Tuesday, December 10, 2013

Khasiat Minyak Zaitun - Diari Kehamilan

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Hujung bulan lepas, aku baru dapat anak sepupu baru. Bayi lelaki yang comel. Sempat jugaklah aku pergi menengok anak sepupu aku tu. Sihat walafiat. Alhamdulillah. 

Kalau tak silap aku la, time aku pergi tengok baby tu, baby tu baru tak sampai 14 hari kot rasanya, tapi aku tengok sepupu aku tu dah bagi anak dia minum susu formula, hukhukhuk. 

Katanya, susu badan tak cukup. Tetiba aku macam tak sedap hati. Berkira2 dalam kepala, aku nanti macam mana? ada tak susu aku? aku tak nak bagi anak aku minum susu formula. Kalau mampu, nak menyusu sampai budak tu umur 2 tahun, fully BF lah kononnya. tu impian aku, walaupun ramai jea kawan2 yang cakap2 negatif pasal tu. tak mungkin lah, kerja susah lah, itu lah, inilah. hurm. Aku harap aku mampulah kan. Doakan aku eh! hukhuk. 

Ok. aku sebenarnya nak cerita pasal minyak zaitun, bukannya pasal susu bagai nih. haha. Mukaddimah jea tu. 

Berbalik kepada sepupu aku tadi. Anak dia Alhamdulillah lah, sihat, tak kena jaundis pun, atau bahasa selalu kami guna, nyakit kuning

Aku tak ambik port pun pasal benda alah ni sebenarnya, yea la, pengalaman tak ada kan. nampak baby reti nak gomol jea. haha. Tapi hari tu, makcik2 aku duk berkumpul kat rumah aku, diaorang la yang duk cakap2 pasal nyakit kuning ni. Katanya, sepupu aku tu minum minyak zaitun hari-hari, mungkin sebab tu lah anak dia tak kena jaundis. Petua dari kawan sepupu aku. Tak tahu la betul kea tak. Semua tu kuasa Allah kan, kita hanya mampu berusaha untuk yang terbaik. 

Mak aku apalagi, dengar jea petua baru, terus suruh aku minum minyak zaitun yang dia punya. Mama memang suka minum minyak zaitun, so, stok minyak zaitun kat rumah memang tak pernah putus. gulp! 

Start kandungan 27 minggu aku dah mula berjinak2 dengan minyak zaitun. Ada dua jenis yang aku ambil, satu dalam bentuk kapsul, satu lagi dalam bentuk cecair. Hurm, bagi aku dua-dua ok. Kalau malas nak telan minyak2 ni, boleh la ambik dalam bentuk kapsul :)




Jujur aku cakap, aku tak tahu sangat khasiat minyak zaitun, cuma yang aku tahu buah zaitun bagus untuk kesihatan. tu jea. full stop. Nasib ada pakcik google, senang la aku nak cari maklumat pasal minyak zaitun. 

Yang aku jumpa, minyak zaitun :

memudahkan bersalin, 
mengurangkan risiko anak mengalami autism (kajian dari Harvad School - Klik Sini), 
mengurangkan risiko anak jaundis. 

(InsyaALLAH) 

Tu jealah lebih kurang yang aku jumpa. hikhik. 

Kawan-kawan!! share la sikit lain-lain khasiat minyak zaitun yang korang tahu, tak pun mak-mak yang dah berpengalaman sebelum2 ni, :) 

Sharing is caring taw! ingat tuuuueeee. *love*love*love* 

Dari Abi Asaid bin Tsabit bahawa Rasulullah bersabda : "Makanlah minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak. Sungguh, ia berasal dari pokok yang diberkati." (HR. At-Tirmidzi. hadis hasan li ghairihi)

Tq for reading! K bai..     



13 comments:

  1. Oo.ada kapsul2 mnyk zaitun plak ya..tk pyh nk minum cmtu je kn..hee..sya terpndang btl minyak wangi tu..sya pun pkai yg tu jgk..mmg wangi...^_^

    ReplyDelete
  2. masih bujang nih , tak de la petua ...

    ReplyDelete
  3. senang dah ada dalam bentuk kapsul.. terus telan dengan air je.. nak minum yang cecair tu mesti tak sanggup.. akak baru tahu minyak zaitun elok untuk wanita hamil.. ilmu baru juga untuk akak..

    ReplyDelete
  4. senang dah ada dalam bentuk kapsul.. terus telan dengan air je.. nak minum yang cecair tu mesti tak sanggup.. akak baru tahu minyak zaitun elok untuk wanita hamil.. ilmu baru juga untuk akak..

    ReplyDelete
  5. Nina..sorry nak tanya cmne nk pm awk personally eh..sy nk tanya trip ke krabi tu hahahaaa even its was in april kan..bru follow ur blog...thanks nina

    ReplyDelete
  6. Hi nina..sorry i baru follow ur blog.. Nak tanya trip to krabi yg transport tu by van cmne nak cari eaa..hhhaha i cari tak jmp2...thanks nina

    ReplyDelete
  7. Heermm.sorry lupa plak.if boleh nina email pasal krabi tu kt email ni pon bole.my email ferranadeen@gmail.com... Thanks nina ***hide or delete comment ni taw heheheh sbb de email.

    ReplyDelete
  8. mg mudah bersalin nnt...ada gak dgr petua tuu

    ReplyDelete
  9. You need to rank on google? Get far more visibility and larger rank to appeal to far more focused trafic?

    You need to attempt this major search engine marketing computer software to construct high quality one way links and skyrocket your web page on prime of google.

    Never believe me, check out it for absolutely free and make your decision! You are not able to go Improper !



    [url=http://bit.ly/186fSSE][img]http://www.senuke.com/xcr/images/banners/senukexcr_250x250_3.png[/img][/url]

    ReplyDelete
  10. thanks nina share macam2...nanti wawa pulak leh refer sini ^___^

    ReplyDelete
  11. Salam Tuan dan Puan,

    Izinkan saya berkongsi sedikit maklumat mengenai Minyak Zaitun Organik Extra Virgin hasil daripada pokok nerusia 2000 tahun dari tanah berkat Bumi Ambiya' Palestine.

    Untuk maklumat lengkap, sila layari www.almasoudtrading.blogspot.com

    Terima kasih,

    ReplyDelete

  12. yang mcm nina ada tu, mana nak carik yang?

    ReplyDelete

Hai silent readers and lovely followers. Tq for your comments. Hikhik. Moshi2