Assalamualaikum.. Halo readers! Have you had your SHAKE today???
Baru aku tahu, jenuh jugak lah nak sediakan barang2 keperluan untuk menyusu ni. Berpeluh ketiak wehh. Siang malam pagi petang asyik duk menggoogle jea cari maklumat, hari2 duk ngadap laptop baca review2 yang berguna dari mak2 yang dah pro.
Aku yang ZERO knowledge ni kenalah berguru dengan yang dah ada knowledge kann. Biarpun dalam alam maya jea, aku rasa banyak sangat input yang aku dapat. Lagi2 dengan ibu2 yang berjaya exclusive fully breastfeeding untuk anak2 diaorang. wahhh *tepuktangan*. aku bangga dengan kejayaan mereka :)
Kalau setakat nak cari baju baby tu, tak payah lah duk menggoogle cari review pasal baju baby. Pasal brand apa yang ok, stail mana yang cun.. bla.bla.bla.., kejadahnya kann,, baju jea pun. hikhik
Bagi aku, bab2 breastfeeding nie lah penting untuk kita baca review setiap ibu2 yang rajin buat review ni. Baca betul2 tentang apa barang yang diaorang guna untuk menyusu, cara macam mana yang diaorang pakai. Botol apa, puting apa, breastpump apa. haaa. yang tu penting kot!...
Tak kan main hentam jea beli itu ini.. Orang lain beli botol susu 9oz untuk anak diaorang, ko pun beli 9oz jugak.. kesian anak ko, botol sama besar dengan muka. kalau newborn, setakat yang aku survey, 5oz pun dah ok kot... Agagagaa~... Tapi kalau nak jimat, boleh laaa kot beli yang besar terus.. erk?
So.. setinggi2 penghargaan buat ibu2 yang sangat2 baik hati share tips yang berguna untuk aku yang bakal menjadi ibu ni, for the first time, mom to be :)
Entri kali ni aku nak share dengan korang pula (sharing versi aku) apa yang perlu kita ada untuk kegunaan sepanjang menyusukan baby nanti. Especially, untuk anak pertama la kan.
Biasalah, anak first ni mak2 excited terlebih sikit. Banyak benda yang nak kena beli. Bila dah keluar yang no. 2 tu, pakai jea apa yang ada, tu pun kalau elok lagi. hikhik
Senarai barang keperluan menyusu
1) Breastpump
2) Botol Susu
3) Berus pembersih botol + Cecair pencuci botol + Rak sejat botol
4) Sterilizer + Warmer
5) Breastmilk storage bottle + storage bag
6) Cooler bag + Ice pack + Breastpump bag
7) Bottle carrier
8) Travel bottle/food warmer
9) Nursing bra
10) Nursing pad
11) Nipple Cream
12) Penanda botol (tanda tarikh breastmilk)
13) Deep Freezer
Hey baby!!! Manyaknyaa barang kamu! sentap ibu tengok. huhuhu |
1) Breastpump:
Start trimester kedua hari tu aku dah mula cari info2 pasal breastpump ni. Perlu kea aku guna benda alah ni? Pakai tangan tak boleh kea? Tak pun pakai pam biasa jea yang macam zaman mak aku pakai dulu2, Pam hon aiskrim tu haa. haha.
Tapi, apa yang aku dapat dari ibu2 yang dah berpengalaman, perlu sangat2 breastpump ni kalau kita ada niat nak breastfeeding., lagi2 fully breastfeeding. Tak kisahlah pam manual kea, pam elektrik kea.
Pakai tangan? punn bolehh, tapi. kalau aku la kan, personally aku fikir, larat kea aku nak guna teknik mermet tu hari2? Aku kerja 5 hari seminggu, sempat kea aku nak buat stok susu untuk anak aku bila dah masuk kerja nanti... dah la lepas habis pantang tu dah mula puasa. sempat kea? sempat kea? rajin kea? rajin kea aku? hurm., cenggitulah apa yang aku fikir.
