Sunday, November 23, 2014

Fenomena Ayam Uncle Jack

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today?? 


Kalau korang jenis penggemar ayam goreng rangup macam aku ni, mohon cuba ayam Uncle Jack ni. sedap. sedap bagi aku lah. Kira ngam dengan tekak. Bau pun . pergh. memikat. hehe. 

Aku tak perasan pulak bila masa Ayam Uncle Jack ni ada dalam Giant Cheras Utama nih. Tahu-tahu, bila satu Giant tu bau ayam semerbak harum menggoda jiwa raga mengalahkan KFC sampai tak tenang aku beli barang dalam Giant. Memula aku ingat ayam goreng dalam Giant, rupa-rupanya Ayam Uncle Jack (UJ) yang semerbak masuk dalam Giant.. Setakat hari ni, dah tiga kali aku makan ayam UJ nih.. pergh. pergh. pergh. 

First try terus terbeliak biji mata, tanda kesedapan tidak terkata. hehe. Nyesal beli seketul jea. saje cuba-cuba takut tak sedap. Karipap dia pun best jugak weh. Besar. Makan sebiji terus jadi abang sado. haha. 

Selalunya kami beli set : ayam dua ketul, nasi, air. (total rm5) - murah kan?? Nasi dia best! sedap. makan kosong gitu jea pun dah terangkat hidung. pergh.pergh..






Ayam dia crunchy dan pedas!!!! my taste ok! :)

Ada sesapa yang dah cuba Fried Chicken Uncle Jack??? Amacam?? berapa bintang uolss bagi?? Aku bagi 10***.. daahhaaa... Setuju? 

OK.. sambung tengok Malaysia lawan Myanmar. see ya~


Selamat mencuba!!! 


TQ for reading! K bai~!      





9 comments:

  1. Salam nina..haa sedap aih.kak intan tgk pon tingin...kalau makan terus jadi kakak sado..hehehe..nina sihat?

    ReplyDelete
  2. mak pernah beli dulu tapi sempat makan karipap je :( ayam orang lain dah ngap adoi la

    ReplyDelete
  3. Nina..terseksa mata ni memandangnya tau..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum nina..wah sedapnya ayammmm

    ReplyDelete
  5. wah nampak pon sedap, kena try gak la cmni ^_^

    ReplyDelete
  6. dah lama tak pi giant ... semua gaint ke ade uncle jack ni ... murah la tu .... nanti nk try la

    ReplyDelete
  7. dh cuba last month, sy bg 10bintang!!! mmg sedap.. byk.. kenyang.. murah.. berbaloi²..

    ReplyDelete
  8. yang jual kat pasar malam tu ysng ini ker? yang katanyya takder kulit takder lemak takder isi eeh hehehe.

    ReplyDelete
  9. sedap tu, boleh jadi saingan kepada kfc

    ReplyDelete

Hai silent readers and lovely followers. Tq for your comments. Hikhik. Moshi2