KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Saturday, January 4, 2014

Cekodok Planta

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Semalam lepas makan tengah hari kat rumah, abang tetiba cakap kat aku: 

Abang: Esok, jangan masak lagi untuk abang ehh, esok kita tak payah makan nasik 

Aku: Erk? Kenapa?? Habis tu kita nak makan apa? abang tu bukan boleh tak makan nasi 

Abang: Tengok ni..(Pegang perut, tarik kedepan).. dah makin tebal dah perut abang. Lemak bertingket2. tak nak jadi perut macam tuuu (sambil tunjuk dekat perut aku) 

Hambooiiihhhh! perut aku jugak yang kena yea. Hahaha. 

So, hari ni aku tukar menu. Konon plan hari ni nak buat sup ayam + kailan ikan masin. Bos besar demand, tak nak makan nasik hari ni, so aku goreng megi cincai jea. Stok megi kosong memang sedia ada kat rumah, sebab kami memang penggemar tegar megi,.. hikhik 

Lunch megi goreng punya pasal laa ni, tak sampai petang aku dah kebulur dahh. huhuhu 

Terbuatlah cekodok planta untuk santapan petang2 cenggini. Aku kalau makan, aku makan betul2, tak de la seketul dua tiga empat ketul aku makan cekodok, 500gm tepung gandum pun boleh habis sekali hadap. haha 

Cekodok planta ni dulu2 selalu mak aku buat. Aku suka sangat makan cekodok ni. Tapi yang aku heran, apasal laa rasa dia tak sama macam cekodok yang mak aku buat. Aku rasa bahan2 yang aku guna sama jea. haish! musykil aku. 

Bahan-bahan Cekodok Planta


Cara nak buat

Planta + gula + air + gandum. Gaul2 sebati lepastu goreng. kalau korang jenis yang suka manis, boleh la letak gula lebih sikit. Sukatan tu aku main hentam jea. tak de sukat2 pun. huhu

Cekodok planta yang simple. Kalau nak letak telur punn boleh, orang cakap kalau buat cekodok letak telur lagi best. Ye kea?


Kuala Lumpur hujan hari nii. Nak keluar rumah pun rasa malas. Ngadap laptop lagi bagus. wink3. 

Selamat mencuba!! 

TQ for reading! k bai~       




18 comments:

Chic Na said...

sedap & simple.. tetiba lapar pulak tengok.. huhu..

asha hana said...

cekodok planta? makanan yang pakai planta nie mmg sedap dan wangi. hehe

#hana balas kunjungan. follow sini :)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

sedapnya makan masa minum petang.. :D

S. Faezah said...

eangup ek? sedap ni mkn panas-panas..

Farhain Azmi said...

terliur tgk cekodok tu nina.. betol hubby yong pun dah mula suruh msak nasi sikit skrg ni sbb perut dia dah makin buncit..haha

BUNDA said...

assalam..nampak naik gebu tu ..letak baking powder ke tak?

izan mama mia said...

xpernah try..nnt boleh try..tq..
wah sama sama maju ke depan ye perut...hahahaa.. itulah kebahagiaan namanya..kikiki

Siti Hajar said...

nampak mudah dan sedang je. Nanti boleh cuba, tapi sekarang tengah diet ^^

Khai♥Rin : anies said...

Betul tu nina...cekodok kalu tmbh telur lg ummpphh

adrianna syaz said...

Aru dgq cekodok planta ni..rasa nk buat jgk la..mcm sedap je ni.. ^_^

Azian Elias said...

Simple je kan...cam best je..boleh lah buat ptg ni.

QasehnyaRania said...

a’aa. tambah telur bagi lembut. tp ciksu jarang letak telur. x suka. huhu

thanks nina share..

~ NANA ~ said...

tak pernah cuba lagi...nmpk mcm best, boleh la try nnti...tq resepi! :)

Nieda ramly said...

mmg betul kalau masuk telur lagi lembut cokodok

Nieda ramly said...

mmg betul kalau masuk telur lagi lembut cokodok

jaakechik said...


Salam Ninaaz... lama jaa tak BW.. mohon maaf, sibuk ya amat wehh... mohon keampunan ok... hiks!

btw, apa saja yg mak kita masak mmg sedap dan payah nak celeng kan... even hanya resepi cekodok...

tapi kan, jaa tak penah buat pulok cekodok planta nih. mudah sgt caranya yer.. jaa buat cekodok pisang je tahu... huhu... sat lagi boleh test buat kat umah jugak...

sYiRa LoKMaN said...

nakkk..tolong pos ye..hehe

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. sedapnya! biasa saya buat cekodok telur. nanti nak try resepi awak la. macam gebu je , hehe terliur kita :)