Antara pam manual ataupun elektrik.. Fikir punya fikir.. last2 aku pilih untuk beli pam elektrik. Sebab aku ni jenis yang gelabah tak tentu hala. Kalut tak tentu pasal, nak cepat 24jam. itulah aku. So, better aku ambik pam yang jenis elektrik, sebab orang kata pam elektrik ni sangat2 menjimatkan masa, lagi2 orang yang berkerja... Aku kann ibu yang bekerjaya *mata keatas* Heeee..
Nak pilih brand pam pun satu hal. haih! Jenuh jugak taw. kalau tanya pendapat kawan2, sah2 laa cakap MEDELA FREESTYLE yang femes tu yang paling bagus. harga beriban oiiii, mana tak bagusnya. Mengepam sambil goreng ayam pun boleh kau. Haaha. Macam lucu pulak kalau pikir. pam susu sambil goreng ayam. hah, style kea, tak dak style kea, ada aku kesah? yang penting, susu aku cukup untuk anak aku nanti. Agagaga~
Melalui apa yang aku baca, Pam mahal kea murah kea tak semestinya menyebabkan susu keluar dengan banyak dan jayanya, ia cuma memudahkan kerja kita sahaja. Yang penting, doa, niat kita, jangan tension, jangan stress. InsyaAllah, Dia permudahkan segalanya. Tapi, kalau kita rapuh dalam semangat pengorbanan, lupakan sahaja dunia penyusuan ibu. Yaaa.. bukan mudah bergelar ibu, apatah lagi ibu menyusu. *sobbss. tacing tetiba*
So, fikir punya fikir, survey punya survey.. pilih punya pilih, baca review orang sampai lebam..
Akhirnya, inilah pam yang akan aku guna selama dua tahun untuk menyusukan anak aku nanti. InsyaAllah,, amin,amin,amin :)
Hai Ameda Lactaline Dual Breastpump, PLEASE be nice to me ok. hehe Pam ni aku beli dekat FabulousMom Cheras Outlet. Kalau nak beli online pun boleh. Aku terus ke outlet terdekat sebab aku was2 nak pakai pos2 ni, barang letrik kan. huhuhu. kang tak sempat sampat ke tangan aku dah jahanam dah pengepam nih. TQ FabulousMom cheras outlet, sangat2 peramah, sangat2 tak kedekut ilmu, sangat2 membantu aku. :) |
TQ Ummierna, banyak sangat ilmu tentang dunia breastfeeding aku dapat dalam blog beliau, juga tentang review ameda breastpump. Kalau korang nak baca tentang review ameda breastpump yang lain, korang boleh google dekat internet yea, hehe.
Review dari aku??? tunggu anak aku keluar dulu erkk. nak pam sekarang macam tak berapa nak betul la pulak. hahah
2) Botol susu
Aku berkenan giler dekat design botol brand Tommee Tippee (TT). kiut sangat wehh. kecik lebar gemuk slim ditengah gitu. Kalau boleh, segala jenis botol TT aku nak kumpul, simpan elok2 dalam almari cermin, jadikan koleksi gitu. orang lain simpan handbag mahal2 buat koleksi, aku buat koleksi botol susu TT, pun boooleeh!
Ada mak2 yang cakap (blog review), botol susu untuk newborn ni tak payah gelojoh beli banyak2 terus, takut karang anak kita tak suka dengan brand tu, kot2 puting tak ngam dengan dia kea apa kea. So, obses TT punya pasal, aku beli jugaklah botol susu TT nie. Aku beli dua botol jea, dua2 aku ambik yang 5oz punya. So nanti kalau tak sesuai dengan anak aku, tak de la sadis sangat aku nak ganti yang lain kan. *kataa nak buat koleksi, ahaks!*
Tommee Tippee Closer to Nature: 2 x 5oz botol susu Boleh beli online di MYBBSTORE. Aku beli di mybbstore outlet Kuchai Lama. Beli time sale memang sangat2 berbaloi, sebab memang murah giler ah dari harga asal. |
3) Berus pembersih botol + Cecair pencuci botol + Rak sejat botol
Cecair pencuci aku pilih brand Pureen.
