Assalamualaikum...
Awal pagi dah get ready untuk balik semula ke Guilin city centre (dari Yangshuo). Check out hotel, terus cari motor tut tut untuk ke stesen bas.
Oh ya. lupa nak cakap. kami ke Yangshuo just bawak 1 beg galas je, beg troli yang besar gabak 20kg tu kami tinggal kat hotel. Guilin Oasis hotel. hotel yang kami check in masa mula2 kami sampai. Bagus betul hotel tu, servis tinggal beg pun boleh. FREE pulak tu.
Sampai je Guilin, terus serang Indian restoran. rindu nak makan nasi kat situ. haha.
Lepas siap makan, check in Hotel. Hotel yang kami duduk kali ni, belakang bangunan Guilin Oasis je. dua malam kami duduk sini. Hotel ni agak murah, RM40 jea untuk satu malam. Bilik air Ok, katil pun size queen. Cuma, kalau korang yang jenis nak luas2 sikit tak recommended le hotel ni. dia punya keluasan tu so-so jea. hehehe. Lagi satu, hotel ni tak de lif. naik tangga. Kami time tu dapat tingkat 4, so. ko naik la tangga tu sampai atas. haha. boleh laa senaman sehatkan jantung.
Aktiviti hari ke-4. Kami berhuhuhu di dalam Gua. Dah lama duk google survey pasal gua ni. Teruja betul nak kesana sebab nampak macam cantik berwarna warni.
Untuk ke Reed Flute Cave, kami naik bas dari Hotel. Bas kat sana memang sentiasa ada. tak payah nak tunggu lama-lama. Tiket bas 1 Yuan sahaja. murah kan. So, dua orang 2 Yuan la kan. Dalam bas tu kami betul2 duduk depan. gayanya macam co-pilot pulak. bukan apa, takut nanti tak sampai kat gua tu, tak pun takut balik semula ke hotel. haha.
Ingat nombor 3, ingat Reed flute cave. sebab bas untuk kesana adalah Bas nombor 3. pasal nombor pulak jangan risau, nombor bas tu tak tulis dalam bahasa cina, dia tulis 3. haha.
Sepanjang aku duk dalam bas, aku duk perati je driver tu. tetiba rasa macam musykil. Dalam bas ni tak de loceng2 bagai, selalu dulu2 aku naik bas kat kampung, nak berenti mana-mana kena tekan loceng kan. bas ni tak pulak gitu. tak de loceng pun. pastu mcm setiap bus stop bas akan berenti.
Lagi satu, masa orang duk pulun berebut naik bas, driver bas tu rilex je, tak de pulak dia tengok2 orang bayar ke tak naik bas. Aku pulak yang jadi tukang perati orang bayar ke tak. haha. yang aku perasan, mcm orang berumur @ warga emas, dia tayang kad kat driver, dia tak de masukkan pun duit dalam tabung. Aku assume, warga emas FREE naik bas. haha. Selain bubuh duit dalam tabung, ada jugak yang guna kad. ala2 TOUCH n GO gitu.
Lagi satu, yang aku perasan, semua orang masukkan 1 Yuan dalam tabung tu. jarak sejengkal pun 1 Yuan, jarak jauh pun 1 Yuan. macam tak de beza kannnn. aku konklusi sendiri, nak pergi mana-mana naik bas 1 Yuan je. dekat ke jauh ke hanya 1 Yuan. haha. Bagus betul kalau betul macam tu. Support penggunaan kemudahan awam. memang 'MUDAH' untuk orang awam kalau cenggini gaya dia. No wonder ler pengangkutan awam diaorang penuhhh dan berduyun2 orang guna *especially, BAS*.
Kaunter tiket Reed Flute Cave!!
Untuk masuk lam gua. diaorang akan guide pengunjung, so dalam satu group lebih kurang 40 orang akan masuk. group by group. Apa yang tak best, staff yang guide group tu speaking dalam bahasa mandarin pulak dahhh. sepatah haram tak paham. hanya mampu menghayati sendiri keindahan batu kapur yang berwarni warni didalam tu.
Bila pakai kamera henpon cap ayam, nak selpie dalam gua pun macam nak kena kecam. Muka sinar nur cahaya pun boleh jadi kelam suram. arghh. stress betul aku dengan henpon ni. Redho jelah. dalam gelap tak payah nak posing2 sangat. haha.
OTW jalan kaki ke bus stand, Daffa a.k.a Berus Lee di serbu peminat pulak dahhhh. terpaksa la kami melayan. Haih. pemalu jugak anak aku ni rupanya. tersimpul2 tak keruan dah Daffa.
Sampai Guilin City Centre, singgah makan dulu sebelum balik hotel. Dinner awal konon2. haha
Oke. ada satu lagi entri aku nak UP. selagi rajin, selagi tu lah aku hadap. haha.
TQ for reading! K bai~!

