KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Monday, May 27, 2013

Sunblock review: MK Formulations

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Kalau korang keluar rumah nak pergi jalan2 ke, kerja kea, lepak2 ke, hangout dengan kawan2 kea, dating kea, isi minyak kat Petronas ke, korang pakai apa-apa tak kat muka? BB cream? bedak Compact? Lipstick? lipbalm? bedak tabur?. 

Ermmm.. Korang ada pakai SUNBLOCK tak? 

Apa? tak pakai? Ish! bahaya taw. 

Memandangkan kat Malaysia ni panas, dari korang tampal bedak tebal2. Bagus pakai sunblock jea taw. Ok jea kalau nak pakai bedak semua tu, tapi mesti pakai sunblock. Haaaaa.percaya cakap aku,  mesti.mesti. 

Dulu, aku tak heran pun pasal sunblock ni, bagi aku benda tu tak penting untuk aku, even bedak dan krim muka bagai pun aku tak reti nak pakai. aku rasa melekit jea kat muka. grrrrrr...

Tapi, semenjak dua menjak ni... makin lama aku tengok muka kat cermin, makin kusam gila kulit muka aku, bukan setakat kusam.. memang penuh dengan mak gat tahu. pffffftttt... sangat terharu bila jeragat memenuhi ruang pipi tembam dan bawah mata serta kawasan hidung. tetiba rasa umor dah 50-an. hahahaha. 

Barulah aku sedar, aku perlukan sesuatu untuk kulit muka aku. phiuw~ Dengan itu, aku mula berjinak2 dengan sunblock bila nak keluar dari rumah. 

Korang tahu tak yang sunblock tu penting untuk kulit kita? haa, kalau tak tahu, aku boleh listkan beberapa kepentingan sunblock yang perlu korang tahu untuk pedoman di masa hadapan

Kepentingan SUNBLOCK: 

1) Pencegahan dari kanser kulit 
2) Melindungi protein di bawah permukaan kulit 
3) Melindungi dari penyakit lain 

Kesan tidak pakai SUNBLOCK:

1) Proses penuaan berlaku dengan lebih cepat daripada sepatutnya 
2) Penghasilan melanin yang banyak dan akan mengakibatkan kulit kelihatan lebih gelap
3) Penyebab bintik hitam atau jeragat dikulit
4) Kulit akan lebih kusam

So, hari ni aku nak review sikit pasal sunblock yang terbaik yang setiap hari aku pakai. Even nak keluar rumah beli ikan kat pasar pun aku mesti pakai sunblock taw!! aku dah insaf sekarang ni. iolss sayang kat kulit iolls tahu!
First time try, aku beli yang botol kecik jea dulu. 40ml satu botol = RM75


Yang ni botol yang kedua. 90ml = RM150, tapi dia bagi RM120 kalau tak silap, regular customer only kot. muehehehe..




Kenapa aku konsisten pakai sunblock MK FORMULATIONS?: 

1) Teksturnya yang sangat soft dan ringan - senang meresap bila kita sapu kat kulit
2) Teksturnya yang mengandungi air. sekali picit jea keluar krim bersama air. hahaha - dats why kena shake dulu baru picit. dats why jugak sunblock ni senang nak meresap bila diusap ke kulit muka kita
3) SPF 50 yang sangat sesuai dengan cuaca kat Malaysia ni
4) Mengandungi UVA (Aging)/UVB (Burning) defenses
5) Dermatology Tested
6) Presciption by doctor's only - aku rasa sunblock ni tak de kat Watson bagai, sebab aku beli ni di Poliklinik MediKulit, dat's why aku lebih yakin nak pakai brand ni :)


TIPS menggunakan SUNBLOCK:

1) Bagi aku, better guna sunblock yang SPF 50 sebab, kepanasan kat Malaysia ni sangatlah tinggi UVnya (tapi kalau outdoor heavy sangat like berjemur kat pantai, aku akan cari sunblock yang SPF 130++, kasi power sikit. hohohoho)

2) Kalau korang pakai yang SPF 15, korang kena topup balik sunblock tu kat muka selepas 2-3 jam. Tapi, kalau yang SPF 50, kalau korang pakai pagi, lepas solat zohor baru kena topup balik kat muka - ceh, pandai2 jea aku kan. ilmu ni aku dapat masa aku pergi buat treatment dekat Poliklinik MediKulit

3) Setiap kali korang basuh muka atau berpeluh sakan, kena sapu balik sunblock tu. especially ketika outdoor

4) Pilih sunblock yang sesuai dengan kulit muka kita, jangan terlalu berminyak dan berat. Sebab tu aku suka MK Formulation. TAK BERMINYAK dan mudah meresap! 

