Friday, August 12, 2011

Visibly Soft Milk Mask - Cosway is My Way

Halooooooooo.... Salam Ramadhan ke-12

Burp! Masih lagi terasa kesedapan lempeng dicicah gula bercampur serunding daging dinihari tadi.. Perghh!! Sodap!!

Memandangkan hari ni hari Jumaat, aku nak kongsi sikit Mask apa yang aku pakai sekarang ni. hekhekhek (apa kaitan dengan hari Jumaat?).. kejap giler kan aku beralih arah, Padahal baru jea bulan lepas aku dok kecoh pasal produk lain, hari ni produk lain pulak.. Muahahaha!! Jangan cakap aku tak setia taw.. no..no..no.. =P

Ok! Nowadays, aku sedang mencuba produk Bioglo dari COSWAY! Yes! Cosway is my Way =)

Aku sebenarnya dah lama dah berkecimpung dalam bidang menggunakan produk Cosway ni.

Untuk jenis kesihatan dalaman, aku pernah amalkan Deep Sea omega-3 Fish Oil <--Klik untuk info. Memang terbaik ah. Dulu zaman Mahasiswi dulu aku tak pernah miss. Wajib makan! Sekarang ni.. Sejak dah Graduated, dah lama aku tinggalkan.. ahaks! Patutla bengap semacam jea aku sekarang ni..hahahaha

Lagi satu produk Cosway yang aku makan dari dulu sampai sekarang ni ialah Evening Primrose Oil<--Klik untuk info.. Ha.. yang ni wajib sampai sekarang.. Sangat-sangat penting untuk insan-insan yang bergelar wanita!

Ok, berbalik pada tajuk entri di atas. Produk Skin Care dari Cosway ni, tersangatlah banyak. Mungkin bagi awak-awak yang dah berkurun pakai dan mencuba, mesti dah tahu apa hasil dia.

Aku ni baru jea nak berjinak-jinak dengan Skin Care COsway ni, Untuk permulaan, aku try cuba test Mask dia dulu.

AKu sangat teruja bila masuk Cosway Shop.. Everything marbeles. Harga pun kira OK la bagi aku yang kerja biasa-biasa ni.. kira Mampu lagi laa.. tak de la terkeluar biji mata bila tengok.

Actually, Aku pening sekejap bila nak pilih yang mana satu Mask yang aku nak cuba, Banyak sangat doe. Kalau tak silap aku, lebih dari tiga jenis mask la.. Kira banyak la tu.. Sebab dulu masa aku belajar, Ustaz aku cakap, Wahid adalah untuk satu, Musanna adalah untuk dua, dan kalau lebih dari dua, kita panggil Jam'un iaitu banyak (hadeh, ingat-ingat lupa)

Dalam banyak-banyak mask tu, aku berkenan yang ni haaa.....Hmmmmm..
Awesome, cantik giler muka model ni, harap-harap skin aku boleh jadi macam dia..hahahahahah

Aku pilih mask ni sebab mengandungi segala jenis kebaikan susu. Susu-susu ni aku suka. Mandi susu, Berendam dalam susu, Hair treatment guna susu, Make up remover pun aku guna yang bersusu.. tapi satu jea aku tak dapat jalan dari kecik sampai ke muda ni, Minum susu. kecuali susu coklat, yang lain..blueekkk.. hahahaha

Mask ni best, kulit aku yang sedikit kering ni ternyata lembap,lembut dan ayu sekarang..perghh..perasan giler. Ada sedikit pengelupasan berlaku, sikit jea tak banyak, sangat-sangat sikit, bukan pengelupasan kulit taw, tapi pengelupasan susu..hekhekkk.. objektif pengelupasan: untuk menjadikan kulit aku yang legam ni menjadi lebih cerah segar dan gebu. =)

Bau mask ni jugak semerbak harum. Bau susu. Aku sangat-sangat suka. Tetiba rasa macam berada di alam bayi. Di belai manja oleh mama tercinta.hikhik.. mask ni jugak betul2 terletak di muka, tak de senget-senget, tak de besar gedabak!, tak de tertutup hidung sampai tak boleh bernafas =)

Paling best!, harganya sangat berbaloi2. Satu kotak ada 4 sheets, satu minggu aku pakai 3 sheets, so lebih satu sheets boleh guna minggu depan, kalau rasa nak jimat, pakai dua sheets pun boley. Satu kotak tu berharga RM15. Berbaloi2 kan???

Nak jadi CUN macam aku?? Jom sama-sama jadikan COSWAY is our HIGHWAY..hikhikhik (gelak sopan+perasan)

Papai!!




No comments:

Post a Comment

Hai silent readers and lovely followers. Tq for your comments. Hikhik. Moshi2