Rak sejat botol ni sebenarnya tak de pun dalam list asal aku. Entah kenapa terpengaruh dengan salesgirl fabulous mom. Dia cakap untuk elak kuman/bakteria ke hapa kea, elok la guna penyejat ni, lepas rendam botol dalam sterilizer, ambik botol baby pakai penyepit then terus sejat guna penyejat ni. Barulah selamat sikit katanya.
So, aku pun terbelilahhh. huhu
Treenie Classic Drying Rack Beli di Fabulous Mom outlet Cheras |
4) Sterilizer + Warmer
Memandangkan niat aku nak fully breastfeeding, so aku beli dua warmer. Satu untuk letak kat rumah aku, satu lagi untuk letak kat rumah pengasuh. yea la, tak kan hari2 aku nak angkut warmer tu kan. kang tak sampai seminggu dah jahanam. haha
Tommee Tippee Electric bottle & Food Warmer Beli di mybbstore Kuchai Lama outlet Beli time dia buat sale. memang murah giler2 ahh. Untung dekat 70 hengget kottttttt!~ |
Jingle Jungle Electric steam steriliser + bottle warmer combo Beli di Fabulous Mom cheras outlet |
Asalnya, aku tak nak pakai pun sterilizer, sebab aku bajet nak guna cara zaman tok kadok dulu2. Rendam dalam air panas jea. Lepas tu, lagi satu aku ingat botol baby kena rendam dalam air panas sekali jea, means masa mula2 beli. Lepas tu tak payah rendam air panas sampai la botol tu jahanam.
Tapi aku silap. Rupa2nya setiap kali kita pakai botol susu baby, kita kena rendam air panas. Hadeh! so, untuk jimatkan masa dan tenaga, bagus aku beli terus sterilizer ni. senang cerita. *pemalas*
5) Breastmilk storage bottle + storage bag
Pasal bekas untuk simpan susu ni, aku tengok ramai mak2 yang buat review, untuk jimat ruang dalam peti ais, bagus pakai plastik jea. Ada yang guna plastik aiskrim yang jenis panjang2 tu, ada gak aku tengok yang guna bekas dadih kecik2 tu.
Eve Love Breastmilk storage bottle BPA free (6 set), breastmilk storage bag (25 packs - pakai buang) Beli online di Eve Love. Aku berkenan sebab warna merahnya. cantik. Love gitu :) |
Bumble Bee BPA Free Breastmilk Bottle (10 set), Breastmilk Storage bag (ada 25 packs - pakai buang) Beli di mybbstore Kuchai Lama outlet |
Ameda Freezer Bag (20 pieces) - Free gift masa beli breastpump TQ fabulous mom! |
Jingle Jungle Breastmilk storage bottle BPA free (6 set) - Aku dapat percuma 3 kotak Free gift masa beli set cooler bag + Breastpump TQ Fabulous mom! |
So, aku beli sikit2 jea dulu storage untuk breastmilk nie. At least cukup untuk stok susu baby bila masuk bulan ramadhan nanti (kot2 susu merudum time tu *mintak dijauhkan*). Next time, boleh la aku try guna plastik aiskrim pulak. hikhikhik
6) Cooler Bag + Ice pack + Breastpump bag
Sepatutnya, aku beli terus complete set untuk breastpump ni (including breastpump bag + cooler bag). Tapi silap percaturan.
Asalnya aku nak beli breastpump jenis *tut*, so, aku siap2 beli complete set cooler bag + breastpump bag.. Last2, aku terbaca beberapa negative feedback dari pengguna breastpump jenis *tut* tuuu. So, last2 minit aku nekad nak pakai Ameda (First impression, memang dah fall in love dengan Ameda nie..lama dahhh).
