KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, January 19, 2014

Kelas Penyusuan Susu Ibu (3 jam) - Lunatots Putrajaya

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Seronok sangat bila dapat join kelas ni. Lagi berkobar2 dan tak menyabor nak menyusukan anak sendiri nanti. Lagi seronok bila ada kawan-kawan yang betul2 support breastfeeding ni. serius best

Alhamdulillah. tercapai jugak hajat aku nak join kelas penyusuan ibu sebelum bersalin. Special thanks to sis Azian a.k.a blogger: Ibu Najla sebab ajak kita join sama kelas hari ni. Macehh taw! TQ jugak buat sawo tertayunk sebab sanggup menunggu berjam2. hihi. Real Men Support Breastfeeding! ceeewahh gittew :) 

Sebelum join kelas di putrajaya ni, ada la jugak aku usha2 kelas penyusuan yang PumpOnTheGo buat. Tapi disebabkan beberapa kekangan, tak dapatlah aku nak join kelas kat sana (kelana jaya). Alih2, rezeki aku disini.

I'm HERE!!! 
Lunatots Putrajaya!! 
3 Hours Breastfeeding class :)

Macam mimpi pulak. hihi. mimpi masuk kelas menyusu weh. macam tak caya aku ni bakal jadi mak2 yang akan bagi susu kat anak. fuh. macam berat jea tugas tu kan. *ihiks* 

First impression, aku ingat penceramah laktasi tu bujang taw, rupa2nya anak dah tiga orang. ketiga2 anak dia semua breastfeeding, ada tu sampai 4 tahun still lagi breastfeeding. Kagum sangat dengan Pn. Haza ni. cara dia talk pun best, yea lah, orang yang banyak pengalaman kan, kaunselor laktasi pulak tu... 

Ada tiga benda yang paling utama yang aku dapat hari ni, iaitu Asas penyusuan, Teknik Breastfeeding dan penyusuan bagi ibu bekerjaya

Dalam sesi pertama Asas penyusuan. benda yang paling penting yang aku dapat serap ialah berkaitan dengan "Anak disusukan seawal 1 jam kelahiran". lagi awal, lagi bagus. Sebab kebarangkalian untuk anak tu menyusu lagi dan lagi tu akan tinggi. Dia ada tunjuk satu video berkaitan dengan bayi yang baru lahir. Keluar jea dari perut ibu, lepas buat apa yang patut, diaorang letak baby tu atas dada ibu. Subhanallah. bijak sangat baby ni rupanya. tak payah disuruh, dengan sendiri dia cari sumber makanan untuk perut dia. bila dah jumpa terus hisap tanpa diajar. pandai pulak tu dia hisap. hehe. ajaib kan baby ni? 

Ilmu berkaitan dengan kolustrum, foremilk hindmilk dan sewaktu dengannya pun dapat jugak lah diserap dalam sesi pertama tu. Lepas tu ada jugak dia cakap berkaitan dengan *STRESS*, jangan stress kalau awal2 tu susu sikit. memang cukup untuk bayi walaupun dimata kita susu tu sikit jea. jangan risau katanya. perut baby sebesar guli jea pun.. So, aku akan set dalam kepala sekarang. *jangan stress yeaaa* jangan stress. kerapkan menyusu dan menyusu dan menyusu. :)  

*Formula menyusu*  

DEMAND = SUSU AKAN KELUAR 


Dalam sesi kedua pulak banyak dia share pasal breastfeeding teknik. Pasal prolaktin, oksitosin, teknik lekapan bayi, posisi penyusuan dan macam2 lagilah. Apa yang aku dapat dalam sesi kedua ni, as usual.. Ibu yang menyusu sila jangan stress. kalau kita stress, ianya akan menggangu proses pengeluaran susu ibu. Selagi ada demand = susu akan digenerate. So, jangan risau dan jangan stress ok!! 

Pasal milk booster pulak, meh aku share dengan korang makanan apa yang boleh menambah susu (InsyaAllah). Tapi zaman sekarang kan dah moden, belambak milk booster yang jual kat kedai tu.. korang boleh pilih nak yang mana. Asalkan $$ hadoo. kalau macam aku nih, rasanya nak try yang manual jea kot. Makan makanan yang boleh menambah susu + minum horlicks banyak2 + minum shake banyak2. haha. InsyaAllah. Doa banyak2 jugak. huhu :)

Pegaga, Tenggek burung, Laici, Jantung Pisang (ini memang fevret aku, cicah budu semestinya), Lobak putih, Longan

Sesi last pulak penting bagi aku sebab dalam sesi last tu dia banyak share pasal penyusuan bagi ibu bekerjaya. Alhamdulillah, dapat jugaklah ilmu berkaitan dengan pemilihan pam, apa itu let down reflex, susu perahan, cara nak simpan susu perahan, perahan susu dipejabat dan dapat belajar macam mana nak keluarkan susu dengan cara mermet. hikhikhik. kot2 la pam tertinggal, susu dah bengkak bagai so teknik mermet ni kita kena tahu yea ibu2. haha. especially ibu baru macam aku ni lah. Zero knowledge :) 

Ada satu slide yang suka aku nak share dengan korang pasal latihan pemberian susu ibu perahan kepada bayi. Macam aku, InsyaAllah konon nak ambik cuti bersalin 90 hari (wow, lamanya.. tak sabar maks nak goyang kaki. haha), Pn Haza cakap, seawal 2 minggu sebelum kita nak masuk kerja, kita dah kena start ajar baby minum dalam botol (Susu perahan ibu - SIP). Masa nak bagi baby tu susu dalam botol, biar orang lain yang bagi (mak kita ke, laki kita kea). Jangan diri sendiri yang bagi nanti baby tu akan confuse dan Otomatik dia akan melalak tak nak minum susu dalam botol tu. hehe. macam tu lah lebih kurang yang aku paham. 

