KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Thursday, December 8, 2011

Tutty Fruity Cake

Assalamualaikum... Halo readers!!

Dah seminggu aku bertapa kat kampung halaman ni, kesibukan melanda sampai tak sempat nak menjenguk bahan-bahan pastry yang ada kat dapur mama... Hari-hari nampak HERBALIFE jea.. sampai lupa nak masuk dapur.. :P

Banyak yang dah licin dan perlu di top-up,, serbuk koko dah tinggal secubit, esen vanila langsung tinggal botol kosong jea, soda bikarbonat dah licin, tepung gandum pun lagi 1/2kg nak habis.. yang paling banyak sekali ada kat dapur sekarang, WHIPPING CREAM.. 4 kotak.. pergh!! Abah tersilap beli whip cream dalam kotak, sedangkan IKBN order yang dalam botol, jenuhlah aku nak habiskan :)

Minggu depan dah kena buat kuih-muih untuk tempahan IKBN.. kena plan awal-awal la ni, setiap hari mesti menu yang berbeza-beza.. kalau hari-hari aku bagi makan APAM POLKADOT.. muntah dot.dot.dot pulak kang.... :)

Memandangkan ovallette masih lagi ada cukup2 satu sudu kecil, teringin pulak hari ni nak cuba resepi TUTTY FRUITY CAKE dari kak Azlita. . . terliur dek kecomelan kek yang dia buat tu.. Walaupun aku tahu, aku akan buat kek yang tak secomel itu, tapi nak jugak buat! heeeee :)

Inilah hasil yang tak seberapa.. huuuuuuuuuuuuu ;)

TUTTY FRUITY CAKE

BAHAN-BAHAN:

300ml putih telur
135gm gula pasir
secubit garam
1 sudu kecil ovallete
150gm tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
75gm marjerin dicairkan (aku tukar dengan minyak matahari)
pewarna dan paste

CARA-CARANYA:

1. Pukul putih telur hingga kembang kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit.
2. Masukkan ovallete dan garam kemudian pukul lagi sehingga kembang dan kental
3. Masukkan gandum dan serbuk penaik, pukul sebati
4. Masukkan marjerin yang di cairkan, kacau sebati menggunakan spatula
5. Asingkan adunan kepada 4 bahagian, letakkan warna yang anda suka ( keladi+ungu, kuning+sanquick, Jambu batu+hijau, Strawberi+merah)
6. Kukus lapisan pertama sehingga masak, tuangkan lagi adunan kedua, kukus sehingga masak, ulang langkah sehingga adunan habis ( kalau rajin, bagi nipis-nipis @ banyak lapis.. aku pemalas, buat 4 lapis jea..hehe..)
7. Sejukkan, dan hias mengikut selera masing-masing.

Adeh~ buruk bebenor ruponya.. beralun-alun macam OMBAK RINDU.. huuuu..



SELAMAT MENCUBA

Papai!!








4 comments:

~izan~ said...

rajinnyer awak dik..cantik dah tu..sedap plak nampak..meh sikit!

NinaAz said...

heeeeeeeeeeee... akak wat lagi cantik! huuuuuuuuuu .. sy kena byk belajar lagi ni.. ;(

Outbound Malang said...

mampir sob..nice post..teruslah berkarya dan sukses selalu..jangan lupa kunjungan balik ya..:)

H.J said...

nampak sedap je kak nina..blh kasi free tak//?haha