Kerja last minit paham2 la kan. Agak rugi jugak laa. Tapi tak pe, nak buat macam mana kan.. janji aku puas hati.
Jingle Jungle Ardent Mom Complete set Handbag baru aku untuk pergi kerja. Pasni jadi student la aku. hakhak Fabulous Mom Cheras outlet |
Jingle Jungle Sonia Foldaway Cooler bag Untuk letak bekal susu anak aku ke rumah pengasuh Fabulous Mom Cheras outlet |
Jingle Jungle Reusable Ice pack ( 3 packs) Aku beli dua plastik (total dalam tu ada 6 pack) - 3 packs untuk aku bawak pergi kerja, 3 packs lagi untuk masuk dalam cooler bag pengasuh Fabulous Mom Cheras outlet |
So, kalau korang nak beli complete set breastpump, better cari yang betul2 complete yea. jangan jadi macam aku. *rugi* Beli beg hari lain, beli pam hari lain. hadeh!
Lagi satu, kalau korang nak beli beg, especially breastpump bag, better korang try test dulu dia punya kekukuhan beg tu. Asalnya kalau tengok dalam internet, aku tak berkenan sangat Jingle Jungle Ardent Mom tuu, duk berkenan hak yang satu lagi tuu *tut brand*, lepastu bila aku tengok dia punya kekukuhan, dia punya kain bag, yang Ardent Mom ni lagi bagus dari yang aku berkenan tu.
Suami aku pun cakap macam tu. Ardent mom lagi kukuh. dari segi jahitan, mahupun dia punya kualiti kain. :)
7) Bottle Carrier
Tommee Tippee Insulated bottle carrier Aku beli satu jea, time sale di mybbstore cheras outlet. Kalau korang nak yang hari2 murah, tak payah tunggu sale, korang boleh beli di instagram babiesmall. Memang murah barang2 TT kat situ, sebab owner dia terus beli dari oversea sana. |
Benda alah ni aku beli konon2 kot2 nak guna time travel. Harap bergunalah yea!
8) Travel Bottle/Food Warmer
Tommee Tippee travel bottle/food warmer Beli di instagram Babiesmall. Dia jual barang2 TT murah2 weh. |
Benda alah ni pun sama gak. kot2 nak guna time travel. Tak sempat nak panas breastmilk kat rumah, boleh lah guna benda alah ni kat mana2, janji isi air panas siap2.
9) Nursing Bra
10) Nursing Pad
Autumnz Deluxe Disposable Breast Pad Beli masa expo children & Mom di Midvalley |
Breast pads ni penting taw. kot2 laa susu terlebih tak sempat nak pam, habis meleleh keluar, habis basah baju, kang tak pasal2 tompok2 kat baju. hikhik.
Ada satu jenis lagi breast pad yang washable. Lepas pakai korang boleh basuh, jemur, pakai balik. Tapi kalau aku, aku lebih prefer beli yang jenis pakai buang. sebab aku *pemalas* hikhik
Washable Breast Pads Autumnz Beli di expo baby MidValley |
11) Nipple Cream
Aku ada baca dalam blog mana ntah, lupa. Dia cakap, lepas kita susukan baby, tak perlu pun nak pergi basuh puting tu dengan air paip bagai. Cukup sekadar picit sikit kasi keluar susu, then sapu susu tu sekeliling puting. Lagi bersih dari basuh dengan air paip.
Sama jugak kekdahnya kalau luka ke hapa, sapu jea susu sendiri. InsyaAllah ok.
Tapi, nipple cream ni aku terpaksa beli sebab nak cukupkan total RM untuk dapatkan VVIP kad Fabulous mom. hikhik.
Tapikan, aku ada tanya pendapat akak tu, yang mana lagi better. brand mana yang best. So, dia tunjuk kat aku nipple cream yang ni. InsyaAllah best :)
Earth Mama Natural Nipple Butter cream Fabulous mom cheras outlet |
12) Penanda botol (tanda tarikh breastmilk)
Aku nak cari maskin tape jea. senang sikit nak tanggal berbanding dengan pelekat warna warni tue
13) Deep Freezer
Fuh! yang ni tengah gigih kumpul duit lagi ni. hahaha.
