Saturday, August 6, 2011

iBig Colour Contact Lense - Love it!!

Lebih kurang 3 bulan kemana sahaja aku pergi, aku tidak dapat melihat dengan jarak yang jauh sedikit. Dah tahu RABUN.. pe sal tak pakai spek mata..... Tak HOT laaa pakai spek mata.. ..lagi hot kalau rabun!!.. nak skodeng pun tak dapat!

Sebelum ni aku pakai contact lens.. Asal keluar rumah jea, lens la peneman aku..tapi kalau bertapa kat rumah spek mata kargo ni laa teman setia aku.. tapi.. sejak dari peristiwa itu.. aku tidak lagi memakai lens.. lagi selesa kuar rumah dengan kerabunan.. maaflah kalau ada yang senyum kat aku, aku buat derk jea.. bukan sombong, tapi gua tada nampak laa..hahahaha...

Dua bulan lalu, aku melilau kat Tesco Cheras dengan member sekepala, lalu jea kedai optikal, aku ternampak la brand lens ni.. tetiba jatuh cinta pulak.. tapi masa tu tak bajet lagi nak beli..so aku hold on dulu... Malas lah nak pakai lens ni.. leceh sih!!!

Bulan lepas pulak, aku melilau lagi di Tesco Bukit Beruntung, bermotifkan mencari contact lens yang aku teruja dua bulan yang lalu.. Nasib aku baik doe! hanya ada satu jea kedai optikal dalam tu.. dan nasib baik kedai tu ada lens yang aku nak.. Apa lagi.. REMBAT terussss....

Ni la lens yang menyebabkan aku teringin semula bercontact lens!!

iContact Colour Contact lens ni ada banyak jenis.. yang aku nampak kat dalam kedai tu.. ada 6 jenis dan mempunyai pelbagai warna untuk setiap satu jenis..adeh..paham tak??hahaha..Aku pun tak paham apa yang aku cakap

Aku grab yang jenis ni haa... iBig Colour.. ada 2 warna iaitu Coklat dan Hitam.. Memandangkan aku kureng sikit warna-warni ni, tak bajet duk Oversea, so aku pilih yang BLACK.. Lagi satu, lens ni untuk sebulan jea..biasa aku tengok lens yang berwarna untuk 3 bulan.. Bagi aku la kan.. aku tak suka pakai lens berbulan-bulan.. cukup la untuk sebulan dan tukar yang lain..for your better eye health orang putih cakap..hehehe

Diameter lens yang ni 14. tengok tepi lens tu, ada macam border gitu.. lagi satu, dia punya colour hitam tu, macam penuh.. Aku tanya la tuan kedai tu, Apa sal tak kasi penuh bagi hitam semua.. Dia jawab, nanti macam mana kamu mau nampak..Hadeh! Tak boleh ea?

Sekarang, aku dah boleh nampak! korang nak senyum, nak ngumpat, nak mengata, nak lambai-lambai tangan kat aku.. Aku dah nampak.. so, jangan main-main.. hekhekhek.. Puas hati dengan iBig Colour Contact Lense!!

Sekian, terima kasih

All pictures credit to googles, except the awesome eyes above! hahahaa

Papai!!




2 comments:

  1. menarik ni! kat mana2 kedai optikal ke ada jual ni? sepasang berapa harganya!

    ReplyDelete
  2. sepasang rm50..MEMANG MENARIK =D

    ReplyDelete

Hai silent readers and lovely followers. Tq for your comments. Hikhik. Moshi2