KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 4, 2013

Pusing kepala

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Semalamkan, aku, mama, abang, dan adik aku adala pergi Mahkamah Syariah, nak settle masalah geran kereta. Kereta tu atas nama arwah Abah aku. Minggu lepas dah pergi bank, nak minta geran kereta. pergi bawak diri jea, tak bawak apa2 pun, bajet terus dapat ha. Ingat senang jea boleh dapat, bila dah bayar semua payment boleh terus dapat. 

Tapi, alih2 kena ada surat dari Amanah raya baru boleh dapat geran. Dia cakap, kalau dah dapat surat tu, tak payah cakap banyak, terus boleh dapat geran. Hamboih! sentap! aku bukan nak cakap banyak punnn. pftttttt. 

Terkedek2 la pulak kami ke Amanah raya. Bila sampai sana, tengok orang tak ramai sangat, so tak de masalah laa kami nak tunggu turn. Aku bab2 menunggu memang tak boleh blah. punggung cepat panas. kahkahkah.  Bila dah sampai turn, cakap itu ini, dia pun bagilah borang bagai. siap ada checklist apa barang yang dia nak. nak salinan itu, salinan ini,, kena pergi mahkamah syariah dululah, kena pergi angkat sumpah la, kena pergi matikan setem lah.. pergh.. sampai ke lubang cacing kena korek. ok fine. 

So, semalam baru kami sempat ke Mahkamah Syariah, just nak ambik dokumen yang diperlukan jea. Sampai2 sana, dia bagi pulak satu borang... Tssskkk.tskkkkk. Ingat pergi boleh siap terus. Dokumen yang diminta Amanah Raya semua kami dah bawak. Sekali, tahu apa yang dia nak? Salinan surat beranak. adeh. nak nangis ada, nak gelak pun ada. 

Kalau surat beranak kami adik beradik jea tak pe, fine. tapi, surat beranak nenek kami pun nak jugak. adoiii. seingat akulah kan, nenek aku tak de surat beranak, sebab dia lahir zaman Jepun berperang lagi, JPN pun tak sempat nak ada. wakakakakak. Jadilah pulak satu kerja nanti kena pergi pulak JPN kang? Aku pulak, surat beranak ada kat KL. tak de kerja aku nak angkut bawak balik Kampung. surat beranak jea pun. grrrrrrr. 

Satu lagi yang aku nak tergelak, dokumen moyang aku pun dia nak. hukhukhuk. moyang aku pun aku tak kenal. hahaha 

Banyak betul prosedur2 yang aku tak tahu. korang pun mesti tak tahu jugak kan. hurmm. 

Baru aku sedar yang kat dunia nih banyak ssangat prosedur2 dan benda2 yang peningkan kepala untuk kita dapat sesuatu. Apa yang penting. Berusaha. Hahaha. 

TQ for reading. K Bai!       




18 comments:

Anum said...

usaha tangga kejayaan

Masya said...

payah jugak yer.. prosedur mcm ni huhuhu...

Siti Munirah said...

Dokumen moyang Nina pun dia nak? Wakakakkakaa...Memang lawak.

wawa syaida said...

mak aiiii...org yang baca ni pun pening kepala...maybe dia nak dokumen 1 keturunan kot....adeh! adeh!!

nia_cheroniah said...

Mak aih! sampai camtu sekali procedure nya? baca pun dah rasa geram.huhu

dear anies said...

kerenah birokrasi??

Cik Nor said...

sabar je lah nina..:)

NinaAz said...

sis uni: tu ah. lawak r. sabor jea lah.

Zura said...

banyak betul prosedur dia.. ape lagi, maki la dorang sebakul dua..biar dorg tau sape nina yang chantek nih !!.. jgn memain ngn nia hokey !!

Unknown said...

kerenah birokrasi tu nina...

LYAfrina said...

ermm..mmg gitulah... kdg2 sesuatu tu y mmg milik kita..nk ke dpt pon ssh..kna lalui pelbagai prosedur ikut peringkat..

Anonymous said...

kdg2 prosedur yang macam2 ni mmg menyusahkan !

Unknown said...

itu la..byk prosuder tu 1 hal, layanan x mesra pun 1 hal.. haihh...sabo je la..

kak ell said...

nina: urusan yang berkaitan dgn orang dah meninggal nie memang banyak prosedur sikit tau..tapi stage nie jee lah, saya cadangkan awak pergi pejabat harta pusaka kecil senang sikit prosedur die, gud luck :)

Nina Mads said...

huhuh..dgr macam sengsara betul sbb geran kereta saja. ingatkan geran tanah yg susah

Yaya Mohd said...

salam..
wahh mmg pening ni..huhu
ta phm ;p

Mizz Aiza said...

memang pening kalau banyak sangat prosedur yang kena ikut.. huhu..

Nik said...

mintak ic kira ok lagi. ni sampai ke surat beranak moyang tu mcm tak nak bagi jea kita tuntut harta ayah sendiri jea.

no wonder la diorg cakap harta pusaka ramai yg tak tuntut, maybe sebab prosedur dia menyusahkan org kot.haha