KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Monday, April 18, 2011

NinaAz Cheese Cake

Tadikan masa kat sekolah ada orang jual cheese cake.. meleleh aku tengok..tapi sebenarnya aku ni tak suka cheese..leleh jea lebih.. dah lama rasanya aku tak pegang pemutar kek kat kampung,rindula pulak.. kat rumah bujang ni serba kekurangan, maklumla,, nama pun dah rumah bujang..sesuai laa kan.. lagi pun malas laa nak penuhkan rumah ni, bukan nak stay lama pun..buat susah-susah jea nak angkut nanti..hikhikhik...

pernah la sekali aku buat cheese cake ni.. 25 Mei 2010..caitt...siap igt lagi date tue..hehe.. setiap kali aku cuba resepi, aku akan catat tarikh ni..=P nasib ada ayah yang memahami.. cakap jea nak barang apa, terus ada depan mata..=) bagi yang kurang gemar cheese, kalau nak cuba try test resepi ni, baik korang kurangkan skit cheese tu yea,, resepi ni teramatla rasa cheesenya.. but tak laa sesedap yang jual kat secret recipe tu.. tapi gaya tu dah ada la..hahahaa...Bahan-bahan:
500gm cheese Philadelphia
50gm gula kastor
230ml whipping cream
120gm tepung gandum/tepung naik sendiri
5 biji telur (asingkan putih telur)
120gm gula kastor

Cara-caranya:
1) Pukul cheese dan 50gm gula sehingga sebati (jangan terlalu lama, nanti kek jadi mendap)
2) Masukkan whipping cream dan kita pukul lagi...........
3) masukkan kuning telur dan kacau
4) masukkan sedikit demi sedikit tepung sambil kacau hingga sebati (biarkan seketika)
6) Ambil bekas yang lain dan putar putih telur dengan 120gm gula sehingga kembang barulah dimasukkan ke dalam adunan tepung tadi7)Bakar selama sejam atau sehingga masak (Biasa aku guna suhu 180 darjah celcius)..bakorrr jea lama mana pun ok..bakooorrrr... =P
8) lepas masak, biarkan kek dalam oven untuk 1 jam baru keluarkan

Ok! Selamat Mencuba


2 comments:

deDetz said...

waduhh2..terliur la kak, hehe
takpa, nanti saya salin resepi ni..
nak cuba gak =)

atau...akak boleh belanja saya hehehe

NinaAz said...

dedetz: hehehe...bole..time raya sy belanja..hehe