KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Monday, December 3, 2012

Review Meja Makan Pengantin

Assalamualaikum... Halo readers!!! Have your had your SHAKE today???

Biasa kalau meja makan pengantin mesti meja makan panjang kan? pastu pengantin duk tengah-tengah diapit family kiri dan kanan. Tapi, time majlis kami hari tu, aku dan mama D.I.Y jea. Ambik meja makan bulat yang dah memang ada kat rumah kami, pastu letak cermin bulat kat tengah2 yang boleh main pusing-pusing tu. Meja makan bulat yang boleh muat 8 orang tu, aku letak jea dekat ruang keluarga dalam rumah kami, berlatar belakangkan tingkap tertutup. Aku just guna langsir yang sedia ada yang mama jahit sendiri masa Raya 2010. Jimat kan?

11.11.2012 aku dan mama dah mula deko meja pengantin. Mama suruh aku beli kain jersey kat JAKEL, murah katanya. Pastu kain organza untuk dijadikan reben ikat belakang kerusi. Sarung kerusi yang warna putih tu dah memang sedia ada kat rumah. Mama dengan gigihnya gunting kain jersey tu pastu Jahit tepi, tangkupkan supaya cantik dan kemas. lepas siap terus sarung kat meja makan. mama buat dua jenis, warna putih + soft pink. Langsir yang sedia ada tu warna coklat, memang tak de kena mengena langsung dengan tema aku. muahahaha..

Dah lama mama peram set gelas kristal dia tu, dah beli bertahun2, tapi duduk diam jea jadi hiasan dalam almari. Excited dia bila time nak keluarkan dan letak atas meja makan pengantin. segala jenis mangkuk-mangkuk, pinggan, sundae glass, semua kami keluarkan dan susun siap-siap atas meja. Semangat lah katakan!.

Supaya tak nampak kosong, mama dah sedia beli bunga2 dan benda alah bulat macam bola untuk digantung kat langsir tu. mama cakap time tu ada SALE kat KK HOME DECO. Beli satu, percuma satu. so, nampaklah macam sepasang kan? pandai mama pilih bunga bulat, bola kilat2 pastu bunga gantung2. serius cantik.. hee.. TQ maaa!!!

Very simple deko for meja makan santapan pengantin. :)



Menu : Nasi beriyani buatan mama, kari daging, ayam blackpapper ayamas, ikan tenggiri masam manis, sambal manis, air oren.




Makanan budak2..hekhek - nugget, sosej, telur puyuh, udang celup tepung

Masa untuk makan.. :)

Our Sweet Moment... :)


TQ kepada sedara mara yang tolong siapkan makanan untuk raja sehari. TQ mama, sebab mama masak memang sedap! Untuk tempahan Katering @ makanan pengantin hubungi my family - 0129637878 ok!

K bai!



2 comments:

orked violet said...

owh..fmLy mmg wat katering ker??best nye..

ha..comeL La meje buLat.sLaLu kan meja pengantin petak2 panjang 2kan..cmni comeL Lak tgk =)

QasehnyaRania said...

simple tp kreatip.. jadi la kan utk makan2 je :)