Impian tahun 2014 aku! aku nak ada deep freezer sendiri untuk simpanan susu ibu. eksklusif untuk anak aku. hikhik
Peti ais yang ada sekarang ni, satu pintu jea. kalau satu pintu, susu boleh tahan 2 minggu jea dekat freezer tu. Ingat nak jual peti ais tu, then beli yang baru (dua pintu - tahan 3 bulan breastmilk, deep freezer - tahan 6 bulan breastmilk), tapi sayang kot peti tu.. hadiah first posting dari mama tercintaku. huhu..
So nak tak nak aku kena beli peti lain, biarlah rumah aku ni sempit gila pun, aku nak letak jea peti tu nanti dalam bilik hujung. haha
Satu lagi, aku dilema, sama ada nak pilih Deep freezer jenis CHEST FREEZER atau pun yang jenis UPRIGHT FREEZER. haih! nak beli peti pun susah!...
Okeh, tue jea lah kot persediaan barang keperluan yang aku buat untuk bakal anak ku nie. hehe. panjang berjela gamaknya, kejang urat jari aku nih.
Dari segi persediaan mental pula. Aku tahu, aku harus kuat. Ramai jea kawan2 yang kondem. cakap susah kalau kerja + fully breastfeeding, cakap susu tak cukuplah nanti, susu tak ada lah, tak wajiblah susukan anak selama 2 tahun,.. bla.bla.bla. *negative thinking*
Tak pe, aku dengar jea, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. yang penting, aku nak yang terbaik untuk anak aku.
InsyaAllah..
Jika aku mampu bawak anak aku dalam perut ni selama 9 bulan, InsyaAllah aku mampu susukan dia selama 2 tahun mabe...?
" Selalulah berdoa mengharapkan yang baik agar yang baik akan berlaku.. Cubalah untuk positifkan diri, kerana dengan cas yang positif kita akan kuat mengharungi semua cabaran yang mendatang. Sesungguhnya segala bentuk amalan kita dengan Allah perlulah berterusan.."
TIPS PENTING POWER PUMPING:
Sentiasa sabar dan istiqamah
Dapatkan pam yang sesuai dan tidak menyakitkan
Minda harus positif dan dalam keadaaan yang tenang. Tidak melakukannya ketika sedang rushing
Amalkan doa dan zikir supaya sentiasa tenang dan dikurniakan kemudahan sepanjang proses penyusuan
Percaya dan yakin..
Allah Maha Pengasih dan penyayang. Sentiasalah berprasangka baik dengan Allah,...... :)
Akhir kata...
JOM SUPPORT BREASTFEEDING!!! yeah!! WE CAN DO IT!!!
hihihihi...
TQ for reading! k bai~
puas baca entri ni..seronok tengok nina shopping..mesti excited bf baby nanti..hehe
ReplyDeletewahhh...banyaknya brg baby...semua utk breastfeed ke kak Nina..?? huhuhu...cepat la keluar baby!!
ReplyDeleteHappynya masyaAllah -- semga segala urusan dipermudahkan ya :))
ReplyDeleteBanyaknya...tap I kan, memang teruja untuk menimang cahaya mata, KY do akan semoga semuanya selamat...
ReplyDeletefully bf mmg memerlukan hati yang cekal.kite pun berhasrat utk fully bf.semoga Allah permudahkan niat kita utk fully bf ni...
ReplyDeletefuhhh....ni baru breastfeeding punya kan....chayok2 mummy nina...semoga kita gigih bersama2...=)
ReplyDeletewahhh...nina,,bnyk nye dah siap preparation....
