Tuesday, May 17, 2011

Taman Tasik Shah Alam--> Wira Tomyam Seksyen 11

Bestnya kalau macam ni selalu..Kerja satu hari, rest satu hari..atau pun kerja dua hari, rest satu hari.. Best2!!! Sape kata tak best memang sengal ah..hehehe..

Hari ni macam biasa, setiap kali cuti atau rest day, hidup aku tak kan aman kalau tak mimpanau, lepak2, jalan2, isi perut kasi penuh pastu diet balik, shopping, cuci2 mata..dan sewaktu dengannya... TAPI! rest day kali ni, aku buang tabiat sikit.. aku rasa dah 1 Tahun 6 Bulan aku tak buat benda alah ni...JOGGING! pergh, berkurun aku rasa aku tak kuar peluh dengan menjoggingkan diri, kalau aktiviti2 ringan tu hari2 laa - Skipping, warm up, dumbell dan sewaktu dengannya, janji kuar peluh, kalau nak fit, kena pengsan dulu ah..hahaha

Punyala jauh aku cari port untuk jogging... Dari Hulu Langat, terbang ke Shah Alam,, nak kurus punya pasal la ni..Rela3.. Bila dah sampai sana plak..Mak Aiiii... HUJAN la pulak...adooii... Takpe2, Hujan itu suatu Rahmat.. Lebat doe hujan.. kalau renyai2 boleh lagi kami redah.. Parking la dulu depan kedai Mamak ni haa.. Pekena Barli suam, nescafe o dengan telur separuh masak 4 biji. Telur ni bagus untuk kesihatan, kalau nak bina otot, makan telur putih banyak2 (30 biji sehari-tanakwaguku bilang), Tapi kalau yang obes macam aku ni, 30 biji tu untuk 3 bulan ah..hahahaha... nak bina otot konon, lemak bergedil2 ni ha..kena buang lemak2 ni dulu baru bina otot..kuikuikui

Restoran Hakim-Seksyen 7 Shah Alam | restoran dua tingkat, ada wireless, ada mamak2 yang hensem, ada skrin TV yang besar, tandas yang terbaik, pastu kalau nak lepak 24jam kat sini pun boleh!!Hujan...Cepatlah berhenti..(kata lemakku)Nasib menyebelahi aku! YES! lebih kurang jam 6.30ptg, hujan yang lebat bertukar menjadi renyai2..hehehe... Habisla ko lemak, rasakan! jap lagi NYAH kau dari badanku yang gebu ni..hahahaha...

Let's start with Warm Up!! warm up yang paling malas+simple.. asalkan urat2 aku ni tak terkejut beghok dah jap lagi...Alamak! ternampak la pulak lipatan seluar kat pinggang aku ni (cover2!)Aku dah tak sabar nak bukak langkah, teruja giler, maklumla dah berzaman tak jogging, dan konon nak tunjuk power la ni, bajet aku boleh lari..hahahaha.. Tapi, Tak sampai 1 minit, dah tercungap2, cara jogging pun tak betul, nasib ada orang tolong betulkan.. "Gunakan kasut semaksimum yang boleh, lari tu jangan kasi bunyi,jatuhkan tumit dulu..ingat tak masa kita kawad dulu..haaa..macam tu laa...baru tak sakit..nanti effect dia tak baik" adei~ gitu rupanya,, sebelum ni aku main lari jea..dah la bunyi tup tap tup tap... Malu i!

Tetiba nampak port cantik! Snap jap !! (padahal nak berenti rest, nak cakap takut kena marah..shhhhh!) tak pasal2 kena sound - "Ni nak jogging ke nak ambik gambar??"
"hehehe...saje jea" - jawapan aku yang tak boleh blahLangkah diteruskan...tertiba dia bilang- "okey! save energy...save energy sekarang"
Save energy?? pe kehel plak dah.... adoiii...rupa2nya, ada jalan bukit kat depan..patutla suruh save energy! aku kena bukak langkah bila nak lari atas bukit tu...Mak Aiiiii...penat giler weh! time tu jugak aku rasa nak tido.. dah la tak boleh berenti..huhu..sabar Nina, sabar.. tu la ko, nak kurus+slim+fit bukan senang..padan muka ko, sapo suruh melantak banyak2 tak ingat dunia!!

Punyala jauh kami jogging, aku bajet laluan tasik tu lebih kurang tasik proton kat tanjong malim jea,, tapi! 3x ganda kot!! come on! come on! u can do it!!

Muka aku yang 2minit lagi nak pengsan!Muka yang masih lagi steady | arghhh!!! bikin aku jeles!!!dekat 45minit! akhirnya sampai ke penghujung jalan~

Muka serius penat doe!!TAHNIAH untuk diri sendiri kerana telah berjaya menghapuskan lemak2 untuk sebulan yang lalu..bulan ni masih lagi tersimpan rapi...waaaaaaaaaaaaa....

Sawoku cakap, hari ni aku dah berpeluh, so aku boleh makan malam yang berat sikit ni sekarang.! AHA! apa lagi! Jom kita terjah FoodCourt (FC) Seksyen 11. Kat FC ni banyak kedai2 yang best2! Otak2 pun ada gak diletak atas meja, rajin bebenor diorang pusing satu FC tuk letak otak2.. AKu? apa lagi..tentulah tak melepaskan peluang untuk makan otak2 yang sedap tu... best! Sila la ke FC seksyen 11, pasti tak rugi!!

Kali ni kami makan di Wira Tomyam.. for d 2nd time!Aku makan Kue tiow ladna - kurang lemak, kurang kalori, dan kurang segala2nya, Best!Tanakwaguku bedal SUP AYAM (kasi taruk halia lebih) dengan nasi putih.. | Serius aku cakap, SUP dia memang TERBAIK YOP!!!!! sodap!!Amboi, makan tu baca Bismillah tak??Air??? haa.. ni la air orang DIET.. Air Suam je taw.. Nescafe tu sawoku yang punya..hahahaOtak2!! MESTI kena ngap..kalo tak ngap! rugi.. 1 paket = RM0.70, berbaloi2.. semua aku bedal sorang2.. Tak pe.. Lemak kurang dalam ni.. lagipun di bakar, bukan digoreng, kurang kolestrol!Pounsikou Tanakwaguku for the great moment....**Susah jugak nak FIT dengan cara yang sihat ni yea... perlu ada kegigihan, kesungguhan dan kesabaran, but tak perlu keluarkan wang yang banyak, just training, kuarkan peluh, jaga pemakanan. Slim pun slim, sihat pun sihat.. Yea! aku mesti berusaha!! cayok2!!**

Shah Alam---> Hulu Langat, Vrooommm!!Vrrooommm!! Babai~


2 comments:

  1. Baju sabah lah juga kakak pakai kan?hihihi~ selamat menghapuskan lemak-lemak degil yea kak..ngehee~

    lama nda btegur sama kakak oww =D
    hari isnin ni saya masuk matriks la suda =)

    ReplyDelete
  2. wahhhh...... best betul lepas jogging makan ek..

    ReplyDelete

Hai silent readers and lovely followers. Tq for your comments. Hikhik. Moshi2