Terhegeh2 booking tiket flight beberapa minggu sebelum terbang.. Aku pun tak pasti mimpi apa suami aku ni ajak pergi Guilin. Sebagai isteri yang taat pada suami, aku ikut jelah. haha. padahal dalam hati berbunga2 ye idok. jalan2 lah katakan. gila nak tolak? Berguling-guling lah kite di Guilin yea! hahaha.
Kami kesana hanya bertiga. Ibu-Daddy-Daffa. Sendiri booking flight, sendiri cari hotel, sendiri survey tempat mana nak jalan2 kat sana. Bajet jimat cermat katanya. Hotel kami booking melalui Agoda je. Pilih hotel2 bajet. janji muat satu katil tiga orang. haha. tak payah nak demand sangat. So rate hotel kami paling murah Rm40 satu malam, paling mahal Rm80. NO GST la kalo tak silap. haha
Masalah besar bila pergi time musim sejuk ni adalah masalah nak kena beli baju sejuk. Bajet untuk winter coat untuk kami bertiga lagi mahal dari bajet hotel tahu! nangis mak jemah. Tapi sedapkanlah jugak hati ni. Tak pe bang, tak pe. kita beli sekali ni jelah baju. lain kali kot2 nak travel time musim sejuk lagi kita pakai la hak ni. apa susah. tak payah duk cari yang lain... kan.
Semua kelengkapan pakaian kesana: Long John (PENTING! PENTING! PENTING!), sweater, winter coat, mafla, sarung tangan, sarung kaki bagai semua kami beli di KOK KONG WINTER WEAR, Jalan Loke Yew. sekali harung beli kat sana. Malas nak pergi berjuta2 kedai. So far, aku tak pasti murah ke mahal kelengkapan tu kat sana, sebab aku tak survey, last minute punya plan. Beli hari Sabtu, Isnin fly. Bajet? habis separuh sebulan gaji. Huwaaaa. mengalir air mata darah...
Semua kelengkapan pakaian kesana: Long John (PENTING! PENTING! PENTING!), sweater, winter coat, mafla, sarung tangan, sarung kaki bagai semua kami beli di KOK KONG WINTER WEAR, Jalan Loke Yew. sekali harung beli kat sana. Malas nak pergi berjuta2 kedai. So far, aku tak pasti murah ke mahal kelengkapan tu kat sana, sebab aku tak survey, last minute punya plan. Beli hari Sabtu, Isnin fly. Bajet? habis separuh sebulan gaji. Huwaaaa. mengalir air mata darah...
Bila suruh Pose. Yeah. ready to GUILIN!!! |
Kami bertolak ke Guilin, 21hb dec (Isnin). Perjalanan makan masa 3jam. First time travel jauh dengan Daffa. Nasib baik daffa tak buat aksi pelik2. Sejam setengah dia tido. lagi sejam setengah minta perhatian dari ibu dan daddy. haha. layankan ajelah.
Jejak je kaki di Guilin Liangjiang International Airport, ya ampunnnnn. sejuk sangat! Suhu time tu 8 degree. Mula lahh kami terhegeh2 keluarkan sarung tangan dan sarung kepala daffa. dah le tak dok rambut anak teruna aku ni. kalo angin masuk, terus sampai keubun2. hahaha. Anak je yang kami risaukan. takut tetiba sakit. tak ke naya.
Settle cop imigresen, ambik beg bagai, bermulalah episod suka duka travel kami...
Abang kononnya dah awal2 survey nak naik bas ke Hotel dari airport. Keluar je dari pintu arrival, ambik kanan, jalan straight akan jumpa kaunter tiket bas tu, betul2 tepi KFC. Tapi sayang, segigih2nya suami aku SPEAKING LONDONG, sepatah haram amoi tu tak paham. hahaha. aku hanya mampu gelak kat belakang. amoi tu cakap dalam bahasa dia, sambil tunjuk2 jadual penumpang2 flight sampai. So kami buat konklusi sendiri, bas ni dia tunggu orang penuh bas kot baru nak jalan. haha. SO kami tukar plan. kita cari teksi sajalah.
Teksi yang dicari, ULAT TEKSI yang kami dapat. haha. Insan2 kat sana memang tak paham2 bahasa inggeris, apatah lagi bahasa melayu. So, bila diaorang mengembek, kami mengaum. gitulah gamaknya. Abang dah print sedia alamat hotel, so kami tunjuk jelah kertas tu kat dia. dia angguk. Asalnya kami leh dapat 60 Yuan jea untuk sampai ke Guilin City Centre, tapi ada masalah sikit akibat dari silap paham bahasa jiwa bangsa , so kami redha jelah 100 Yuan untuk Ulat teksi tu. janji selamat sampai hotel. haha
Check in Hotel dulu semata2 nak letak beg gabak. kemudian kami terusssss sepantas kilat keluar. KELUAR CARI MAKAN! lapar oii.