SO, Jangan lupa pakai sunblock yea!! pakai jeaa. lama2 biasa laa tu.. mihmihmih

Tq for reading, k bai!  



28 comments:

Nurzakiah Hanum said...

great entry

NinaAz said...

hahaha. TQ

Acik Erna said...

Nina..acik dari muda dulu memang tak tinggal sunblock..tapi dulu tak jumpa yang spf 50++..dulu paling tinggi pun 25..dah tua2 ni tak berapa nak rajin dah..

Kakzakie said...

Kakak ni pakai tak menentu. Kalau ingat pakai kalau malas tak pakai sebab itu tak habis-habis...

Khai♥Rin : anies said...

sejujurnya sy x pakai apa2 sunblock..sbb dlm kepala ni da set, kalu x de tahi mata, bleh kuar rumah tanpa was2 ;-)

dilaella Ella said...

saya pun suka pakai sunblock,tapi kalau selalu pakai kulit jadi kering..kalau yang ni keringkan kulit tak? :)

Nastyna said...

Kalau jenis ringan and tak melekit ni boleh la saya tepek.

nea lopah said...

betul tu..sunblock penting.

NinaAz said...

eLLA: SUNBLOCK NI tak kering. moist + soft :)

Irfa said...

oh baru tahu akan kepentinganya ;(

Normi Nieza said...

blh cuba nie..:)

n O e s u h a i m i said...
This comment has been removed by a blog administrator.
NinaAz said...

Alamak. Tersilap tekan pulak komen noe tadi. Huuu.maap yea. Erm. Yang olay tu kalo ada spf tu ok kot. Tp ada tak uvb dan uva defense?

Amanina Mads said...

ohh baru tau tentang sunblock.. selalu pakai watson punya. bau pishang je :) hehehe

Remy hazza said...

ada yg tak dapat besakan sun block dengan sun tan..... selalu ckp benda yg sama.......

Anonymous said...

Greetings! Very helpful advice within this post! It is the little changes that will make the most significant changes.
Thanks for sharing!

Also visit my site Xength X1 And Testoforce

Cho Zila said...

akak tau tp tak pakai...
Rasa rimasjer....
Kalau gi tempat yg betoi2 tpt
Terdedah matahari baru paksa diri pakaiii
Tp yg ni nampak best...

With Julia said...

Great review...ya sunblock sgt penting...yg ptg produk yg bersesuaian dgn kulit kita itulah yg sukar dicari...dermatologist plzz hehhe

CeqGu said...

ohh cikgu jenis yang malas utk tempek2 sunblock. nampaknya pasni nak kena rajin ler

Deqla Manjew said...

deqla x penah ber'sunblock...huhu...

Mizz Aiza said...

akak pun tak pernah guna.. hihi.. terima kasih atas perkongsian ni nina.. kasihan juga kulit kitakan..

Syima ~Mama Kyra~ said...

ye ke..Patutla kulit muka i makin kusam..pasni nak beli BB Cream la..huhu..btw tq share the info :)

Annyss Aleeya said...

nice info kak Nina. anys pun xpnah pakai any sunblock before nih.tempek krim muka and bedak je. haha. nanti bleh la cuba pkai sunblock pulak.

Anonymous said...

karen millen uk A: Take the focus away from the problem areas. sac longchamp pliage

kent chan said...

hehhee..sunblok mmng penting..dluu muka sy hitam jerr,,sbb slalu jemur tngah pnass~~huhuu~skrangg dh kurangg skitt~hee

Zura Lee said...

aritu gi sabah zura ada beli sunblok..skali je pakai..pas baca entry nina ni kena pakai tiap2 ari la yerk...

Natalie Lai said...

Where to buy Mk formulations sunblock ? Thanks

Natalie Lai said...

Where to buy Mk formulations sunblock ? Thanks