KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Sunday, June 9, 2013

Menu kegemaran Sawoku : Ikan bilis masak mentah. Acaner tu?

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Pernah makan ikan bilis mentah tak? Sedapkan? rasa masin2 lepastu rasa kesedapan ikan tu. tu yang penting. 

Tapi, tak syok lahhh makan nasik dengan ikan bilis mentah macam tu jea. Daif sangat la pulakkk. wakakaka. 

Meh aku nak share dengan korang resepi ikan bilis mentah yang sedap gila. makan nasi dengan menda alah ni jea pun dah berselera tahap tak terkata. sungguh nih. bukan main-main. haha 

Macam biasa. resepi aku simple jea. eh! Bukan aku punya resepi. Tapi abang yang ajar aku cara nak buat. sebab ni adalah makanan kegemaran dia. sekilo ikan bilis kejap jea dia makan. Tak payah nak beria buat ikan bilis masak merah kea, ikan bilis goreng kea. abang tak makan sangat pun. confirm kena tolak tepi. pffftttt. 

So, better aku buat apa yang dia suka. kan. muehehehe. Baru suami sayang. ececece *kembanghidung*

Ni jea bahan yang diperlukan. Limau nipis, ikan bilis, cili. aummmm!


Cara nak buat senang jea. tak sampai pun 10 minit. korang just tumbuk cili tu ikut suka hati, kalau nak pedas, letak lah banyak. Limau tu just ambik air jea. perah dalam mangkuk siap2. Ikan bilis tu korang kena basuhlah dulu. kalau rajin, buang la kepala ikan bilis tu. Kalau malas macam aku, tak payah buang tak pe. hahaha. 

Gaul jea semua (ikan bilis+air limau+cili). sampai betul2 sebati. kalau ikan bilis yang korang beli tu jenis yang tak de rasa dan perasaan, boleh la letak garam sikit. Tapi kalau yang dah sememangnya masin. tak payah nak bubuh garam lagi.

Ikan bilis banyak ni, kami makan berdua jea. Abang paling banyak makan. sedap kan. tengok la sapa yang buat. Ahaks!!!!


Ikan bilis orang pemalas. tak rajin nak buang kepala ikan. tskkkkk...tttssssskkkk...


Simple kan? hahaha. 

Selamat mencuba. Kalau sedap, bagitau aku eh! 

TQ for reading. k bai!  



24 comments:

Mek Onie said...

dah tu tak masak ke?errr

nia_cheroniah said...

Nampak sedap.macam kerabu jer.. nanti nk try buat lah.kbetulan ada ikan bilis tp xde limau nipis. guna limau kasturi blh x?

nik ros said...

senang la nak jaga en suami. masak ni pun berselera kan.suami sis goreng tempe jea pun dah ok.haha

wawa syaida said...

1st time tau masak cara ni...selalu goreng + bawang + cili...nti boleh try cara ni pulak :)

Khai♥Rin : anies said...

Sempoi je...ni resepi utk org mls cm sy time berbuka nnt :-)

dilaella Ella said...

wah..sedap!saya selalu buat ni..memang berselera makan..siap tambah sepinggan nasi hehe..

NinaAz said...

wawa carbonara: hehehe. kurang kalori. makan cm ni lagi baik. mihmihmih

Nastyna said...

Simple sangat sangat ni, nampak menggirukan, masam2 pedas. Bilis sini mahal, bilis poyo.

Asyik Izas said...

wah, betul ke mkn cmtu jer?nak juga try ni rasa cmner kan..hehe

Normi Nieza said...

layan jer...sdap tu..:)

NinaAz said...

Aahhh. Mkn cm ni jea asyik. Sedapppp

NinaAz said...

Haah? Bilis poyoo? Mihmihmih

NinaAz said...

Wawahhhh. Sedap kannnn

NinaAz said...

Aahhh. Tak masak. Mkn cenggini jea. Hikhik

NinaAz said...

Limau kasturi pun ok. ♥

NinaAz said...

Hihihi. Baguslah sempoi jea kannn

ayeen muhammad said...

Nyumm.. Macam besh je.. nak try.. hehehe.. arini ayeen wat sambal hijau je.. pun yummy jugak untuk pembuka selera..

NinaAz said...

ayeeennn. lm xtgk ayeen. hihi

Deqla Manjew said...

x goreng ye? alamak aii x penah lak mkn mentah2 gitu..kot yer pun buang la kepala dulu..haha..

cha said...

kalau org negeri sembilan dia buang taik dengan kepala tu then tumbuk. tu kitorg panggil sambal gesek hehe

Zura Lee said...

mcm menu dlm pantang pulok...

jojet said...

laki ko mmg terbaik kan? tak kesah tak buang taik ikan bilis tu. laki aku, semua die nk kesah! tapi kami punya peberet plak ikan bilis goreng, tak pernah cuba lg yg mentah..nnt den torai!

QasehnyaRania said...

tak pernah try la.

cik abe sy suka makan ikn bilis saja.heran sungguh saya tau

Anonymous said...

Hi Nina, where to get ikan bilis mentah in kl? I tried a few places but couldn't get...