Monday, October 31, 2016

Camping suka-suka

Assalamualaikum 


Sabtu lepas suami ajak pacak khemah tepi sungai sambil-sambil BBQ udang ikan konon-konon jelah. lebih kepada main masak-masak, main rumah-rumah. hehe. saje nak hiburkan hati anak-anak. 

Semalam hajat kesampaian. Merata cari port. Semua sesak. Nak panjat bukit ke air terjun lepoh, dafna kecik lagi. So, ambik pilihan berkelah jelah tepi sungai dan tepi jalan. haha. pun boleh. 

First time bawak daffa buat benda-benda macam ni. Tapi nampak gaya biasa-biasa je dia. tak de yang mengujakan pun. lagi best main pistol belon tu,.. haha. kecewa makpak. BBQ pulak simple-simple je. bawak udang ikan dari rumah. sesaje nak main masak-masak dengan anak. 

OTW masuk ke hulu langat tu kami ada singgah beli nasi lemak ayam rempah. setiap kali kesana, confirm singgah beli nasi lemak kat situ. area batu 9, dekat tempat lori tong gas keluar masuk. memang sedap. orang pun memang selalu ramai kat situ. So, untuk lunch kitaorang makan nasi lemak tu je, tak de lah sampai tanak nasik kat sana. kikiki 

Daffa baru bangun tido. muka mamai. nasib baik ada pokok. boleh la berteduh bawah ni. tolong tengok jela dedi pacak khemah






Air sungai dari air terjun lepoh. tak jauh dari khemah kami




Bila khemah dah siap, ibu dan dafna duduk dalam tu je. dedi dengan daffa main masak-masak kat luar. :P











Lunch dengan nasi lemak. Udang, fish cake. Ikan, ayam pun hado. haha. Tapi semua versi hitam. kahkahkah








Satu hari, satu buah epal. hehe
   
Ngam-ngam siap makan, main tembak-tembak, bakar-bakar semua, hujan pun slow-slow nak turun. Kat sana seram nak duk lama-lama time hujan, sebab air sungai deras plus melimpah. Nasib baik kami dah siap pack semua untuk nak balik. 

Seronok juga aktiviti macam ni dengan anak-anak. Sebab aku jenis yang suka mereput dalam rumah je, tak berapa gemar sangat nak keluar jalan-jalan buat masa sekarang. Mungkin faktor obes terlampau sekarang ni kot. baju-baju semua dah sendat, bila dah sendat, jadi tak selesa dan mesti kena beli baru. Kalau beli baru, lagi la best.. tak sedar-sedar dah obes melampau kan. haha. baik tak payah nak beli baru. gitulah alasannya kenapa aku suka lepak kat rumah je. 

Tapi bila sekali sekala hiburkan hati anak-anak walaupun hanya dengan melepak tepi jalan pun, rasa dah seronok. kan. hehe 

Anak-anak ibu yang hepi. makan nasi dalam khemah :)



Tunggu dafna besar sikittt je lagi baru nak mula balik aktiviti outdoor kami. 

GO HIKING, IT WILL BE FUN!

TQ for reading. jumpa lagi dilain waktu. InshaAllah  




No comments:

Post a Comment

Hai silent readers and lovely followers. Tq for your comments. Hikhik. Moshi2