Friday, May 6, 2011

Nasib Wanita Itu

Kadang-kadang kita tidak tahu nasib kita hari ni adakah lebih baik dari semalam.. ataupun semalam lebih baik dari hari ni..ataupun esok lebih baik dari hari ini...betul tak?? Terima segala ketentuan dengan hati yang terbukaa...dan redha.. Hari ni kerja aku belek2 internet.. belogwalking.. walking punya walking, terjumpa la benda alah ni...

Kata Lelaki Tentang Perepuan Cantik VS Perempuan Hodoh!
Adei..berpinar kejap mata aku baca..hahahaha...terasa pun ada...adeh~ ni la nasib wanita tak berapa cantik ni.. tapi kan..jahat betul la kalau ada jenis laki yang sanggup cakap macam tu..ish2..kalau tak suka tu, diam2 dah laa..tak payah la nak tunjuk2...tak payahla pot..pet..pot..pet.. cari jea laa pompuan yang cantik..jangan pulak memperhambakan yang tak cantik tu..kesian..dia pun ada hati dan perasaan jugak..walaupun rupa dia tak berapa cantik.. mungkin hati dia tersangat2lah cantik..mana tahu..sapa tahu..TUHAN jea tahu..

jom skodeng apa yang lelaki cakap tentang topik yang aku highlight atas tu

Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mesti ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm b**i sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang di belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mesti dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...


Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...

Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Credit to : Kelantan 2u Forum!

Kalau perempuan cantik minta ambik gambar
Lelaki akan kata:posing cantik2 yea..lawanya
Kalau perempuan tak cantik minta ambik gambar
Lelaki akan kata: perasan lawa la tu

Lelaki2....kok yea pun wanita tu tak cantik,, jangan la bersikap macam tu sekali.. buat lelaki2 di luar sana, hargailah apa yang anda ada, jangan nampak yang cantik saja, dan jangan jadikan alasan dah kenal lama ,itu la, ini la,,sebagai alasan untuk puji,agung2 dan puja perempuan yang cantik2..hehehe..
sabar jea la yea..kita semua ni cantik2.. Cantik tu abstrak, bukan boleh dinilai dengan mata kasar.. ada orang cakap dia cantik, tapi ada orang cakap tak..terpulanglaa...

adeh~ perempuan ni perasan cantik la ni..hahaha..Sumandak Taklawa =P




No comments:

Post a Comment

Hai silent readers and lovely followers. Tq for your comments. Hikhik. Moshi2