KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Friday, January 17, 2014

Pistachio Halawa

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Awal2 kenal dulu, sekali tengok benda alah ni, kecur air liur. Mana taknya, dari luar bekas, aku tengok kacang pistachio berkepul2. Terus set dalam kepala, ni mesti banyak kacang ni...  Sekali bila dah sodok dengan sudu, dekat luar jea berkepul2, dalamnya nan hadooo. hakhak. Sesuai la dengan harganya kann.. demand pulak aku ni, macam lah kacang pistachio tu murah!..  

Aku memang suka makan halawa ni. yang biasa aku makan, yang jenis kosong jea, tak de letak kacang apa. Tu pun orang yang bagi. nak harap aku beli memang tak lah. tuu dulu. sekarang ni aku dah pandai beli sendiri. siap ada kacang lagi taw!

Pistachio Halawa. Makan sekali pasti nak lagi. :P

Ada setengah orang cakap benda ni manis. Tapi bagi aku, biasa2 jea. tak ada lah manis sangat. kira boleh telan lagi lahh. setakat satu bekas ni, sehari aku boleh habiskan. Tapi sebab sekarang ni aku dah sebumbung dengan encik suami. Apa yang aku makan mesti kena pantau. makan dua tiga sudu, terus kena suruh tutup bekas, simpan sudu. haih. sayang bebenor kat bini dia. sangat menjaga kesihatan. hakhak 

First time aku beli halawa ni, dengan akak kat tempat kerja. dia ambik stok dekat kedai arab area KL. Aku pun tak tahu kedai mana. Balik Kelantan hari tu, aku jumpa benda alah ni dekat kedai Jaffar Rawas. Satu bekas RM15 jea. mak aku pun suka makan halawa pistachio ni. 

Aku pun tak pasti apa kebaikan/khasiat halawa ni. Yang aku jumpa, keburukan halawa boleh menyebabkan obesiti. hahahaha. seram maks. Kalau betul lah kann. eloklah jangan diamalkan selalu makan halawa ni.... Tapi..., benda sedap. mesti hari2 nak hadap. haih! 

TQ for reading! K bai~    



17 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. sheila dapat ni daripada Mekah. sedap tapi tak manis sangat. sheila pun makan sesuap dua je. hihii. tak sangka ada jual kat kl rupanya. senanglah nak cari kalau teringin ke. heee

S. Faezah said...

halawa ni ape nina..xpnah tau..tgk gamba cam eskrem..hahaha

NinaAz said...

aahh kan. mcm eskrem pun ado. hehe. dia mcm jenis manisan org arab sis faezah :)

Khai♥Rin : anies said...

sy prefer yg dipeket kn kecik2 tu.. sekali ngap je

LiLy @ MaMaQiStInA said...

tak pernah makan lagi..tapi nampak macam sedap jer.. ^^

anajingga said...

kak ana tgk mcm aiskrim je...tak pernah jumpa kalau jumpa nak juga cuba kan...

cik mah said...

Mcm mneik je nmpknyer...mcm nk kn cr je ni....,nyum2....

Dzureen Darwis said...

family sy yg belah2 Arab panggil benda ni halawa tahiniya. kitorg memang gila2 mkn bnda ni. klu ad sikit tu mcm nk berebut2. Hehe sedap sgt tp mmg agak tinggi kandungan gulanya

Nastyna said...

owh sama ngan my en somi suka sangat halwa lagu ni, yg dia duk ketagih lately periusa coklat, mmg sedap giler kot, tak la manis sangat. nnt i nak try jugak la yg pistachio ni, macam boleh jadi bijak jer hehehe.

Amanina Mads said...

xpernah makan lg. tp kalau bab adik beradik dgn kekacang memang suka la. nina kena jga kesihatan baby. lepas pantang mkn la puas2. hehe

Mia Kassim said...

Tak pernah tahu pun tentang halawa ni.....macam eskrim jak rupa dia kan...

ct cheery said...

sedap ke??cheery xpenah mkn pulak benda alah ni..makanan arab ek?

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

rasanya akak tak pernah lagi mencuba makan halwa ni.. mesti sedap sampai menjadi kegemaran nina..

Annyss Aleeya said...

ehh, dekat Jaafar Rawas ado ke kak Nina? nk kena try cari nih. xpenah try lagi etep. hehe.

Masya said...

sshnya nak jumpe.. klu dpt mkn kwn² blk haji atau umrah belikan... atau bagi

Nory Zoulkefle said...

first time dengar ni...sedapp ke?
nak try jugak lah nnt..

Deqla Manjew said...

apakah? x penah la tgk. apa lagi rasa. huhu