Tuesday, June 7, 2011

Kehidupan Bersahabat

Orang kata, berkawan biar seribu, bercinta biar satu. Orang kata jugak, berkawan biar ramai-ramai, bermusuh jangan sekali. Aku akui la, memang betul kata orang tu. . Kawan ramai-ramai ni best sangat. yea la, kita hidup ni tak kan la nak duduk sorang2, tak kan la nak bercakap dengan dinding, senyum sorang2, silap haribulan, kalau orang perasan kita ni jenis senyum kat dinding, apa pulak kata orang..Mental ke apa?? Itulah hakikat kehidupan, hidup mesti ada kawan. Setuju?? ke ada yang jenis tak suka ada kawan?? <-- Pergi la duduk atas bukit sorang2..Muahahahha!!!

Hari ke hari, manusia kian membersar, dari kanak2, remaja, dewasa, tua. Selangkah demi selangkah kita lalui, dari sehari demi sehari, kenalan kita akan bertambah, kawan2 kita akan bertambah. Betul tak?? Zaman main sorok2, main masak2 kawan lain, masa tadika dapat kawan lagi, masuk alam sekolah rendah ada kawan lagi, sekolah menengah dapat kawan baru, matrik, Universiti dan alam pekerjaan,.. semuanya muka2 baru yang akan kita jumpa... Best tak dapat ramai kawan? tentula best kan.. Kalau yang jenis suka merantau tu, lagi seronok kalau tiap negeri ada kawan kan??kan?kan?kannnnnnnnnnnn????

Sedar tak?? dalam ramai2 kita berkawan, pernahkah kita paham dengan perangai, cara kehidupan atau sewaktu dengannya yang berkaitan dengan kawan kita?? Kadang2 kalau kawan setakat satu kuliah, satu kelas dan satu tempat kerja... tak de la sangat kita paham hati budi mereka kan, Ala, setakat gelak2, sindir menyindir, gosip tu biasa la kan..Tapi macam mana pulak kawan sebilik? kawan serumah?? Tentu kita tahu mereka jenis yang macam mana kan??

Betul la kata orang, lain orang lain ragamnya, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. tapi kalau rambut yang warna merah kuning tu macam mana pulak yea? apa-apa jea la, asal ada rambut, kalau tak de rambut, naye..adeh~ apa aku melalut ni..

Jangan kita ingat, manusia ni semua sama.. Dan jangan kita ingat, manusia ni semua satu kepala dengan kita. Yes! Berkawan itu best! ramai kawan sangat Best! Tapi sejauh mana kita menjaga hati kawan kita?? sejauh mana kita kenal hati budi kawan kita?? sejauh mana fahami kawan kita??

Bukan senang untuk bergelar sahabat sejati. Bukan senang untuk menjadi seorang sahabat di kala kegembiraan, rasai bersama, di kala kesusahan, harungi bersama. Sahabat yang sebegitu sukar dicari.. Tapi? Sahabt yang suka mengata dari belakang, senang sangat dicari..muahahahah!

Ya! Aku akui, aku pun bukan jenis kawan yang baik sangat pun. Aku ni jenis yang.. ntah la.. Kadang2 aku rasa aku nak bercakap, banyak la aku cakap, kadang2 bila aku rasa mulut aku ni macam berat jea nak bukak, diam la aku jawabnya. Aku ni bukan jenis yang peramah. Ada orang cakap aku ni garang..Muahahaha! garang kea? ntah la, Cara aku macam ni.. Nak buat macam mana, tapi aku tak de la pulak jenis makan orang, tak de la pulak jenis hentak2, baling2 barang.. Muahahahaha!!!

Orang cakap aku ni jenis serius.. Entah la.. Mabe masa aku tengah buat kerja, aku fokus, dan time aku tak sengih macam kerang busuk tu, mabe orang nampak aku ni garang dan serius.. adeh~ muka aku memang macam ni, mulut aku ni pun memang macam ni, suka sangat muncung kot, tapi Hati aku baik, Tak de la sama seperti apa yang korang fikir tu..Muahaha!! angkat bakul sendiri doe!

Kalau aku cakap kuat2 tu, orang cakap aku tengking, marah2 pulak..hurm entahlah. Aku ni anak sulung, biasalah, nama lagi anak sulung, aku lah boss!! hehehe.. kalau suara aku macam ayam yang esok nak mampos tu jawabnya entah hape2 la adik2 aku, kalau macam singa betina lapar tu, ok la sikit kan...

Ada orang cakap, aku ni jenis yang skema.. adeh~ SKEMA? apa tu? apa maksud skema?? hehe. entahlah.. Aku kalau bab2 mengarut, nombor satu la.. lagi2 kalau jumpa geng.. best wwooo..melalut, mengarut tak tentu pasal, gelak pulak kalah pontianak. betul aku cakap. Tak kenal maka tak cinta. Betul tak??

Setakat aku hidup 24 tahun 9 bulan ni, aku dah jumpa macam2 jenis manusia yang bergelar kawan/sahabat. macam2 ragam. macam2 ragam dah aku jumpa, kadang2 bila fikir balik, bila flashback balik, aku gelak sorang2.. kawan yang menyakitkan hati,kawan yang menggembirakan hati, kawan yang mencuit hati, kawan yang time susah dia lari..Argghhh!! pendek kata, semua jenis kawan la aku ada. korang nak jenis yang macam mana??? A-Z aku boleh cakap.

Nasihat untuk diri sendiri.,, Jadilah kawan yang terbaik, fikirkan yang positif dan hindarkan negatif.

~I love My Friends!~
Papai!



2 comments:

Hai silent readers and lovely followers. Tq for your comments. Hikhik. Moshi2