Sunday, July 26, 2015

Eidulfitri 2015

Assalamualaikum... 

Tahun ni. anak dah makin besar. Apalagi. meriah laa dalam rumah tok ma nya. dengan mulutnya yang tak reti duk diam. dah pandai sebut duit. uit. uit. haha. yang paling tak tahan, kalau orang bagi duit raya. cepat2 panggil dedi (daddy). terus bagi kat dedi dia duit. padahal aku yang pegang dia. hamboi. macam laa ibu nak sangat duit raya dia tu. haha. daffa. daffa. 

Lagi satu hal. orang lain duk sebuk dengan ketupat. satay. si daffa duk sibuk dengan kambingnya. mbekkkk mbekkkk mbekk. Asal celik mata. bertembekkk terus. Haiyaa daffa. jakun betul anak aku ni. Maklumlah, orang KL. nak jumpa kambing setahun sekali pun payah. hahaha.


Peminat SETIA kambing mokniknya. hadei. nasib baik tak telan makanan kambing jeee

Balik raya kali ni sempatlah dua hari berbuka dirumah. Persediaan raya punnn sempatlahh buat seketul biskut Makmur kacang tanah. hehe. Biskut legend. majoriti family suka biskut ni. tu yang gigih buat tu. rela bersengkang mata. *kenkononyalahh*




Tahun ni, dah masuk tahun ke-3. beraya tanpa arwah ABAH. bukan aku nak hitung berapa tahun. berapa kali. Tapi hakikatnya. kekosongan di rumah ma masih lagi terasa. Kalau dulu. arwah abah yang sibuk suruh cepat2 makan. pastu pergi sembahyang raya. Balik rumah. duduk atas kerusi  setting cantik2. salam ikut turn. Tapi sekarang. balik masjid. ziarah pusara abah. balik rumah. salam raya pun sambil berdiri, lalu2 gitu jea. kadang2 aku malas nak fikir. bukan malas apa. sebab aku ni cepat emo. huu. entahlah. yang sudah merasa kehilangan. pasti akan paham apa yang aku rasa. 

Alhamdulillah. ma dikurniakan anak yang ramai. ada cucu yang comel. dan menantu yang baik. ececece. bukan setakat baik. asal ada dalam rumah jea. bila buddies bertemu buddies. pasti rumah macam nak runtuh. haha. ketawa tu tak boleh dahh nak sopan2. kompen lagi teruk dari pontianak bunyinya. kahkahkah


DI PAGI HARI RAYA :)

DAFFA & MAK PAK SEPUPU NYA. hehe. 

Raya ke-2 kami sakan beraya di besut. hehehe. rombongan mak limah ke sana untuk menyunting bunga ditaman. ecececece. gittew. hehe. Nampak gaya. dapat adik ipar lagi lahh aku hujung tahun ni. auwww. maks suke sangat!! raya tahun depan boleh dera buat kuih raya 12 jenis. muahaha


Cincin sebagai tanda. ikhlas dari bakal mertua. ekeke

Kami buat simple2 jea. tak de majlis pertunangan punn.. rombongan semata2 datang untuk tetapkan tarikh akad nikah, tarikh bersanding dan tarikh bertandang. settle! senang kan?


Daffa teman ibu possing. muehehe





Malam sebelum aku balik KL, aku sebagai ketua keluarga *haha. ketualah sangat* menetapkan bahawa malam tu mesti ambik gambar keluarga. ekekeke. Last kami bergambar sesama dengan sedondonnya, SETAHUN sebelum arwah abah pergi meninggalkan kami 2011. Tahun 2012. memang kami tak de gambar raya sesama punnn. entah. tak tahu kenapa tak de bergambar2. padahal tahun tu kami sedondon oren. 2012. tahun terakhir abah ada di bulan syawal. huhuhu 

Anak aku jenis tido awal. pukul 9 dah buat hal nak tido. so malam tu aku paksa dia tak bagi tido. sebab nak bergambar kann. haha. jadilahh muka tak puas hati dalam gambar. nasib baik tak melalak. ekeke


Daffa kena paksa pakai jubah malam2. semata2 nak ambik gambar. hahaha

Tahun lepas raya bertiga. tahun ni bertiga . Tahun depan? berempat?? aminnn. ekekeke

Gambar SKEMA. haha


OVER disitu

wefie. haha

Adik beradik perempuan ku. Hakak ketua kay. 

Daffa sayang ayah ngoh dan pokcik. hahaa

Sapa yang paling hensem?? Daffa angkat jari. ekeke. perasann oit

Daffa sayang tok ma


Gitulahh gamaknya cerita hari raya tahun ni. Tahun depan apa kesahnya pulok yea??? 

TQ for reading. K bai~   






6 comments:

Hai silent readers and lovely followers. Tq for your comments. Hikhik. Moshi2