Kali ni kami cuba Daging Sweet Sour. Auwwww. nampak takk dia punya portion laukkk tu banyak tak hengat kan. Sweet sour ni memang betul sedap. kuah dia tu. pergh. tak jumpa kat Malaysia wei. haha |
Lepas siap makan, check in Hotel. Hotel yang kami duduk kali ni, belakang bangunan Guilin Oasis je. dua malam kami duduk sini. Hotel ni agak murah, RM40 jea untuk satu malam. Bilik air Ok, katil pun size queen. Cuma, kalau korang yang jenis nak luas2 sikit tak recommended le hotel ni. dia punya keluasan tu so-so jea. hehehe. Lagi satu, hotel ni tak de lif. naik tangga. Kami time tu dapat tingkat 4, so. ko naik la tangga tu sampai atas. haha. boleh laa senaman sehatkan jantung.
Aktiviti hari ke-4. Kami berhuhuhu di dalam Gua. Dah lama duk google survey pasal gua ni. Teruja betul nak kesana sebab nampak macam cantik berwarna warni.
Untuk ke Reed Flute Cave, kami naik bas dari Hotel. Bas kat sana memang sentiasa ada. tak payah nak tunggu lama-lama. Tiket bas 1 Yuan sahaja. murah kan. So, dua orang 2 Yuan la kan. Dalam bas tu kami betul2 duduk depan. gayanya macam co-pilot pulak. bukan apa, takut nanti tak sampai kat gua tu, tak pun takut balik semula ke hotel. haha.
Ingat nombor 3, ingat Reed flute cave. sebab bas untuk kesana adalah Bas nombor 3. pasal nombor pulak jangan risau, nombor bas tu tak tulis dalam bahasa cina, dia tulis 3. haha.
Dalam bas. |
Sepanjang aku duk dalam bas, aku duk perati je driver tu. tetiba rasa macam musykil. Dalam bas ni tak de loceng2 bagai, selalu dulu2 aku naik bas kat kampung, nak berenti mana-mana kena tekan loceng kan. bas ni tak pulak gitu. tak de loceng pun. pastu mcm setiap bus stop bas akan berenti.
Lagi satu, masa orang duk pulun berebut naik bas, driver bas tu rilex je, tak de pulak dia tengok2 orang bayar ke tak naik bas. Aku pulak yang jadi tukang perati orang bayar ke tak. haha. yang aku perasan, mcm orang berumur @ warga emas, dia tayang kad kat driver, dia tak de masukkan pun duit dalam tabung. Aku assume, warga emas FREE naik bas. haha. Selain bubuh duit dalam tabung, ada jugak yang guna kad. ala2 TOUCH n GO gitu.
Lagi satu, yang aku perasan, semua orang masukkan 1 Yuan dalam tabung tu. jarak sejengkal pun 1 Yuan, jarak jauh pun 1 Yuan. macam tak de beza kannnn. aku konklusi sendiri, nak pergi mana-mana naik bas 1 Yuan je. dekat ke jauh ke hanya 1 Yuan. haha. Bagus betul kalau betul macam tu. Support penggunaan kemudahan awam. memang 'MUDAH' untuk orang awam kalau cenggini gaya dia. No wonder ler pengangkutan awam diaorang penuhhh dan berduyun2 orang guna *especially, BAS*.
Kaunter tiket Reed Flute Cave!!
Satu tiket dewasa: 120 Yuan. Agak $$ disitu. Tapi alang-alang dah sampai Guilin, test masuk jelah. hehe |
Untuk masuk lam gua. diaorang akan guide pengunjung, so dalam satu group lebih kurang 40 orang akan masuk. group by group. Apa yang tak best, staff yang guide group tu speaking dalam bahasa mandarin pulak dahhh. sepatah haram tak paham. hanya mampu menghayati sendiri keindahan batu kapur yang berwarni warni didalam tu.
Natural Limestone cave with multicoloured lighting over 180 million years old |
Bergambar depan pintu keluar gua, hah. macam ni pun boleh |
Bila pakai kamera henpon cap ayam, nak selpie dalam gua pun macam nak kena kecam. Muka sinar nur cahaya pun boleh jadi kelam suram. arghh. stress betul aku dengan henpon ni. Redho jelah. dalam gelap tak payah nak posing2 sangat. haha.
OTW jalan kaki ke bus stand, Daffa a.k.a Berus Lee di serbu peminat pulak dahhhh. terpaksa la kami melayan. Haih. pemalu jugak anak aku ni rupanya. tersimpul2 tak keruan dah Daffa.
Sampai Guilin City Centre, singgah makan dulu sebelum balik hotel. Dinner awal konon2. haha
Oke. ada satu lagi entri aku nak UP. selagi rajin, selagi tu lah aku hadap. haha.
TQ for reading! K bai~!
comel je daffa , tu sebab jadi perhatian
ReplyDelete