Sunday, November 24, 2013

Scan baby 3D/4D - Poliklinik An-Nisa' Sri Kembangan

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Akhirnya, CONFIRM 100% jantina baby lepas buat scan 3d4d. wink3. i is happy. 

Sebenarnya, masa aku check up 16weeks hari tu, doc dah bagitahu jantina baby sebab dah nampak masa tengah scan 2d tu. Baby dalam tummy aku ni agak ganas sikit, terkangkang2 jea dia. tak malu sungguh dia, macam excited jea dia bagi tunjuk kat ibu dia. hehe. 

Another check up masa 20 weeks kot, sekali lagi doc cakap jantina yang sama. sekali lagi baby terkangkang2 masa scan. hehehe. baby oh baby. 

Last sekali, bila dah buat 3d scan khamis lalu (21 Nov 2013) doc sekali lagi cakap jantina yang sama. sangat jelas uolls. mana tak jelasnya., dah baby asyik gerak kaki, kangkang2 lepastu buat gaya kuak lentang, gaya kayuh basikal olimpik, haha. nakal baby ibu nih. 

Alhamdulillah, senang ibu nak cari-cari barang yang sesuai dengan kamu. :) 

Sebelum ni, aku ada buat research pasal 3d4d scan nih. research konon. hehe. tak ada lah research sangat pun, cuma aku suka google dan baca pengalaman ibu-ibu yang dah buat scan 3d4d nih. Ada la jugak aku cari tempat mana yang ada pakej yang murah. Banyak la jugak, ada aku jumpa pakej scan RM180, ada yang RM80 ada yang RM100 dan macam2 jenis lagi lah. 

Tup-tup hati aku tertarik menarik dengan satu web ni. Banyak la jugak yang aku jumpa review dari customer2 yang dah buat scan dari appointment melalui web ni, hari2 aku stalk FB Bayi-Ibu.com

First ilmu yang aku dapat dari web tu. PERBEZAAN antara 2D, 3D dan 4D. Gigih aku baca segala bagai input2 yang ada dalam web bayi-ibu.com . Last2, aku terus booking dan buat appointment untuk scan 3D/4D (untuk booking, uolls boleh terus ke link ni : APPOINTMENT.)


Teringin nak buat 2D details, tapi 2D details hanya untuk kandungan 18weks - 24weeks sahaja :( . So, aku pilih pakej 3D/4D sahaja. Ada 6 tempat kita boleh pilih kat mana kita nak buat scan (Ampang, Shah Alam, Cheras, Bangi, Sri Kembangan, Puchong Jaya). Antara 3 sonographer yang ada tu, aku teringin nak buat dengan Miss Jezzlyn. Sebab aku pernah baca review pasal dia dan dia femes dikalangan bloggers2. hehe. So, aku pilih Sri kembangan dan my sonographer is Miss Jezzlyn. wink3 :) 

Tadaaa, inilah dia Poliklinik An-Nisa' Sri Kembangan. Tak susah pun nak cari. Pakai Waze jea, confirm terus jumpa. 



Agak neves jugaklah nak jumpa si anak ni. for the first time nak tengok muka dia. selalu tengok masa scan 2D jea, hehee. neves + happy + tak sabar. 

Miss Jezzlyn ni peramah orangnya. sangat bersopan. hehe. Bila dah start dia scan perut aku, terharu pulak tetiba bila tengok dekat skrin my baby!! macam terngiang2 dalam telinga anak tu menjerit : "Mommy! mommy! watch me grow!!" hehee. 

Ayat pertama keluar dari mulut Miss Jezzlyn masa tengah scan : "Wahh. dah tembam dia yea.. baru 26 weeks dah tembam yea. hehe" Aku jawab la aku makan banyak, sebab tu tembam tu baby. hihihi 

Susah sungguh nak tengok muka baby. dia asyik tutup dengan tangan la, tutup dengan tali pusat laa. berkali2 doc pujuk dia suruh alih sikit tangan ngan tali pusat tu. doc ketuk2 manja sikit perut aku, tapi si baby siap bagi kick lagi dekat doc. hamboih, kemain dia yea. hehe. Time scan kat bawah pulak, nak tengok jantina, doc cakap : "haa, tak malu pula dia yea tunjuk jantina, kaki siap kat atas lagi, muka malu pula tutup2 yea". hehe. nakal baby ibu nih :P 