ReplyDeletesy pun xbeli pape lagi....hukhukhuk....tunggu mega sale je la....
beribu abes kan nina utk breastpump je.....
adehhh...heeheeh
as'salam, hi nina! thx ye follow saila :) saila dh follow awk jugak..nanti boleh tukar2 cerita,sharing2 cerita eh! :))
ReplyDeleteinfo bf awk ni boleh lah saila refer nanti..hihihi :D
banyaknya barang baby nina..:)
ReplyDeleteeeee seronoknya baca HEHE mcm2 ada
ReplyDeletealhamdulillah makin lengkap.
ReplyDeletebetul tu think postive k. in shaa Allah. sama sama kita doakan. semoga anak nina nanti dapat susu badan dari ibunya hingga 2 tahun aamiin
niat mesti ade ..pastu usaha ... inshaa Allah ko boleh berjaya BF anak sampai 2 tahun .... yg penting kesabaran dan kecekalan tu penting ..ai tak berjaya sbb sokongan tu xde ... hihi
ReplyDeleteassalamualaikum mina...banyaknya barang baby ni bila bersalin yer...moga dipermudahkan semuanya yer...
ReplyDeletewah!!!banyaknye barang untuk baby.hihi. all the best! inshaAllah moga Allah permudahkan :)
ReplyDeletetuuuu diiiiaaaaa...tetiba tingat kt SIL...ms dia peknen ank 1st punya eksaited beli itu ini..last2 bla da bersalin, dia terlupa nk amik tahu psl imu BF...kelam kabut...finally ank sulung tu minum susu botol...
ReplyDeleteHarap semua berjalan lancar hendaknya-Nya...
ReplyDeletebanyak jugak eh barang2 baby.. huhu.. jenuh gak nak buat persiapan..
ReplyDeleteWah seronok tgk brg2... Jgn lupa sentiasa korek ilmu bf ya dan jangan malu utk NIP (nursing in public). Kemudahan paling berharga utk ibu yg bf. tak perlu usung botol, susu formula, thermos dll bila keluar. Just bwk nursing cover and bf anak di mana2 bila anak mahu susu :)
ReplyDeletesemoga dipermudahkan segala urusan yer dear.. :)
ReplyDeletefirst time mom to be mmg mcm tu..semua nak bl..pengalaman wa sendiri, ada antara brg2 tu nanti tak guna pun..
ReplyDeleteTahniah bt nina sbb dah tanam niat nak fully bf kan baby..byk kita dpt jimat nanti sbb xpyh nak bl susu
wahhh syioknyer baca entry ni...
ReplyDeletenory pon suppport fully breastfeeding ni, tapi setakat ni baru beli botol susu je...
breast pump nasib baik sepupu nak bagi...jimat sikit...heheh
Assalamualaikum awak. heee in shaa Allah baby kita sebaya ekk? bestnya. saya due bulan mei. bestnya baca entri ni. saya belum beli satu barang pun. hihi excited tumpang tengok orang lain buat persediaan. hihi. in shaa Allah, saya support full breastfeeding :)
ReplyDeletealhamdulillah saya berjaya susukan alisya sepenuhnya ketika saya bekerja... yang penting kita mmg kena bersedia dengan apa pun kata2 negatif org lain... kalau ada org ckp2 negatif,senyum je...
ReplyDeletehuyoo sume dh complete. best2. ada satu lg maybe u can consider to buy. milk collector
ReplyDeletecomplete semua haaaa... :)
ReplyDeletemasa sy dpt anak 1st, susu tak meriah mcm org lain..tapi sy tetap dpt susukan dia sampai umur 2 thn..
tp, bila dpt anak 2nd, susu byk melimpah2...bju asyik basah jer..Alhamdulillah, rezeki anak....tp selama saya pregnankan dia, saya amalkan suplemen yg complete...sebab masa sblm pregen pun, saya amalkan suplemen utk ibu menyusu.....sbb sy ibu bekerja , yg mmg sgt susah jg makan...
sampai ke pregnen, bersalin, menyusu balik nih, dipermudahkan..dgn izin Allah...