Ini slide yang aku nak share dengan korang:

Nampak tak kekdah dia? hari 10-12 tu SIP dari pagi sampai ke petang. Sebab hari ke-13 tu kita dah nak masuk kerja. 
Slow2 la ajar baby nanti. Be a good baby yea dear :)

Okeh. Tue jea lah kot apa yang aku dapat share dalam entri kali ni. Alhamdulillah. semoga ilmu yang aku dapat hari ni bermanfaat untuk diri aku nanti. Yeah! Jom support breastfeeding! winkwink :)

Mak2 yang support breastfeeding. 
Harap2 group hari ni berjaya dengan jayanya lah yea! hehe. 
Yang tepi aku pakai baju pink tu lah kak yan (Ibu Najla), hehe. breastfeeding sampai 2 tahun setengah kott, cayalah. 
Yang pakai baju merah tu sampai anak dia umur 3 tahun masih lagi breastfeeding. 
Penceramahnya, sebelah aku pakai dress hitam. Pn Hazarina (certified Lactation Counselor). 
*Sila abaikan aku yang gemoks - lagi 6 minggu kurus dan slim meletop laa. kalah Cik Ta*


Breastfeeding is a mother's gift to herself, her baby and the earth. 
- Pamela K. Wiggins- 


A newborn baby has only three demands:

1) They are warmth in the arms of its mother. 
2) Food from her breasts. 
3) Security in the knowledge of her presence. 

Breastfeeding satisfies all three... 
- Grantly Dick-


Speechless...


TQ for reading! k bai~  



21 comments:

mamawana said...

Assalamualaikum

Bahagia menatap wajah2 ibu mengandung dlm foto ini. Nice and so sweet..

mama tisya said...

smoga nina dpt nyusukn baby selama yg mungkin..yg penting jgn stress..kena slalu pk positif..akak pn dlu mcm tk caya bole breastfeed smp 2thn setgh

Unknown said...

best gak la pengalaman masuk kelas begini.. At least tau sumthing kan. Hihi.. ;)

Masya said...

wahh seronoknya.. dpt pg bengkel mcm ni..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum nina. bestnya! teringin gak nak cari kelas, tapi malas. hahaha belajar dengan awak jelah nanti. hehehe semoga dipermudahkan nina. tak sabar nak tengok awak dgn baby kat spital >_______<

Cik Nor said...

ermm..best tu..:)

Unknown said...

Assalamualaikum nina...harap sihat walafiat yer..hari ni..
wah pergi kelas penyusuan..bestnyer..sayangnya akak dl xder pengalaman pergi kelas camni..atau kat hospital sekalipun...sedey...tak reti langsung cara nak susukan mia first time dulu..terpaksa bg susu formula... nina berlajar betol betol tau..mg banyak susu nanti..selamat berjaya

Lynda Che Lah said...

tq sharing terutama bab tambah susu tu..hehe..sedapnya jantung pisang..

Mizz Aiza said...

bagus ada kelas macam ni.. macam-macam boleh dipelajari mengenai penyusuan ibu..

::EIDA:: said...

terlentok patung baby tu. heheh. bila la ida boleh follow class macam ni. amin amin... doa tuk ida yekk ;))

Unknown said...

masa anak pertama saya tak bagi SI.anak kedua baru saya bagi SI.rasa menyesal pulak tak bagi SI untuk anak pertama dulu.masa tu tak de ilmu..yang kedua gigih belajar,masuk group kat FB la,tanya orang tua2 la,google la..hehhe

saya tak de ambik apa2 makanan tambahan macam shaklee ke apa..cuma hari2 minum horlicks dan makan kacang tanah..

lelamaisara said...

BAGUSNYE ADE KELAS MACAM NI... ibu2 mengandung yang ceria belaka..nice..;)

Cho Zila said...

selamat belajar dan nanti mempraktiknyerkan.. dah kejapjer rasanya.. nanti blogni penuh gambar si comeljer...

Nory Zoulkefle said...

syiokknyer...nanti kalau ada lagi ajak nory yer...

dear anies said...

bgs utk kelas2 mcm ni esp ibu2 baru dan bekerja

Unknown said...

comelnyaaaaaaaa semua mak2 ni haha bagus program2 camni :)

BUNDA said...

Bagusnyer sekarang ni dah ada bengkel2 macam ni...

Cikrosecute said...

Dah lama tak pergi Putrajaya...

Unknown said...

oh kat sini.. heee.. penah lalu jer.. tp x penah la pulak masok dlm.. hehehh...

Haza said...

Assalamualaikum Dear Nina yang Mani's,

Hari ni Kak Haza Blog Walking. Terjumpa Nina di sini. Terima Kasih. Ia menyuntik semangat untuk terus memberi

Sehingga jumpa lagi :)

fatim said...

Perkongsian yg sangat bermanfaat.

tq admin..

Tip tambah susu ibu