab resepi yang lazat. eh? haha. 

kalau korang nak tahu, aku jenis yang tak suka makan kalau aku sendiri yang masak, tapi akibat kesedapan resepi kek ini, asal masak jea kek, terus aku potong makan. hoho. patutlah badan aku kian mengembang. terlebih makan kek rupanya. :( 

Mana aku dapat resepi ni? 

Alkisahnya. aku beraya ke rumah mak cik aku. Adalaaa dia hidang kek coklat ni. Aku try la sepotong, lepas sepotong, sepotong lagi aku try. dan lagi sepotong, seterusnya sepotong. Last2, sebelum balik aku mintak nak salin resepi, nak buat kat rumah sebab sedap sangat. hahaha. Mak cik aku pun bagilaa resepi. baik hati kan mak cik aku? resepi kek ni dia ambik dari adik ipar suami dia yang ada dekat Melaka. oo. kira maknanya, resepi ni dari Melaka la kan? kea dia ambik dari google kat tenet jugak eh? entah la. haha  

Aku terus taip cara nak buat eh. tak payah nak separate bahan-bahan dan cara membuatnya, sebab mak cik aku terus bagi resepi cenggini. OH YA! satu lagi. kek ni tak perlu putar dengan mesin pemutar tu, korang just guna SENDUK KAYU jea. ok? senduk kayu yea. jangan pula senduk besi. aku pun tak tahu kenapa. yang aku tahu, mak cik aku cakap dia dah cuba guna pemutar kek tu, tapi kek tak jadi sesedap guna senduk kayu. paham? ngeeee~

So, lets cekidout. resepi yang simple, tapi. fuh. tak nak cakap banyak. 

KEK COKLAT LEMBAP versi KUKUS 

1. Kacau 3 cawan gula dan 4 biji telur sehingga sebati - aku kacau sampai putih. 
2. Masukkan 2 cawan minyak dan kacau - aku guna minyak jagung/mazola. 
3. Masukkan satu sudu teh soda bikarbonat dan esen vanila, kacau lagi. 
4. Masukkan 2 cawan setengah tepung gandum dan satu cawan setengah serbuk koko (ayak dulu) dan kacau sebati. 
5. Masukkan satu tin susu cair dan kacau sebati. 
6. Masukkan setengah cawan air panas menggelegak yang dicampur dengan setengah sudu teh garam - kacau sebati. 
7. Masukkan dalam acuan. kukus selama lebih kurang satu jam setengah :) 

Senangkan? 

Raya hari tu sempat jugaklah aku buat 4 adunan. semua cakap sedap. kembanglubanghidung 4cm. hahahaha. Ma aku punyalah suka kek ni, sampai sahur dan berbuka pun makan kek coklat taw! moden sangat. haha

Rupa kek sebelum di hias

Rupa kek selepas di hias. sapu whipp cream jea. tu pun comot. haha

Pic malam syawal-6. BBQ Party. Model Kek coklat dan puding triffle. heheh~


Selamat mencuba! 

Tq for reading! k bai     



23 comments:

  1. hey rindu sangat!!
    selamat hari raya dear..
    gemuk eh skarang? hehehe..hati ada hapi lettew..

    Doakan pula UPT sy akan positive eh..

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya nina...
    nmpk sedap! bleh try jg ni!

    ReplyDelete
  3. saya pun ada dapat resipi kek coklat drp jiran yg saban tahun amik order kek kukus coklat nih . x tau naper dia baik hati nak bagi kat kakak sdgkan adik dia minta , dia x bagi ... resipinya hampir sama tapi x serupa ... yg pasti bila dah masak , rasa coklat juga kan ... heheheee ... inshaa Allah someday saya akan sharekan kat sini ...

    ReplyDelete
  4. tgk rupa pun dah tau..sedap nmpknya tu.. ehh ni buat sesama ke? amboii lamanya nina menghilang.. mood raya lagi ke? ape perkembangan baby dlm perot? hihi..selmt hari raya dear.. maaf zahir batin.. ;)

    ReplyDelete
  5. lama tak update ?

    nampak mudah kek coklat ni. anak2 mesti suka.

    ReplyDelete
  6. lama tak update ?

    nampak mudah kek coklat ni. anak2 mesti suka.

    ReplyDelete
  7. sedapnya.. jenuh la nak kacau telur sampai kembang.. heheh.. tu rahsia yg buat kek tu sedap kot. ;)

    ReplyDelete
  8. i pun ada buat kek ni hari tu. resepi lebih kurang je paling penting senang haha

    ReplyDelete
  9. Hi.... Thanks sudi singgah blog saya... Tahniah dh 13 wk yer... Kena gi cpt2 buat buku merah, klu takut kena marah... ;)

    ReplyDelete
  10. Hai... Thanks sudi singgah blog saya.... Tahniah dh 13 wks yer... Cpt2 gi buat buku merah yer... ;)

    ReplyDelete
  11. weeehhhuuuu.. sodapppnya.. nmpk simple aje cara buatnya.. dapat bape biji kek ni kalu ikut sukatan nina?

    ReplyDelete
  12. macam senang jer, nak cuba .. nak cuba....

    ReplyDelete
  13. Pia. Satu adunan dpt sebiji mcm tu. Hihi

    ReplyDelete
  14. Owhh me like this kek coklat. hamboi moden sangat u makan sahur kek coklat hehehe.

    ReplyDelete
  15. nina...kemanakah menghilang....sedap sangat tengok kek tu...thanks share resepi

    ReplyDelete
  16. comel jea bunga yg kat atas kek tu.kalerful

    ReplyDelete
  17. akak pon ade resepi kek coklat versi kukus tapi sampai ke sudah xbuat2 lagikk..ayyyaaaa..bile ntah nak buatt

    ReplyDelete
  18. hai, nak cuba resepi ni..mcm mudah ja..hehehe..

    ReplyDelete
  19. baru mencuba... harap-harap menjadi

    ReplyDelete
  20. Salam, cuba tengok rahsia buat kek coklat yang ni pulak..

    memang sedap, sangat...sangat sedap!!

    tak percaya cuba lah =)



    http://kekcoklatsedap.weebly.com/

    ReplyDelete

Hai silent readers and lovely followers. Tq for your comments. Hikhik. Moshi2