Sunday, April 24, 2011

Bersabarlah wahai hati

Bersabarlah wahai hati..Sebagai seorang hamba, sememangnya aku pasrah, dan aku akur dan memang wajar aku diuji. Aku tidak mampu mengawal arah tiupan angin, aku hanya mampu mengawal kemudi pelayaran aku. kemudi dalam pelayaran aku adalah hati.

Apa jua takdir yang menimpaku, apa jua cerita dan masalah yang lalu dihadapan mataku, semuanya bermaksud baik sekalipun ianya adalah sesuatu yang negatif..bersabarlah wahai hati. baik dan buruk hanyalah pada pandangan mata kita yang terbatas, tapi pada pandanganNya yang Maha Luas, semua yang ditakdirkan keatas hambaNya adalah bermaksud baik. Jadi, bersangka baiklah pada Dia yang Maha Esa.

Bersabarlah wahai hati...

(T_T) Susahnya untuk mengambil hati insan2 yang sememangnya tak suka + membenci diri kita.., kesilapan yang lalu semuanya diletakkan di bahu kita.. mengapakah? kenapakah? sungguh sekali aku tidak meminta semua ini,,.. Sungguh aku cemburu melihat kemesraan yang terjalin diantara mereka... tapi aku? huhu..bersabarlah wahai hati..mungkin belum tiba masanya untuk semua ini..mabe 10 tahun lagi? hahahahaha..bersabarlah wahai hati! =)

~Lihatlah dengan hati, kerana pandangan mata selalunya gelap, tak mampu menilai hakikat~


1 comment:

  1. Untuk sabar terlalu payah tp kita tak sedar, dalam kepayahan itulah, ada seribu kemanisan...
    Allah Maha Penyayang, Dia lebih tahu yg terbaik untuk kita,,,

    ReplyDelete

Hai silent readers and lovely followers. Tq for your comments. Hikhik. Moshi2