KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Thursday, June 13, 2013

Product Review: Mentholatum Natural Treatment Lipbalm

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Semenjak dua menjak ni, aku rasa happy sangat bila masalah bibir keringku semakin baik. ecehhh. Suka taw. Dah macam2 benda aku tenyih kat bibir ni, dengan harapan ianya lembap dan tidak over menggelupas. Tapi semua macam hampeh jea. 

Ingat tak entri aku hari tu, yang aku taip pasal Obuse Lip Tint? Aku ada tanya korang kan pasal lip balm mentholatum. Ada jugak blogger yang cakap bibir dia makin kering bila pakai lip balm brand mentholatum. Ada jugak yang bagi feedback positif. heeee. Aku ni jenis yang mudah terpengaruh. So, nak tak nak. Aku rasa macam nak jugak try mentholatum nih. 

Lagi satu perangai aku, aku jenis yang tak sabar. Kalau aku rasa berkenan sangat dengan sesuatu benda tu. dan-dan hari tu jugak aku nak ada depan mata. hahaha. buruk perangai. So, dan-dan laaa aku pergi AEON Cheras Selatan tu. semata-mata nak cari Mentholatum ko. Nasib dekat rumah jea. Dalam tu ada Watson. Dalam Watson ada segala benda yang aku boleh beli. Especially barang2 kecantikan dan kewanitaan. gittew. kan? 

Bila aku tengok dekat area lip Balm yang banyak tergantung-gantung dalam Watson tu, bila aku perhatikan. lip balm brand lain masih lagi berlambak. Tapi, brand Mentholatum ada seketul dua jea. Tu pun berlainan warna. Ada hijau dan coklat tak silap aku dia punya kotak. tapi still Mentholatum. 

Dalam hati... erm. ni mesti kes power gila brand ni, sampai stok pun dah nak Out of stock.. ermm. kea.. brand ni tak laku sangat? sampai Watson tak nak tambah stok? hahahahha. aku bermain dengan perasaan sendiri disitu. 

Tapi aku positifkan minda, sebab Prof Muhaya selalu cakap kita kena positifkan minda kannn. So, aku yakin, brand ni memang power gila sampai stok pun dah nak habis. mesti ramai yang berebut2 nak beli nih. muehehehe. 

Dalam dua pilihan yang ada. Aku memilih Mentholatum yang berwarna Hijau. yea. Hijau itu fresh! oh ya.. Tema raya keluarga aku tahun ni hijau taw, dah hantar tukang jahit pun kain. korang dah? hahaha *sabor yea. Ramadhan pun belum masuk lagi. muehehe, Ganti puasa dah ke belum?*
MENTHOLATUM NATURAL TREATMENT LIPBALM
RM9.90
WATSON


Kenapa aku pilih Mentholatum?



1) Sebab ada perkataan TREATMENT disitu. Maknanya, lip balm ini akan membaik pulih bibirku yang mungil ini *bluek*
2) Mengandungi Vitamin E dan Ekstrak Aloe. Seperti yang aku sedia maklum. Aloe dan vitamin E sangat bagus untuk kulit. Sekaligus bagus untuk bibir. Aku rasa laaa~ 
3) UV protection. ha. yang ni penting. jangan ingat kulit muka jea perlu ada UV protection tau. 

Tak sia-sia aku pilih Mentholatum. Dah ada improvement yang sangat menakjubkan. ecece *kipas2. kot2 dapat tajaan stok untuk setahun nanti* hahaa. Tapi, ini serius taw. Lip aku dah tak kering sangat seperti sebelum ni. Sebelum ni pun aku selalu pakai lip balm. Tapi lain brand ar. bila try brand ni. oh! i'm fall in love. serius aku suka. serius sesuai bangat dengan lip aku. Terima kasih Mentholatum!

Seee... Putih bersih. Sekali sapu jea terus rasa dirimu begitu berharga. AHAKS!


Kalau korang ada masalah sama dengan aku. lip kering. menggelupas tahap gaban, kadang2 sampai berdarah. nak senyum pun pedih oit. So, mohon try Mentholatum. Mana tahu sesuai dengan korang. Tak cuba tak tahu. kan.kan.

TQ for reading. K bai!    



19 comments:

Jojet said...

aku pon ada masalah bibir kering merekah! aku pakai lip balm nivea tu..ok, tp oily sikit laa..

Nurzakiah Hanum said...

wow great one

Mizz Aiza said...

setakat ni alhamdulillah akak takde masalah bibir kering lagi.. terbaik la nina review produk ni, boleh jadi duta mentholatum lepas ni..

NinaAz said...

Jojet. Yang ni tak oily taw. Serius best

NinaAz said...

Mizz aiza: hrp3 mentholatum baca komen ni nanti. Muehehe

cha said...

haa pastu jangan lupa minum banyak air kosong. ni pakai benda alah ni kurang minum air tak boleh jugak huhu

wawa syaida said...

nina silah jadi duta mentholatum ^_^...info yang padat dan tuntas

Khai♥Rin : anies said...

sy belasah je dgn myk zaitun..bibir so far x berapa kering walaupun duduk dlm air cond

Masya said...

tq kongsikan info ni.. pernah alami .. xtau ada lip bum mcm ni bgs jgk..

Jojet said...

ok, nnt aku beli. klw oily terus jadi malas nk pakai kan? aku suka yg tak rasa pape, just x kering je bibir, baru best!

Normi Nieza said...

blh jadi model nie..hihik

Giorgio Izas said...

Pernah gak pakai LipBalm cenggini tp itupn cbab dpt free... 'Lip Ice' klu xsalah. (^_^) Company ni gak kot?

Zura Lee said...

zura pakai lipgloss maybelline..bibir rs cm artis sgt..hihihhi

Deqla Manjew said...

deqla x penah pakai lipbalm...kdg2 bibir kering jugak.. huhu..

nik ros said...

nak try la. bibir sis pun kering jea..huhu

Amanina Mads said...

bibir kering dpt diatasi kan..hehe
kdang2 bibir kering sbb kurang minum air.. betul ke?

Anonymous said...

I'm no longer sure the place you are getting your information,
but great topic. I needs to spend some time learning much more or
working out more. Thanks for great info I used to be searching for
this information for my mission.

my website: 1mr dmaa ban

Anonymous said...

Pun alami benda sama. Bibir menggelupas n kering sangat. jd jalan2 kat watson nampak lipbalm. Amek yg ada jenama n murah. Mentholatum yg hijau pekat tu. Sedap pakai. Hahaha... bibir kering pun tiada lagi. Hahaha

Anonymous said...

Bru beli n first time nak try lip ice ni. Agak2 kalau bibir lebam kebiruan tu bley beransur jd merah x pakai lip ice ni? Problem la sbb salu tenyeh gincu kt bibir ni. Sob3