KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Saturday, January 11, 2014

Selamat jalan Adidas kesayangan

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Aku tak pernah terbayang pun barang sendiri hilang depan rumah. Sebelum ni sakan aku duk puji orang kat kawasan rumah aku ni baik2 belaka. Tak de yang jenis panjang memanjang tangan ni. Sekali bila dah kena. hambek kau. tak de maknanya aku nak puji lebih2 lagi lepas ni. Kahkahkah 

Balik kerja semalam aku dah perasan dah. Terdetik dalam hati, apasal rak kasut laki aku ni kosong kat tengah2. Nak tanya on that time, dia pulak tak de,.. last2 aku lupa nak tanya. sampai laaaa pagi ni. 

Pagi ni aku dengar laki aku duk bising kat luar, lepas tu datang tanya aku ada nampak tak kasut dia. Dan2 aku baru teringat pasal semalam. aku cakap laa dari semalam lagi aku nampak rak kasut tu tak de sepasang kasut. Tapi dia cakap petang tu dia bawak pergi main badminton. 

Hmm.. maknanya, kasut tu baru jea laa kena kebas semalam, lepas dia balik main tu. mabe tengah2 malam kot orang tu datang kebas kasut dia. Monyok jea laki aku hari ni. Kasut kesayangan dia pulak tu. pandai betul pengkebas ni, pilih kasut yang orang sayang. hadeh. yang aku peliknya, satu jea dia ambik, nampak sangat pengkebas tu yang nak pakai. kalau nak jual, aku rasa confirm dia kebas semua. huh... 

Laki aku ni jenis yang berwarna dari atas sampai bawah. Kalau baju merah, seluar pun at least line adidas tu mesti warna merah, kasut of course lah warna merah. Kalau biru, semua kebiruan jadinya. kalah aku weh.... Aku main hentam jea, kasut merah, baju biru, selendang oren, handbag coklat. punnnn aku bedal, ada aku kesah. hahaha. 

So sekarang, kasut biru dia sudah hilang, awal2 lagi dah kena request hadiah hari lahir dia bulan depan nak kasut sukan warna biru. *botak kepala maks!* hahaha. Nampak gayanya, bulan depan lah baru laki aku ni kebiruan. haha. sabo jea lah!

Selamat berkhidmat untuk tuan barumu *mata keatas*

Moral of the story: Hidup kena selalu beringat. Barang yang kita sayang jangan bagi orang nampak, kan ada yang berkenan, ambik jalan mudah. kebasssss saja!!! haha 

TQ for reading! K bai~    




5 comments:

Sheila Salim said...

assalamualaikum awak. thank sudi follow blog sheila. sheila singgah sini juga. hehe. salam perkenalan. kesiannya. teringat sandal saya kena putus kat rumah akak ipar. sedih betul. sampai skrg tak beli lagi sandal baru. pakai selipar je. takda pula org nak putuskan selipar ni. huwaaaa :(

Dzureen Darwis said...

wah macam tu pulak ek. saya kan kalau lalu singgah2 blog akak mesti jeles tengok gambo header tu hahaha dah lama nak cakap sebenarnya sbb gmbr tu nampak bahagia sangat :)

Nora Karim said...

mesti org tu dah aim lama... tak de rezeki husband la tu...huhuhu sabar je la...

Chic Na said...

hihi.. baru je bersangka baik kat orang terus jadi.. sabar jelah.. pilih yg paling mahal lak tu.. lepas ni angkut rak kasut masuk dalam rumah..

Deqla Manjew said...

dah berkenan tu laju jer curik.. ish.. sbb tu deqla suka simpan sandal , kasut dlm rumah..