Tengok, baby tak mo tunjuk muka, tutup dengan tangan lagi, siap duk jilat dia punya tali pusat. Doc cakap baby lapar, ibu tak bagi makan. haha [VIDEO]


Last2, Miss Jezzlyn suruh aku bangun dan keluar dulu jalan2 nak suruh baby bangun dari tidur dan pujuk dia tunjuk muka sikit. hehe 

Kali kedua scan, baby still lagi malu2.. lama jugaklah kena usik, aku golek kiri, aku golek kanan, usap2 sikit perut, cakap2 dengan baby. last2, dapatlah jugak tengok muka baby.. hehehe. Doc cakap hidung macam ibu dia.. Agagaga. comel anak ibu nih. :)

Mulut gerak2 macam nak bercakap pula. hehe

Dengan pakej 3D4D aku dapat sekeping print gambar 3D dan sekeping CD yang ada video 4D baby dan juga gambar2 yang lain. Semua tu dengan harga RM120. ok la kan. hehe. 

Miss Jezzlyn sangat best! Seronok rasa dapat tengok si kecik nih. Memandangkan baby masih kecik, so kami boleh tengok the whole baby, seluruh pergerakan baby, kalau dah besar sikit lagi, dapat tengok muka dia yang bambam jea lah. hihi. 

Rasa macam nak buat lagilah 3d4d nih. hehe. melampau tak? haha

Tq for reading! k bai! 



18 comments:

  1. wah beznye
    comel je pic baby tu
    dia x sabar nak sembang dgn mamanya tu
    moga dipermudahkan segala urusan kehamilan n kelahiran nnti

    ReplyDelete
  2. baby boy yer nina...akak dl ms scan mmg tak reti tgk baby..mcm tal tahu yg mana 1 wpun dorang dah tunjuk..tgk yg baby nina nie jelas jgk yer..

    ReplyDelete
  3. tau mana kliniktu... wau seronoknyer.. sekarangni canggihkan...

    ReplyDelete
  4. Kakak dah ikut exited samalah Nina. Yg penting baby sihat, Nina pun sihat... alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. Salam...lama tak singgah sini, dh nmpak rupa baby..boboy lagi. bestnye...akak teringin nk ada baby boy. Belum ada rezeki lagi. layan gugurl sorg ni jerlah dulu. hehe

    ReplyDelete
  6. apapun moga dipermudahkan semuanyer yer !

    ReplyDelete
  7. sungguh eksaited anak pertama ya..:)
    mcm tak percaya ja,kan..baby tu ada dalam perut kita...menendang2...kadang2 mcm bergelombang pulak perut jadinya

    ReplyDelete
  8. syok kan scan scan ni...dulu hubby ckp klu blh nk scan setiap hari.. hahahaah

    ReplyDelete
  9. bestnyeee.. siap boleh tengok pergerakkan baby lagi.. tetiba eksited plak.. hahahaha

    moga bb n mummy dia sihat.

    ReplyDelete
  10. wahh dah pregnant!heee

    tahniah2..heee

    eh dekat je poliklinik ni..

    kat area equine tu kan?ehehe mcm pnh nmpak..:)

    baby boy eh?hihi

    ReplyDelete
  11. wah seronoknya... moga ibu dengan baby sihat sokmo hingga bersalin nanti ya... insya Allah...

    ReplyDelete
  12. eh eh Sri Kembangan? dekat lah kite ni... hehehhe

    ReplyDelete
  13. wawa pun teruja tengok pic 3d 4d ni...sekali tu tengok video baby member...

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum awak. bestnya! tak sabar saya nak buat 3d4d. hihi. tunggu lagi 8 minggu. hihi. comelnya anak awak, malu2 pula. sheila pun pernah dgr pasal doc jezz ni. btul famous. heeeeeeeeee

    ReplyDelete
  15. bestnya dah scan 3d/4d... ni mesti babyboy kan sbb biasa babyboy dpt tahu jantina dr awal kehamilan lagi.. suka tengok video 3d4d tu... hehehe..

    ReplyDelete

Hai silent readers and lovely followers. Tq for your comments. Hikhik. Moshi2