KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, June 24, 2013

Adijuma Bawal Sales 50%

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Hey! korang! korang! Tahu tak sekarang ni Jerebu teruk kat KL??. rasa pedih-pedih jea mata. Duduk dalam rumah pun baju bau asap tahu. Gara-gara Jerebu, semua sekolah area KL, Selangor, Melaka diarahkan tutup hari ni. woot..wooot. Hepi mak jemah! ahaks! 

Ok. kita lupakan sekejap pasal jerebu yang melanda. marilah kita bergumbira dengan koleksi tudung bawal Adijuma. Korang tahu tak yang Adijuma tengah sales sekarang? 50% sales wooohhh. manyak tuuu. Sangat menyesal kalau tak rembat satu. 

Diaorang pakai apa pun cun kan.. sedia lawo. tssskkkk...tskkkk....


Aku ni, dari dulu sampai sekarang. memang setia gila dengan tudung bawal. Koleksi tudung bawal yang aku ada sekarang ni pun aku ambik sisa-sisa mak aku jea. Sekarang ni dia tak pakai dah bawal-bawal ni. pakai tudung ekspess jea. sejak ada tudung ekspress, tudung bawal dianaktirikan. senang dan cepat katanya. So, tudung bawal yang belambak-lambak tu, aku lah yang pakai. Nampak tak tips berjimat cermat disitu? Tak payah keluar modal. Dapat tudung free gittew. 

Seingat aku lah kan... dah lebih kot 5 tahun aku tak beli tudung bawal. Asyik duk merepek dengan shawl jea. tudung bawal aku just ulang pakai yang sama jea. dah hancur dah pun tudung-tudung aku tu. Kalau tengok dekat2, memang agak kesian. hancur dek kerana kerongsang dan bukti tudung yang agak lama dan old fashion. hahaha. ada aku kesah?. Lagipun, tudung bawal yang aku ada tu just pakai untuk pergi kerja jea. Tak mampu mak jemah nak melawo pergi kerja. Klienku student jea bukannya my sawo. ahaks! 

Tapi, sejak aku tertengok dalam Instagram jezmine pasal sale adijuma ni, serius tak tenang rasa hidup aku. bahaha. aku ni mana mampu dengar jea sale 50%.. Lagipun, dah lama aku berkenan dengan tudung bawal adijuma ni, cuma tunggu masa yang sesuai jea. sekarang ni masa tu sesuai sangattttt.... wink!wink!wink!

Outlet Central Market. First time jejak kaki kat sini. nervous iolss! 


Berbelang-belang mata aku bila masuk dalam kedai ni.



hak ni new items. beli RM120 untuk 3 helai. Tapi, kalau beli satu rm48. harga asal rm56. Hak ni jea tak sales 50%. baru katanya. aummmmm~


Yang floral tu cantik kan. kuning kat tengah. biru kat tepi. bunga2 kat hujung oren-oren gittew. perempuan ssangat. cantikkan?. 


Tema raya kami tahun ni Hijau taw. Alang-alang ada sales nih, bolehlah terus beli untuk raya kan. Adik beradik aku ada 5 orang perempuan. campur mama aku, so ada 6 orang perempuan. hohoho. nasiblahhhh~ Tudung dan baju haruslah sama tahun ni ya.

Tudung raya kami tahun ni. hahaha. Puasa belum lagi, tudung raya dah ada tahu. dunia..duniaa..


Kami adik beradik dan juga mama kami, HARUSLAH CANTIK sebegini di hari raya nanti. AUMMMMMM~~~~~


Salesgirl dalam kedai tu cakap, maybe bulan 7 nih keluar design baru lagi. design raya katanya. kaataanyaalah kan. Ahaks. Sales 50% baru aku datang lagi ok. :P 

Cepat-cepatlah serbu butik Adijuma esok eah! Sales sampai AHAD ni jea tauuu... kang nangis pulak tengok aku pakai Adijuma Bawal kang. hahaha.  motif sangat kan.  

ADIJUMA BAWAL SALES : 15 JUNE - 30 JUNE 2013 
STORE LOCATION: CLICK HERE!

Tq for reading. k bai!    



20 comments:

dear anies said...

ye ke? alamak... nmpk nyer purse kena kopakkan sket utk tudung si juma ni ;-)

Suria Amanda said...

Patutvla adik akak meroyan...sabar jer la..

Nastyna said...

Tudung sekrang macam2 trend kan.. harga pun boleh tahan. My mom asyik shopping tudung jer, rajin betul dia.

Unknown said...

sedondon lah tahun nie adik beradik ye.....

blog usang said...

semuanya cantik2 belaka..:)

Mizz Aiza said...

akak tak ikut sangat trend tudung terkini ni.. hehe..

Asyik Izas said...

50% tu sgt byk..bestnya.. Asyik minat juga dgn aidijuma ni..

Unknown said...

nak satu pos la kat pahang woii!

:sour n sweet: said...

tdung raya dh ada, pose tahun lepas, udah ganti ke beloms??erk?hehe...*gantiposecuncunnakposebalik* =P 50%...wow!!!kompem raya nina gempaq tahun ni!

Masya said...

takda koleksi langsung tudung aidijuma ni ..

Cik Nor said...

cantik..:)

Zura said...

zura dh lama tk pakai tudung bawal..pakai tudung ekpress pn dh cantik nih.. hahahah

Anonymous said...

wah menarik ni !

Unknown said...

nmpk gojes la tudung2nya.. model2 tudung pun sgt cantik.. salah satu daya penarik utk melariskan tudung jugak tu...hihi.. =)

hana hadi said...

betul tu.. pakai apa ja nampak elok je cantik je.. huhu

jaakechik said...

comel sgt!!!!!

Nik said...

cantik la. mcm2 design dah skarang. warna plain jugak la yg sis suka..hehe

Nina Mads said...

comelnya tudung adijuma.. macam2 design. rambang mata malam2 nie. hehe

QasehnyaRania said...

Mmg cantik2 belaka
Betul tu dorang pakai apa pon ttap comey sokmo

Unknown said...

Wahh.. bestnye.. klu ada nk letgo 2nd hand gtaw sy yea. Minat sy bawal aj ni... hihi