Tuesday, June 14, 2011

Saya tetap Sayang DAUDSU!

Titile gedik...uweeekkk... =P

Dah memang adat permainan. Ada yang menang, ada yang kalah.. kalau dua2 pihak lawan menang, bukan perlawanan la namanya tu..kih3..

Sabtu lepas (11 Jun 2011), Aku bertolak dari Kelantan ke KL. Jalan lengang giler. seronok rasanya drive pada hari tu.. rilek jea, smooth jea perjalanan. Minyak keta pun tak berapa nak turun..hehehe.. Kerete aku time tu pun dihiasi dengan warna2 merah.. ada bendera The Red Warrior (TRW) hehehe... Semangat kan?kan?kan?..

Tiap kali ade kereta yang nak ke Bukit Jalil Overtake, mesti diorong hon, siap angkat tangan lagi.. penyokong TRW katakan..kih3.. inilah semangat anak2 kelantan yang aku nampak.. Syabas! Bas2 yang membawa muatan penyokong pun banyak la jugak. Bendera merah berkibar2 dekat cermin bas. Yang paling kesian, ada bas yang tersadai tepi jalan. bas rosak..huahuahua.. ENtah lah diorang sempat sampai bukit jalil ke tak.. nampak frust je muka. Siap tahan aku lagi tu, bajet nak tumpang, ..hahaha.. Sori la.. Bukan aku tak nampak korang tahan, tapi aku pura2 tak nampak..muahahahah!!

Mesti satu Malaysia dah tahu pasal kekalahan Kelantan kan?? hurm.. yang memang anti kelantan tu, mesti korang gelak sampai guling2 kan sebab Kelantan kalah? hehe.. Ala, gelak la sampai muntah pun, ada aku kesah?? muahahahahahaha!!! Biasalah tu, bagi can kat Negeri lain la pulak.. Orang lain pun nak rasa jugak menang, Tak gitu????? =P
Mesti Satu Malaysia tahu kan pasal Daudsu? Siapa Daudsu? dan apa yang telah Daudsu terbuat dalam Game tempoh hari kan? kan? kan? yang tak minat bola tu, mesti lah korang tak tahu.. Bola tu pun mabe korang ingat tiga segi kot..muahahah!!

Daudsu ni salah seorang dari pemain2 Kelantan. kecik2, macam aku dan comel2 gitu., comel pun macam aku jugak... hehehe.. malas ah nak cakap apa yang dia dah buat dalam game tempoh hari.. Bukan aku geram atau tak suka atau apa, cuma aku tak nak kaitkan dengan Daudsu.. harap korang paham (bajet giler ayat) nak buat cam mana.. Tak ada rezeki.. Yang Penting.. Bukan Salah Daudsu.. Kesian dia.. Sampai tak dapat tidur gara2 tertekan dengan silap yang dilakukan..
Aku bangga dengan Daudsu.. kalau aku la kan, tentu gabra giler, silap2 aku keluar padang.. kaki menggeletar tak dapat sepak bola. Tapi Daudsu? Sampai ke wisel penamat dia berjuang!!! kata orang, Berjuang ke titisan darah yang terakhir.. fuyoooh!

Aku, selaku rakyat Kelantan dan Anak Jati Negeri Kelantan, Tidak Salahkan Daudsu atas kekalahan Kelantan untuk mencium Piala FA musim ni, malah aku berbangga dengan adanya pemain2 Kelantan yang masih setia dengan TRW, dan adanya penyokong2 kelantan yang Tetap setia menyokong TRW.. Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Penyokong Kelantan yang sesat dari Borneo =P
Daulat Tuanku..Turun ke padang..Tok Guru pun datang sokong kelantan.. =)
Metro hari ini : 'Maafkan saya' - Daudsu

Semoga TRW terus maju kehadapaan... Go! Go! Go!
Pictures credit to : 100,000 rakyak Kelantan tak salahkan Daudsu atas kekalahan!

Pictures credit to : Kami bangga dengan Daudsu kerana sanggup berjuang sehingga wisel penamat!


8 comments:

  1. adoi... daudsu yeak? heeeeeeeee... takpa2... FA thn dpn ok?

    ReplyDelete
  2. aku pon minat gila kt daudsu

    ReplyDelete
  3. pergh mmg lautan merah hbs hehehe

    ReplyDelete
  4. ibnubaba: aku memang minat giler3..hehehe

    cik bidadari: I-Allah..rezeki thn depan..hehe =)

    ReplyDelete
  5. tok guru pon hade?hehhe...sepatut pak cik meaw pon ada ngan tok guru sekali,disebabkan pakcik meaw meninggal ritu terpaksa jual tiket tu...huhu...kalau tak mesti dia dah ada...

    ReplyDelete
  6. saya tak minat bola....tak minat bola....huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. kak nadia: mesti akak tak tau kan bola tu rupa macam mana..ekekek

    ReplyDelete
  8. xpe la..sian pulak kt dia~ oke ja

    ReplyDelete

Hai silent readers and lovely followers. Tq for your comments. Hikhik. Moshi2