Kami pilih OASIS GUILIN INN selama 2 malam kami tinggal di Guilin City Centre ni. Hasil dari review orang lain, Alhamdulillah. Betullah, Hotel ni memang bagus. hehe. Bagus dari segi murah (RM80 satu malam), bagus dari segi dekat dengan tempat makan (halal food) dan bagus dari segi tuan punya hotel ni RAMAH, PANDAI CAKAP OMPUTIH, SANGAT2 MEMBANTU KAMI as backpakers ni. HIGHLY RECOMMENDED!!!
Kami pilih OASIS GUILIN INN selama 2 malam kami tinggal di Guilin City Centre ni. Hasil dari review orang lain, Alhamdulillah. Betullah, Hotel ni memang bagus. hehe. Bagus dari segi murah (RM80 satu malam), bagus dari segi dekat dengan tempat makan (halal food) dan bagus dari segi tuan punya hotel ni RAMAH, PANDAI CAKAP OMPUTIH, SANGAT2 MEMBANTU KAMI as backpakers ni. HIGHLY RECOMMENDED!!!
Nampak tak OASIS tu?? tu lah hotel yang kami duduk. betul2 dalam bandar. keluar hotel terus jalan besar |
Nak cari kedai makan pulak satu hal. pusing sana sini, sampai tanya polis, akhirnya jumpa jugakk Restoran ni. Abang polis tu cakap makanan kat sini sodap. So, aku tak sabar nak cuba. aumm!!!
Tips: Dari Oasis in, Lintas jalan raya tu, Straighhttttt je jalan sampai jalan mati, belok kanan, jalan beberapa langkah, ada lorong masuk kiri. celah2 lorong tu lah restoran sedap ni. haha. kalau tak jumpa, redahhh jelah. kikiki
Tumpang duduk auntie, letih cari kedai makan tak jumpa2 |
Indian Halal Restaurant. Nama je Indian, tapi pemilik dan tukang masaknya Cina. :) |
First time order makanan kat sini. Terkejut beghuk masa nak bayar. hahaha. masa order kemain kann. tak reti2 nak tengok harga. Hah. lagi satu. time makanan sampai, aku dengan abang pandang sesama sendiri. mak aihhh. lauknya macam 10 orang nak makan. hahaha. portion lauk sayur diaorang memang besar kot even untuk satu orang makan. haha.
Daging brokoli, SUP RUMPAI LAUT. sumpah sedap. Sup Ayam 8 herba tak de dalam gambar. lambat sangat sampai |
Kesiannn anak aku. mcm dah kebulur rupanya |
Apa yang aku suka makan kat tempat ni, dia sediakan 1 KENDI tea cina panas2. Ya Ampun, tak henti2 aku minum. siap bubuh dalam botol mineral lagi bawak balik hotel. haha. Sepanjang duk sana., memang kami makan kat sini je kecuali 1 hari di YangShuo. Bila balik Malaysia, aku perasan yang baju kurung aku longgar sikit. haha. penangan teh cina tanpa gula lettew!!!
Oh ya, ma aku ada cakap, nasi kat china sedap, cuma lauk diaorang je kembang di tekak. erk? Ikhlas dari aku, aku betul2 suka masakan kat restoran ni. memang tiap kali order confirm licin jilat pinggan. serius. aku tak tipu, tekak aku laju je telan. haha
Total semua kami makan untuk tiga orang hari first tue: 168 Yuan. gulp gulp. dah le sup ayam 8 herba tu tak habis. Ayam dia bubuh satu ekor gamaknya. banyak bebenor. Siap tapaw bawak balik hotel lagi taw. dinner makan hak tu jelah. kenyang sampai esok. hahaha
Hari pertama kami ni jelah gamaknya. Malam tu tak de pergi mana2. pengsan. charge tenaga.
Pssstttt... SUP RUMPAI LAUT tu serius sedappp. tolonglahhh jangan mengidam! tak pasal2 kena pergi Guilin lagi. haha
Pssstttt... SUP RUMPAI LAUT tu serius sedappp. tolonglahhh jangan mengidam! tak pasal2 kena pergi Guilin lagi. haha
TQ for reading! k Bai~
No comments:
Post a Comment
Hai silent readers and lovely followers. Tq for your comments. Hikhik. Moshi2