Assalamualaikum.. Halo readers! Have you had your SHAKE today???
Seronok pula rasa bila perut kena pulas2 oleh mak bidan. Memula aku ingat sakit tau kena urut, tapi bila dah try, ok jea. Tak de rasa apa2. geli2 sikit tu ada lah. haha
Semenjak pegnent nih, hari ni baru first time aku 'beki perut'. Beki perut tu lebih kurang macam perbetulkan kedudukan baby dalam perut laa, lepastu urut2 urat peha tang mana orang kata untuk bukak jalan.. Aku pun tak reti nak translit macam mana, biasa kami guna bahasa tu la kalau kat sini (kelantan).
Hari Bidan - Kain pelikat arwah abah |
Kamar selesa berbidan :P |
Time dia pusing2 perut aku tu, ok lagi. tapi time dia urut urat peha aku pakai kaki tu rasa ngeri sikit ah. haha. Sekali dia tenyeh kaki dari kepala lutut sampai peha, perghhh. habis betul urat2 aku. kagum sungguh!.. Bukan apa, kalau tengok keadaan mak bidan tu, sangat2 berumur, tapi dia punya power tenaga, mengalahkan aku kottt. cayalah mak bidannn.!!!
Rabu ni aku dah nak balik KL, lambat lagilah nak balik kelantan ni. InsyaAllah.. aku bajet nak beranak kat Kelantan. So, hujung bulan dua baru aku balik Kelantan... Mak aku dah bising suh aku beki perut, sebab pasni lambat dah aku balik.
So, alang2 hari ni mak aku buat solat hajat untuk dipermudahkan segala urusan sepanjang aku pegnent ni, mak aku suruh laa aku beki perut dengan mak bidan turun temurun. Aku akur jea. Apa yang mak kita cakap, itu yang terbaik kan?
Majlis hari ni buat kecik2 jea, panggil orang masjid dan sedara mara jea. Lepas Jumaat buat tahlil dulu untuk arwah abah, then baru buat solat hajat..
Pulut kuning as ole2 untuk orang solat hajat :D |
Alhamdulillah. majlis berjalan dengan baik. dan aku pun telah selamat diurut. Mak bidan cakap kepala baby ada kat bawah, means tak songsang. cuma dia betulkan sikit kedudukan tu sebab kepala baby ketepi sangat. ntahlah, aku pun tak tahu cam ne, pandai2 la dia kan. Lagi satu, betul tekaan mak bidan, dia jamah sikit jea perut aku dia dah tahu jantina anak aku ni, katanya sebab berat sebelah kanan. fuyoh! hebat ah mak bidan. Tak payah pakai scan 2d 3d 4d bagai. hehe.
Doakan aku selamat eh kawan2. Rasa macam dah tak lamaa dahhh. padahal due date tahun depan. baru 29 weeks kotttt. hahah.
Apapun, semoga segalanya dipermudahkan. Aminnnnn!~
Tq for reading. K bai!
huii.. macam sakit je nina.. memang kena buat macam tu ke? heee..
ReplyDeleteBaru perasan yg usia kandungan kita dekat2. hehe..Imahpun ada jumpa mak bidan jugak time balik umah mertua hari tu. dia jamah ja perut. Tapi paling best bila dia mengurut kaki yg lenguh2 ni...rasa best sungguh. lega kejang2 kat kaki. hehe
ReplyDelete