Sunday, November 23, 2014

DanishNina: DUA tahun

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today?? 


Usia perkahwinan yang baru saja menganjak ke angka 2. Alhamdulillah. Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah yang telah memanjangkan jodoh ku bersama suamiku hingga ke saat ini... Kekalkanlah nikmatMu ini keatas kami dan jadikanlah kami berdua suami isteri di dunia dan diakhirat. Amin.amin.amin.. 

Jodoh itu di tangan Tuhan. Siapa kita untuk menidakkannya?

1 Muharram 1434H - 1 Muharram 1436H 
14 November 2012 - 14 November 2014

Awal-awal aku kenal suami aku, sampailah hari kami nak kawin, macam-macam kerenah dan kata-kata cacian dan kata-kata sindiran mahupun pendapat-pendapat yang negatif yang aku terima. Tapi, benda-benda macam tu ibarat air yang lalu dalam telinga aku. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. *tapi kalau taik telinga penuh, keluar ikut telinga kiri le jawabnya. kikiki*. Benda yang buruk aku ketepikan, yang baik aku sematkan. Walaupun ada yang cakap aku ni bebal tak fikir apa yang orang cakap.. bagi aku, Buat apa kita nak fikir yang bukan-bukan kan? Cinta itu buta. *tetiba* 

"Ko ni dah kena buatan ni. Sampai duk tergila-gilakan dia".. eh? tak delah aku sampai gila kot. haha *jawab dalam hati* 

"Eiii. ko tak geli kea?? macam-macam dia makan tuh dulu tu".. eh? dia yang makan, yang ko nak geli tu apahal?. kihkih *jawab dalam hati* 

"Ko tu perempuan, dia tu lelaki. tak kan perempuan nak bimbing lelaki".. kenapa? salah ke? *jawab dalam hati* 

"Ko jangann...nanti tak pasal-pasal dia yang 'heret' ko nanti".. Ya Allah. kata-kata itu doa. Sampai hati ko doakan aku macam tu??? 

"Dia convert sebab nak kawin dengan ko ek?". Suami aku convert mei 2010, Kami kawin November 2012. Convert bukan sebab aku. Convert sebab dia insan TERPILIH> full stop  

erm..macam-macam lagilah tanggapan orang terhadap kami. penat nat melayan. huhu 

Memang, bukan mudah menjadi isteri kepada suami yang 'baru'. sedangkan aku sendiri pun masih lagi dalam proses belajar, belajar untuk menjadi insan yang lebih baik. Tetapi, tak menjadi satu masalah yang besar bagi aku untuk menerima seorang muallaf  dalam hidup aku.. 

yang memBEZAkan antara AKU dan DIA... Aku, dilahirkan dalam keluarga yang ISLAM, Dia, mencari apa itu ISLAM............................. 

Alhamdulillah. sepanjang dua tahun kami bersama, abang banyak mengajar aku erti kehidupan. erti kesusahan, erti pergaulan. berapa banyak erti daaa~ hehe 

Kadang-kadang, aku yang malu sendiri bila abang tanya bab-bab agama, aku tak dapat nak jawab.. last-last dia yang kasi ceramah aku. saja nak test aku tahu ke idok. kikiki.  

Kadang-kadang juga, bila aku terbaca kisah-kisah seorang suami yang susah nak puasa, susah nak bangun subuh, susah nak solat Jumaat,, susah itu, susah ini.. aku rasa macam sedih pulak. Sedih tanda aku bersyukur.. bersyukur dikurniakan seorang suami yang MUDAH diajar, SENANG dibimbing, MAHU belajar.. Alhamdulillah.. walaupun suami aku seorang muallaf, semua benda tu dia tak abaikan.... malah, selalu mengingatkan aku dari kelalaian.. aku pula yang selalu lalai. Ya Allah. Ampunkanlah dosa hambaMU ini.. 

Bukan aku nak Show off dekat korang yang suami aku ni macam ni, macam ni.. Tapi itulah hakikat yang aku nampak "yang memBEZAkan antara AKU dan DIA... Aku, dilahirkan dalam keluarga yang ISLAM, Dia, mencari apa itu ISLAM.............................

Isteri.. berdirinya disisi suami. Jatuh bangun suami, Buruk Baik suami, Sebusuk-busuknya suami.. Isteri TETAP disisi suami... 

Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkahwinan kami sebagai ibadah kepadaMU dan bukti ketaatan kami kepada sunnah RasulMU.... Amin..amin..amin.. 

Untuk suami tercinta... Selamat Ulang Tahun ke-2 Perkahwinan... 

Suamiku.. bimbinglah aku kejalan yang diredhai.. bimbinglah aku sehingga aku menjadi muslimah yang solehah..taat kepada perintah dan suruhanNya.... dan InshaAllah.. aku juga akan cuba sedaya upaya membimbingmu sehingga dirimu menjadi muslim yang soleh, taat kepada perintah dan suruhanNya... InshaAllah. Allahuakbar...


Simple celebrate for ibu & daddy.. 
Yummy cheese cake & Our little Caliph... Harta dunia akhirat kami. Harta yang tak ternilai harganya :).  

TQ for reading! K bai!~ 





5 comments:

  1. Alhamdulillah Nina dan suami, Tahniah dan kak ana doakan kalian berdua terus mencari syurga hingga ke akhirnya di samping permata hati yang sangatlah comel Daffa tersayang, amin.

    ReplyDelete
  2. Asalam..salam kenal blog ..http://madey09.blogspot.com/2014/11/perlu-pelajari-cara-penulisan-yang-baik.html

    ReplyDelete
  3. assalamuailaikum ibu nina.. Subhanallah. syukur. baru tahu kisah sebenar koranggg. takpe.. semua yang terjadi dah ditetapkan di Luh Mahfuz kalian. in shaa Allah, semoga berkekalan ikatan kalian sekeluarga hingga ke Jannah...

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan sis.. :)

    jemput siggah di blig sy nnt..

    luarteko.blogspot.com

    ReplyDelete

Hai silent readers and lovely followers. Tq for your comments. Hikhik. Moshi2