Bagi penggemar tarian poco-poco., mungkin anda dah tahu macam mana bentuk dan cara tarian ini di jalankan.. bagi yang baru nak berjinak dengan poco-poco, AWAS!.. =)
Hari ni, aku ada terbaca dalam KOSMO online yang tajuk besarnya berbunyi begini "Perak haramkan poco-poco"..adeideidei....baru je tiga minggu yang lepas aku jadi instruktur untuk tarian poco-poco ni semasa Latihan Dalam Perkhidmatan SMKTC di Port Dickson..~ habislah.. Masa tu aku tengok ramai yang cuba untuk menigkuti dan ada yang nampak seronok dan cuba untuk belajar tarian ni..
Sebelum ni aku pernah jugaklah dengar-dengar desas-desus yang mengatakan tarian poco-poco ni haram..tapi aku buat-buat tak dengar jea..but hari ni,,lagi terang, lagi bersuluh dah masuk paper Kosmo pun..Kat Perak pulak tu.. Teringat pulak kenangan selama 3 tahun aku kat Perak, setiap kali latihan Suksis, kami akan buat tarian poco-poco ni sebagai asas senaman kami, memang enjoy giler..
Ingat lagi masa kawalan kehormatan di UITM Perak, geng-geng kamilah antara geng yang paling ramai yang sememangnya arif untuk tarian ni, semua orang enjoy tengok kami (perasan sendiri)..hehehe..~windunya time 'kegelapan' dulu-dulu..kihkih..Ingat lagi masa Pelantikan Pegawai di UPM,,geng-geng kami jugalah yang menampakan ketereran dalam tarian ni..kemas pulak tu(perasan lagi..adeideidei~)..bila semua bekerjasama, bersatu hati..semuanya akan menjadi..inilah yang diterapkan oleh jurulatih-jurulatih kami...Ok, berbalik kepada pengharaman tarian poco-poco ni... Menurut Mufti Perak, Tan Sri Hussani Zakaria, Tarian poco-poco ni diharamkan kerana mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan Roh., Kajian mendapati tarian ini di amalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. ianya kenyataan itu mendapat sokongan sebulat suara semasa Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186, dan kita sedia maklum, bila sesuatu perkara itu mempunyai unsur-unsur keagamaan lain selain Islam, Maka secara automatiknya, HARAM bagi umat Islam melaksanakannya...
Untuk itu, Tepuk dada,Tanya Selera,
Selamat Tinggal Poco-poco, aku akan merindui saat manis ketika berpoco-poco ~ =)
~CUba untuk mempelajari tarian lain,,~
No comments:
Post a Comment
Hai silent readers and lovely followers. Tq for your comments. Hikhik. Moshi2