Assalamualaikum.. Halo readers! Have you had your SHAKE today???
Kalau diikutkan, appoinment aku dengan Klinik Kesihatan (KK) untuk minum air gula kali kedua 7hb hari tu. Tapi, sebab aku malas nak menunggu lama2 (trauma menunggu dari jam 7.30 pagi - dekat jam 2 petang), tambah2 pulak 7hb tu ada mesyuarat panitia, awal2 kerja memang skema tahap belon, konon tak mau ambik MC *mata keatas*, so disebabkan mesyuarat itulah yang menambahkan lagi kemalasan aku untuk ke KK hari tuu *alasan*. Aku buat senyap jea lah. buat tak tahu kononnya. KK sampai dua tiga kali call, aku tak angkat. bukan apa, aku tak tahu nak kelentong apa dan aku tak reti nak cakap yang aku dah tak nak buat check up kat situ dah. Uwaaaaaa...
Isnin lepas (15.1.14) aku buat check up biasa dekat klinik alam damai. Check up untuk 33 minggu.
Picture: credit to GOOGLE |
Baby:
Berat: 1.9 kg
Ukuran kaki/tangan/kepala: Normal
Degupan Jantung: Normal
Air ketuban: Cukup kata doktor
Fetal Movement: Good. Alhamdulillah. baby sangat aktif, Masa tengah scan, baby tengah gerak2 kaki, hisap jari, baby memang tak reti duduk diam. hihi
Ibu:
Berat: 66.7 kg (hahaha, doc cakap dah cukup dah berat yang patut naik. dah 12kg dah ni, dah tak boleh naik lebih dari ni. haha. Tapikan, esoknya aku timbang pagi2, berat aku 65.2kg jeaa. tak de lah sampai 66 tuu. uhuks!)
Tekanan darah: Normal
HB: Normal
Urine: Nil/Blue
Placenta: Kedudukan uri atas, kepala baby dah masuk laluan bawah. laluan yang sepatutnya. Alhamdulillah
Lepas siap scan semua, aku cakap la kat doktor yang aku belum ambik suntikan ATT untuk kali kedua (anak first memang kena suntik dua kali, bila dah anak kedua sekali jea) dan minum air gula untuk kali kedua. Risau gak kann, sebab KK suruh minum dua kali, walaupun result aku sebelum ni doktor kata OK, tapi dah KK sana memang buat macam tu, aku kena ikutlah kan. Lagipun air gula jea pun, kalau suruh minum 3,4 kali pun aku tak kesah. Tekak aku dah biasa sedut benda manis2 nih. haha.
Esoknya (14.1.14), nak dijadikan cerita padahnya aku tak angkat call dari KK. Pagi2 buta pintu rumah aku kena ketuk. kuat pulak tu. dah la sound nama penuh aku. Aku ni, sapaaalaa kan pagi2 buta datang rumah. Tanjat taw! dengan muka mak jemahnya aku bukakla pintu. kecut perut aku tengok nurse kat depan pintu. Haha. Tak sangka pulak aku sampai kerumah dia cari aku.
Belum sempat aku buka mulut, terus dia tanya: awak tak datang appoinment minggu lepas kan? kenapa tak datang? pergi ambik buku merah, saya nak bagi tarikh baru untuk awak datang appoinment. Erk. menonong jea aku cari buku merah.
Bila dia tengok yang next appoinment aku untuk minum air gula kat alam damai, nurse terus tanya aku: Awak buat check up dekat alam damai kea? aku angguk. awal2 pegnent lagi saya dah buat situ. Aku cakap kat dia yang bulan depan InsyaAllah aku dah nak balik Kelantan. lepastu dia cakap kalau macam tu, saya transfer awak ke klinik alam damai terus jea lah, nanti bila dah balik kelantan buat checkup dekat KK kelantan. kelantan kat mana? aku cakap nanti kat kelantan nak buat dekat KK gunong kot. tetiba dia cakap, ohh gunong. sayo ni ore gunong ahh.
HUK ALOHHHH. ORE seKAPUNG RUPONYO. hahaha. *fuh, nasib baik aku dah deal dengan alam damai untuk next check up. selesai masalah, tak payah aku nak kelentong banyak2. !*
Alhamdulillah. lega rasa bila dah settle semua. tinggal lagi check up biasa jea. Air gula dah minum khamis (16.1.14) hari tu. Suntikan ATT untuk kali kedua pun dah suntik hari tu. Result pun dah dapat. Doktor cakap result normal dan OK. winkwink. Happy maks.
Result 2nd MGGT:
Fasting: 4.3
2 HPP: 6.4 (haritu 6.6, turun 0.2. kihkihkih)
Hari ni terus melahap dengan bergayanya. sekeping roti canai boom, sekeping roti canai telur, sekeping roti canai biasa (total 3 keping roti canai sekali hadap). dan dua ketul aiskrim yang sedap. hahahha. sori baby, ibu kamu memang oversssnessssss overload. kah3.
Amacam? terliur tak? kihkihkih #my baby inside #34 weeks |
TQ for reading! k Bai~
wahh tak lama lagi dahh. hehe goodluck!
ReplyDeleteAssalamualaikum awak. hehe kemain kelentong ye. bisa tau kena injek ATT tu. 3 hari sakit badan. hahhaa. sheila pun nanti check up bulan depan kena minum air gula lagi. huwaaa tak suka air gula sebab sheila tak suka benda2 manis ni. alhamdullilah, semuanya ok, dalam landasan. maknya, nape naik berkilo? hehe
ReplyDeletesekarang ni mmg kena minum air gula ye Nina kalau trimester akhir ni..byk yg cite mcm ni..maklumlah kak ana dah berbelas tahun tglkan rutin ni..hehe..semoga dipermudahkan buat Nina..
ReplyDeletetak suka la minum air gula.
ReplyDeletetak sedappp.. huhu.
semoga ibu dan baby sentiasa sihat ye :)
Huyooo...bgusnya nurse..cr smpai rumah...berdedikasi tol tu....bby cik mah masa 33 weeks dah 2.2 kg...skrng ni 35 weeks dah 2.4kg...bby je berat...cik mah xberat2 dah...
ReplyDeleteMy kakak preggy nih suka benor makan coklat Dan segala yg manis . Bila saya tanya , baby nak mkn katanya ...
ReplyDeleteMy kakak preggy nih suka benor makan coklat Dan segala yg manis . Bila saya tanya , baby nak mkn katanya ...
ReplyDeleteWaa best nya nak dapat baby dahhh. Nak tgk baby bump laa :D
ReplyDeleteAlhamdulillah..nias sihat baby sihat...
ReplyDeleteSuka baca entry nina preg ni..^-^
Salam ziarah ya, saya dulu paling tak suka kena minum air gula. Manis yang amat..ya ampun
ReplyDeletealhamdulillah. semua sihat-sihat belaka. semoga kekal sihat ye kak Nina. and jgn mkn aiskrim byk sgt. hihi.
ReplyDeletelaaaaa...x sangka org sekampung
ReplyDeletesedapnyeeee aiskrim tuuuu..terliur sy tau sis
semoga dipermudahkan Nina :)
ReplyDeleteingatkan dh bersalin..
ReplyDeletesemoga dipermudahkan ye
ingatkn dh bersalin...semoga dipermudahkan
ReplyDeletehadoilah.. fobianya minum air gula ni... ishhh dah lama x ngandung msh blh rasa manisnya tau...
ReplyDeletenurse KK skrg mmg dtg umah punye kalau call tak jawab..hehe..but baguslah kan..
ReplyDeletesama kita tinggal lebih kurang 6 minggu..semoga semuanya dipermudahkan :)
rasa edd kita sama la Nina. sbb imah dekat klinik swasta bg edd lain, dkt gov lain.edd swasta awal 3 hari. tapi kalau gov punya edd sama mcm nina. hehe..imah kena suntik ATT dos kedua tu masa 2 minggu lepas. tapi xsakit atau kebas mcm org cakap tu. rasa ikut badan masing2 kot
ReplyDeletenory next check up baru amik suntikan kedua TT tu...nasib baik MGTT dah setel , pasni takyah buat lagi...tggu nak push2 je..hehe
ReplyDeletehahahahha.. org sekampung... dari nak marah terus jd peramah ye ;-)
ReplyDeletex terliur pun ... eskrem tu ptg2 ada jer jual kat area umah deqla..bawak naik moto kan..hee dah biasa mkn.. haha..
ReplyDelete